fbpx

15 Resepi Bendi Goreng Sedap (Superfood Yang Banyak Khasiatnya!)

Hari ini saya nak kongsi resepi bendi goreng. Sayur bendi sedap digoreng dan dijadikan lauk tengah hari, antaranya bendi goreng telur, bendi goreng belacan, bendi goreng kicap, bendi goreng ikan bilis, bendi goreng mamak dan sebagainnya. Masakan untuk sayur bendi ini cukup mudah dan banyak khasiatnya! Bendi mengandungi kalsium tinggi yang baik untuk pembentukan tulang. Kandungan vitamin K yang terdapat dalam bendi juga berperanan dalam mengurangkan keretakan tulang akibat rapuh dan sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis. Vitamin C dalam bendi berkhasiat dalam menyokong sistem imuniti badan. Sayur bendi juga dapat meningkatkan kesihatan penglihatan dengan khasiat vitamin A yang cukup tinggi.

Resepi Bendi Goreng Telur Mat Gebu

https://www.tiffinbiru.com/2014/02/terringkas-termudah-bendi-goreng-telur.html

Bendi Goreng Telur: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 15 biji bendi saiz kontot, cuci dan toskan
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 camca teh sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air, jika perlu (anggaran 1 – 2 camca besar)
  • Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan

Bahan tumbuk lumat:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau

Cara-cara:

  1. Hiris serong bendi, kemudian ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 – 3 camca besar). Tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram dan kacau rata (boleh tambah sedikit air jika perlu).
  2. Masukkan bendi yang telah dihiris, tambah garam secukup rasa dan masak hingga benda lembut. Tuang telur disekeliling bendi tadi. Biar sekejap hingga kelihatan pekat dan gaul rata-rata bersama bendi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi…Senang sangat.

Nota:

  • Cara nak elakkan bendi tu jadi berlendir masa goreng. Cuci dan toskan hingga kering, baru dihiris. Masa goreng guna api kecil hingga bendi lembut dan kalau perlu letak air, jangan letak banyak, letak sikit untuk melembutkan bendi tadi, goreng macam biasa.

Resepi Bendi Goreng Telur Mstar

Bendi Goreng Telur Mstar

Bendi Goreng Telur: Sumber Mstar

Bahan-bahan:

  • 15 biji bendi – dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telur – dipukul
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • Bahan kisar
  • 3 cili merah – dibuang biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bendi dan dikacau.
  3. Masukkan garam dan perasa. Kemudian curahkan telur disekeliling bendi tadi.
  4. Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan seketika sehingga agak kering.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Bendi Goreng Telur Asin Madiha

Bendi Goreng Telur Asin Madiha

Bendi Goreng Telur Asin: Sumber Madiha

Bahan-bahan:

  • 20 biji bendi ~ dicuci & tos
  • 1 biji telur asin
  • 1 biji telur ayam
  • 3 ulas bawang merah ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum merah/kuning
  • 2 sudu sos tiram
  • minyak masak secukupnya

Bahan ditumbuk halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur asin & telur ayam dalam satu mangkuk. Hancurkan kuning telur asin & kacau sebati dengan telur ayam.
  2. Hiris tebal kacang bendi yang sudah ditos.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hiris & bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bancuhan telur. Tutup sekejap kuali dengan penutup periuk/penutup pengukus. Bila nampak telur beku sedikit kacau rata & hancurkan.
  4. Masukkan bendi, capsicum & sos tiram. Kacau rata. Tutup lagi & sesekali dibuka penutup & kacau & tutup lagi. Pastikan sehingga bendi lembut. Rasakan jika kurang masin boleh tambahkan sedikit garam. (sebab kadang-kadang ada jenis telur asin yang kurang masin). Jika sudah cukup masin tak perlu ditambah garam.  Pastikan bergaul rata & bolehlah dihidangkan.

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap

Bendi Goreng Telur Yang Mudah dan Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 15 biji bendi – dipotong nipis secara serong

  • 2 biji telur – dipukul

  • Sedikit garam

  • Serbuk perasa

Bahan kisar:

  • 3 cili merah – dibuang biji

  • 2 ulas bawang merah

  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan perasa. Agak agak bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur sekelilingnya.
  3. Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan boleh lah ditutup api.

  4. Siap untuk dihidang. Sedap diratah begitu sahaja.

Resepi Bendi Goreng Sambal

Bendi Goreng Sambal

Bendi Goreng Sambal: Sumber Bidadari  Ilmu

Bahan-bahan:

  • 15 batang kacang bendi
  • 1 sudu besar lada kisar
  • 1 biji bawang merah besar – dikisar/ ditumbuk
  • 2 biji bawang putih – dikisar/ ditumbuk
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam periuk, ambil bendi yg telah dicuci (tapi jangan dipotong mana-mana pun, untuk mengelakkan lendirnya keluar). Bila air telah mendidih, masukkan kesemua bendi untuk 1 min dan angkat dan terus dimasukkan kedalam bekas yang berisi air sejuk kalau ditambah ice lagi bagus), biarkan 2 min dan ditoskan.
  2. Potongkan bendi menyerong. Ketepikan.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama lada kering sehingga garing.  Setelah garing masukkan sos tiram dan kicap, kacau.  Masukkan telur dan kacau lagi.  Akhir sekali, tutup api dan masukkan sayur bendi.  Siap untuk dihidangkan.

Resepi Bendi Goreng Bercili

Resipi Bendi Goreng Bercili

Bendi Goreng Bercili: Sumber puteri.com.my

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk bendi, yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar CILI GILING PUTERI
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan-bahan untuk ditumbuk kasar dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga sedikit garing dan keperangan.
  3. Masukkan pula cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram kemudian diikuti dengan bendi yang sudah dihiris nipis. Goreng sehingga semua bahan sebati dan bendi menjadi layu.
  5. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka.

Resepi Bendi Goreng Pedas

Resepi Bendi Goreng Pedas

Bendi Goreng Pedas: Sumber Farrah MF

Bahan-bahan:

  • Bendi dibasuh dan ditus. Barulah dihiris nipis.
  • Beberapa ulas bawang putih.
  • Segenggam kecil ikan bilis. 
  • 1 – 2 sudu besar cili kisar. Ingat lagi saya pernah kongsi tentang cili kiub saya? Saya gunakan 2 kiub untuk hidangan ini.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 2 – 3 sudu besar minyak masak untuk menumis.

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih bersama ikan bilis sehingga agak lumat. 
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan ikan bilis sehingga garing.
  3. Setelah itu, masukkan cili kisar dan biar seketika sehingga cili masak atau pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  4. Seterusnya, masukkan bendi. Gaulkan bendi dengan tumisan tadi sehingga tergaul sekata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.Tidak perlu letak garam kerana kita sudah ada masin ikan bilis dan sos tiram. 

Resepi Bendi Goreng Bercili Che Nom

Bendi Goreng Bercili Che Nom

Bendi Goreng Bercili: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk bendi, yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk kasar:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan-bahan untuk ditumbuk kasar dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga sedikit garing dan keperangan.
  3. Masukkan pula cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram kemudian diikuti dengan bendi yang sudah dihiris nipis. Goreng sehingga semua bahan sebati dan bendi menjadi layu.
  5. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka.

Tips:

  • Pastikan bendi dilap kering dahulu sebelum menggoreng kerana nanti bendi akan menjadi berair dan tidak rangup.

Resepi Kacang Bendi Goreng Pedas Bersama Sotong

Kacang Bendi Goreng Pedas Bersama Sotong

Kacang Bendi Goreng Pedas Bersama Sotong: Sumber Secukup rasa

Bahan-bahan:

  • 18 Biji kacang bendi sederhana besar – dicuci , toskan kemudian buang tampuk dan dipotong menyerong
  • 150 gram sotong sederhana besar – dibelah tengah , dicuci dan toskan
  • Minyak untuk menumis
  • 1 Keping asam gelugur
  • Garam secukuprasa
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air

Bahan-bahan tumbuk:

  • 10 Biji cili padi merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 Ulas bawang merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan sotong dan kacau rata, dan biar seketika sehingga sotong lembut dan masak.
  3. Kemudian masukkan kacang bendi bersama sedikit air, dan tutup kuali sekejap, lebih kurang 2 minit.
  4. Perasakan masakan dengan garam secukuprasa dan sedikit kiub pati ayam.
  5. Kacau lagi sehingga rata dan biar mendidih seketika.
  6. Matikan api..dan sedia untuk dihidangkan dengan menu yang niza  sajikan, kacang bendi goreng pedas bersama sotong.

 

 

 

Resepi Bendi Goreng Kicap Akuman999

Bendi Goreng Kicap Akuman999

Bendi Goreng Kicap: Sumber Akuman999

Bahan-bahan:

  • 10 batang bendi – bersih dan toskan – potong serong

  • 2 biji cili besar merah – potong serong

  • 1/2 biji bawang besar – dimayang

  • 2 ulas bawang putih – dimayang

  • 1 genggam ikan bilis – bersih dan toskan

  • 2-3 sudu besar kicap masin

  • Garam

  • Minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.

  2. Goreng hingga kekuningan. Masukkan pula cili besar. Masukkan bendi dan sedikit garam. Masak dgn api besar.

  3. Masukkan kicap kacau sebati. Angkat bila bendi sudah berubah warna.

Resepi Kacang Bendi Goreng Kicap HaSue

Kacang Bendi Goreng Kicap HaSue

Kacang Bendi Goreng Kicap: Sumber HaSue

Bahan-bahan:

  • 10-12 batang bendi (saiz sederhana)-cuci, toskan dan potong menyerong
  • 3 tangkai cili merah-2 dibuang biji dan hiris sederhana
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu udang kering
  • Sedikit belacan(jika suka)
  • 3 sudu minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Cili merah, bawang merah, bawang putih, udang kering dan belacan ditumbuk lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap,kacau goreng seketika.
  4. Masukkan kacang bendi dan cili yang dipotong/hiris dan kacau goreng lagi sehingga masak (jangan terlalu lama).
  5. Sedap dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Selamat mencuba!

Resepi Bendi Goreng Ikan Bilis

Resepi Bendi Goreng Ikan Bilis

Bendi Goreng Ikan Bilis: Sumber Elena’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 10 biji bendi

  • 1 biji bawang besar

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 biji cili merah

  • 4 biji cili padi

  • 3 sudu besar ikan bilis

  • sedikit kiub ikan bilis

  • sedikit garam

  • sedikit air

  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Bendi dihiris menyerong dan ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi bersama sedikit air tetapi jangan terlalu hancur. Masukkan pula 1 sudu besar ikan bilis dan kisar lagi. Jangan kisar terlalu hancur.
  3. Panaskan minyak dan goreng baki ikan bilis hingga hampir garing. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis. Masuk garam, sedikit kiub ikan bilis dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan bendi dan goreng dalam 5 minit. Hidang.

Resepi Bendi Goreng Belacan Azlita Aziz

Bendi Goreng Belacan Azlita Aziz

Bendi Goreng Belacan: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 10 batang bendi
  • 1 batang lada merah ~ di hiris
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 biji cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
  • 1 inci belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisah hingga garing dan harum.
  2. Ketepikan rencah tepi kuali dan pecahkan sebutir telur. Biar telur masak sebentar kemudian kacau dan pecah-pecahkan.
  3. Gaul rata bersama rencah tadi. Masukkan bawang hiris dan masak hingga layur.
  4. Segera potongkan bendi dan masukkan dalam kuali, goreng rata
    taburkan lada merah dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sedia di hidangkan.

Resipi Bendi Goreng Ala Mamak Alfi Mohd

Resepi Bendi Goreng Ala Mamak Alfi Mohd

Bendi Goreng Ala Mamak: Sumber Alfi Mohd

Bahan-bahan:

  • 8-10 batang bendi dipotong bulat
  • 1 biji bawang merah dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4-5 tangkai cili kering dipotong, rendam dengan air panas & ditoskan
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan daun kari, biji sawi & cili kering. Kacau seketika.
  2. Selepas itu, masukkan bendi, serbuk kunyit, serbuk ikan bilis & garam. Kacau sebentar sehingga bendi masak & siap dihidangkan.

Resepi Bendi Goreng Sambal Belacan Tajul Ariffin

Resepi Bendi Goreng Sambal Belacan Tajul Ariffin

Bendi Goreng Sambal Belacan: Sumber Tajul Ariffin

Bahan-bahan:

  • 120 gm bendi – potong serong
  • 5 ml stok ayam
  • 5 gram garam
  • 5 gram gula
  • Minyak masak

Bahan kisar:

  • 15 gram cili kering – rebus sehingga lembut
  • 100 gram bawang merah
  • 80 gram bawang putih
  • 10 gram belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan bendi dan gaul sebati.
  3. Kemudian, masukkan garam, gula dan stok ayam. Sebatikan rasa dan acau rata.
  4. Angkat dan hidangkan.

Penutup

Bagi penggemar bendi, pastinya resepi bendi goreng ini cukup sedap untuk dicuba. Mudah je nak sediakan masakan bendi goreng ini. 

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.