Hari ini saya nak kongsi resepi kek pandan kastard. Dikenali juga dengan nama kek span pandan, ataupun kek pandan layer/kek lapis pandan. Gebu tau kek ni. Rasanya yang tidak terlalu manis sebati dengan rasa pandan. Baunya wangi semerbak kerana menggunakan bahan daun pandan. Boleh dikatakan kek pandan kastard ini sedap! Sebab kek spannya lembut, dan lemak berkrim lapisan kastardnya. Saya suka lapisan kastard yang licin tu. Anda suka tak bahagian kastard tu? Dengan langkah-langkah yang betul, sebenarnya mudah je nak buat setiap lapisan kek pandan kastard ini. Oh Ya! Kek ini sesuai untuk apa-apa majlis dan disajikan untuk seisi keluarga dan tetamu.
Resepi Pandan Layer Cake Azie Kitchen
Resepi Pandan Layer Cake: Sumber Azie Kitchen
Bahan Kek:
- 5 biji telur Gred A
- 160 gram gula
- 125 gram tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
- 75 gram minyak jagung
- 15 gram ovallate
- 1 sudu kecil paste pandan
- 2 sudu besar susu segar/cair
Bahan Kastard:
- 200 ml santan kotak + air
- 225 gram gula
- 10 gram serbuk agar agar
- 1 sudu kecil paste pandan
- 100 gram tepung Hoen Kwee (warna hijau)
- 75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dengan 75 ml air dan tapis)
- Secubit garam
Cara-cara (Untuk Kek):
- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
- Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
- Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong secara horizontal menjadi 3 keping dengan pisau bergerigi.
Cara-cara (Untuk Kastard):
- Satukan semua bahan untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dengan kek.
Cara-cara Untuk Buat Kek Pandan:
- Gunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.
- Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
- Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering, jika suka. Dengan cara itu, kita bolehlah tutup kekurangan kek yang ada.
- Bahagian yang berkastard tu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ni dimulai dengan bahagian kastard dan akhir dengan kek..
- Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk sejuk.
Nota:
- Gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak-kerak yang tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yang kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yang telah dilapis dengan kastard utk dikeluarkan.
Resepi Kek Kastard Pandan Lapis Cendol Azlita Aziz
Kek Kastard Pandan Lapis Cendol: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan Kek Pandan:
- 150 gram tepong super fine – ita guna tepung kek
- 150 gram gula kastor
- 5 biji telur telor gred A
- 1 sudu besar ovalette
- 80 ml air daun pandan – ita ganti susu segar
- 80 ml minyak / mentega cair
- 1 sudu teh pes pandan
- 1 sudu teh baking powder
- sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
- Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. (tapi terletak kepada kelajuan pengadun).
- Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek bena-benar ringan.
- Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 – 180darjah celcius.
Bahan-bahan Kastard
Bahan A:
- 180 gram gula kastor
- 500 ml air daun pandan
- 1 sudu makan serbuk agar-agar segera
Bahan B:
- 400 ml santan pekat
- 85 gram tepong hoen kwee hijau
- 1 sudu teh pewarna hijau
- secubit garam
Untuk Hiasan:
- 1 cawan kelapa kering
Cara-cara:
- Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan.
- Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
- Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
- Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
- Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
- Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
- Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa sahaja bentuk kek span kita. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan.
- Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
- Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
- Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
- Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.
Resepi Kek Pandan Layer Yang Kemas Dan Cantik!
Kek Pandan Layer Yang Kemas Dan Cantik!: Sumber Dailymakan
Bahan-bahan:
- 4 biji telur AA
- 1 sudu makan ovelete putih
- 1/4 cawan/ 60 g minyak masak
- Perasa pandan (kalau tiada boleh guna esen vanilla)
- 250 gram tepung spongemix/optima
Cara-cara:
- Pukul ovelete dan telur sampai kembang (warna putih).
- Masukkan perasa pandan.
- Masukkan tepung dan pukul lagi sampai kembang.
- Kemudian masukkan minyak dan pukul.
- Dah sebati semua boleh masukkan dalam loyang saiz 7/8.
- Kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Pastikan air mendidih baru masukkan loyang berisi adunan tadi.
- Wrapkan loyang supaya air tak menitik.
- Apabila kek dah masak dan sejuk, bahagikan kepada 3 layer.
Adunan Hijau
Bahan A:
- 450 ml jus pandan (air + daun pandan (7-8 helai), dikisar halus dan tapiskan)
- 450 ml santan pekat.
- 95 gram tepung hoenkwe
- 20 gram tepung jagung
Bahan B:
- 450 ml air biasa
- 180g gula (nak manis boleh letak lebih)
- Serbuk agar-agar plain 1 paket
Cara-cara:
- Sediakan bekas. Masukkan jus pandan, santan, tepung jagung, tepung hoenkwe.
- Kacau sebati dan tapiskan. Tinggal sekejap dan buat bahan B pula.
- Untuk bahan B, sediakan periuk. Masukkan air dan gula.
- Apabila dah mengelegak masukkan agar-agar serbuk dan kacau supaya tak berketul.
- Campurkan bahan A dan B. Masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sampai pekat. (kalau tak kacau nanti berketul).
- Sekiranya menggunakan loyang 7 untuk kek, untuk buat yang ini perlu guna loyang yang sama.
- Spraykan loyang dengan air supaya senang kek keluar dan tak melekat. Jangan skip, ini wajib. Spray manja-manja je.
- Ambil 2 senduk adunan hijau dan masukkan ke dalam loyang.
- Masukkan kek dan biarkan sekejap. Masukkan 2 senduk adunan hijau. Ulang sampai habis ya. Akhir sekali ratakan je.
- Biarkan sekejap lebih kurang 15 minit dan wrapkan. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam.
- Keluarkan dari loyang, masa keluarkan dari loyang tu hati-hati ye.
- Siap.
Resepi Kek Pandan Layer Lembut & Lemak Berkrim
Kek Pandan Layer Lembut & Lemak Berkrim: Sumber Keluarga.my
Bahan Kek Span:
- 4 biji telur – gred A
- 120 gram gula kaster
- 50 gram air atau susu cair
- 1 camca besar ovalete
- 1 camca teh esen pandan / vanila
- 1 camca teh perwarna hijau
- 170 gram tepung gandum – di ayak
- 1 camca teh baking powder
- 70 gram minyak jagung / butter cair
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan KECUALI minyak jagung ke dalam mangkuk adunan.
- Putar adunan sehingga menjadi kembang dan kental. (sehingga bertukar menjadi hijau muda).
- Tuang minyak jagung. Putar sebentar dan kaup balik adunan sehingga rata.
- Tuang ke dalam loyang 8″ dan bakar menggunakan suhu 170’c selama lebihkurang 25-30 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
- Bila dah masak keluarkan daripada loyang dan sejukkan.
Bahan Pandan Custard:
- 400 gram santan (kotak)/ (segar)
- 200 gram jus pandan (3 helai daun pandan di blender bersama 200 gram air) + 600 gram air (keseluruhan cecair 1200ml)
- 220 gram gula kaster
- 10 gram (1 peket agar-agar)
- 100 gram tepung jagung
Cara-cara:
- Satukan kesemua adunan. kacau sehingga adunan tidak bergentel.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan kastard menjadi pekat dan likat. Apabila adunan kelihatan meletup tutup api.
Penyediaan Kek Pandan Layer:
- Sediakan kek yang telah di belah 3. Sediakan loyang. basahkan sedikit permukaan loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan kek pandan layer.
- Masukkan sesenduk adunan kastard ke dalam loyang. Ratakan. Letak kek di atas permukaan kastard.
- Kemudian tuang lagi sesenduk adunan custard.
- Ulang langkah tersebut sehingga kastard meliputi keseluruhan kek.
- Sejukkan sebelum di hias menggunakan kelapa kering atau mengikut kretiviti masing-masing.
Resepi Kek Lapis Kastard Pandan Nadz
Kek Lapis Kastard Pandan: Sumber Oven Kecil Nadz
Bahan Kek Span Pandan:
- 150 gram tepung gandum- ayak
- 1 sudu kecil baking powder- ayak
- 5 biji telur gred B
- 100 gram gula kastor
- 1 sudu kecil ovallete
- 50 ml susu segar/ susu cair
- 1 sudu kecil esen vanilla Perisa pandan dan pewarna hijau
- 50 ml minyak masak
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
- Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
- Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
- Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
- Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
- Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
Bahan Kastard Pandan:
- 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
- 1 cawan gula kastor
- 10 gm serbuk agar-agar
- 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
- Secubit garam
- Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat.
- Kacau guna whisk jer. Bila dah likat, tutup api.
- Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
- ** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa sahaja.
Cara Melapis Kek Kastard:
- Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga. Tuang sedikit kastard dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastard tadi.
