fbpx

5 Resepi Peach Strudel Viral 2022: Satisfy Your Sweet Craving!

Hari ini saya nak kongsi resepi peach strudel yang viral. Strudel ialah sejenis pastri berlapis rangup dan manis. Isi buah peach manis dan baunya yang harum, pastinya memuaskan keinginan manis anda dengan serta-merta. Sedap sangat! Ada yang panggil Peach Strudel, ada yang panggil Fruitty Puff. Dengan lapisan pastry puff yang rangup dibakar dan lapisan cream cheesenya, diletakkan buah peach. Jom saya kongsikan cara mudah sediakan peach strudel yang sedap macam kedai bakeri ini. 

Resepi Peach Strudel Bintang Hati Pelangi

Peach Strudel Bintang Hati Pelangi

Peach Strudel: Sumber Bintang Hati Pelangi

Bahan-bahan pastry:

  • 4 keping kulit pastry puff
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara:

  1. Panaskan air fryer suhu 180 selama 12 minit.
  2. Potong  pastry puff kepada 2 bahagian.
  3. Sapukan kuning telur.
  4. Lapikkan tray dengan baking paper.
  5. Bakar dalam air fryer suhu 180 selama 10 minit.
  6. Dah siap sejukkan dahulu.

Bahan-bahan untuk cream cheese:

  • 100 gram cream cheese
  • 2 sudu besar gula ising
  • 100 ml whipping cream
  • Buah peach dalam tin

Cara-cara:

  1. Putar cream cheese hingga lembut.
  2. Masukkan gula ising.
  3. Masukkan whipping cream.
  4. Putar hingga sebati.
  5. Sejukkan dalam chiller sementara menunggu pastry sejuk.
  6. Masukkan ke dalam piping bag.
  7. Pipekan atas pastry puff tadi.
  8. Susun buah peach yang dah dipotong.
  9. Taburkan gula ising jika suka.

Resepi Fruitty Puff Mine / Peach Strudel Ibu Ayah Damia

Fruitty Puff Mine Peach Strudel Ibu Ayah Damia

Fruitty Puff Mine / Peach Strudel: Sumber Ibu Ayah Damia

Bahan-bahan untuk krim:

  • 0.5L whipping cream (pukul asing)
  • 250 gram cream cheese 
  • 6 sudu besar gula icing
  • Sedikit perahan lemon

Bahan-bahan lain:

  1. Puff Pastry dipotong ikut saiz semua sama.
  2. Kemudian di bakar dalam air fryer selama 15 minit dan suhu 180’c.
  3. Buah peach dalam tin dipotong nipis.
  4. Sedikit snowy powder untuk hiasan.

Resepi Peach Strudel Rasa Sedap Macam Bakeri

Peach Strudel Rasa Sedap Macam Bakeri

Peach Strudel: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 4 keping kulit pastry puff

  • 1 biji kuning telur

  • Pastry Puff dipotong 4

Cara-cara:

  1. Sapukan kuning telur.
  2. Lapikkan tray dengan baking paper.
  3. Bakar dalam oven suhu 160 selama 30 minit.
  4. Dah siap sejukkan dahulu.

Bahan-bahan:

  • 125 gram cream cheese
  • 2 sudu besar gula ising
  • 70 gram whipping cream
  • Buah peach dalam tin

Cara-cara:

  1. Putar cream cheese hingga lembut.

  2. Masukkan gula ising.

  3. Masukkan whipping cream.

  4. Putar hingga sebati.

  5. Masukkan ke dalam piping bag.

  6. Pipekan atas pastry puff tadi. ( kalau cream cheese tu cair boleh masukkan dalam peti sejuk sekejap sebelum digunakan).

  7. Susun buah peach yang dah dipotong.

  8. Taburkan gula ising jika suka.

Resepi Peach Strudel Bake With Yen

Peach Strudel Bake With Yen

Peach Strudel: Sumber Bake With Yen

Bahan-bahan:

  • 4 keping Puf Pastri BWY
  • 1 biji kuning telur
  • 125 gm Keju Krim Cottura
  • 2 sudu besar gula aising
  • 70 gram Krim Putar Westgold
  • 1 tin BWY Peach Halves (dihiris) 

Cara-cara:

  1. Potong puf pastri menjadi segi empat, letak pada dulang pembakar yang telah dilapis.
  2. Sapukan kuning telur di atas puf pastry.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 minit. Biarkan sejuk. 
  4. Pindahkan adunan keju krim ke dalam beg paip. Paipkan krim diatas puf pastri, letakkan hirisan peach diatas krim.
  5. Tutup dengan kepingan puf pastry lain, paipkan lagi inti keju krim diatas puff pastri. Letakkan hirisan peach diatas krim. 
  6. Akhirnya, taburkan sedikit gula aising sebagai hiasan, sedia untuk dihidangkan.

Resepi Fruit Strudel Puff Pastry Viral

Fruit Strudel Puff Pastry Viral

Fruit Strudel Puff Pastry Viral: Sumber seminit resepi

Bahan Krim:

  • 50 gram cream cheese
  • 100 ml dairy whipping cream
  • 4 sudu besar gula aising 

Bahan lain:

  • Buahan
  • Puff pastry 

Cara-cara:

  1. Potong puff pastry ikut size yang anda inginkan, sapukan dengan telur dan bakar menggunakan air fryer 180c selama 10 minit.
  2. Sementara itu, buat krim nya. Pukul creamcheese bersama gula sehingga gebu. Kemudian tambah kan whipping cream. Pukul hingga kental dan sejukkan sebentar.
  3. Potong buahan dan keringkan.
  4. Apabila pastry sudah sejuk, paip lan krim dan hias dengan buah mengikut kreativiti anda.
  5. Sejukkan dan selamat menjamu selera. 

Penutup

Pencuci mulut ini adalah pastry yang asalnya dari Austria, Jerman. Nak ke sana jauh kan? Jadi apa kata kita buat sendiri di rumah. Sedap dan simple je cara buat resepi peach strudel ini. 

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.