fbpx

5 Resepi Kangkung Goreng Belacan Viral 2022 (Mudah Dan Sedap)

Hari ini saya nak kongsi resepi kangkung goreng belacan. Menu ringkas tapi cukup menyelerakan bagi penggemar masakan kampung. Sangat sedap, nak pula kalau makan panas-panas dengan nasi putih. Combinasi rasa yang sedap, memang berselera jika dihidangkan waktu makan tengah hari, sayuran ini  boleh dikatakan kegemaran rakyat Malaysia. Kalau makan kat kedai, kankung goreng belacan ini antara menu wajib selain kailan ikan masin. Resepi ini cukup simple dan tak menggunakan banyak bahan. Sekejap je, dah siap, pasti semerbak satu  dapur dengan kangkung goreng belacan yang sedap ini!

Resepi Kangkung Goreng Belacan Berapi Mat Gebu

Kangkung Goreng Belacan Berapi Mat Gebu

Kangkung Goreng Belacan Berapi: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 cekak kangkung, siang, cuci dan toskan
  • 1/3 cawan isi udang
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • Sos ikan secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan Tumbuk Lumat:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi
  • 1inci belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum. Tambah sos tiram dan isi udang, kacau dan masak hingga isi udang berubah warna. Tambah sedikit air, hirisan bawang. Masak sekejap.
  2. Masukkan kangkung, gaul rata. Tambah sos ikan secukupnya. Masak hingga kangkung lembut tapi tidak terlampau layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Resepi Kangkung Goreng Belacan Che Nom

Resepi Kangkung Goreng Belacan Che Nom

Kangkung Goreng Belacan: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • sayur kangkung, 1 ikat
  • 1 sudu kecil tepung jagung (jadikan pes)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit kicap
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan kisar kasar:
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 cm belacan
  • sedikit ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.
  4. Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula dan pes tepung jagung.
  5. Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak. Angkat dan hidangkan

Tips:

  • Masakan sayur kangkung harus dimasak dengan pantas. Pastikan bahan-bahan semua sudah tersedia sebelum anda mula memasak. Jika terlebih masak, sayur akan lembik dan tak sedap lagi.

Resepi Kangkung Kampung Goreng Belacan Azie Kitchen

Kangkung Kampung Goreng Belacan Azie Kitchen

Kangkung Kampung Goreng Belacan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 ikat sayur kangkung kampung
  • Sedikit petai
  • 1/2 tangkai cili merah
  • Garam

Bahan tumbuk kasar:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili api merah & hijau
  • Sedikit belacan
  • Sejemput ikan bilis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan petai dan kacau rata. 
  2. Masukkan kangkung dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan sayur kangkung. 
  3. Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris. Kacau rata. Bolehlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak. 

Resepi Kangkung Goreng Belacan Azlita Aziz

Kangkung Goreng Belacan Azlita Aziz

Kangkung Goreng Belacan: Sumber Azlita Aziz

Bahan A:

  • 500 gram kangkung dipotong dan dicuci
  • 2 sudu makan minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa

Bahan B ditumbuk:

  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci belacan
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk hingga harum. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan sayur kangkung dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kangkung Goreng Belacan Aisya Ismail

Kangkung Goreng Belacan Aisya Ismail

Kangkung Goreng Belacan Aisya Ismail

Bahan-bahan:

  •  1 ikat sayur kangkung
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1 batang cili merah
  • 1/4 belacan bulat (kalau selain ni pandai-pandai agak)
  • Minyak masak
  • Air
  • Garam

Cara-cara:

  1. Potong sayur kangkung dan cuci bersih-bersih.
  2. Tumbuk lumat bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan belacan. Nak kisar pun boleh tapi lagi sedap jika tumbuk menggunakan lesung batu.
  3. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
  4. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan masukkan setengah cawan air dan garam sesedap rasa. Kalau nak guna bahan perasa pun boleh.
  5. Masukkan sayur dan kacau-kacau sedikit sampai sayur disaluti bahan tumisan tadi dengan sebati.
  6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.

Penutup

Resepi kangkung goreng belacan ini cukup mudah dan simple je. 

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.