fbpx

5 Resepi Kerabu Nenas Yang Sedap Dan Rangup! (Kecur Liur Dibuatnya!)

Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu nenas. Kerabu nanas ini, selain sedap dan senang disediakan, ia juga banyak khasiat dan vitamin. Semuanya disediakan dalam keadaan segar. Nanas dan taburan bawang menjadikannya rangup dan sedap. Lagi sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Mudah je nak sediakan kerabu nenas ini. Boleh cuba di rumah, mesti bertambah selera  keluarga. 

Resepi Kerabu Nenas Zareena

Kerabu Nenas Zareena

Kerabu Nenas: Sumber Zareena

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji nenas sederhana besar, dipotong kecil
  • 1/2 biji timun, dihiris. (Saya guna timun jepun)
  • 1/2 labu bawang bawang besar,dihiris
  • 1 biji lada merah, dihiris
  • 2 sudu makan cuka
  • 1/2 sudu kecil garam halus (ikut citarasa)
  • 1 sudu kecil gula (ikut citarasa)

Cara-cara:

  1. Nenas dikupas dan dipotong kecil-kecil.
  2. Timun dibersihkan dan dihiris. Saya gunakan timun jepun kerana rasanya yang lebih sedap. Boleh gunakan timun biasa sahaja jika suka.
  3. Lada merah dihiris, jika suka lebih pedas,boleh gantikan dengan cili padi.
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu bekas dan gaulkan hingga garam dan gula telah larut. Siap.
  5. Juadah ini enak dimakan bersama nasi dagang, nasi minyak dan nasi tomato.

Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara

Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara

Kerabu Nanas Style Orang Utara: Sumber Qiya Saad

Bahan-bahan:

  • 1 biji nanas
  • 1 labu bawang merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan (yang da siap bakar)
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Kupas dan cincang buah nanas.
  2. Potong bawang dan cili nipis-nipis.
  3. Campurkan buah nanas dengan bawang, cili, belacan yang sudah dihancurkan terlebih dahulu, dan garam. 
  4. Gaul sekata. Siap. Boleh hidang bersama nasi putih atau makan macam tu je.

Resepi Kerabu Nenas Zurayda 

Kerabu Nenas Zurayda

Kerabu Nenas: Sumber Zurayda

Bahan-bahan:

  • ¼ biji nenas – potong dadu
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • ½ biji bawang besar – potong nipis
  • 4 kacang panjang – potong halus
  • 1 tangkai daun ketumbar – potong halus
  • 1 batang serai – potong nipis
  • 4 biji cili api – potong nipis
  • 1 biji cili merah – potong nipis
  • 2 biji limau nipis – ambil jusnya (saya gunakan 1 biji saja)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan ke dalam satu bekas.
  2. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Perahkan jus limau nipis dan gaul sebati.
  4. ***Hidangkan terus utk mengelakkan nenas berair.
  5. ***Enak juga diletakan dlm peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Resepi Kerabu Nenas Rangup

Resepi Kerabu Nenas Rangup

Kerabu Nenas Rangup: Sumber Aynora

Bahan-bahan:

  • 500 gram nenas
  • 100 gram kelapa parut
  • 40 gram cili merah (buang biji) – dikisar/ tumbuk
  • 10 gram cili padi – dikisar / tumbuk
  • 60 gram udang kering – dikisar/ tumbuk
  • 150 gram bawang merah – dikisar/ tumbuk
  • 15 gram belacan
  • Sedikit bawang merah – dimayang
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Kupas nenas dan cincang isinya hingga sebesar kepala mancis.
  2. Sejatkan hingga kering.
  3. Gaul semua bahan-bahan yang telah ditumbuk, juga kelapa parut dengan nenas.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali, taburkan potongan bawang merah di atasnya.
  6. Kerabu nenas anda selamat untuk dimakan. Hidangkan dengan nasi putih panas dan juga boleh makan macam gitu aje.. sedap weh.

Resepi Kerabu Mangga Nanas Mudah Dah Sedap

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dah Sedap

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dah Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda – disagat halus
  • 1 biji nanas masak saiz kecil – di potong halus
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris separa bulat nipis
  • 3-4 biji cili padi – dipotong kecil
  • garam secukupnya’
  • gula secukupnya
  • 1-2 sudu kecil cuka

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata. 

Nota:

  • Psstt… nak lagi sedap, korang letak la udang kering dengan bunga kantan. Memang tak pandang kiri kanan dah kalau makan. 

Penutup

Rasa nanas yang masam manis pastinya menaikkan selera anda! Kecur liur dibuatnya..

Antara resepi kerabu yang anda boleh cuba:

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.