Hari ini saya nak kongsi tips turunkan berat pada bulan ramadhan 2022 ini. Kebiasaaanya, kita mengambil kesempatan untuk memulakan azam menurunkan berat badan pada bulan ramadhan. Bukan sahaja untuk sihat, anda juga boleh bergaya pada Hari Raya nanti dengan penurunan berat badan dan inchloss! Pasti cantik bergaya bersama keluarga tersayang! Jom cuba 5 cara menurunkan berat badan ketika puasa, untuk bulan ramadhan tahun ini.
Tips Turunkan Berat Badan: Ramadhan 2022
Jom! kita lihat beberapa petua mudah yang boleh anda buat untuk turunkan berat badan pada ramadhan tahun ini.
- Hitung Basal Metabolic Rate (BMR).
- Hitung DCR.
- Kawal kalori (pentingkan kesederhanaan, dengan cara anda kena pandai kawal jumlah pengambilan kalori).
Untuk mendapatkan kiraan BMR dan DCR anda boleh gunakan Daily Calorie Needs Calculator ini.
BMR anda pada bulan puasa tetap sama pada bulan puasa. Metabolisma badan anda tidak akan berkurang. Sebenarnya, pada bulan Ramadhan ini anda boleh ambil kesempatan untuk bakar lemak simpanan. Menurut Kevin Zahri, semasa anda berpuasa, glukos darah/badan memang rendah dan memaksa badan gunakan lemak sebagai sumber pembakaran tenaga.
5 Cara Menurunkan Berat Badan Semasa Puasa?
Bersahur
- Sahur adalah bahagian penting dalam puasa. Makan makanan yang sihat semasa sahur bertujuan untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang hari semasa berpuasa.
Pilih Diet Seimbang Yang Berkhasiat
- Memilih diet berkhasiat seimbang adalah cara terbaik menurunkan berat badan semasa berpuasa. Kita mempunyai dua peluang untuk mengisi perut iaitu ketika bersahur dan selepas berbuka.
- Ketika Sahur: Cuba minum banyak cecair atau pilih makanan yang kaya dengan cecair supaya anda terhidrat dengan baik semasa sarapan. Cuba pilih makanan dan minuman yang membantu anda berasa kenyang dan meningkatkan penghadaman. Contohnya, bijirin penuh, seperti roti gandum, beras perang, dan oat; buah-buahan dan sayur-sayuran segar; sumber protein, termasuk susu, yogurt, telur, dan kacang, serta; lemak sihat iaitu kekacang dan buah zaitun.
- Ketika Berbuka: Cuba minum lebih banyak cecair dan makanan rendah lemak yang mengandungi gula semulajadi semasa anda berbuka puasa. Contohnya, minuman, seperti air, susu, jus buah-buahan, atau smoothie, kurma kerana ia membekalkan gula semulajadi untuk tenaga dan sumber serat untuk penurunan berat badan,
buah-buahan, juga sup daging lembu dengan kacang dan makanan berkanji lain.
Elakkan makanan dengan gula tambahan
- Pengeluaran insulin badan akan berkurangan apabila berpuasa. Insulin berfungsi untuk menukar gula kepada tenaga. Jika gula tidak ditukar kepada tenaga, badan akan menyimpannya dalam bentuk lemak.
Teruskan bersenam
- Walaupun anda berpuasa dan tidak makan banyak, itu tidak bermakna anda boleh malas. Bersenam sebenarnya boleh menjadi cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa.
Menurut tips Kevin Zahri (2012), jangan kurangkan aktiviti pada bulan puasa, sebaliknya anda masih boleh cuba teruskan gaya hidup anda dengan cuba lakukan aktiviti ringan. Antara contoh aktiviti yang anda boleh lakukan ialah:
- Berjalan di bazar ramadhan.
- Shopping untuk baju raya.
- Membeli-belah.
- Masak.
- Bersihkan rumah.
- Hiasan aidilfitri.
- Terawih.
- Bufet? Duduk jauh-jauh daripada meja hidangan. Bagus untuk memaksa anda berjalan jauh dan makan kurang.
- Sahur; kerana bangun untuk sahur akan membakar lebih kalori daripada mereka yang terus tidur.
Mengemas rumah
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 102kcal
Kadar pembakaran: 204kcal/jamBekerja di pejabat
Tempoh: 8 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 650kcal
Kadar pembakaran: 81kcal/jamMenyediakan juadah berbuka di dapur
Tempoh: 1 jam
Jumlah Kalori yang dibakar: 154kcal
Kadar pembakaran: 154kcal/jamBerbuka puasa/ sahur
Tempoh: 30 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 61kcal
Kadar pembakaran: 122kcal/jamSolat Sunat Tarawih
Tempoh: 1 jam 15 minit
Jumlah Kalori yang dibakar: 200kcal
Kadar pembakaran: 160kcal/jam(Aktiviti Membakar Kalori Ketika Ramadhan, Susu Sejat 2010)
Boleh dikatakan setiap pergerakan pastinya membakar kalori anda. Semakin tinggi nilai “Kadar pembakaran”, semakin bagus/banyak aktiviti tersebut membakar kalori (Joy Kalonas, 2010).
Banyakkan minum air
- Mengekalkan hidrasi adalah kunci utama untuk memiliki berat badan yang ideal semasa berpuasa. Adalah penting untuk minum banyak air, tetapi cuba untuk tidak minum terlalu banyak pada satu masa. Pastikan badan mendapat cecair yang mencukupi ketika berbuka. Anda boleh pilih pilih cecair yang tidak mengandungi kafein dan cuba minum air atau cecair beberapa kali sepanjang malam.
Minum air sedikit demi sedikit selepas berbuka puasa sehingga sahur adalah lebih praktikal daripada minum air dalam kuantiti yang banyak sekali gus.
5 Kelebihan Puasa Bulan Ramadhan Untuk Kesihatan Anda!
Antara kelebihan berpuasa pada bulan ramadhan:
Bagi orang Islam, bulan ramadhan adalah masa untuk ketakwaan dan kerohanian, di mana peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada bulan ramadhan, orang Islam tidak akan makan atau minum pada waktu siang. Inilah yang dinamakan puasa.
RAJAH jangkaan kedudukan anak bulan Ramadan pada 1 April 2022 (Utusan Malaysia)
Hari pertama Ramadan pada tahun ini dijangka pada 3 April 2022, menurut pakar ilmu falak terkenal tanah air, Hanafiah Abd. Razak.
(Utusan Malaysia,16 Mac 2022)
Mengapa Ramadhan begitu istimewa? Pada bulan ini sebagai seorang Islam, kita digalakkan untuk memperbanyak segala amalan baik seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menjamu orang berbuka puasa dan banyak lagi.
Niat Puasa Bulan Ramadhan:
Niat Puasa di Bulan Ramadhan (Lisa Nurulain, 2015)
Syarat Wajib Puasa
Penutup
Penurunan berat badan adalah satu proses. Sebulan berpuasa di bulan ramadhan pastinya mengajar kita mengawal rasa lapar dan dahaga. Jumlah pengambilan kalori harian anda bergantung kepada BMR dan DCR anda. Jika dimanfaatkan tips yang dikongsikan kali ini, bersama gaya hidup sihat ketika bulan ramadhan ini, anda pasti berjaya menurunkan berat badan dan mencapai berat ideal anda yang anda inginkan. Believe the process and keep consistent!
Antara resepi diet yang anda boleh cuba: