Hari ini saya nak kongsi resepi puding tembikai yang paling sedap, anda kena cuba! Bahan simple sangat. Masa penyediaan untuk buat pun cepat. Rupanya bukan sahaja cantik, rasanya pun sedap! Kalau sejuk sejuk tu, fuh..tambah-tambah kalau dimakan lepas dikeluarkan dari peti ais. Sedapnya makan sebagai pencuci mulut dengan family. Corak tembikai ini pun menarik bila dihidangkan kepada tetamu. Sekali imbas kita tengok macam tembikai betul bentuknya.
Resepi Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap Azie Kitchen
Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 1 paket serbuk agar agar (10 gram)
- 4 – 4 1/2 cawan air (1 cawan = 190ml) – guna 4 cawan jer
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
- Pewarna merah, kuning dan hijau
- Sedikit kismis
Cara-cara:
- Masak agar agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Tutup Api. Sejukkan adunan agar agar hingga suam suam kuku (anggaran 15-20 minit).
- Pukul putih telur hingga betul betul kembang (jika terbalikkan bekas, adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
- Tuang 1 senduk adunan agar agar dalam satu masa (yg dah suam suam kuku tu) ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga suam dan rata.
- Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk. Ulang sehingga habis. Jangan masukkan adunan agar agar suam sekali gus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar agar.
- Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi atau chopstik.
- Kacau dgn berhati hati supaya warna tidak terkena dasar bekas.
- Letakkan kismis di permukaan agar agar (sebagai biji buah tembikai). Sejukkan ke dalam peti sejuk.
- Apabila agar agar sudah beku, keluarkan agar agar dari bekas dan dengan menggunakan berus, warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
- Biarkan pewarna mengering sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.
Nota:
- Bekerja dengan putih telur perlu dilakukan dengan cepat kerana ianya cepat membeku.
Resepi Puding Tembikai Mudah dan Sedap Lina Pg
Puding Tembikai Mudah dan Sedap: Sumber Lina Pg
Bahan-bahan:
- 1 paket agar-agar serbuk 10 gram
- 3 keping roti gardenia *
- 4 cawan air
- 3/4 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 biji telur
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil esen vanila
- cincau dipotong kecil
- sedikit pewarna ijo/merah
- sedikit cincau (potong kiub kecil2)
Cara-cara:
- Masak agar-agar bersama gula dan air. Hingga agar-agar dan gula hancur.
- Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis dan telur. Blend halus
- Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
- Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai) LiNa Pg guna 1 cawan. Biar keras sedikit.
- Pastu sedikit lagi warna asal (LiNa Pg guna 3/4 cawan), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit.
- Adunan selebihnya diwarnakan merah (yang dicampur dengann cincau dipotong kecil) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Biar sejuk.
Resepi Puding Roti Tembikai Comel!
Puding Roti Tembikai Comel !: Sumber Rezwati
Bahan-bahan:
- 2 peket serbuk agar-agar (10-12 gram/paket)
- 1 cawan gula
- 8 cawan air
- 4 keping roti
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu besar mentega
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit pewarna merah
- 200 gram isi tembikai + 2 sudu besar air (kisar lumat)
- Cincau (kak CT guna bijan hitam which i think contras rasa dengann puding. That’s why mommy guna jelly cincau gak. Sorry kak CT)
Cara-cara:
- Masak agar-agar bersama gula & air sehingga hancur.
- Sementara itu, rendam roti dalam susu cair & carik2kan roti. Masukkan susu cair, roti & susu pekat manis. Kisar sehingga halus.
- Setelah agar-agar hancur, masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan juga esen vanila & mentega. Kacau sehingga mendidih & sedikit pekat. Tutup api.
- Ambil sedikit adunan (dalam 4-5 senduk) & warnakan hijau. Tuang ke dalam loyang 4 segi. Biar sedikit keras.
- Ambil sedikit adunan (dalam 4-5 senduk) & biarkan kekal dengan warna asal. Lapiskan di atas lapisan hijau yang telah sedikit mengeras tadi. Biarkan sedikit keras.
- Adunan yang selebihnya diwarnakan merah & dicampur sekali dengan isi tembikai yang telah dikisar. Kacau rata & curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal). Selang selikan menuang lapisan merah dengan taburan cincau yang dicincang halus (sebagai biji tembikai). Biarkan lagi sehingga keras.
- Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Nota:
- Kak CT buat 2 kali lapisan hijau & asal tetapi mommy tak buat sebab mahukan isi tembikai yang tebal.
Resepi Puding Susu Tembikai Nor Al Fatihah
Puding Susu Tembikai: Sumber Nor Al Fatihah
Bahan-bahan:
- 10 gram agar-agar tali – direndam 15 minit di dlm air
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu teh selasih – direndam dlm air panas hingga kembang
- pewarna merah & hijau
Cara-cara:
Biji selasih di rendam di dlm air panas hingga kembang & toskan. Ketepikan dulu.
Masak agar-agar bersama air hingga hancur. Masukkan gula, kacau hingga larut. Masukkan susu cair & susu pekat manis, kacau hingga mendidih. Campur esen vanila. Kacau sekejap & tutup api.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian merah paling banyak. Manakala adunan hijau sedikit lebih daripada adunanan putih. Campur selasih ke dalam adunan merah.
- Basahkan acuan dgn sedikit air supaya puding senang di keluarkan nanti. Tuang adunan merah dulu. Sejukkan di dlm peti ais hingga separuh keras dlm 15 minit. Cakar-cakar sedikit permukkannya & tuang pula adunan putih. Masukkan semula ke dalam peti. Setelah keras, keluarkan & cakar-cakar permukaan lapisan putih. Tuang adunan hijau. Simpan semula di dalam peti ais & biarkan betul-betul keras.
Setelah keras, bolehlah di potong & sedia di nikmati.
Resepi Puding Tembikai Cantik Dan Comel Zura Zul
Puding Tembikai Cantik Dan Comel: Sumber Zura Zul
Bahan-bahan:
- 10 gram agar-agar serbuk
- 4 cawan air
- 3/4 cawan gula
- 1 helai daun pandan – simpul
- Secubi garam
- 1 tin susu cair
- Sedikit biji selasih (untuk biji tembikai)
- Pewarna merah/kuning & hijau
Cara-cara:
Masak air hingga mendidih, masukkan gula dan kacau untuk larutkan gula.
Masukkan daun pandan, secubit garam dan kacau rata. Masukkan serbuk agar-agar, kacau lagi untuk sebatikan bahan. Tuang susu cair dan kacau serata hingga nak mendidih. Tutup api.
Ambil sedikit biji selasih, tabur dalam acuan. Kemudian, ambil dalam 3 cawan adunan puding tadi, warnakan dengan pewarna merah terang. Tuang sedikit dulu warna merah dalam acuan, biarkan sebentar. Tuang baki yang merah kesemuanya, biar sederhana beku.
Ambil 1 cawan adunan puding (putih) tuang atas yang merah perlahan-lahan. Biarkan keras sedikit. 1 cawan lagi adunan untuk warna hijau, tuang atas yang putih.
Tunggu beku kemudian masukkan dalam peti sejuk. 2-3 jam boleh keluarkan puding dari acuan. Sedia untuk dipotong dan dihidang.
Resepi Puding Tembikai Mas Cotek
Puding Tembikai: Sumber Mas Cotek
Bahan A:
- 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
- 4 cawan air
Bahan B:
- 3 keping roti putih gardenia
- 1 biji telur
- 1/4 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sudu besar mentega/margerin
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh perisa rose golden lion + 1/2 sudu teh bright red
- 1/2 sudu teh pewarna hijau tua + 1 sudu teh pewarna hijau apple star brand
Bahan lain (biji tembikai):
- cincau
- bijan hitam
- selasih
- coklat chip
- coklat rice*terpulang nak masukkan ye
Cara-cara:
- Masak bahan A sehingga larut, perlahankan api.
- Masukkan pula bahan blend dan kacau sebati.
- Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap.
- Tutup api
Untuk loyang 8×8:
Ambil 1 cawan adunan puding diwarnakan hijau.
Tuang ke dalam loyang/sejukkan.
Cakar dgn garpu permukaan puding.
Ambil 3/4 cawan adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan. Cakar juga permukaan puding.
Adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang).
Tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan. Siap/sedia dihidangkan.
Untuk loyang segi 3 (Loyang Segi 3 ni ada jual di bakery):
Tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau.
Ikut langkah-langkah yang sama. **disini ada kesilapan sedikit. Lapisan tengah opah tu sepatutnya nipis sedikit dari lapisan hijau. Opah dah silap tuang. Hijau tebal baru cantik, bagi mata opah le.
Resepi Puding Tembikai Aznie Khasri
Resepi Puding Tembikai: Sumber Aznie Khasri
Bahan-bahan:
- 1 paket agar-agar serbuk (clear) 10 gram
- 3 keping roti gardenia
- 4 cawan air kosong
- 5 sudu besar gula
- 5 sudu besar susu pekat manis
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu kecil bijan hitam
Cara-cara:
- Carik-carikkan roti gardenia dan rendam dalam susu cair hingga lembut (anggaran 30 minit). Kisar halus roti yang direndam tadi bersama susu cair dan susu pekat (menggunakan blender). Ketepikan.
Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih.
Masukkan roti yang dikisar tadi kedalam agar-agar. Tambahkan mentega dan esen vanila. Kacau dalam api perlahan hingga pekat.
Ambil sedikit adunan agar-agar dan warnakan merah dan kuning. masukkan kedalam acuan.
- Baki agar-agar pula hendaklah dibiarkan dalam api perlahan untuk mengelakkan ianya beku dan keras.
- Ambil sedikit agar-agar dalam warna asal (putih) dan curahkan ke atas agar-agar merah dan kuning tadi. Biarkan beku.
Bahagian agar-agar yang tinggal diwarnakan hijau. Curahkan ke atas bahagian putih tadi. Keluarkan puding dari acuan.. ambil bijan hitam dan tabur diatas puding (seperti biji tembikai). Biarkan sejuk dan beku baru disimpan ke dalam peti sejuk. Sedia dihidang.
Penutup
Cantiknya….macam tembikai betul je!
Anda juga boleh cuba resepi INI: