fbpx

9 Resepi Tepung Pelita Yang Sedap, Lemak Manis! Kuih Popular Ketika Ramadhan

Hari ini saya nak kongsi resepi tepung pelita yang sedap, terasa lemak manisnya! Teksturnya lembut, baunya wangi. Kuih Tepung pelita pastinya popular ketika ramadhan. Bulan puasa ini memang tak lengkap rasanya tanpa kuih muih pemanis mulut begini. Hari-hari biasa pun kuih ini  tak lapuk dek hujan dan tak lekang di panas. Ada penggemarnya yang tersendiri, kalau lambat ke bazar ramadhan, alamatnya tak merasalah ya. Jadi, saya kongsikan resepi mudah dan confirm menjadi untuk tepung pelita ini. Anda pun boleh buat sendiri di rumah. Ikut je resepi mana yang anda berkenan di hati. 

Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap

Kuih Tepung Pelita Sedap Buat Orang Lapo

Kuih Tepung Pelita Sedap: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan Lapisan Pandan (Bawah):

  • 2 Cawan Air
  • 1/2 Cawan Gula
  • 1/2 Cawan Tepung Beras (Cap 3 gajah)
  • 1/4 Sudu Kecil Perisa Pandan
  • Gula

Bahan Lapisan Santan (Atas): 

  • 2 Cawan Santan
  • 2 Sudu Besar Tepung Beras (Cap 3 gajah)
  • 1/2 Sudu Kecil Garam

Cara-cara:

  1. Untuk lapisan pandan (bawah) masukkan air, gula, tepung beras, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati, kemudian pasangkan api.
  2. Masak adunan pandan sehingga menjadi likat. Adunan perlu dikacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan sedikit gula aising ke dasar acuan yang sesuai, tuang adunan pandan dan ratakan. Ketepikan dahulu.
  4. Untuk lapisan santan (atas) pula, masukkan santan, tepung beras dan garam ke dalam kuali. Kacau hingga adunan sebati.
  5. Pasangkan api dan masak adunan santan sehingga menjadi likat. Pastikan adunan dikacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
  6. Setelah masak, masukkan adunan santan ke atas adunan pandan tadi. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Tepung Pelita Che Nom

Resepi Tepung Pelita Che Nom

Tepung Pelita: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk lapisan hijau:

  • 7-8 helai daun pandan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
  • 1 cawan gula
  • sedikit pewarna hijau
  • sudu kecil gula (kasar atau halus)

Bahan-bahan untuk lapisan santan:

  • 4 cawan santan
  • 5 sudu besar tepung beras
  • garam secukup rasa

Cara-cara untuk acuan daun pisang:

  1. Lap bersih daun pisang yang telah dilayurkan seketika diatas api.
  2. Potong daun pisang dalam bentuk 4 inci lebar lalu tindan dua helai daun pisang kepada dua lapisan.
  3. Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak kotak ditengah daun pisang lalu trim bahagian hujung pisang jika terlalu panjang dan lipat kedua-dua bahagian ke kotak dengan kemas.
  4. Tarik keluar kotak kecil lalu klipkan kedua-dua belah bahagian lipatan menggunakan stapler.
  5. Kemudian, trim atau gunting bahagian atas mengikut ketinggian yang sesuai.

Cara-cara untuk lapisan hijau/pandan:

  1. Kisar halus daun pandan bersama air. Letak air anggaran separuh sukatan dulu untuk mudah dikisar.
  2. Tapis kisaran daun pandan dan tuang kedalam periuk. Masukkan sedikit pewarna hijau (pilihan), air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.
  3. Masukkan gula pasir yang dikisar halus kedalam acuan lalu sudukan adunan pandan dalam anggaran setengah acuan.

Cara-cara untuk lapisan santan:

  1. Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras,
  2. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.
  3. Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan ke dalam acuan iaitu diatas lapisan pandan.
  4. Sejukkan seketika kedalam peti sejuk dan kemudian tepung pelita siap untuk dihidang.

Tips:

  • Jika tiada daun pisang sebagai acuan, boleh saja gantikan dengan acuan plastik.
  • Acuan dibentuk dengan menggunakan kotak mancis atau kotak kecil santan ataupun lain-lain kotak yang bersaiz kecil.
  • Jika tidak mempunyai banyak daun pisang, boleh saja bentukkan acuan dengan hanya sehelai daun pisang dan lapik bahagian bawah dengan sekeping kecil daun pisang.
  • Selain itu, jika gunakan acuan plastik, lapikkan juga dengan sehelai daun pisang tetapi tidak lapik pun tidak mengapa.
  • Pastikan jumlah air campuran pandan yang dikisar dan tapis sebanyak 5 cawan.
  • Jika tidak mahu kisarkan gula pasir, boleh saja masukkan terus gula pasir kedalam acuan.
  • Campurkan dengan air jika menggunakan santan kotak,

Resepi Kuih Tepung Pelita Asli Sedap Azie Kitchen

Kuih Tepung Pelita Asli Sedap Azie  Kitchen

Kuih Tepung Pelita Asli Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan Lapisan Hijau:

  • ½ cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan 

Cara-cara:

  1. Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
  2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 
  3. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. 

Bahan Lapisan Santan:

  • ½ cawan tepung beras
  • 2 ½ cawan santan
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota:

  • Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah Tengkubutang

Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah Tengkubutang

Tepung Pelita Moden Paling Mudah: Sumber Tengkubutang

Bahan-bahan Bahagian Bawah:

  • Tepung beras 1 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Air pandan setengah cawan
  • Air putih 5 cawan
  • Pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Lepastu masak atas api.
  2. Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit.
  3. Bila adunan mula pekat,kecikkan api.
  4. Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup.
  5. Tuang dalam acuan semasa masih panas ye.

Bahan-bahan Lapisan Atas:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan daripada sebiji kelapa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu gula
  • Seikat daun pandan
  • Secubit garam.

Cara-cara:

  1. Caranya sama mcm buat bahagian bawah.
  2. Campurkan semua bahan sampai sebati.
  3. Lepastu masakkan atas api.

Resepi Kuih Tepung Pelita Tak Perlu Kukus

Kuih Tepung Pelita Sedap Resepi Mudah Dan Cepat Tak Perlu Kukus

Kuih Tepung Pelita: Sumber Lina Pg

Bahan B (Bawah):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air (*)
  • 4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
  • sedikit garam

Bahan A (Atas):

  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 2 sudu besar tepung ubi (LiNa Pg guna tepung jagung)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula  sudu besar (LiNa Pg tambah rcp asal xde)

Bahan C

  • Gula untuk ditabur di tengah lapisan 
  • Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan

Cara-cara Bahagian B:

  1. Satukan semua bahan B, kacau atas api yang kecil hingga kelihatan meletup-letup dan nampak berkilat.
  2. Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai / sampan daun pisang.
  3. Taburkan gula atas lapisan hijau (jika suka lebih manis). Biarkan seketika.

Cara-cara Bahagian A:

  1. Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi. Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil. 
  2. Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.
  3. Sejukkan ke dalam peti ais. Enak dimakan sejuk-sejuk dari peti ais.

Resepi Kuih Tepung Pelita Qaseh Honey

Resepi Kuih Tepung Pelita Qaseh Honey

Kuih Tepung Pelita: Sumber Qaseh Honey

Bahan Lapisan Pandan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan)

Bahan Lapisan Santan:

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan

SAMPAN DAUN PANDAN:

  • 30 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Siapkan sampan atau bakul untuk kuih tepung pelita (rujuk video cara membuatnya).
  2. Taburkan gula pasir secukupnya.

Cara-cara lapisan bawah:

  1. Satukan semua bahan di dalam kuali.
  2. Masak dengan menggunakan api perlahan atau sederhana.
  3. Sentiasa kacau sehingga keluar wap dan sedikit pekat. terus matikan api.
  4. Sudukan lapisan bawah tadi separuh dari bekas pandan tadi. Ketepikan.

Cara-cara lapisan atas:

  1. Satukan semua bahan di dalam kuali.
  2. Masak dengan menggunakan api perlahan atau sederhana.
  3. Sentiasa kacau sehingga keluar wap. Terus matikan api.
  4. Sudukan lapisan santan tadi hingga penuh bekas pandan tadi.
  5. Biarkan sejuk atau simpan di dalam peti sejuk barulah dihidangkan.

Resepi Tepung Pelita dan Kotak Pisang Azlita Aziz

Tepung Pelita dan Kotak Pisang Azlita Aziz

Tepung Pelita dan Kotak Pisang: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan  Lapisan bawah: ( 12 cups- bergantung pada saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • sedikit air kapur
  • 4 helai daun pandan di mesen dengan sedikit air

Cara-cara:

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
  2. Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat.
  3. Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
    biarkan keras sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas:

  • 4 sudu besar tepung beras – ratakan
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
  2. Kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
  3. Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
  4. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

Bahan-bahan Kotak Pisang:

  • Daun pisang secukupnya
  • Lidi yg telah di tajamkan hujungnya

Cara-cara:

daun 2 collage

daun 3 collage

  1. Mula-mula potong daun pisang 6 inc panjang dan 5 inc lebar.
  2. Cuci bersih dan layurkan. Cara ita layurkan ita rendam dalam air panas. Ini untuk melembutkan daun supaya tidak koyak bila melipat.
  3. Boleh juga salai atas api atau jemur di bawah matahari.
  4. Lipat setiap tepi daun selebar 1 1/2 inc. Gambar 1 dan 2.
  5. Lipatkan pula setiap bucu atau penjuru daun. Hanya sampai ke garisan lipatan sahaja jangan sampai tengah. Gambar 3.
  6. Kemudian kelepitkan penjurunya seperti dalam gambar 4.
  7. Kelepetkan pula ke tengah dan tarik sikit biar bahagia atas kecil sikit dari bahagian bawah. Kemudian sematkan dengan lidi supaya ia tak terbuka.
  8. Potong hujung lidi yang tajam untuk mengemaskannya lagi.

Resepi Tepung Pelita Asli Resepi Hajah Mek Embong Kedai Menanti

Tepung Pelita Asli Resepi Hajah Mek Embong Kedai Menanti

Tepung Pelita Asli : Sumber Cikwan kitchen

Bahan untuk santannya:

  • 2 biji kelapa parut
  • 5 gelas air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung beras- bancuh dengan santan

Cara membuatnya:

  1. Perah kelapa menggunakan 5 gelas air.
  2. Masukkan ke dalam periuk, tambahkan 1/1/2 sudu garam.
  3. Masakkan hingga panas dan masukkan bancuhan tepung beras.
  4. Kacau hingga menggelegak. Tutup api.

Bahan untuk kuih hijau:

  • 2 gelas tepung beras
  • 7 helai daun pandan- blend dengan 2 gelas air
  • 5 gelas air
  • 2 sudu teh air kapur makan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula.

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau hingga berkilat seperti lilin.

Cara mengukus tepung pelita:

  1. Sediakan bekasnya. Cik Wan guna bekas plastik saiz sederhana dan alas dengan daun pisang.
  2. Masukkan satu sudu teh gula ke dalam bekas. Kukus sebentar bekas gula ini.
  3. Masukkan tepung hijau dan kukus sebentar dalam 3 minit.
  4. Angkat dari kukusan dan taburkan 1/2 sudu teh gula lagi atas tepung hijau.
  5. Kemudian terus tuangkan santan pekat yang telah dimasak tadi.
  6. Dah siap, sedap dimakan panas dan sejuk.

Resepi Kuih Pelita Sagu

Resepi Kuih Pelita Sagu

Kuih Pelita Sagu: Sumber Kuali Mama

Bahan Lapisan Bawah:

  • Sagu
  • Daun Pandan
  • Pewarna Merah
  • Gula

Cara-cara:

  1. Sagu direndam bersama pewarna merah. Sampai kembang.
  2. Lepas tu masak sagu atas api yang sederhana masukkan sekali daun pandan, gula, air dan kacau smpai sagu betul-betul masak.
  3. Tutup api. Kemudian, masukkan sagu ke dalam bekas.

Bahan Lapisan Atas:

  • Lapisan Atas
  • Tepung Kastard
  • Tepung Jagung
  • Santan
  • Gula
  • Garam
     
  • Telur

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan lapisan atas, kacau biar semua sebati selepas itu masak di atas api yang sederhana.
  2. Dah betul-betul masak, masukkan dalam blender. Kisar halus. Kemudian, tuang diatas lapisan bawah tadi.. Biar sejuk seketika dan boleh la hidang untuk dimakan.

Penutup

Mudah je kan. Jom kita cuba kat rumah. Sangat sesuai untuk dijadikan hidangan pencuci mulut dan minum petang. Untuk bulan puasa ini, bolehla dihidangkan untuk berbuka ya. 

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.