Hari ini saya nak kongsi resepi murtabak viral paling sedap! Mudah je nak buat, confirm menjadi. Kalau buat banyak pun boleh je di frozenkan. Bila-bila nak makan boleh terus goreng kalau bendanya dah adakan, lagi senang begitu. Tak susah sebenarnya nak buat murtabak kerana adunan untuk kulitnya sama seperti kita membuat roti canai, nak guna kullit popia pun boleh.
Resepi Martabak Ayam Paling Sedap Qaseh Honey
Martabak Ayam Paling Sedap Bersama Jeruk Bawang: Sumber Qaseh Honey
Bahan Doh:
- 1 cawan air
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar susu pekat
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar marjerin
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk, satukan air, garam, minyak masak dan susu pekat. Kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum dan mentega. Uli sehingga doh lembut dan elastik. Rehatkan doh 30 minit dengan kain/tuala basah.
- Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian sama berat.
- Bulatkan doh (teknik membulat rujuk video) dan sapukan dengan butter atau rendam di dalam minyak masak tutup bekas dengan plastic wrap dan biarkan selama 2 jam atau semalaman (kalau semalaman simpan di dalam peti sejuk).
- Siapkan jeruk bawang dan bahan inti. (Jika adunan lembik tambahkan tepung, jika adunan keras tambahkan sedikit air).
Bahan Inti:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 sudu besar serbuk kari
- 300 gram ayam cincang
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan pan dan minyak masak secukupnya.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
- Masukkan pula rempah kari. Tumis rata lebih kurang 2 minit.
- Masukkan ayam. Kacau sekali sekala hingga ayam masak sepenuhnyatambahkan gula dan garam secukup rasa.
- Kacau rata. Masak hingga inti sedikit kering dan perasakan rasanya. Jika ok matikan api. Ketepikan dan biarkan hingga sejuk.
Bahan Jeruk Bawang:
- 1 biji bawang besar
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar air
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- 1-2 titis pewarna merah
Cara-cara:
- Satukan semua bahan di atas kecuali pewarna merah dan kacau rata pewarna merah lebih setitis dulu (jangan terlalu terang).
- Kacau rata. Ketepikan dan biarkan lembut baru la dihidangkan bersama martabak.
Penyediaan Martabak:
- inti ayam/daging
- 4 biji telur
Cara-cara:
- Satukan telur dan inti ayam tadi. Kacau rata.
- Panaskan pan dan sapukan sedikit minyak masak (api kecil).
- Ambil satu doh dan canaikan senipis yang boleh.
- Letak doh di atas pan tadi dan cepat-cepat letakkan inti secukupnya, kemudian lipatkan dengan kemas.
- Balik balikkan martabak sambil direnjis dengan sedikit minyak.
- Setelah masak, angkat dan potong martabak tadi.
- Hidangkan bersama jeruk bawang.
Resepi Murtabak Makaroni Mat Gebu
Murtabak Makaroni: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 100 gram makaroni yang belum direbus
- 100 gram daging ayam, potong halus*
- 2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
- 3 keping hirisan halia, tumbuk halus*(*disatu kan dan perap 10 minit)
- 1 biji bawang holland, dadu kecil
- 1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
- 1/2 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
- 3/4 camca besar rempah kari daging (mat guna baba’s)
- 2 camca besar sos ikan
- Secubit gula
- 1 pokok daun bawang, dihiris
- 1/2 cawan air
- 4 biji telur
Bahan Bawang Jeruk:
- 1 biji saiz sederhana bawang holland, hiris halus
- 1 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
- 3 camca besar sos cili thai (mat guna jenama LIFE)
- 2 – 3 camca besar air
Cara-cara:
- UNTUK BAWANG JERUK :- Satukan semua bahan untuk bawang jeruk, kacau rata dan biar selama 30 minit. Rasa dan jika perlu tambah sedikit gula. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
- UNTUK PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN :- Rebus makaroni hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis 1/2 bahagian bawang besar yang didadu tadi bersama cili hijau dan merah hingga layu. Masukkan rempah kari, kacau dan masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Tambah sos ikan dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga kering. Rasa dan jika ok boleh angkat. Masukkan baki bawang tadi, dan gaul rata.
- UNTUK MURTABAK MAKARONI :- Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/2 bahagian makaroni tadi, campur dengan 1/2 bahan dari no 2. gaul rata. Pecah kan 2 biji telur, kacau dan masukkan ke dalam bancuhan makaroni, tabur 1/2 bahagian hirisan daun bawang. Gaul rata dan tuang dalam non-stick pan tadi. Tutup permukaan nya hingga bahagian atas kering. Berhati-hati terbalikkan murtabak dan masak sekejap lagi. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk sebahagian lagi.
- Potong kepada 6 bahagian atau ikut suka, hidangkan bersama bawang jeruk tadi, selamat mencuba untuk semuaa.
Resepi Mudah Membuat Murtabak Mini Pisang Menggunakan Kulit Popia Amie’s Little Kitchen
Murtabak Mini Pisang Menggunakan Kulit Popia: Sumber Amie’s Little Kitchen
Bahan-bahan:
- 7 biji pisang berangan masak saiz kecil
- kulit popia saiz besar secukupnya
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu kecil gula pasir
- secubit garam
- marjerin atau mentega
Cara-cara:
- Kupas pisang dan hiris-hiris.
- Lecek atau lenyek pisang tadi, tapi jangan sampai hancur. Kasar-kasar saja.
- Bubuh sedikit garam dan gula pasir. Ini sekadar untuk keluarkan rasa lemak.
- Kemudian tambahkan dua biji telur. Nka bubuh sebiji saja pun boleh. Tak nak bubuh telur pun boleh.
- Kacau-kacau adunan pisang lenyek kasar dengan telur.
- Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit marjerin.
- Ambil sekeping kulit popia dan sudukan inti secukupnya.
- Lipat kiri dan kanan kulit popia, dan kemaskan menjadi bentuk segi empat.
- Letakkan di atas kuali dan balik-balikkan kedua belah murtabak supaya masak sekata.
- Apabila murtabak kelihatan kuning keemasan, angkat.
Resepi Murtabak Roti Daging Mamajue
Murtabak Roti Daging: Sumber Mamajue
Bahan-bahan:
- * Roti gardenia 12 keping
- * Isi daging cincang
- * Kentang yang didadukan
- * Bawang besar didadukan
- * Bawang putih 3 ulas
- * Cili padi
- * 2 sudu besar serbuk kar
- * 1 sudu kecil lada hitam kisar
- * daun bawang
- * Telur
- * Susu cair
- * cheesedale / cheese ~ aku tak letak sebab takder
Cara-cara:
- Untuk masak daging aku menggunakan periuk noxxa.. Tumiskankan bawang putih, bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & lada hitam kacau hingga sebati.
- Setelah itu masukkan serbuk kari & masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang & cili padi. Kacau hingga sekata.
- Tutup periuk Noxxa & HP dalam 2 minit.
- Setelah siap last sekali tekan mood stir fry, masukkan garam & pak aji dan taburkan daun bawang. Siap.
- Dibekas lain kacau telur dan tambah susu cair dalam 2 cawan.. agak2 korang la yer..
- Di dalam loyang 4 segi.. korang sapu butter dulu.. susun roti begini.
- Layer ke 2 letakkan inti daging.
- Layer ketiga curahkan telur tadi.. * korang buat adunan sampai abis.. & nak letak cheesedale pun boleh.. tapi aku tak taruk sebab tak ada.
- Lapisan atas sekali taburkan daun bawang & cili padi cincang.. & curahkan telur.. kalo nak letak parutan cheese pun boleh.
- Bakar dalam oven dengan suhu 220’c selama 40 minit.
Resepi Murtabak Daging Yatie Memories
Murtabak Daging: Sumber Yatie Memories
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar marjerin
- air+ garam ( agak-agak dalam 1 1/2 cawan)
Cara-cara:
- Cara untuk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
- Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
- Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dalam 10 minit dan uli lagi.
- Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman).
Bahan Kuah Bawang Merah:
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar sos cili maggi
- beberapa titik pewarna merah ( sirap)
- sedikit gula dan garam
Cara-cara:
- Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
Bahan-bahan untuk Inti Murtabak:
- 300 gram mince meat
- 2 bawang besar-potong dadu
- 3 bawang putih-potong dadu
- 4 sb rempah kari
- garam+gula secukup rasa
- **1 bawang-potong nipis-nipis
- **6 biji telur-atau secukupnya
Cara-cara:
- Tumis bawang besar, bawang putih yang di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
- Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. Kacau hingga sebati.
- Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis-nipis, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
- Goreng dengan api perlahan hingga masak.
- Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
Resepi Murtabak Ayam Hafizah Yahaya
Murtabak Ayam: Sumber Hafizah Yahaya
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 hingga 1 ½ cawan air (Masuk 1 cawan air dan jika adunan keras tambahkan lagi air sedikit demi sedikit)
1 sudu besar shortening ataupun boleh gantikan dengan mentega
2 sudu besar susu pekat manis
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Larutkan susu pekat manis, minyak masak dan garam kedalam 1 cawan air. Seterusnya masukkan tepung,shortening dan bancuhan air tadi kedalam mangkuk pengadun.
- Uli hingga sebati dan Jika nampak dohnya agak keras tambahkan sedikit air dari 1/2 cawan air tadi.
- Terus lagi menguli hingga doh menjadi a elastik dan rehatkan selama 30 minit. Tutup dengan kain lembab.Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 75 gm-90 gm setiap satu.Sapukan dengan minyak masak.
- Perap selama 2 jam dan setelah itu tebar seperti membuat roti canai atau tarik nipis-nipis. Masukkan inti, lipat dan tutup balik. Goreng dengan api perlahan diatas kuali leper hingga masak.
Bahan untuk Inti:
300 gram daging ayam cincang
2 labu bawang besar- dipotong dadu
3 ulas bawang putih- di cincang
4 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup
6 biji telur
Cara-cara:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi, masukkan daging ayam cincang dan rempah kari. Perasakan dengan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan. Bila inti telah suam, campurkan dengan telur dan kacau hingga sebati.
Bahan Jeruk Bawang:
- 1 labu bawang besar – dihiris halus
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula pasir
- beberapa titis pewarna merah
Cara-cara:
- Gaul semua bahan dan perap seketika. Apabila dah menjadi iaitu bawang menjadi lembut, bolehlah dihidangkan dengan murtabak.
Resepi Murtabak Raja Ayu Zarina
Resepi Murtabak Raja: Sumber Ayu Zarina
Bahan-bahan:
- 500 gram daging cincang
- 1 biji bawang holland dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 biji kentang dipotong dadu
- 2 sudu besar rempah kari
- Telur Daun sup dihiris
- Bawang besar dihiris
- Garam dan gula
Cara-cara:
- Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari dan sedikit air. Masak dalam 3 minit.
- Kemudian masukkan daging cincang dan kentang. Masukkan bersama dengan garam dan perasa. Masak sehingga air daging hampir kering dan pecah minyak.
- Dah masak, sejukkan.
- Dalam mangkuk lain, masukkan 1 senduk kecil inti daging yang telah dimasak tadi, 1 biji telur, daun sup dan bawang. Kacau2 hingga sebati.
- Canaikan kulit murtabak tadi sehingga elastik/nampak bayang-bayang dulang dibawah.
- Kemudian masukkan inti tadi ditengah-tengah kulit murtabak, lipat kan kulit murtabak agar inti tak terkeluar, dan terus angkat letak atas pan pembakar. Bakar dengan api yang kecil dan minyak yang sikit sahaja hingga masak kedua-dua belah.
- Canai lagi kulit murtabak. Masukkan murtabak 1 yang dimasak tadi, ulang semula proses no 5, dan letakkan inti tadi atas murtabak 1. Lipat murtabak dan terus bakar.
- Canai lagi kulit murtabak utk kali ke 3. Masukkan murtabak 2 yang telah dimasak tadi. Kemudian pukul 1 biji telur bersama bawang dan daun sup, curah atas murtabak 2 tadi. Lipat murtabak dan terus bakar.
- Semasa bakar, guna 2 sudip utk rata kan sekeliling murtabak raja dan bentuk-bentukkan supaya jadi cantik 4 segi.
Nota:
- Dah siap! Renyah juga nak buatkan. Murtabak Raja ni umpama 3 murtabak dalam 1 kulit. Tu yang jadi berlapis-lapis tu.
Resepi Murtabak Maggi Cheese Yaya Mohd
Murtabak Maggi Cheese: Sumber Yaya Mohd
Bahan-bahan:
- 2 bungkus Maggi (perisa kari)
- Minyak (untuk menggoreng)
- Sedikit garam & lada sulah
- 5 ketul sosej Ayamas (digoreng)
- 2 keping keju
- 3 biji telur
Cara-cara:
- Rebus terlebih dahulu maggi. Rebus maggi hingga separa lembut.
- Toskan dan gaul bersama perencah. Tak guna perencah maggi pun boleh.
- Potong sosej yang telah digoreng, keju yang dipotong segi empat, sedikit garam dan lada sulah.
- Pukul telur dan masukkan ke dalam maggi.
- Gaul sehingga sebati.
- Panaskan minyak.
- Guna jari pun boley nak bulat-bulatkan adunan maggi tu sebelum campak dalam kuali. Make sure cheese dan sosej dalam maggi.
Resepi Murtabak Maggi Mudah, Sedap Dan Pasti Jadi
Murtabak Maggi Mudah, Sedap Dan Pasti Jadi: Sumber Buat Orang Lapo
Bahan-bahan:
- Mi Segera Perisa Kari
- 100 gram Ayam Cincang
- 1 Biji Bawang Besar
- 1/2 Biji Cili Besar Merah
- 2 Biji Telur
- Perencah Kari
- Lobak merah
- Daun Ketumbar
- Keju Mozarella (Tidak Wajib)
Cara-cara:
- Rebus mi segera selama 2 minit mengikut arahan pada bungkusan mi. Angkat, toskan dan ketepikan dahulu.
- Goreng ayam dengan sedikit minyak sehingga ayam masak . Angkat dan ketepikan.
- Goreng pula bawang besar dengan sedikit minyak sehingga garing bersama cili besar merah. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan perencah mi segera, pukul hingga sebati.
- Kemudian, masukkan bawang dan cili yang digoreng tadi, lobak merah, ayam yang telah digoreng tadi, daun ketumbar serta mi segera yang telah direbus. Gaul kesemuanya sehingga bersalut dengan telur.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak, ambil separuh mi segera yang bersalut telur tadi dan goreng sehingga bawahnya kekuningan dan terbalikkan.
- Selepas itu, taburkan keju mozarella di atasnya dan tutup kuali supaya keju cepat cair. Bila dah masak boleh angkat dan hidangkan. Siap!
Resepi Murtabak Maggie Sedap Bella Jamal
Murtabak Maggie Sedap: Sumber Bella Jamal
Bahan A:
- 2 paket Mi Maggie
- 2 paket perencah Maggie
- 2 sudu minyak masak
- 2 sudu minyak sapi
- 5 biji telur
Bahan B (bahan hiris):
- 1 biji lada merah
- 1 biji bawang holland
- 1 biji bawang besar
- Sedikit daun sup
Cara-cara:
- Rebus mi maggie tanpa perencah dan air rebusan dibuang.
- Pecahkan telur dalam bowl, masukkan semua bahan kisar dan 3 paket perencah maggie ke dalam mangkuk.
- Masukkan maggi yg dah direbus tadi, gaul rata dalam mangkuk.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng maggi dengan api perlahan sampai masak untuk kedua-dua bahagian.
Resepi Murtabak Daging Frozen Guna Kulit Popiah Yang Sedap
Murtabak Daging Frozen Guna Kulit Popiah Yang Sedap: Sumber MamaTisya
Bahan-bahan Inti:
- 500 gram daging kisar
- 1 paket rempah kari daging
- 6 biji bawang Holland – dipotong dadu
- 5 ulas bawang putih – ditumbuk
- 2 inci halia – ditumbuk
- serbuk lada hitam / lada sulah secukup rasa
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu teh garam
- minyak untuk menumis
- 1 cawan tepung gandum
**lebihkan lada hitam yang dikisar untuk hilangkan rasa lemak daging dan bau daging.
Cara-cara:
- Tumis Bawang & Rempah. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia. Masukkan rempah kari dan tunggu hingga naik bau.
- Masukkan Daging Kisar. Seterusnya boleh masukkan pula daging kisar dan bawang Holland. Bila daging dah agak masak, masukkan gula, garam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan Tepung. Setelah cukup rasa dan bawang layu, masukkan tepung sambil dikacau rata. Tunggu semua bahan inti masak hingga agak kering. Bila rasanya semua dah ok, tutup api dan tunggu inti sejuk sebentar. **Fungsi tepung adalah supaya inti tak terlalu berair dan nak elakkan kulit popiah terkoyak masa digoreng. Barulah kulit popiah nampak cantik, kemas dan tak lembik.
- Balut Dengan Kulit Popiah. Untuk balutkan inti murtabak tadi, gunakan kulit popiah yang besar. Sebelum itu, pecahkan 2 biji telur, pukul dan gaulkan dengan inti yang dah disejukkan tadi. Buka kulit popiah dan letakkan di atas dulang. Ambil inti dan letak di tengah. Lipatkan berbentuk segi empat dari atas, kiri, dan kanan. Terbalikkan bila dah siap dilipat.
- Siap Untuk Digoreng. Lepas tu bolehlah panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng sehingga kekuningan. Siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan Kuah Bawang Merah:
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar sos cili
- beberapa titik pewarna merah ( sirap)
- sedikit gula dan garam
Cara-cara:
- Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
Resepi Murtabak Roti Cheese Mridzuan
Murtabak Roti Cheese: Sumber Mdriszuan Ismail
Bahan-bahan:
- 12 keping roti (saya guna gardenia)
- 1 biji bawang besar – dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1 paket daging kisar (RAMLY)
- 1 biji cili merah – dipotong halus
- 3 1/2 sudu besar rempah kurma
- 1 biji ubi kentang – dipotong dadu
- 5 biji telur
- 2 cawan susu segar
- 1/2 paket cheese mozarella
- Sedikit minyak
Cara-cara:
- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih sehingga terbit bau, kemudian masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air, goreng sehingga garing.
- Masukkan daging kisar ke dalam kuali dan kacau hingga air agak kering. Masukkan pula bawang besar, cili merah dan kentangdan kacau biar sebati.
- Masukkan kiub ayam dan kacau lagi. Masukkan pula ada putih, kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering. Angkat dan sejukkan.
Cara Penyediaan Murtabak:
- Pukul telur bersama telur dan 1 sudu kecil garam sehingga sebati.
- Celupkan 4 keping roti ke dalam campuran susu dan letakkan ke dalam loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter, seterusnya tuang bahan inti ke atas roti dan ratakan.
- Ulang langkah 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti. Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
- Bakar bahan dengan suhu kepanasan 220C selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Penutup
Mudah kan nak sediakan murtabak kegemaran anda. Anda boleh cuba mana satu variasi murtabak ikut selera anda. Anda juga boleh cuba resepi risoles sedap.