Hari ini saya nak kongsi resepi kek marble yang gebu dan moist. Kek yang cantik dan menawan tentu akan menarik hati sesiapapun. Kek marble ialah kek dengan rupa berjalur atau bertompok yang dihasilkan dengan campuran ringan tak sekata adunan kek gelap dan cerah. Teksturnya lembab dan mudah disediakan. Kek ni tak manis, just nice rasa dia. Memang tak muak pun makan banyak-banyak. Bau harum kek minyak ni bila dah masak, masha-Allah, satu rumah tak boleh tahan. Tidak memerlukan banyak bahan, asalkan cukup bahannya dah boleh jadi kek. Cara untuk membuatnya juga senang. Ikut langkah demi langkah, Insha-Allah menjadi.
Resepi Kek Marble Yang Sangat Gebu Azie Kitchen
Kek Marble Yang Sangat Gebu: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 8 oz/227 gram mentega
- 6 oz/170 gram tepung gandum
- 6 oz/170 gram gula kaster
- 5 biji telur dari fridge
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar ovalette
- 3-4 sudu besar serbuk koko – diayak (guna coklat emulco)
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
- Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
- Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
- Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
- Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.
Nota:
- Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
- Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega.
Resepi Kek Marble Lembab Azie Kitchen
Kek Marble Lembab: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 250 gram butter jenama Anchor
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 220 gram gula kaster
- 4 biji telur gred A – saya guna saiz sederhana
- 1 sudu besar ovellate
- 1 sudu besar esen vanilla
- 2 sudu besar susu segar
- 1 sudu besar choc emulco
- 1 sudu besar serbuk koko
- Sedikit pewarna pink
Cara-cara:
- Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan ovallate putar lagi.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.
- Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan pewarna pink. Boleh juga jika ingin menggunakan warna hijau atau apa apa warna yang disukai. Manakala untuk bahagian coklat, masukkan emulco dan serbuk koko, kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser butter secara berselang seli antara warna pink dan warna coklat.
- Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak, boleh terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Resepi Kek Marble Lembap Che Nom
Resepi Kek Marble Lembap: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 190 gram / 1 1/2 cawan tepung gandum
- 113.4 gram/ 1/2 cawan unsalted butter
- 225 gram/ 1 cawan gula kastor
- 161.2 gram/ 2/3 cawan krim masam atau sour cream
- 2 biji telur saiz A, pada suhu bilik
- 2 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 2 sudu kecil serbuk koko
- 80 gram ketulan coklat masakan
Cara-cara:
- Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih, kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan telur dikacau sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
- Masukkan esen vanila, sour cream dan putar sehingga sebati.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Paslikan dikacau dalam kelajuan perlahan.
- Asingkan 1/3 adunan untuk dimasukkan coklat. Ayak serbuk koko dan coklat bar yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau sebati.
- Gunakan tin kek panjang berukuran 8″, griskan dengan butter. Tuang adunan vanilla dan coklat berselang seli, kemudian gunakan lidi atau pemengang sudu untuk membuat bentuk swirl. Hentakkan tin adunan beberapa kali supaya tiada udara terperangkap.
- Bakar pada oven bersuhu 160 darjah C selama 40-45 minit.
- Angkat dan biarkan selama 1/2 jam di dalam tin kek sebelum dikeluarkan di atas rak penyejuk.
Tips:
- Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi bersih apabila ditarik keluar itu menunjukkan kek telah masak.
Resepi Kek Pandan Marble Che Nom
Resepi Kek Pandan Marble: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 1 cawan (225 gram) gula kastor
- 1 3/4 cawan (225 gram) tepung naik sendiri, diayak
- 1 cawan (225 gram) mentega, salted butter
- 4 biji telur saiz A
- 3 sudu besar susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar serbuk koko, diayak
- 2 sudu besar pandan emulco
Cara-cara:
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
- Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
- Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
- Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
- Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul ‘swirl’ supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
- Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
- Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.
Tips:
- Suhu oven juga adalah sebenarnya bergantung kepada oven masing-masing. Jangan terpalu panas kerana kek boleh menjadi merekah.
Resepi Kek Marble Mat Gebu
Resepi Kek Marble: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 300 gram unsalted butter (mentega tulen)
- 5 biji telur gred A
- 280 gram tepung gandum*
- 1 camca besar penuh susu tepung*
- 1 camca teh rata baking powder*
- 1 camca teh garam halus (kalau guna salted butter, garam tak perlu)*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
- 2 camca besar air
- 2 camca besar gliserin ( boleh beli dikedai-kedai menjual bahan baking)
- 150 gram gula kastor1 camca besar ovallate
- 1 camca teh esen vanilla
- 1 camca besar penuh serbuk koko*
- 2 camca besar air panas mendidih*(*disatukan dan kacau rata)
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser 2 tin berukuran 8 x 4 x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak, lenserkan juga kertas tadi. Boleh juga dibuat dalan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci atau acuan bundt pan. Ketepikan.
- Putar mentega hingga putih dan kembang. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga semuanya sebati. Alihkan ke dalam bekas lain.
- Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan gula kastor dan ovallate, putar rata. Kemudian masukkan telur, putar hingga semua sebati. Tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan telur kembang seperti adunan kuih baulu.
- Perlahankan kelajuan, dan masukkan adunan adunan mentega (no.2) sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Tambah esen vanilla, gliserin dan air. Putar hingga semua bercampur dan rata.
- Cedok keluar 4 – 5 camca besar penuh adunan dan campurkan dengan bancuhan koko, kacau rata hingga sebati. Tuang 3/4 aduna kosong tadi ke dalam tin, ratakan dan sudukan adunan coklat atasnya, tutup dengan baki adunan kosong dan lorekkan agar membentuk corak marble.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 45 minit atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk bahagian tenganya dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluarnya bersih, tanda kek dah masak. Kek akan turun sedikit bila masak. Keluarkan dari oven, sisip bahagian tepinya dengan pisau dan keluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dipotong. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Resepi Moist Pandan Marble Cake Azlita Aziz
Moist Pandan Marble Cake: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 125 gram mentega, cair dan sejukkan
- 125 gram gula kastor
- 125 gram tepung gandum, diayak
- 4 biji telur gred A
- 1/2 camca besar ovallate
- 2 camca besar susu pekat manis
- 1/2 camca besar esen vanilla
- 1/2 camca besar coklat emulco
- 1 camca besar serbuk koko
- 1/2 camca besar pes pandan
- Badam cincang untuk hiasan (optional)
- Dusting powder @ gula aising untuk hiasan
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
- Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 – 8 minit).
- Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
- Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata.
- Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati.
- Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
- Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 – 45 minit atau hingga masak.
- Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk.
- Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.
GANACHE COKLAT
Bahan Ganache Coklat:
- 300 gram krim tenusu
- 30 gram sirap glukos
- 500 gram coklat gelap ~ hiris halus
Cara-cara:
- Didihkan krim dan sirap glukos.
- Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap.
- Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Bahan Krim Coklat:
- 180 gram Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
- 150 ml krim putar bukan tenusu ~ ita guna Rich
Cara-cara:
- Putar whipping cream hingga kembang.
- Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata.
- Ita dapat banyak pertanyaan bagaimana nak dapatkan permukaan Ganache yang licin. Ita ni bukanlah pandai sangat, tapi di sini ita cuba kongsikan cara yang biasa ita lakukan untuk dapatkan permukaan kek yang licin bila menggunakan Ganache coklat.
- Kek yang kita dah masak tadi, kita ratakan permukaan atasnya. Buang lapisan permukaan yang keras.
- Tekan-tekan sikit atas permukaan kek yang dah dipotong supaya habuk kek tak melekat pada Krim Coklat.
- Biasanya ita akan letakkan kek ita atas cake stand yang boleh berpusing. Ini untuk memudahkan ita meratakan krim coklat atas permukaan kek. Kalau rasa perlu dan selalu buat kek untuk tempahan bolehlah dapatkan satu di kedai jual bahan kek. Jika rasa-rasa jarang-jarang buat tu, tak payah lah kan. Bukan apa takut membazir pulak!
- Ita akan ratakan krim menggunakan kek spatula untuk ratakan kek seperti gambar kat atas tu. Ada 2 kek spatula dan yang bengkok tu ita rasa lebih mudah digunakan.
- Bila dah ratakan permukaan kek dengan krim coklat. Simpan kek dalam peti ais paling kurang 1 jam atau sebaiknya hingga krim coklat mengeras.
- Bila dah keras ita akan letakkan kek atas wire rack dan alas bawahnya dengan loyang yang besar. Ini adalah supaya bila kita tuang ganache baki coklat tu akan jatuh dalam loyang dan boleh diguna semula.
- Ganache kita tu jangan lah pekat sangat. Kalau boleh sedang-sedang aje atau macam susu pekat manis tu. Ita akan tuang di tengah-tengah kek. Biar ia merebak dan rata di permukaan. Bila dah rata ita tuang pula di sekeliling kek, di bahagian penjuru. Supaya semua bahagian kek akan rata.
- Jangan guna spatula pula untuk ratakan permukaan kek tau! Cuma perlu angkat wire rack tu dan sendengkan ke kiri ke kanan supaya permukaan kek rata dan semua bahagian kek tersalut dengan sempurna. Biarkan kek sejat.
- Baru ita alihkan kek atas lapik kek dan simpan dalam peti ais sebentar. Kemudian barulah ita deco atas kek ikut kesesuaian.
Resepi Kek Marble Eny Abdullah
Resepi Kek Marble: Sumber Eny Abdullah
Bahan-bahan:
- 210 gram self raising flour
- 220 gram castor sugar
- 290 gram butter SCS atau anchor salted (biarkan lembut tapi masih sejuk bila dipegang, takmau butter yg cair lama diluar nanti kek berminyak dan kasar)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh pure vanilla essence
- 5 eggs (suhu bilik tak mau telur peti ais)
- 2-3 sudu besar serbuk Koko
Cara-cara:
- Pukul gula dan butter sehingga kembang dan gebu sehingga warna putih krim.
- Masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap biji putar lebih kurang 30 saat baru masukkan sebiji lagi. Buat sampai telur habis.
- Bila telur dah habis masuk dan sebati, slowkan mixer paling rendah, masukkan tepung sedikit sedikit dalam 3 kali masuk.
- Bahagikan separuh kepada dua adunan, separuh tu masukkan serbuk koko 2-3 sudu besar.
- Masukkan dalam acuan selang seli dengan adunan koko. Bila habis, lorekkan dengan pisau membentuk corak marble dan hentak acuan sikit supaya kek nanti naik sama tinggi tak kembung.
- Bakar selama 40 ke 45 minit suhu antara 160 ke 170 ikut oven masing masing ya.. selalu kek tak berapa jadi elok ni sebab kita tak faham kerenah oven kita sahaja.
Resepi Kek Marble Lembap, Lembut Dan Gebu Buat Orang Lapo
Kek Marble Lembap, Lembut Dan Gebu: Sumber Buat Orang Lapo
Bahan-bahan:
- 100 gram Coklat Masakan Gelap
- 125 gram Gula (1/2 Cawan + 2 Sudu Besar)
- 125 gram Mentega
- 2 Biji Telur
- 1 sudu kecil Esen Vanila
- 155 gram Tepung Naik Sendiri (1 1/4 Cawan)
- 80 ml Susu Segar (1/3 Cawan)
Cara-cara:
- Cairkan coklat masakan secara double boiler. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan gula dan mentega ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga telur sebati.
- Tambahkan esen vanila dan pukul lagi.
- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu segar sehingga habis. Pastikan pukul dengan perlahan sahaja.
- Asingkan separuh adunan dan campurkan dengan coklat masakan tadi dan gaul rata.
- Sediakan loyang 4×8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakar (baking paper).
- Masukkan adunan coklat dan adunan putih ke dalam loyang secara berselang seli sehingga habis.
- Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu Lin Liena
Kek Marble Lembut Dan Gebu: Sumber Lin Liena
Bahan-bahan:
- 1 buku butter
- 3/4 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 4 biji telur
- 2 1/2 cawan tepung gandum *
- 1 sudu kecil baking powder *
- (Kak lina kurangkan sukatan gula dan susu sebab tak suka kek manis-manis)
- Bahan bertanda * disatukan dan diayak
Cara-cara:
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan susu pekat. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dengan kaedah kacau secara kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, satu pada warna asal dan lagi 3 terpulang nak warna apa. Kak lina guna merah, hijau dan coklat.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Gris keseluruhan loyang bulat bersaiz 8inci, alas loyang dengan baking paper dan gris sekali lagi.
- Masukkan adunan ke bahagian tengah loyang berselang seli hingga habis. Tak perlu ratakan kerana adunan akan sendiri merebak ke bahagian tepi memenuhi loyang. Hentakkan loyang 2 atau 3 kali dan boleh dibakar hingga masak mengikut oven masing-masing. Oven kak lina kecik jadi kak lina guna 160c dan 30 minit.
Resepi Kek Marble Jelita Lembut Dan Moist
Resepi Kek Marble Jelita: Sumber Aku Bukan Masterchef
Bahan-bahan:
- 227 gram Unsalted Butter
- 180 gram gula kasto
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil vanilla extract
- 1 sudu besar ovalette
- 5 biji telur saiz
- 180 gram tepung gandum – diayak
- 1 sudu kecil baking powder – diayak
- Sedikit pewarna kuning, purple, biru dan turqoise atau apa2 sahaja pilihan warna kegemaran ya.
Cara-cara:
- Didalam mangkuk, masukkan butter, gula, garam, susu pekat, dan vanilla. Pukul sehingga adunan kembang, pucat dan gebu.
- Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga gebu.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul adunan sebati.
- Masukkan bahan ayak dan gaul adunan sehingga sebati. JANGAN OVERBEAT adunan ya! Nanti kek bantat!
- Sediakan 3 mangkuk kecil. Sudukan 3 sudu besar adunan kedalamnya.
- Setiap adunan yg sedikit tu diwarnakan dgn warna kegemaran. Adunan yang bnyk tu diwarnakan dengan warna kuning.
- Sediakan loyang 8 inci yang sudah dilapik dengan baking paper. Tuang adunan kuning kedalamnya.
- Adunan yang berwarna dimasukkan diatas adunan kuning dan lorekkannya dengan menggunakan lidi.
- Bakar didalam oven 165*C selama 45-50 minit.
- Pada minit ke 15, cover kek dengan menggunakan aluminium foil supaya di bahagian atasnya tidak terlalu gelap.
Resepi Kek Marble Susu Moist Dengan Sukatan Cawan Azlina Ina
Kek Marble Susu Moist Dengan Sukatan Cawan: Sumber Azlina Ina
Bahan-bahan:
- 1 1/2 ketul butter (SCS)- Saya guna satu cawan Buttercup
- 3/4 cawan gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu (kecil) esen vanila
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu (kecil) baking powder
- 3 sudu (besar) serbuk koko
Cara-cara:
- Masukkan Gula, butter, esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit.
- Kemudian masukkan susu dan putar sebati.
- Masukkan pula tepung sedikit-sedikit sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko.
- Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama.
- Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
Resepi Kek Marble Susu Ana Jingga
Resepi Kek Marble Susu: Sumber Ana Jingga
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan mentega
4 biji telur
2 cawan tepung kek ( self rising )
1 sudu esen vanila
pewarna atau perisa untuk lapisan kek ( AJ menggunakan sunquick untuk original layer, serbuk koko untuk warna coklat dan pewarna merah untuk layer merah vanila)
Cara-cara:
- Satu kan susu pekat dan mentega dalam mangkuk adunan. Gunakan whisk dan pukul hingga kembang sekejap sahaja.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan whisk kan lagi biar sebati.
- Masukkan sesudu esen vanila .
- Akhir sekali masukkan tepung kek yang telah di ayak sedikit demi sedikit sambil kaup sebatikan adunan.
- Bahagikan kepada 3 bahagian adunan. Adunan original kek , dua lagi ikut suka nak warna kan atau perisakan nya. Ana gunakan serbuk koko untuk warna coklat dan pewarna merah untuk satu lagi adunan dan yang original kuning tu ana tambah kan sunquick.
- Griskan loyang dan panaskan suhu oven pada suhu 160 ‘ , letak loyang paling bawah dan menggunakan api atas dan bawah.
- Cara untuk melapiskan adunan kek korang boleh tonton di video di bawah ni.
- Untuk corak di atas kek lorekkan dengan menggunakan lidi sate atau copstick. Kek yang di bakar pada suhu 160 ‘ni memang akan ambil masa untuk masak kerana kita tak mahu ia garing di bahagian atas kek nanti tak nampak coraknya kerana terlalu garing. Cubaan pertama ana ni agak garing juga kerana over baked. Korang boleh tengok hasil kek marble yang cantik di permukaan atas kek dari foto-foto hasil dari group piknik jom kami ni. Depa buat lawa permukaan kek nya.
- Untuk dapatkan keratan segi empat atas kek tu bila dah masak, terbalikkan kek atas redai kek dan dah sejuk terbalik semula. Selamat mencuba naa. Kek ni memang sedap tak terlalu manis kerana kita hanya menggunakan susu pekat dan tak buh gula dah. Teksturnya pun lembut , lembab dan gebu sangat. Ana suka dan akan menggunakan base resepi ini untuk adunan kek lain juga ikut kreativiti masing-masing.
Resepi Kek Red Velvet Marble Coklat
Resepi Kek Red Velvet Marble Coklat: Sumber Dari Dapur
Bahan-bahan:
- 250 gram marjerin Buttercup / pure butter
- 3/4 cawan gula halus
- 4 biji telur ayam gred B / sederhana besar
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu makan red velvet emulco
- 1/2 sudu makan coklat emulco
Cara-cara:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. Anda boleh
juga guna tepung naik sendiri. - Guna mixer tangan atau meisn, pukul gula dan buttercup sehingga gebu dan
bertukar menjadi warna putih pucat. Masukkan telur, susu pekat dan esen
vanilla. Teruskan pukul sekejap supaya sebati. - Masukkan tepung gandum yang siap diayak tadi dan kaup balik
sahaja.Jangan kacau atau pukul ya. Biarkan sebati dan siap. - Bahagikan kepada 3 adunan. Adunan pertama biarkan kosong, kedua
masukkan emulco red velvet dan ketiga masukkan emulco coklat. Gris dinding
loyang dengan marjerin dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak . Saiz
loyang 8-9 inci. - Masukkan adunan secara berselang seli dari setiap bahagian dan
lorekkan guna kretiviti anda. Ini terpulang. Jangan lupa panaskan dulu oven
10 minit. - Bakar adunan selama 50 minit guna api atas bawah pada suhu 165’C. Sejukkan kek red valvet marble sebelum dikeluarkan ya. Cubalah. Senang kan resepi kek red valvet marble ni.Memang sedap dan gebu serta sesuai untuk hidangan minum petang anda.
Tips:
- Apa beza emulco dengan pewarna ? Emulco secara mudahnya adalah pati
pekat sesuatu perasa yang disertakan sekali dengan pewarna.Manakala
pewarna seperti biasa hanya memberi warna. Faham ya secara mudahnya .
Resepi Kek Minyak 3 Warna Dengan Sukatan Cawan
Resepi Kek Minyak 3 Warna Dengan Sukatan Cawan: Sumber Aynora Blog
Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan minyak jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar ovalette
- 1/2 cawan gula kastor
- sedikit pewarna saya guna merah jambu, hijau, kuning
- sedikit perisa ikut suka – saya guna perasa nenas
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170″ C kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. Siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. Lepas itu alaskan dengan baking paper.
- Pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi sekejap. masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. dan gaul adunan hingga rata.
- Masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 warna. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.
- Akhir sekali, bakar adunan ke dalam oven selama 50 minit atau hingga masak. Bila sudah masak angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz disukai dan hidangkan.
Kek Marble Minyak Yang Moist Dan Lembut Raja Haniza
Kek Marble Minyak Yang Moist Dan Lembut: Sumber Raja Haniza
Bahan-bahan:
- 4 biji telur gred A
- 1 cawan gula halus/gula castor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan jika tak suka manis)
- 1/2 sudu besar ovalette
- 3/4 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil garam
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minit.
- Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum, garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yang diayak.
- Adunan dah kembang tadi, masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan.
- Masuk lagi esen vanilla dan bahan2 yang diayak ke dalam adunan perlahan-lahan dan sikit-sikit.
- Masukkan minyak dan sebatikan semua step ini jangan pukul lama sangat.
- Off mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik
- Asingkan kepada dua bahagian warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko.
- Kacau rata.
- Sediakan loyang pembakar dengan mengguna loyang bulat 8″. Sapu minyak dan lapik kertas baking.
- Ambil senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko.
- Ulang sampai habis.
- Oven panaskan dulu 170 degree C (Jika guna oven kecil guna suhu 160 degrees C) dan pakai api atas bawah dan bakar selama 40-45 minit hingga masak.
- Dalam 40 miit boleh jenguk check dengan lidi sate cucuk tengah kek kalau keluar bersih, kek masak if belum sambung sampai masak.
- Dah masak keluarkan dari oven, sisip tepi kek dengan pisau supaya mudah kek keluar.
- Telangkupkan atas redai dawai.
- Buang kertas baking dan telangkupkan balik kedudukan asal dan lapik dengan pinggan atau kek board.
- Dah sejuk bolehlah dipotong Kek Marble Minyak.
Penutup
Kek ini dibuat dengan cara dibakar, tapi anda boleh membuat dengan cara kukus. Tips nak dapatkan kek marble yang sedap, anda harus menggunakan premium unsalted butter dan coklat yang berkualiti tinggi, pasti anda akan puas hati dengan rasanya.
Jom Cuba Resepi Kek dibawah: