fbpx

5 Resepi Bubur Nasi (Cara Masak Mudah dan Menyelerakan)

Hari ini saya nak kongsi resepi bubur nasi yang sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Cara masak bubur nasi ini mudah dan cukup menyelerakan. Dalam cuaca hujan, pasti sedap makan makanan bersup, cepat nak sediakan. Mesti semua orang suka. Sesuai juga untuk orang yang berdiet. Bubur nasi ini berkhasiat dan boleh dimakan untuk sarapan dan makan tengah hari. Kurang minyak dan kanji kerana hanya menggunakan sedikit beras untuk kembangkan nasi.Jom kita lihat cara masak bubur nasi yang sedap ini.

Resepi Bubur Nasi Ayam

bubur nasi ayam

Bubur Nasi Ayam: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • Dada Ayam
  • Garam
  • 1 Cawan Beras
  • Halia
  • Stok Ayam
  • Garam (jika perlu)
  • Minyak Bijan
  • Ikan Bilis
  • Bawang
  • Cili Padi

Cara-cara:

  1. Rebus dada ayam sehingga masak. Angkat, carik dan ketepikan.
  2. Rebus dan masak beras bersama air. Boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga beras menjadi bubur.
  3. Kemudian, tambahkan halia, stok ayam dan garam jika perlu.
  4. Bubur hendaklah dikacau sentiasa untuk mengelakkan daripada berkerak.
  5. Masukkan ayam yang telah direbus dan di carik tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan pula minyak bijan dan kacau rata. Tutup api dan angkat.
  7. Dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing dan masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dihiris dan goreng kesemuanya hingga garing.
  8. Hidangkan bubur nasi bersama ikan bilis, bawang dan cili padi yang telah di goreng tadi dan boleh hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili besar merah yang di hiris jika suka. Siap!

Resepi Bubur Nasi Udang Istimewa

Bubur Nasi Udang Istimewa

Bubur Nasi Udang Istimewa: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 1 mangkuk kecil udang, buang kulit
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia, hiris nipis dan memanjang seperti mancis
  • karot, potong dadu
  • ubi kentang, potong dadu
  • 1/4 sudu serbuk lada hitam atau putih
  • 1/2 potong kiub ayam atau ikan bilis

Bahan-bahan untuk taburan sup:

  • ikan bilis goreng
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • cili potong dan kicap

Cara-cara:

  1. Bersihkan beras dan rebus bersama air yang secukupnya sehingga lembut.
  2. Masukkan udang, bawang putih, halia, karot, ubi kentang, serbuk lada dan kiub ayam. Masak sehingga sayur lembut. Tambah air dan teruskan masak supaya bubur benar-benar lembut. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Hidang bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, daun bawang, cili potong dan kicap.

Tips:

  • Che Nom ada terbaca mengenai tips untuk dapatkan bubur nasi yang cepat masak dan lembut. Caranya ialah:
  • Basuh beras dan masukkan ke dalam bekas. Isi air anggaran supaya beras tenggelam dan kemudian simpan di dalam peti sejuk beku. Bila nak masak cuma keluarkan dan masuk ke dalam periuk.

Resepi Nasi Bubur Berlauk Ala Thai

nasi air berlauk ala thai

Nasi Bubur Berlauk Ala Thai: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 5 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam MAGGI

Cara-cara:

  1. Cuci beras, masukkan 3 cawan air dan secubit garam.
  2. Reneh dengan api kecil hingga hampir kering airnya.
  3. Tambahkan 2 cawan air lagi dan serbuk pati ayam.
  4. Reneh nasi hingga menjadi hancur.
  5. Tambahkan air lagi jika perlu untuk nasi bubur yang lebih lembut.
  6. Hidang bersama kuah sup dan lauk yang digemari.

Bahan-bahan Lauk Nasi Bubur:

  • Telur masin
  • Ikan bilis goreng
  • Udang kering goreng
  • Ikan kering goreng
  • Kangkung/ Cendawan sos tiram
  • Lobak masin
  • Sup daging/ayam
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili padi
  • Limau nipis

Bahan Kuah Sup Daging:

  • 200 gm daging, hiris nipis
  • 3 ulas bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 hiris halia
  • 4 cawan air
  • 1/2 batang carrot, potong
  • 1 biji ubi kentang, potong
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih / hitam
  • 1 tangkai daun sup
  • Rempah kasar, 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 2 buah pelaga
  • 2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang, halia hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kasar dan daging, tumis hingga daging berubah warna.
  3. Masukkan air, kentang dan carrot, masak hingga lembut.
  4. Perasakan dengan garam, serbuk lada secukupnya.
  5. Akhir sekali, masukkan daun sup.

Kangkung Sos Tiram / Cendawan:

  • 1 ikat kangkung
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga layu.
  2. Masukkan kangkung, tumis hingga layu.
  3. Tambah kicap masin dan sos tiram.
  4. Gaul rata, tambah air jika perlu.

Udang Kering Masam Manis atau Pari Kering:

  • 100 gm udang kering (besar)
  • 2 biji limau kasturi
  • 1/2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara:

  1. Rendam dan toskan udang.
  2. Goreng hingga garing, angkat dan toskan.
  3. Gaul dengan sos ikan, kicap manis, jus limau dan gula.
  4. Hidangan sampingan dengan bubur nasi.

Resepi Bubur Nasi Ikan Bilis

bubur nasi ikan bilis

Nasi Bubur Ikan Bilis: Sumber Resepi Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras.
  • 1/2 cawan ikan bilis.
  • 5 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 batang serai.
  • 3-4 cawan air.
  • 1-2 sudu teh garam (secukup rasa).
  • 1/2 batang karot (dipotong dadu).

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
  2. Basuh beras, masukkan dalam periuk. Masukkan air, serai dan bawang putih. Saya guna
    pressure cooker sebab nak cepat dan tak perlu sentiasa kacau..
  3. Hiris nipis bawang merah dan goreng. Goreng juga ikan bilis. Potong dadu karot. Letak
    tepi.
  4. Bila bubur dah hancur dan masak, masukkan karot dan masak sehingga karot empuk.
    Masukkan sedikit minyak dari goreng bawang dan bawang sekali. Dah siap semua bila
    dihidangkan taburkan ikan bilis dan bawang goreng..
  5. Boleh juga dimakan bersama kicap, tabur cili padi, daun saleri dan perahan asam limau.

Resepi Nasi Air Pantai Timur

nasi Air Pantai Timur

Nasi Air Pantai Timur: Sumber Shalimar Yusof

Bahan untuk Kuah Nasi Air:

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk hancur
  • 1 inci halia muda diketuk
  • Daging sebesar penumbuk dihiris nipis
  • Air
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 akar daun sup
  • 2 batang serai diketuk

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia yang diketuk tadi.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan daging yang telah dihiris.
  4. Masukkan serai dan akar daun sup.
  5. Masukkan perasa iaitu kiub ayam , garam, kicap dan sos ikan.
  6. Reneh kuah sup nasi air sehingga masak harum.

Bahan Nasi Lembik: ( 4 orang makan)

  • 2 cawan beras yang dibersihkan.
  • 7 cawan air.

Cara-cara:

  1. Tanak sehingga nasi masak, kacau sedikit. Apabila nasi masak, terus tutup suis dan sejukkan nasi lembik tadi.

Bahan-bahan untuk nasi air:

  • 2 ketul isi ayam direbus. Kemudian dicarik-carik isinya. Letak dalam 1 mangkuk
  • Lampung/ Paru yang telah dihiris nipis. Goreng garing.
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • 6 biji bawang putih dipotong dadu. Kemudian panaskan minyak, goreng bawang putih untuk dapatkan minyak bawang putih. Goreng sekejap hingga naik bau harum bawang putih. Sejukkan di dalam mangkuk. Minyak bawang putih sedapkan nasi air.
  • Hirisan limau nipis
  • Air Cili. Kisar 2 biji cili merah bersama 3 biji cili api, 1 sudu kecil garam, 2 sudu kecil gula dan 1 sudu besar cuka.
  • Kalau ada cili jeruk lagi sedap.

Penutup

Jika hari-hari anda makan makanan yang sama, jom cuba resepi bubur nasi yang sedap ini. Cukup mudah nak sediakan untuk seisi keluarga. Bubur nasi juga sesuai disediakan untuk oarang yang demam, lembut dan mudah dihadam. Pasti bertambah selera. Sedap juga digandingkan dengan Resepi Somtam. Rasa masam manis dan pedas. Resepi Mee Berkuah Viral pun sedap dimakan panas-panas.

Leave A Reply

Your email address will not be published.