fbpx

15 Resepi Sotong Bakar Viral! sHH.. Sos Perapan Special Yang Anda Wajib Cuba!

Hari ini saya nak kongsi resepi sotong bakar. Resepi sotong bakar tentunya menggunakan sotong segar sebagai bahan utama. Sotong Bakar ini sesuai dimakan begitu sahaja atau pun dimakan bersama dengan nasi putih. Siapa peminat sotong bakar jom tengok resepi sotong bakar yang saya kongsikan dalam resepi kali ini. Pasti sedap hingga menjilat jari. Resepi sos bakar juga amat penting, apalagi  jika anda cuba resepi sos  perapan sotong bakar dibawah, pasti anda lebih puas hati bila buat sendiri. Nak makan banyak mana pun boleh.

Resepi Sotong Bakar Berempah Che Nom

Resepi Sotong Bakar Berempah

Sotong Bakar Berempah: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong bersaiz besar

Bahan untuk dikisar:

  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan putih

Cara-cara Penyediaan:

  1. Perap sotong yang telah dibersihkan bersama bahan kisar selama 1 jam.
  2. Balut sotong dan bahan perapan dalam daun pisang kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
  3. Hidangkan bersama air asam dan nasi putih.

Tips:

  • Jangan terlebih masak kerana sotong akan menjadi keras. Anda boleh menggunakan aluminium foil jika tidak menggunakan daun pisang.

Resepi Sotong Bakar Qaseh Honey

Sotong Bakar Qaseh Honey

Sotong Bakar: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 – 2 helai daun kunyit*

  • 3 batang serai*

  • 2inci kunyit hidup*

  • 2 inci halia*

  • 1 inci lengkuas*

  • 3 biji bawang merah*

  • 3 biji bawang putih*

  • RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)

  • 20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan

  • Asam Jawa

  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.

  2. Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.

  3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.

  4. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

  5. Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.

  6. Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.

Bahan Membakar Sotong:

  • Daun pisang

  • Aluminium foil

Cara-cara Membakar Sotong:

  1. Ambil separuh sambal yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.

  2. Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.

  3. Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal tadi di atas sotong yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.

  4. Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.

  5. Bakar dengan api perlahan sehingga masak.

  6. Alihkan sotong bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas sotong yang telah dibakar.

Resepi Sotong Bakar Ala Thai Ana Jingga

Resepi Sotong bakar ala Thai

Sotong bakar ala Thai: Sumber Ana Jingga

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong saiz besar dan pastikan yang keras dan masih segar. Ikutlah korang nak bakar berapa ekor 

Bahan Sos Perapan Sotong:

  • 1 sudu Sos bbq ( kalau tak ada gunakan sos tiram )
  • 1 sudu madu
  • garam

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan kelar depan dan belakang.
  2. Perap dengan bahan perapan dalam 1/2 jam.
  3. Bakar sotong di atas kuali leper balik-balikkannya selalu hingga garing.
  4. Waktu ni air sotong akan keluar dan sotong nampak masak cantik bila airnya dah kering tapi ia akan mengecut, jadi api biar kecil sahaja.

Bahan Sos Ala Thai:

  • 1/2 biji bawang holland 
  • 3 biji cili api ( ikut pedas masing-masing )
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 biji cili merah  – kesemua bahan ini di potong dadu kecil-kecil atau kalau rajin tumbuk sekejap
  • 1 biji limau nipis – perah airnya 
  • 1 sudu sos ikan ( nampla)
  • gula dan garam secukup rasa 
  • 3 tangkai daun ketumbar – hiris halus

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan hirisan kecuali daun ketumbar.
  2. Campurkan dengan perahan jus limau dan sos ikan.
  3. Rasakan dengan gula dan garam jika perlu kerana sos ikan dah masin.
  4. Masukkan hirisan daun ketumbar.
  5. Boleh tuang kan atas sotong bakar atau pun buat sebagai pencicah. Sedap di makan panas-panas sotong bakar ni kerana kalau sejuk ia jadi agak liat. 

Resepi Sotong Bakar Sedap Dan Mudah Lina Pg

Sotong Bakar Sedap Dan Mudah Lina Pg

Sotong Bakar Sedap Dan Mudah: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 7 ekor sotong saiz sedang (~300)
  • 1 sudu besar kicap manis (LiNa Pg guna Adabi)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk kari ayam/ikan Adabi
  • 1/2 sudu teh Asam Jawa Xtra Adabi (boleh juga jus limau nipis)
  • 1/2 sudu teh madu
  • 1 sudu butter/minyak

Cara-cara:

  1. Sotong dibersihkan, kemudian kelar tapi tidak putus.
  2. Masukkan sotong ke dalam mangkuk besar.
  3. Masuk asam jawa, serbuk kari,kicap manis, sos tiram, bawang putih dan madu.
  4. Kemudian gaul rata. Perap dalam peti ais selama 1/2 jam (lagi lama lagi sedap).
  5. Panaskan grill pan, cairkan butter. Bakar/panggang sotong. Guna api besar dan bakar selama 4-5 min sahaja. Sambil balik-balikkan sotong supaya masak sekata dan tidak hangus.
  6. Jangan panggang/bakar terlalu lama nanti sotong overcook (menjadi liat dan tidak sedap dimakan).
  7. Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Sotong Bakar Buncit Jahat

Resepi sotong bakar buncit jahat

Sotong Bakar Buncit Jahat: Sumber MYKMU

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong
  • 5 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sudu teh cukup rasa
  • Pes percik

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Tumbuk lada hitam dan putih.
  3. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
  4. Tumis dengan minyak yang sedikit.
  5. Masukkan telur,daun sup dan cukup rasa.
  6. Kacau hancur sampai masak. Sumbatkan telur hancur ke dalam perut sotong hingga penuh buncit.
  7. Semat dengan lidi bersama kepala sotong.
  8. Bakar atas non stick pan hingga air sotong kering.

Bahan Sos:

  • Cili kering
  • Sebiji bawang besar
  • Seulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Limau

Cara-cara:

  1. Blend halus bahan sos dan tumis bahan sos dengan sedikit minyak sampai pecah minyak. Sos bakar mestilah ada rasa manis, masin dan masam.
  2. Sentiasa kacau sampai pekat semasa menumis.
  3. Jika sudah pekat, tuang ke atas sotong yang sudah di bakar tadi.
  4. Siap.

Nota:

  • *Jangan lupa beli sotong yang fresh agar rasanya lebih lazat.

Resipi Sotong XXL Bakar Percik Paling Senang Guna Fiza Aizzawa

Resipi Sotong XXL Bakar Percik paling senang guna

Sotong XXL Bakar Percik Paling Senang Guna: Sumber Fiza Aizzawa

Bahan-bahan:

  • 5 ekor sotong (ikut kehendak sendiri)
  • serbuk kunyit
  • garam

Bahan Percik:

  • *2 batang serai
  • *10 tangkai cili kering
  • *bawang besar
  • *bawang putih
  • *cili merah dan hijau (ikut kepedasan sendiri)
  • minyak masak
  • asam keping
  • santan
  • garam
  • gula

Cara-cara:

  1. Cuci sotong dan kelar permukaan. Lumurkan dengan garam dan kunyit.
  2. Masukkan dalam AF – Bakar suhu 180 selama 15 minit (ikut sampai masak dan garing).
  3. Blender atau kisar bahan bertanda *. Panaskan kuali dan masuk sedikit minyak masak.
  4. Tuangkan segala yang dikisar, tumiskan sampai naik bau. Masukkan santan dan asam keping.
  5. Mendidih masukkan garam dan gula.
  6. Kacau sehingga pekat. Tuangkan atas sotong yand dibakar tadi.
  7. Siap untuk dihidang.

Nota:

  • Masakkan ini untuk mereka yang suka pedas, kalau tak nak pedas boleh kurangkan cili atau  tak perlu cili. Makan dengan nasi panas-panas memang tak sedar dah nak menambah. Senang je nak sediakan. Jadi selamat mencuba.

Resepi Sotong Bakar Thai Suzana Ibrahim

SOTONG BAKAR THAI

Sotong Bakar Thai: Sumber Suzana Ibrahim

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong – belah dua dan toskan

Bahan Sos:

  • 2 perdu akar ketumbar
  • 1/2 cawan gula melaka/gula merah
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan air
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar tepung gandum/tepung ubi cili padi – ikut selera

Hiasan:

  • bijan- di sangai
  • daun ketumbar siam – cincang
  • cili flakes

Cara-cara:

  1. Cara membuatnya Kisar bahan di atas kecuali sotong dan masak hingga pekat.
  2. Cucuk sotong secara zig-zag pada lidi. Siram bahan yang di masak dan perap selama 1/2 jam.
  3. Sapu grill pan dengan sedikit minyak dan biarkan betul-betul panas. Bakar sotong, jangan terlalu lama.
  4. Selesai membakar,masukkan sedikit air ke dalam grill pan dan biarkan bahan-bahan lebihan perapan tadi menjadi pekat.
  5. Guna dengan api kecil.. Sapu/glaze pada sotong bakar tadi. Tabur bijan untuk rasa berkacang dan daun ketumbar siam dan cili flakes jika suka. 

Resepi Sotong Bakar Ala Thai Nieja Muhaimi

SOTONG BAKAR ALA THAI

Sotong Bakar Ala Thai: Sumber Nieja Muhaimi

Bahan-bahan:

  • sotong
  • madu
  • garam
  • lemon / limau nipis
  • cili
  • bawang putih
  • kicap sotong
  • gula
  • daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Sotong ni lepas cuci, saya kelarkan sikit. Kemudian letak garam + madu + air lemon / limau nipis sikit untuk perap 10-15 minit.

  2. Sebelum nak masak sotong tu toskan sekejap. Saya grilled dalam pan je.

  3. Sotong dah siap grilled, kalau nak cantik kepala sotong tu cucuk dengan toothpick kat badan sotong tu macam buat ketupat sotong tu tapi saya tak buat pun.

  4. Untuk sos, saya tumbuk (kalau nak buat banyak pakai blender je) 2 ulas bawang putih, 2 biji cili padi + 1 biji cili besar, daun ketumbar sikit. Kemudian, masukkan 2 sudu kicap sotong, 1 sudu gula and lastly perah asam limau. Sos ni kalau nak banyak korang agak-agak je la and rasa ada masam manis and pedas tu.

Resepi Sotong Bakar Sumijelly

sotong bakar sumijelly

Sotong Bakar: Sumber Sumiijelly

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan keli
  • 5 ekor sotong sederhana besar

Bahan-bahan lain:

  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 helai daun kunyit*
  • 2- 3 sudu makan gula castor-ikut citarasa
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang/daun kunyit
  • 2 biji limau kasturi-untuk diperah sebelum di nikmati

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
  3. Masukkan  gula castor, jus asam jawa dan garam.
  4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
  5. Bersihkan ikan  serta sotong dan perapkan bersama garam dan jus limau kasturi.
  6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.  Sotong pulak di kelar-kelar dan masukkan kembali janggut ke dalam badan dan lekatkan pencungkil gigi.
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan sotong.
  8. Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke…atas non stick pan ke…atas arang ke atau dalam oven….kalau bakar atas arang lagi best……kalau nak makan baru bakar…makan panas-panas pun sodap…..perah dengan asam limau kasturi.

Resepi Sotong Bakar Ala Portugis

Sotong Bakar Ala Portugis

Sotong Bakar Ala Portugis: Sumber Aimzfi

Bahan-bahan:

  •  10 ekor sotong dihiris tiga bahagian
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan gula perang
  • garam secukup rasa
  • 4 biji bendi dihiris kasar
  • 3 helai daun limau purut dihiris halus
  • sedikit minyak utk menumis
  • daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan dikisar halus:

  • 6 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji tomato

Cara-cara:

  1. Untuk garlic oil, panaskan empat sudu minyak. Goreng bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
  3. Masukkan sotong dalam tumisan. Gaul rata.
  4. Pindahkan sotong dan rencahnya ke dalam aluminium foil yg dilapik dgn daun pisang. Balut kemas.
  5. Bakar dgn menggunakan oven/pemanggang ajaib selama 10 minit.
  6. Selepas 10 minit, buka bungkusan aluminium foil dan taburkan hirisan bendi. Bakar lagi 5 minit.
  7. Tutup api. Sebelum menghidang, tuangkan garlic oil dan taburkan hirisan daun limau purut.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Sotong Bakar Izzeyda

Sotong Bakar Izzeyda

Sotong Bakar: Sumber Izzeyda

Bahan-bahan:

  • 2 tangkai serai (ditumbuk lumat)
  • Sedikit halia (tumbuk)
  • Seulas bawang putih
  • 3-4 ulas bawang merah
  • Cili kering (kisar) / cili boh
  • Serbuk kari 1-2 sudu besar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa atau air perahan asam limau

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada sotong.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Kemudian anda boleh panggang.

Resepi Sotong Bakar Thai Alia Adila Hassim

Sotong Bakar Thai Alia Adila Hassim

Sotong Bakar Thai: Sumber Alia Adila Hassim

Bahan-bahan:

  • 8 ekor sotong | dibersihkan
  • 2 sudu teh gula
  • 1-2 sudu makan kicap manis cair
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan kelar jangan sampai putus.
  2. Satukan bahan-bahan lain dan gaul sebati bersama sotong. Perap selama 15 minit.
  3. Bakar guna air fryer pada suhu 140C selama 15 minit. Kemudian bakar lagi pada suhu 180C selama 5 minit supaya sotong jadi garing.

Bahan Sos Pedas Thai:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah | cincang
  • 7-8 biji cili padi
  • 1 akar ketumbar
  • 1-2 sudu teh gula kabung thai | boleh gantikan dengan gula melaka
  • Sos ikan @ nampla secukupnya
  • 3-4 biji limau kasturi | ambil jusnya
  • 1 pokok daun ketumbar | cincang halus
  • Sedikit air suam
  • Garam jika perlu

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, cili padi, akar ketumbar dan gula kabung thai hingga lumat.
  2. Campurkan dengan jus limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan daun ketumbar Gaul sebati. Jika kuah agak pekat, tambah air suam.
  3. Rasa sosnya. Pastikan seimbang rasa masam, manis, pedas dan masin.

  4. Siram atas sotong yang siap dimasak tadi.

Resepi Sotong Bakar Percik

Resepi Sotong Bakar Percik

Sotong Bakar Percik: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • serbuk kunyit
  • garam halus

Bahan Percik:

  • 2 batang serai – Diketuk/Kisar
  • *10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
  • *sedikit belacan
  • *1 labu bawang besar
  • *2 – 3 inci kunyit hidup
  • *1 cawan santan cair
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 4-5tangkai cili padi
  • jus asam jawa/asam keping
  • 1/2 cawan pati santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara:

  1.  Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yang dititik.
  2. Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
  3. Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.

Cara Memasak:

  1. Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.

  2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.

  3. Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.

  4. Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

Resepi Sotong Bakar Ala Pedas Masam

Sotong Bakar Ala Pedas Masam

Sotong Bakar Ala Pedas Masam: Sumber Kitchen Bakery

Bahan-bahan:

  • 7 – 8 ekor sotong yang sederhana besar
  • 1 peket pes tomyam
  • 1 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan cili giling
  • garam dan gula ikut suka
  • sedikit perahan limau nipis

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan kelar – kelar sedikit.
  2. Gaul dengan garam dan ketepikan.
  3. Bancuh pes tomyam dan sos tomato dengan sedikit air panas. Tak perlu banyak sangat, agak-agak cair sedikit.
  4. Gaulkan pes tadi dengan cili kisar pada sotong.
  5. Serasikan gula dan garam ikut rasa dan masukkan perahan limau nipis untuk menambah perisa. Peramkan sotong 20 – 30 min.
  6.  Panaskan pemanggang ajaib dengan sedikit minyak.
  7.  Bolehlah mulakan sesi bakar membakar korang tu
  8. Terbalik – balikkan ikut keperluan.
  9. Jangan risau hangit sebab pemanggang ajaib ni memang tahan hangit.
  10. Siap dihidang.

Resepi Sotong Bakar Bersambal

Resepi Sotong Bakar Bersambal

Sotong Bakar Bersambal:  Sumber Cahaya Shifa

Bahan-bahan:

  • Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
  • 15 tangkai lada kering – perlu dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • air asam jawa – secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara:

  1. Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus).
  2. Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai).
  3. Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  4. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal.
  5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  6. Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak.
  7. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat. Selamat mencuba.

Resepi Sotong Bakar Sumbat Udang Ala Thai

Sotong Bakar Sumbat Udang Ala Thai: Sumber Dah Tau Ker

  • Sotong bersaiz besar
  • Isi udang
  • Telur

Bahan sos:

  • Cili padi/cili hijau
  • Gula
  • Garam
  • Cuka makanan
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan kisar untuk inti:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan hiasan:

  • Daun ketumba

Cara-cara:

  1. Cara untuk membuat inti adalah dengan menghancurkan isi udang yang digaul dengan telur bersama-sama bahan kisar.
  2. Kemudian, sumbat ke dalam sotong. Anda perlu menggunakan lidi untuk cucuk bahagian badan sotong dan kepala agar isinya tidak terkeluar. 
  3. Langkah seterusnya, bakar sotong sumbat udang di atas api sederhana. Apabila sotong sudah masak, kelar sedikit sotong berkenaan, tapi jangan sampai putus.

  4. Cara membuat sos pula adalah dengan mengisar kesemua bahan sos tadi. Goreng seketika atas kuali dan biarkan gula cair.

  5. Akhir sekali, tuangkan sos ke atas sotong sumbat dan hidangan ini siap untuk dinikmati. Selamat menjamu selera!

Penutup

Selain resepi sotong bakar viral ini, anda juga boleh cuba resepi kerabu sotong ala thai. Kedua resepi ini, cukup semua rasa, masam, manis, masin dan pedas! Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan nasi lagi la terangkat! Simple je nak buat kedua resepi ini. Bahan-bahan pun mudah nak dapattkan. Jom cuba!

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.