Hari ini saya nak kongsi resepi sotong kam heong. Resepi sotong kam heong ini popular di restoran makanan Cina. Bahan yang unik di dalam resepi ini ialah serbuk kari ikan dan juga serai. Gabungan bahan-bahan ini memberi satu rasa yang unik tetapi sedap. Rasa masakan sotong kam heong ini pedas dan wangi! Kam Heong ialah gaya masakan Malaysia yang mendapat pengaruh berbeza daripada masakan Cina, Melayu dan India. Nama kam heong sebenarnya ialah frasa Kantonis untuk "haruman keemasan", kerana salah satu kualiti yang berbeza ialah aroma kuat yang serta-merta datang daripada gaya masakan ini.
Resepi Sotong Kam Heong Hafizah Yahaya
Sotong Kam Heong: Sumber Hafizah Yahaya
Bahan-bahan:
- 12 ekor sotong bersaiz kecil. Bersihkan, potong bulat dan perap dengan 2 hingga 3 sudu besar tepung jagung
-
2 ulas bawang putih – di cincang kasar
-
4 ulas bawang merah – di cincang kasar
-
6 tangkai cili padi di hiris
-
2 sudu besar udang kering (Rendam sebentar, toskan dan cincang)
-
1 sudu besar serbuk kari ikan
-
3 pelepah daun kari
-
1 sudu teh kicap cair
-
1 sudu besar sos tiram – saya tambah
-
2-3 sudu besar air
Cara-cara:
-
Panaskan kuali. Masukkan 6 sudu besar minyak masak dan goreng sotong yang di perap dengan tepung jagung. Goreng sebentar sahaja dalam 1 minit, angkat dan toskan. Bersihkan kuali tersebut.
-
Masukkan pula dua sudu besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari hingga kekuningan.
-
Masukkan udang kering yang di cincang sambil di kacau hingga sebati dan berbau wangi.
-
Tuang serbuk kari, kicap cair dan sos tiram. Besarkan sedikit api dapur dan masukkan pula sotong sambil di kacau. Masukkan juga air dan masak sehingga kuah sebati dengan sotong. Setelah masak sepenuhnya, matikan api dapur dan hidang sotong tersebut dengan nasi panas.
Resepi Sotong Kam Heong Bonda
Sotong Kam Heong: Sumber Bonda
Bahan-bahan:
- 5 ekor Sotong.
- 1 sudu teh Garam.
- 1 sudu teh Serbuk Lada Sulah.
- 1/2 of biji Bawang Besar (potong dadu).
- 3 biji Bawang Merah (hiris nipis).
- 5 ulas Bawang Putih (hiris nipis).
- 5 biji Cili Kering (potong dua).
- 5 biji Cili Padi (tumbuk kasar).
- 2 tangkai Daun Kari.
- 2 sudu besar Serbuk Kari.
- 1 sudu makan Kicap Manis Pedas Mahsuri.
- 1 sudu makan Sos Tiram Mahsuri.
- 1 sudu makan Sos Cili.
- 1/2 sudu makan Sos Tomato.
- 1 sudu teh Gula.
- 1/2 sudu teh Garam.
- 1/2 cawan Minyak Masak
Cara-cara:
- Gaulkan sotong dengan garam & lada sulah. Panaskan sedikit minyak, goreng sotong sekejap supaya air sotong kering kemudian toskan.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari bersama sedikit air dan tumis hingga pecah minyak..
- Masukkan bawang besar & cili kering diikuti dengan kicap manis pedas Mahsuri, sos tiram Mahsuri, sos cili & sos tomato.
- Masukkan sotong kemudian perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Resepi Sotong Kam Heong Mieza
Sotong Kam Heong: Sumber Mieza
Bahan-bahan:
- 400 gram sotong – cuci dan potong cincin
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1 biji bawang besar – cincang
- 1 inci halia – cincang
- 3-4 biji cili api – potong kecil
- 3-4 tangkai daun kari
- 3-4 sudu besar rempah kari ikan – jadikan pes
- 2 sudu besar sos tiram MAGGI
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
- 1/2 cawan udang kering – rendam dan cincang
- Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga garing dan wangi.
- Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga udang kering wangi.
- Masukkan rempah kari dan kacau seketika.
- Kemudian masukkan sos tiram MAGGI dan kicap pekat. Biarkan hingga sos pekat.
- Masukkan sotong dan masak hingga sotong masak.
- Akhir sekali perasakan dengan MAGGI Cukup Rasa. Gaul sebati. Reneh hingga pekat.
- Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun kari.
Resepi Sotong Masak Kam Heong Juanita
Sotong Masak Kam Heong: Sumber Juanita
Bahan Perapan Sotong:
-
2 ekor sotong size besar(agaklah nak banyak mana pun)
-
1 sudu kecil garam
-
1 sudu makan tepung jagung
-
1 sudu makan serbuk lada putih
Bahan Kuah:
-
1 labu bawang besar (dipotong wedges)
-
5 ulas bawang putih
-
3 ulas bawang merah
-
1 tangkai daun kari
-
3 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
-
2 sudu makan sos tiram
-
2 sudu makan sos tomato
-
2 sudu makan sos cili
-
2 sudu makan kicap cair
-
1 sudu kecil garam
-
Sedikit air
-
Secubit gula
-
3 tangkai cili padi (saya guna yang hijau)
-
3 tangkai lada kering
Cara-cara:
-
Gaul sotong dengan garam, tepung jagung dan serbuk lada putih. Biarkan sekejap dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
-
Untuk kuah, cincang bawang merah dan bawang putih. Saya guna chopper. Bawang besar dipotong wedges.
-
Tumis bawang yang dicincang bersama daun kari dan cili padi hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan paste kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap cair. Kacau sekata.
-
Kemudian masukkan bawang besar dan cili kering. Tumis hingga bawang layu. Tambahkan sedikit air untuk mendapatkan kuah. Kalau suka kering, tak payah masukkan air.
-
Masukkan sotong yang telah digoreng. Perasakan dengan garam dan gula.
Resepi Sotong Kam Heong Yani’s Kitchen
Sotong Kam Heong: Sumber Yani’s Kitchen
Bahan-bahan:
- 10 ekor sotong – potong bulat
- 3 ulas bwg kecik – dihiris halus
- 3 ulas bwg putih – dihiris halus
- 5 biji cili api – di hiris
- 1 sudu besar udang kering – ditumbuk
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- 2 sudu besar air – bancuh kt kari ikan
- 10 helai daun kari
- garam
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang kecik + bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan cili api dan udang kering dan tumis lagi hingga garing.
- Masukkan rempah kari ikan dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan gaul rata. Masak hingga rempah sebati.
- Masukkan garam dan gula. Tumis kejap dan angkat.
Resepi Sotong Kam Heong Dapur Fieza Sani
Sotong Kam Heong : Sumber Dapur Fieza Sani
Bahan-bahan:
- Sotong (terpulang lah korang nak berapa banyak)
- Tepung Jagung (2 sudu besar)
- *Gaul sotong bersama tepung jagung. Perapkan seketika*
- Bawang Putih (2 Ulas – Cincang)
- Bawang Merah (1 Biji – Cincang)
- Beberapa tangkai Cili Padi (Hiris)
- Udang Kering (2 Sudu Besar) – Rendam, toskan & cincang
- Rempah Kari Ikan (1 Sudu Besar)
- Daun Kari (2-3 pelepah)
- Kicap Cair (1 Sudu Teh)
- Sos Tiram (1 Sudu – Pilihan nak guna atau tak)
- Air (2-3 Sudu Besar)
- Garam / Gula Secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan kuali. Goreng sotong yang dah diperap dengan tepung jagung. Goreng sekejap dalam 1 minit, angkat & toskan.
- Guna minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi & daun kari sehingga berwarna kekuningan.
- Masukkan udang kering. Kacau sehingga sebati dan wangi.
- Tuang serbuk kari, kicap cair, sos tiram. Besarkan api & masukkan sotong. Sambil tu kacaukan. Boleh tambah air & masak sampai kuah sebati dengan sotong. Sambil tu boleh rasa, kalau kurang apa-apa tambah garam atau gula sebagai pelengkap. Macam k.fiezz tak tambah garam & gula sebab sos tiram & kicap tu dah cukup rasa dia. Lepas siap sepenuhnya, tutup api & sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
Resepi Sotong Kam Heong Mahsuri Food
Sotong Kam Heong: Sumber Mahsuri Food
Bahan A:
- 500 gram sotong
- 30 gram udang kering
- 20 gram bawang putih
- 30 gram bawang besar
- 20 gram halia
- 5 biji cili padi
- 3 tangkai daun kari
- 30 gram serbuk kari ikan
- 30 gram Sos Tiram Mahsuri
- 50 gram Kicap Manis Mahsuri
- 10 gram serbuk pati ayam
Cara-cara:
- Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari sehingga wangi.
- Masukkan udang kering, serbuk kari, cili padi dan kacau rata.
- Tambahkan Sos Tiram Mahsuri, Kicap Manis dan masukkan sotong.
- Masak sehingga sotong empuk. Hiaskan dengan hirisan daun bawang sebelum hidang.
Penutup
Masakan ini amat mudah di sediakan sesuai bagi anda yang sering kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan berkhasiat untuk keluarga anda. Selamat mencuba ya!
Jom cuba resepi berasaskan sotong INI: