fbpx

5 Resepi Bakso Homemade Yang Paling Sedap & Mudah

Hari ini saya nak kongsi resepi bakso homemade yang sedap dan mudah.  Anda yang pertama kali mendengarnya, boleh cuba kelazatan semangkuk bakso ini, apalagi jika  dihidangkan panas-panas. Bakso ialah bebola daging yang dihidang dengan kuah, mee dan bihun. Kini, anda boleh buat bakso homemade di rumah. Anda juga boleh pilih nak guna daging atau ayam, ikut selera anda sekeluarga. Sesekali bertukar selera makan bakso pun sedap juga ya. Hidangan dari negara seberang ini pastinya mempunyai peminatnya kerana rasa baksonya yang lembut! Rasa kuahnya pun kenalah padu!  

Resepi Bakso Sedap Azlita Aziz

Resepi Bakso Sedap Azlita Aziz

Bakso Sedap: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
  • Taugeh
  • Kobis ~ di hiris halus
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng

Bahan bebola  daging:

  • 400 gram daging cincang
  • 2 biji bawang merah ~ di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
  • 2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
  2. Kemudian gaul rata. Bulat-bulatkan sebesar guli. Ketepikan.

Bahan Kuah Bakso:

  • 1/2 kg tulang ~ ita tambah
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 inc halia
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 kiub pati daging atau pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah

Cara-cara:

  1. Mula-mula ita rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk.
  2. Dalam kuali berasingan ita panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum.
  3. Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi. Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi.
  5. Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah.
  6. Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita.
  7. Bakso di makan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
  8. Tuangkan kuah bersama bebola daging. 

Nota:

  • Ita hidangkan bersama kicap pedas Enaq dan lada cuka. Untuk sediakan lada cuka, anda hanya perlukan cili padi hijau dalam 10 biji, kalau suka pedas boleh lebihkan. Kemudian kisar bersama cuka makan. kalau nak tumbuk cili padi ni pun boleh, bila dah siap tumbuk, masuk dalam mangkuk dan letakkan cuka makan. Sedap makan dengan bakso.
  • Bagi yang suka cili sos boleh letakkan cili sos sekali.

Resepi Bakso Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Resepi Bakso Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Bakso Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan bebola daging bakso:

  • 500 gram daging lembu cincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus. Nota: bawang putih digoreng sehingga kekuningan dan ditumbuk. Pindahkan ke dalam bekas lain dan tutup permukaan bekas dengan plastik.
  2. Masukkan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit sebelum digentel bulat bebola daging mengikut saiz yang diperlukan.
  3. Masak air sehingga mendidih dan masukkan bebola daging. Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul di permukaan.  
  4. Ceduk keluar dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air ais. Sedia untuk digunakan.

Bahan Sup Bakso:

  • 500 gram tulang lembu
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil  serbuk lada sulah
  • 2 biji buah keras
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa – jika suka
  • 3-4 liter air rebusan daging 

Bahan Kisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air, tulang lembu, buah keras, serai dan halia yang telah diketuk, serbuk lada hitam dan lada sulah.
  2. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan perasa, garam dan gula secukup rasa.  

Bahan Sayuran:

  • Kubis – hiris halus
  • Daun sup/daun bawang – dihiris halus
  • Bawang goreng

Bahan Sambal Bakso:

  • Segengam cili padi merah
  • 4-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Air rebusan daging

Cara-cara:

  1. Rebus cili untuk hilangkan rasa pijarnya.
  2. Tumbuk cili merah sehingga lumat dan masukkan cuka.
  3. Tuang sedikit air rebusan daging. 

Resepi Bakso Ayam Mat Gebu

Resepi Bakso Ayam Mat Gebu

Bakso Ayam: Sumber Mat Gebu

Bahan Bebola Ayam:

  • 500 gram daging ayam, bahagian dada
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 camca besar hirisan halus daun sup
  • 4 camca besar tepung jagung
  • 1 putih telur
  • 1 camca teh baking powder

Bahan Sup:

  • 2 liter air (atau lebih)
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 4 ulas bawang merah kecil*(*kisar halus)
  • 2 inci lengkuas, diketuk
  • 3 ketul kiub stok daging lembu/ayam “MAGGI”
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca besar lada hitam biji*(*ditumbuk halus dan bungkus punjut, gunakan kain muslin)
  • 1 batang kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 – 4 camca besar kicap cair

Bahan Lain:

  • Mee kuning @ Mee hoon (celur hingga lembut)
  • Hirisan daun sup/bawang
  • Hirisan halus kobis
  • Hirisan halus lobak merah
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Cili kicap*(tumbuk 10 cili padi + 1 ulas bawang putih + 1/2 cawan kicap manis)
  • Sos cili*
  • Sos tomato*
  • Sos tiram*(*jenis-jenis sos yang digunakan)

Cara-cara:

  1. UNTUK BEBOLA AYAM:- Satukan semua bahan-bahan untuk bebola ayam dalam alat pengisar makanan dan kisar hingga semua sebati dan kenyal. Buatkan bebola (bergantung pada masing-masing, jika suka boleh buat besar atau pun comel-comel). Rebus bebola tadi dalam 2 liter air mendidih selama 10 minit. Angkat dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK SUP:- Dalam periuk, tuang 3 camca besar minyak, dan tumis kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas titik dan tuang air dan juga air rebusan bebola tadi. Masukkan kiub pati daging lembu/ayam, dan rempah yang telah dipunjut. Biar mendidih perlahan 20 – 25 minit. Masukkan kicap cair dan biar mendidih lagi. Rasa kuahnya dan jika OK..boleh padamkan api. Jika kurang “berangin”, boleh tambah lada hitam serbuk…
  3. PENYEDIAAN BAKSO AYAM:- Dalam mangkuk, masukkan mee (samada mee kuning, mee hoon atau campur kedua-keduanya). Tabur taugeh, kobis dan lobak merah. Tuang sup atas mee bersama bebola daging ayam tadi. Hias dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Letak setiap jenis sos sedikit-sedikit atas bakso tadi mengikut kemahuan masing.

Resepi Bakso Jawa Mudah

Resepi Bakso Jawa Mudah

Bakso Jawa Mudah: Sumber Resepi.my

Bahan-bahan:

  • Tulang lembu (7-8 ketul),
  • Bawang besar 2 biji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Halia sebesar ibu jari,
  • Bebola daging,
  • Segenggam cili api merah,
  • 2/3 ulas bawang putih,
  • Sos cili,
  • Kicap,
  • Daun sup/daun bawang,
  • Sayur kobis hiris,
  • Mee kuning atau suhun atau bihun.

Cara Menyediakan Kuah:

  1. Tulang direbus sampai empuk. (Kuah ini untuk 10 orang atau lebih boleh makan, air rebusan jangan dibuang).
  2. Blend bawang besar, bawang putih, halia.
  3. Kemudian tumis bahan sampai naik bau wangi dan pecah minyak.
  4. Terus masukkan tulang yang direbus tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Letak perasa garam, kiub daging, secukup rasa dan lada putih.
  6. Masukkan bebola daging brand ramly atau apa sahaja keluaran muslim.

Cara Menyediakan Cili:

  1. Segenggam cili api merah dan 2/3 ulas bawang putih direbus sampai layu.
  2. Buang air rebusan dan blend dengan sedikit air biasa. Tidak perlu letak garam dan gula sebab kuah sedap masin cukup rasa.

Cara Menyediakan Bakso:

  1. Dalam mangkuk letakkan mee@bihun dan sayur kobis hiris.
  2. Siram dengan kuah dan bebola.
  3. Letak cili sedikit, kicap dan sos cili.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Siap dihidangkan.

Resepi Bakso Akuman999

Resepi Bakso Akuman999

Bakso: Sumber Akuman999

Bahan-bahan:

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • * Taugeh
  • * Kobis dihiris halus

Bahan Kuah:

  • * 3 biji bawang merah dihiris
  • * * 3 ulas bawang putih
  • * *1/2 inci halia
  • * *1 sudu kecil lada sulah biji
  • * 1 batang serai diketuk
  • * 1 sudu besar pati daging / pati ayam
  • * sedikit serbuk lada sulah
  • * garam dan perasa

Bahan Bebola Daging:

  • Daging lembu segar 1000 gm (1 kg).
  • 5 batang Serai.
  • Bawang Merah 2 biji.
  • 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
  • Lemak sayuran (mayonis) 300 gram.
  •  Jintan halus & ketumbar 40 gram.
  • 1 camca garam.
  • Sedikit Lada sulah.
  • Sedikit soda bikarbonat.
  • Tepung sagu 500 gram.
  • 100 gm tepung ubi.
  • Tepung gandum 200 gram.
  • Gula Halus 40 gram.
  • Halia 20 gram.
  • Air batu 150 gram.

Cara-cara:

  1. Kisar dan gaul semua kecuali lemak sayuran.
  2. Perapkan adunan kira-kira 15 minit.
  3. Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.
  4. Bentukkan adunan menjadi bulat.
  5. Rebus dengan kadar 68 º C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
  6. Angkat, toskan dan biarkan sejuk dan boleh lah dimasukan kedalam sup Bakso.

Cara-cara Kuah:

  1. Untuk kuahnya, Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa.
  3. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dengan taugeh dan kobis. Tuang kuah dengan bebola daging. Boleh juga guna mee lain.

Penutup

Anda yang gemar masakan Indonesia, boleh cuba resepi bakso ini. Sedap! Confirm menjadi. Jom kita cuba resepi bakso yang lazat ini. 

Anda juga boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.