fbpx

7 Resepi Kebab Yang Mudah Dan Sedap 2022!

Hari ini saya nak kongsi resepi kebab yang mudah dan sedap. Yang penting anda boleh buat sendiri di rumah, simple je. Sedap dimakan panas-panas. Terpulang kepada selera anda, sama ada nak gunakan daging atau ayam sebagai inti. Digaul dengan serbuk lada hitam, yang pasti memberikannya sedikit rasa kick! Anda boleh guna roti pita, roti sosej ataupun tortilla. Sesekali bertukar selera apa salahnya, boleh buat kebab ini untuk berbuka mahupun dimakan ketika moreh. 

Resepi Kebab Simple Eny Abdullah

Kebab Simple: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti pita – dibakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah 2 dan buat poket ditengah untuk masukkan inti
  • Daun salad dan hirisan lemon.

Bahan-bahan inti kebab:

  • 5-6 keping daging burger jenama Ramly – dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih  – dicincang
  • 1 biji timun jepun – dipotong dadu
  • 1 capsicum saiz kecil – dipotong dadu
  • 1 batang carrot – dipotong dadu
  • 1 bawang besar  – dipotong dadu
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 5-6 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit sahaja minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan masukkan daging burger yang dipotong dadu.
  2. Goreng sehingga garing. Kadang-kadang daging burger ada keluarkan minyak lebih. Cedok minyak keluar jika terlalu berminyak. Kemudian  masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan lada hitam.
  3. Masukkan semua jenis sayuran.
  4. Masukkan sedikit air dan masak sehingga sayur lembut dan air kering.

Resepi Kebab Daging Homemade Buat Ikut Selera

Resepi Kebab Daging Homemade Buat Ikut Selera

Kebab Daging Homemade Buat Ikut Selera: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • 150 gram Daging Lembu
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • 2 ulas Bawang Putih (Perap daging selama 2 jam)
  • Roti Pita
  • 1 sudu besar Sos Lada Hitam
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 30 gram Bawang Holland
  • 30 gram Lobak Merah
  • 30 gram Timun
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • 40 gram Buah Tomato
  • Mayonis

Cara-cara:

  1. Campurkan daging dengan garam, serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
  2. Sementara itu, bakarkan sekejap roti pita di atas kuali. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan gorengkan sebentar.
  4. Tambahkan sos lada hitam dan sos tiram. Kacau rata.
  5. Masukkan pula bawang holland, lobak merah, timun, sos cili serta buah tomato. Kacau lagi sehingga masak.
  6. Selepas itu, ambil roti pita dan sapukan mayonis di dalamnya kemudian masukkan inti daging tadi.
  7. Akhir sekali, tuangkan sos cili dan mayonis di atas roti pita sebagai hiasan. Siap! Selamat mencuba.

Resepi Kebab Daging Sarmila Sharif

Resepi Kebab Daging Sarmila Sharif

Kebab Daging: Sumber Sarmila Sharif

Bahan-bahan:

  • 1 pek roti pita Mission
  • 200 gram daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar(potong dadu)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 pek kecil mayonis
  • 1 pokok daun salad

Cara-cara:

  1. Bakar roti pita sekejap je atas pan sambil direnjiskan dengan sedikit air.

  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar yang dipotong dadu. Masukkan daging hancur.

  3. Masukkan lobak merah. Kacau sebati. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan serbuk lada hitam.

  4. Kalau agak kering, masukkan sedikit air.Masak hingga agak pekat. Matikan api.

    Ambil roti pita, belah tengah. Sapu dengan sedikit mayonis. Letakkan sediki daun salad. Letakkan inti daging. Boleh la dihidangkan.

Resepi Kebab Ayam Durhaka Sally Samsaiman

Resepi Kebab Ayam Durhaka Sally Samsaiman

Kebab Ayam Durhaka: Sumber Sally Samsaiman

Bahan-bahan inti kebab:

  • 500 gram ayam cincang (boleh tukar daging juga)
  • 5 ulas bawang putih – dicincang
  • ¾ biji timun Jepun – hiris panjang
  • ¾ batang carrot – hiris panjang
  • 1 bawang besar – dicincang
  •  2 biji tomato – dipotong dadu
  • Mayonis
  • Sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap
  • Sedikit minyak sayuran untuk menumis
    *Choice lain yang ada…boleh gunakan sayuran yang beku tu…nampak variety sikit…

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti pita
    (Roti ni korang bakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah kepada dua bahagian dan buat poket macam poket Doraemon)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar sampai garing, masukkan daging cincang dan goreng sampai garing…masa nak menumis jangan gunakan minyak banyak.
  2. Kemudian masukkan sayuran tadi (kecuali tomato), masukkan sekali sos cili, sos tiram, lada sulah, kicap, untuk sukatan anda boleh cuba agak-agak kena dengan selera sendiri…Lepas dah agak-agak masak tu…tutup api…Campurkan tomato, campurkan sedikit mayonis dalam adunan inti tadi dan dah boleh sumbat dalam poket roti pita kita.

Resepi Kebab Ayam Ringkas Hairul Nizam

Resepi Kebab Ayam Bidadari

Kebab Ayam: Sumber Hairul Nizam

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti pita
  • 200 gram isi ayam | dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • ½ biji bawang besar | dimayang halus
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar mayones
  • 8 helai daun salad | dibersihkan
  • 2 sudu besar mentega

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
  4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
  5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.

Resepi Kebab Special DIY

RESEPI KEBAB SPECIAL DIY

Kebab Special DIY: Sumber Noraslinda Md Radzhi

Bahan-bahan:

  • 3 keping Daging burger Ramli
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 2 sudu besar Sos cili
  • 1 sudu besar Sos tiram, sedikit rempah kari daging (optional)
  • 1/2 batang Carot
  • 1/2 batang Timun
  • 1/2 biji Bawang besar
  • 1 biji Tomato
  • Roti pita
  • Mayonis
  • Kobis/salad (diracik nipis, optional)

Cara-cara:

  1. Guna sebungkus daging beger Ramli.
  2. Panaskan dalam microwave kejap pastu potong dadu.
  3. Potong dadu carot, timun, bawang besar. Letak tomato lagi sedap.
  4. Jangan lupa sos ini & sedikit rempah kari daging ye ( tak suka tak payah letak).
  5. Panaskan bahan potong tadi.
  6. Letak butter ciket pon ok nanti dah masuk daging tu mesti minyak daging keluar.
  7. Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan daging beger bersama rempah kari*(*optional ye).
  8. Masukkan ketiga-tiga sos tadi dan gaul rata.
  9. Setelah sebati masukkan sedikit garam jer.
  10. Sediakan roti pita dan mayonis.
  11. Roti pita tu kasi potong dua ye.
  12. Roti gardenia pun boleh.
  13. Sapukan disekeliling dalam roti pita dgn mayonis.
  14. Isikan inti tadi separuh dalam roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lagi dengan inti.
  15. Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos.

Resepi Kebab Mak Mertua Arab Saudi Palestin

Resepi Kebab Mak Mertua Arab Saudi Palestin

Kebab Mak Mertua Arab Saudi Palestin: Sumber Nor Abdullah

Bahan-bahan:

  • Daging kisar 500 gram
  • Serbuk lada hitam (blend dengan pengisar)
  • 2 sudu kecil All spices herbs #baharheylu
  • 1 sudu kecil Serbuk kayu manis
  • Garam
  • 1 Bawang besar merah potong halus dadu
  • Parsley (potong halus)
  • Bread crumb (3-4 sudu)
  • Roti Tortila (sapu roti tortila dengan garlic sos kalau takde sandwich spread pun boleh kalau tak ada bubuhla mayonis)

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan dan kepalkan panjang di lidi ( refer gambar ya sebab dekat gambar ada gambar sayuran).
  2. Bakar dalam oven suhu ( 204 celsius) dalam 45 -50 minit. Sehingga masak.
  3. Susun dalam roti tortila. Sapu roti tortila dengan Sandwich Spread /kalau tak ada boleh sapulah Garlic Sauce. Kalau takde mayonis pun jadi! 
  4. Lepas di rollkan, boleh letak atas pan. Bila roti tortilla warna kuning keperangan, boleh diangkat.

Penutup

Cara penyediaan resepi kebab ini cukup mudah dan simple je untuk kita buat di rumah. 

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.