fbpx

21 Resepi Sambal Gesek Power, Pedas Dan Sedap

Hari ini saya nak kongsi resepi sambal gesek yang power, pedas dan sedap! Menjadi satu kewajiban rakyat Malaysia, nak makan mesti ada sambal! Tak sah jika kedai makan tidak menyediakan menu sambal. Memang pembuka selera. Simple and delicious! Sambal Gesek ni paling simple nak buat. Kalau tiada selera makan, sedap buat sambal ini makan bersama nasi panas. Sambal gesek mengambil nama dari kaedah yang digunakan dalam penghasilan sambal ini iaitu dengan menggesek cili dan bahan lain menggunakan alat gesek khas. Ini berbeza dengan sambal belacan yang biasanya menggunakan batu lesung untuk menumbuk. Jika tiada alatan menggesek sambal ini, ada altenatif yang anda boleh cuba. Confirm menjadi!

Resepi Sambal Gesek 3 Budak Gemuk

Sambal Gesek 3 Budak Gemuk

Sambal Gesek 3 Budak Gemuk: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 25-30 biji cili padi
  • limau nipis
  • 1 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa,jika suka

Cara-cara:

  1. Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
  2. Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu mengangkatnya.
  3. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa (pilihan).
  4. Perah jus limau nipis kedalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.

Resepi Sambal Gesek Padu

Sambal Gesek Padu

Sambal Gesek Padu: Sumber Utusantv

Bahan-bahan:

  • 10 biji Cili padi merah
  • 10 biji Cili padi hijau
  • 1 biji Bawang holand
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 inci Belacan
  • Gara
  • Gula 

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar bahan-bahan tadi dan goreng dalam minyak yang agak banyak. Masak dalam lima minit dan perasakan dengan gula dan garam
  2. Perah dengan limau nipis.

Resepi Sambal Totok Jawa Mat Gebu

Resepi Sambal Totok Jawa

Sambal Totok Jawa: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 5 biji cili merah, kerat pendek cuci dan toskan
  • 10 biji cili padi siam, kaler merah, cuci dan toskan
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
  • Sebesar ibu jadi orang dewasa, belacan, dibakar hingga harum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji limau kasturi

Cara-cara:

  1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Goreng pulak bawang merah kecil dan bawang putih hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
  2. Ikan bilis goreng tadi ditumbuk sedikit tapi jangan sampai hancur, cukup sekadar patah-patah sahaja (che mat ramas guna tangan). Tumbuk cili merah dan cili padi hingga hancur, masukkan belacan dan tumbuk hingga lumat. Tambah bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng tadi. Tumbuk lumat. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan tumbuk sebati.
  3. Perahkan jus limau kasturi, gaul rata dan tambah ikan bilis pada saat-saat akhir sebelum dihidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran anda. Selamat mencuba!

Resepi Sambal Gesek Belimbing Buluh Ana Jingga

Sambal gesek belimbing buluh

Sambal Gesek Belimbing Buluh: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • Belimbing buluh 
  • Ikan bilis -kopek bersih 
  • Bawang merah
  • Belacan kalau suka
  • Cili api – ikut pedas masing-masing 
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Ada dua cara tapi dua-dua pun mudah dan sedap kejadiannya. Kaedah pertama : Goreng ikan bilis, belimbing buluh, bawang merah, belacan dan cili api seketika dalam minyak dan kemudian tumbuk atau blend sebati, rasakan dengan garam. Dah siap.
  2. Kaedah kedua : Terbalikkan sahaja prosesnya, tumbuk ikan bilis, belimbing buluh, cili api , belacan dan bawang tak perlu terlalu lumat. Pastu panas kan minyak tuang ke dalam sambal gesek kita , gaul rata dan rasakan dengan garam.
  3. Cumanya masa tumbuk tu kena tumbuk cili api dengan bawang dahulu, pastu masukkan ikan bilis tumbuk lagi last baharu masukkan belimbing buluh sebabnya belimbing ni berair, takut terpercik kat mata, naya aih!! Sedap dapat makan dengan ulam-ulaman. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Gesek / Sambal Totok Jawa

Resepi Sambal Gesek Sambal Totok Jawa

Resepi Sambal Gesek Sambal Totok Jawa: Sumber Resepi Fesbuk

Bahan-bahan:

  • Segenggam Ikan bilis
  • 15 biji cili api – lebihkan jika suka pedas
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
  3. Sedia untuk dihidangkan.
  4. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Resepi Sambal Gesek Negeri Sembilan Asli Original Tradisional

Resepi Sambal Gesek Negeri Sembilan Asli Original Tradisional

Sambal Gesek Negeri Sembilan Asli Original Tradisional: Sumber Cara Resepi

Bahan-bahan:

  • Cili api
  • Limau kasturi atau nipis
  • Ikan bilis
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili sampai lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi. Masukkan garam serta perah asam limau sampai berair sikit. Siap dan selamat mencuba.

Resepi Sambal Gesek Dapur Kak Zu

SAMBAL GESEK

Sammbal Gesek: Sumber Dapur Kak Zu

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili api ~ kak zu letak lebih lagi
  • 1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4  cawan minyak

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan. Tumbuk kasar ikan bilis.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi.
  4. Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.

Resepi Sambal Gesek + Bacang Muda

Sambal Gesek + Bacang Muda

Sambal Gesek + Bacang Muda: Sumber Anymz

Bahan-bahan:

  • 1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
  • 5 biji cili hidup
  • 8 biji cili api/padi
  • 3 ulas bawang kecil segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
  • sedikit garam
  • sedikit perahan air limau kasturi

Cara-cara:

  1. Bersihkan bacang muda
  2. .Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya.
  3. Ketepikan Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender).
  4. Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
  5. Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan.
  6. Masukkan garam.
  7. Kisar kasar.
  8. Jangan halus sangat nanti tak sedap.
  9. Ketepikan cili hidup.
  10. Kisar cili padi bersama bacang.
  11. Kisar kasar juga.
  12. Kemudian semua bahan di satukan bersama, tambah garam jika perlu.
  13. Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya.

Resepi Sambal Gesek Cili Padi

Sambal Gesek Cili Padi

Sambal Gesek Cili Padi: Sumber Nusantara

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis
  • Cili api secukupnya
  • Sebiji limau kasturi/limau nipis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal).
  2.  Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis.

Resepi Sambal Gesek Petai Kak Ida’s Kitchen

Sambal Gesek Petai

Sambal Gesek Petai: Sumber Kak Ida’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • Bawang besar @bawang kecil
  • Cili Api
  • ikan bilis
  • Petai
  • Air asam limau
  • Garam

Cara-cara:

  1. Bawang dan cili api dikisar kasar kemudian ditumis bersama ikan bilis.
  2. Goreng basah-basah sahaja jgn sampai garing selepas tu masukkan petai dan air asam limau dan garam.
  3. Kacau-kacau sampai masak dan angkat.
  4. Rasanya biar ada masam-masam sedikit.

Resepi Sambal Gesek Ayu

SAMBAL GESEK

Sambal Gesek: Sumber Ayu

Bahan-bahan:

  • Segenggam Ikan bilis
  • 15 biji cili api – lebihkan jika suka pedas
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu.
  3. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis 

Sambal Gesek Ikan Bilis

Sambal Gesek Ikan Bilis: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 2 genggam ikan bilis – rendam air seketika
  • Segenggam cili padi merah & hijau
  • 1 sudu makan gula perang
  • 3/4 sudu makan garam bukit
  • 1 hiris lemon
  • 1-2 biji limau kasturi
  • 1 sudu teh butter olive oil/minyak zaitun/minyak masak

Bahan Bakar Atas Kuali:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1/2 biji tomato

Cara-cara:

  1. Panaskan butter olive oil. Boleh juga digantikan dengan minyak zaitun atau minyak lain.
  2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga sedikit hancur. Sangai seketika dan ketepikan.
  3. Tumbuk lumat bahan bakar dalam kuali tadi diikuti cili padi, garam bukit dan gula perang.
  4. Satukan bahan tumbuk dengan ikan bilis tadi. Perahkan sehiris lemon. Jika kurang masam, boleh tambah limau kasturi.
  5. Gaul biar sekata. Hidangkan bersama dengan ulam.

Resepi Sambal Gesek / Tuk Tuk Jawa

Resepi Sambal Gesek Tuk Tuk Jawa

Resepi Sambal Gesek Tuk Tuk Jawa: Sumber Hunterlicious

Bahan-bahan:

  • 8 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
  • 8 ulas bawang kecil (purple)
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan, (dibakar dulu)
  • 4 biji limau kasturi (or ikut selera masing-masing)
  • Garam dan gula
  • Segenggam ikan bilis. (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik-lembik)
  • 1 sudu minyak masak

Cara-cara:

  1. Patah-patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang.
  2. Goreng bahan-bahan ni dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 or 1 sudu minyak masak je. Angkat toskan minyak.
  3. Tumbuk dengan lesung batu bahan di goreng tadi dengan belacan, + garam + gula. Tumbuk sekali dgn ikan bilis.
  4. Perah limau kasturi, dan gaulkan.
  5. Sedap sangat makan bulan puasa ni. Buat banyak-banyak bekukan portion kecik-kecik. Sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuk bekunya, nanti boleh terus ngap.
  6. *Dalam gambar saya letak petai, petai tu hiris-hiris, saya goreng juga sekejap dengan minyak yang sikit. Tak suka petai tak payah boh petai.

Resepi Ikan Bilis Gesek

Resepi Ikan Bilis Gesek

Ikan Bilis Gesek: Sumber Kasih Aleeya

Bahan-bahan:

  • segenggam ikan bilis / semangkuk kecil (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 biji bawang putih
  • 20 biji cili padi (kalau tecirit nasib kau lah labu)
  • sedikit garam
  • 1-2 biji limau kasturi

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan bawang tumbuk lumat tak lumat sangat la.
  2. Masuk garam sikit tumbuk, kemudian asingkan bahan tumbuk dan tumbuk ikan bilis pulak. Jangan lumat sangat. Ala kadar sahaja.
  3. Panaskan minyak dan goreng bilis hingga garing. Kemudian masukkan bahan tumbuk (bawang dan cili padi). Goreng dengan api perlahan sampai nampak garing. 
  4. Angkat sambil toskan minyak. Alas dengan tissue masak tu kat pinggan.
  5. Bila dah serap minyak baru letak kat pinggan elok-elok.
  6. Perahkan limau kasturi.

Resepi Sambal Gesek Buah Kuiini

Sambal Gesek Buah Kuiini

Sambal Gesek Buah Kuiini: Sumber Mama Hawa Nani

Bahan-bahan:

  • 1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
  • 5 biji cili hidup
  • 8 biji cili api/padi – letak 4 jer
  • 3 ulas bawang kecil
  • segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
  • sedikit garam
  • sedikit perahan air limau kasturi – tak letak sbb dah terasa masam buah kuiini

Cara-cara:

  1. Bersihkan bacang muda. Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya. Ketepikan.
  2. Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender).
  3. Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
  4. Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan.
  5. Masukkan garam.
  6. Kisar kasar. Jangan halus sangat nanti tak sedap.
  7. Ketepikan cili hidup. Kisar cili padi bersama bacang. Kisar kasar juga.
  8. Kemudian semua bahan di satukan bersama, tambah garam jika perlu.
  9. Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya.

Resepi Sambal Gesek Morisaid’s Kitchen

Sambal Gesek Morisaid's Kitchen

Sambal Gesek: Sumber Morisaid’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili api 
  • Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan gula
  • 8 biji limau kasturi di ambil jusnya

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali limau kasturi.
  2. Masukkan jus limau dan sedia untuk di hidang.

Resepi Sambal Gesek Hana’s Family

Resepi Sambal Gesek

Resepi Sambal Gesek: Sumber Hana’s Family

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis-setengah genggam
  • 15 biji cili api
  • 3-4 ulas bawang merah kecil
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh kesemua bahan diatas dahulu.
  2. Sediakan lesung batu dan tumbuk lumat kesemuanya. Siap.

Resepi Semangkok Sambal Totok Jawa

Semangkok sambal TOTOK JAWA

Semangkok Sambal Totok Jawa: Sumber Dapur Kak Zu

Bahan-bahan:

  • RM4 ikan bilis
  • 25 biji cili api
  • 4 biji cili merah ( potong 4 )
  • 2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci belacan
  • Minyak
  • Gula & garam secukup rasa( tak letak pun sbb ikan bilis dah masin )
  •  Perahan limau nipis ( jika suka lah ya )

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Goreng bawang,bawang putih cili api, cili masak ( kakzu masukkan sekali gus je).
  3. Goreng belacan.
  4. Tumbuk kesemua nya. ( Nak tau ape kkzu buat ) Kzu masukkan dalam blender. Blender sikit sikit la ya. Ikan bilis blend kasar ( blend asing ).
  5. Masukkan perahan limau jika suka.

Resepi Sambal Jawa

Sambal Jawa

Sambal Jawa: Sumber Fazlinil Irma

Bahan-bahan:

  • 2 genggam ikan bilis
  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 7 biji cili padi dibelah tengah- nak pedas lebih tambah lagi 3 biji.
  • seketul belacan – anggaran sebesar ibu jari.

Cara-cara:

  1. Goreng semua bahan dengan api yang panas. Satu persatu ya.
  2. Kemudian tumbuk. Saya tak suka lumat sangat. Sekadar nak bagi bersatu ja. Macam dalam gambar.

Resepi Sambal Gesek Simple

Sambal Gesek Simple

Sambal Gesek Simple: Sumber Maizatul Akma

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis
  • 3 biji bawang kecil
  • 7 biji cili padi (boleh letak lebih sekiranya suka pedas)
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan di atas kecuali limau kasturi. Tidak perlu tumbuk sehingga lumat sebab sambal ni lebih enak di makan kasar-kasar teksturnya.
  2. Gaulkan dengan perahan air limau dan akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Sambal Gesek Azlina Ina

Sambal gesek (Azlina Ina)

Resepi Sambal Sambal Gesek: Sumber Azlina Ina

Bahan-bahan:

  • 10-20 tangkai cili kering (goreng)
  • 3-4 ulas bawang merah kecil (goreng)
  • 2-3 ulas bawang putih (goreng)
  • Segenggam ikan bilis (goreng)
  • 2-3 sb gula sedikit bahan perasa
  • air asam jawa @ perah asam limau

Cara-cara:

  1. Goreng kan bawang dulu sampai agak layu. Angkat, goreng kan cili kering.
  2. Dah nampak garing macam keropok tu angkat ikan bilis di goreng dulu biar sejuk.
  3. Tumbuk lumat bahan-bahan yang digoreng tadi. Masukkan bahan perasa, gula dan air asam jawa. Gaul rata.

Penutup

Kaedah gesek juga akan mengeluarkan aroma dan rasa unik setiap bahan yang digunakan. Sambal gesek yang power, wajib mesti di buat pedas dan sedap. Pasti berpeluh-peluh sewaktu menjamu selera. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.