fbpx

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Yang Sedap! 13 Resepi Viral Dan Mudah Dibuat

Hari ini saya nak kongsi resepi sambal tumis ikan bilis petai. Siapa suka makan petai? Bau petai ini agak kuat dan rasanya lemak-lemak pahit menjadikannya sedap dijadikan ulam, makan dengan budu mahupun gaulnya dengan sambal belacan pun sedap! Apalagi dibuat sambal tumis ataupun dibuat jeruk petai. Penggemarnya pasti kecur liur mendengarnya. Jom cuba resepi sambal tumis ikan bilis petai ini. Makan dengan nasi panas memang sedap dan padu! Satu lauk ini pun dah cukup berselera dibuatnya. 

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Che Nom

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk isi petai
  • 2 gengam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit pati air asam jawa, ATAU 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • 1 biji bawang besar, hiris membulat untuk taburan di akhir masakan

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 1 inci halia
  • secubit belacan

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar (yang dihiris kasar) sehingga layu. Jangan tumis bawang terlalu lama kerana kita cuma mahukan bawang itu layu dan ia akan menambahkan rasa manis di dalam sambal bila dimasak nanti.
  3. Masukkan bahan kisar halus dan kacau perlahan sehinga sambal pecah minyak dan warna sambal bertukar menjadi merah gelap. Tambah sedikit air jika kering.
  4. Masukkan pula air asam jawa dan sos tiram.
  5. Masukkan ikan bilis goreng, isi petai dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum angkat, taburkan dan kacau sekejap hirisan bawang besar yang dihiris membulat jika anda suka.

Tips:

  • Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan kisar halus hendaklah dimasak di dalam minyak yang agak banyak sehingga sambal pecah minyak. Dengan cara ini, sambal akan masak dengan sempurna, wangi serta tahan lama. Anda boleh buang lebihan minyak selepas sambal sudah masak nanti.
  • Che Nom tidak masukkan garam dalam sambal kerana ikan bilis dan sos tiram sudah masin rasanya. Boleh rasa dahulu kuah sambal sebelum masukkan garam mengikut citarasa anda.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Azie Kitchen

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • Petai secukupnya
  • 1 mangkuk cili kering – dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit halia – opsyenal
     
  • 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
  • 2-3 sudu besar gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 
  2. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 
  3. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:

  • Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Sama Petai Mat Gebu

Sambal Tumis Ikan Bilis Sama Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Sama Petai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, direndam 5 minit dan toskan
  • 2 papan petai, ambik isinya
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji cili merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. (minyak berlebihan tu anda boleh cedok keluar kemudian).
  2. Masukkan pes asam jawa dan petai, kacau rata dan jika perlu tuang sedikit air, masak hingga petai lembut sedikit. Tambah ikan bilis dan hirisan bawang besar, kacau. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (anggaran 1 camca besar). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dicicah dengan lempeng, roti dan sebagainya.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Belalang Amie’s Little Kitchen

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Amie's Litlle Kitchen

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Belalang: Sumber Amie’s Litlle Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 cawan isi petai belalang
  • 1 cawan ikan bilis goreng
  • 1 cawan cili kering kisar
  • 1/2 sudu teh pati asam jawa
  • 1 labu bawang besar – hiris kasar
  • garam / gula / perasa pilihan
  • minyak

Bahan Tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • belacan sebesar ibu jari
  • sedikit halia

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula pati asam jawa, ikan bilis, garam / gula / perasa pilihan. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan petai belalang serta hirisan bawang besar.
  5. Bila petai belalang telah berubah warna, padamkan api dapur.
  6. Hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Sambal Petai Tumis Ikan Bilis Citarasawan

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis Citarasawan

Sambal Petai Tumis Ikan Bilis: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 50 gm ikan bilis yang disiang
  • 4 papan petai – ambil isinya
  • 3 ulas bawang merah di kisar
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk ikan bilis
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • sedikit air
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Tos dan ketepikan.
    Menggunakan minyak yang sama, masukkan cili dan bawang kisar. Tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan bawang besar yang di hiris, ikan bilis dan petai. goreng sebentar.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk ikan bilis.
  4. Biarkan mereneh dan kuah menjadi pekat. Angkat dan hidangkan dengan nasi.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Bahan-bahan:

  • Cili kering, bawang besar, bawang putih (kisar sampai halus)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 keping asam keping
  • Ikan bilis (goreng garing, ketepikan)
  • Isi petai
  • Garam, gula dan ajinomoto

Cara-cara:

  1. Tumis bawang sampai naik bau. Guna minyak bekas goreng ikan bilis.
  2. Masukkan cili kisar dan asam keping. Masak sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan gula, jangan kacau. Biarkan sampai bertukar karamel untuk dapatkan warna merah cantik.
  4. Kemudian baru kacau, masukkan garam dan ajinamoto sedikit.
  5. Bila rasa semua dah sedap, masukkan petai. Biarkan sekejap baru masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi.
  6. Kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air selepas gula jadi karamel tadi.
  7. Selamat mencuba!

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Yatt Rahman

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Yatt Rahman

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai: Sumber Yatt Rahman

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • Petai secukupnya
  • 1 mangkuk cili kering – dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang puti
  • Sedikit halia – opsyenal
  • 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
  • 2-3 sudu besar gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
  2. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
  3. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Resepi Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Cik Wan Kitchen

Sambal Ikan Bilis dengan Petai Cik Wan Kitchen

Sambal Ikan Bilis dengan Petai: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili kering- dipotong dan rendam dengan air panas
  • 8 ulas bawang merah
  • Segenggam ikan bilis- direndam
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis- dibersihkan dan ditoskan
  • Petai secukupnya- saya guna dua papan petai
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Mesin bawang merah dan cili kering hingga lumat.
  2. Tumis dengan minyak yang agak banyak.
  3. Tumis hingga air kering dan hanya tinggal minyak- keadaannya berbuih-buih dan bahan cili dan bawang nampak kerinting serta warnanya makin gelap.
  4. Ikan bilis yang direndam tadi diramas-ramas dan masukkan ke dalam tumisan.
  5. Kacau.
  6. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  7. Kacau lagi. Rasakan masin, masam dan manisnya.
  8. Masukkan semangkuk ikan bilis yang ditoskan tadi.
  9. Masukkan sedikit air dan kacau.
  10. Masak/ tumis ikan bilis hingga kuahnya pekat. 
  11. Masukkan petai.
  12. Kacau sekejap sebelum ditutup api. Siap.

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Datin Shahida

Sambal Petai Ikan Bilis Datin Shahida

Sambal Petai Ikan Bilis Datin Shahida: Sumber Yatie

Bahan-bahan:

  • Bawang Besar*
  • Cili Padi*
  • Ikan Bilis
  • Minyak Masak
  • Petai

* Tumbuk atau kisar kasar. Yatie guna Mini Blender.

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang dan cili padi hingga layu dan harum.
  3. Masukkan petai kesemuanya dan gaul rata.
  4. Masukkan garam dan secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  6. Siap! Dimakan dengan nasi panas. 

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Chef Hanieliza

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Chef Hanieliza

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai: Sumber Chef Hanieliza

Bahan-bahan:

  • 2 cawan ikan bilis yang di bersihkan 
  • petai – (Ikut jumlah yang di sukai)
  • 1 cawan air asam jawa 
  • 2 labu bawang besar – di mayang kasar 
  • garam, gula dan minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:

  • 20 biji cili kering – di rendam dengan air panas  dan di toskan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar 
  • sedikit belacan 

Cara-cara:

  1. Goreng Ikan bilis hingga garing, dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah di blender hingga wangi.
  3. Masukkan air asam, ikan bilis, garam, gula, bawang besar dan masukkan juga petai.
  4. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan. 
  5. Bila dah naik minyak baru angkat.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Heldamelissa

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Heldamelissa

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai: Sumber Heldamelissa

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji cili merah (dihiris halus)
  • 4 sudu besar cili giling
  • Sedikit belacan (kalau suka, kalau tak letak pun tak apa)
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam
  • 1 mangkuk kecil petai 
  • Ikan Bilis (dibersihkan)

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan apabila sudah masak.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling tadi, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air asam & garam secukup rasa. Kacau.
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah tadi.
  5. Masukkan ikan bilis. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan petai. 
  6. Kacau seketika. Kemudian hidangkan. Boleh di makan bersama nasi. 

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai Cahaya Hidupku

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai Cahaya Hidupku

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai: Sumber Cahaya Hidupku

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
  • 1 cawan cili kisar
  • 5 papan petai, ambik isinya
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam  secukup rasa
  • 7 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum.
  2. Kemudian masuk cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukan jus asam jawa, garam secukup rasa, kacau dan masak hingga pekat.
  4. Masukan petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  5. Hidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman. Sedap juga dimakan bersama lempeng  dan ubi rebus.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Bidadari.my

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Bidadari.my

Sambal Tumis Ikan Bilis: Sumber Bidadari.my

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 4 senduk cili giling
  • 1 mangkuk kecil asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 genggam ikan bilis
  • 2 tangkai petai
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan – bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan bilis.
  5. Masukkan air asam jawa dan air.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan petai dan bawang holland/bawang besar.
  8. Kacau sehingga sebati, rasa dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  9. Tunggu sehingga mendidih dan siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Resepi ini boleh juga disimpan beku. Ianya juga boleh dibuat bekal ke tempat kerja atau sebagai hidangan sampingan dalam menu lontong yang biasa dimakan diwaktu keraian.

Penutup

 Resipi sedap dan mudah untuk sambal tumis ikan bilis petai ini sedap.  Sambal tumis ikan bilis petai pastinya mempunyai aroma dan rasa yang sedap yang dapat memprovokasi selera kita. Apalagi jika digandingkan dengan telur dadar! Anda juga boleh cuba Resepi Bayam Brazil, cukup semua rasa! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.