- Kemudian tuang sedikit kastard lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastard, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastard tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
- Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastard digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastard.
- Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastard keras.
- Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastard akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastard.
- Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
- Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
Tips:
- Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastard akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastard pada kek.
- Tapi, jangan khuatir. Kalau lihat kastard di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastard tu akan cair semula. So bolehlah terus sambung kerja-kerja melapis kek anda.
Resepi Kek Pandan Layer
Kek Pandan Layer: Sumber Life Is Sweet
Bahan-bahan Kek:
- 4 biji telur
- 1 cawan gula ising
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu baking powder
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 sudu paste pandan
- 2 sudu ovallete
- susu cair sket
Cara-cara:
- Adun semua bahan kek ni, pastu bakar yer, ade org buat bakar sbiji kek,pastu potong mendatar 3 slice, tp aku suggest bakar sekeping-sekeping lagi cantek dan kemas, sebab kek ni lembut sangat, susah nak potong.
- Nak lagi senang, pegi je beli chifon kek kat giant murah, haha potong 3.
Bahan-bahan Kastard:
- 3 cawan santan
- 1 1/2 cawan gula
- 2 sudu serbuk jely
- 1 sudu paste pandan
- setengah cawan perahan daun pandan
- 3/4 cawan tepung hoen kwee
- garam sikit
Cara-cara:
- Adun semua bahan ni masak atas api perlahan,gune double boiler,bagi dia pekat sket, tutup api dapur tuh.
- Bagi sejuk sikit, suam-suam gitu. Bahagikan adunan ni 3 cup, cup pertama curah dalam loyang, pastu letak sekeping kek, curah cup ke2 adunan kastard tu pulakulang-ulang sampai habis, 3 layer je pun
- Make sure kek tu tertutup semua dengan adunan kastard tadi, then masukkan dalam peti.
- Agak-agak sejam boleh keluarkan dah dapat sebiji kek layer pandan, nak cantik lagi, tabur je sekeliling kelapa kering kat kek tu, pastu suka hati la nak hias macam mana. Sedap makan sejuk-sejuk kek ni. Selamat mencuba.
Resepi Kek Lapis Kastard Pandan Citarasawan
Kek Lapis Kastard Pandan: Sumber Citarasawan
Bahan-bahan:
- 125gram gula kaster
- 125 gram tepung kek
- 15 gram ovalette
- 5 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 40 ml air daun pandan + pewarna hijau
- 75 ml minyak masak
Bahan A: (Kastard Pandan)
- 500 ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
- 180 gram gula kastor
- 1 sudu besar serbuk agar-agar segera (instant jelly)
Bahan B:
- 400 ml santan pekat KARA
- 85 gram tepung Hoen Kwee hijau
- 1 sudu teh pewarna hijau epal
- 1/8 sudu teh garam halus
Loyang 9″ Loose Base Tin
Hiasan :
- Whip cream (jika suka) dan kelapa kering
Cara-cara:
- Satukan semua bahan kek kecuali minyak masak, pukul dengan speed perlahan
hingga bergaul rata kemudian pukul dengan speed tinggi selama 6 minit hingga pekat dan bertanduk. Tukar ke speed sederhana dan masukkan minyak masak,
putar hingga sebati. - Alaskan loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan dan bakar pada suhu
180C selama 45 minit atau hingga masak. - Sejukkan kek dahulu dan potong kepada 3 atau empat lapisan.
- Kastard Pandan : Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api
sederhana hingga mendidih. - Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul.
Masukkan adunan ini ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga
adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar. - Sediakan Loyang bulat 9″ loose base tin (boleh ditanggalkan bawahnya) yang di
basahkan terlebih dahulu. - Tuang 2 senduk adunan kastard dan ratakan. Kemudian masukkan satu lapisan
kek span dan tuangkan 1/3 kastard pandan di atasnya hingga menutupi lubang di
sekeliling loyang. Hentakkan loyang sedikit supaya kastard dapat sampai ke dasar loyang. - Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard. Buat hingga habis
lapisan kek. - Hentakkan 2-3 kali loyang di atas meja supaya kastard padat ke bahagian
bawahnya. - Biarkan kek sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
- Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan whip cream (dipukul dahulu) dan
taburan kelapa kering.
Penutup
Sedapnya kek pandan kastard ni kan. So soft and fluffy!
Jom Cuba Resepi Kek dibawah: