Hari ini saya nak kongsi resepi kek tornado viral. Kek berhantu ini bukan sahaja sedap dan lembut, ianya istimewa dengan toppingnya yang meleleh! Cara nak sediakan Kek Tornado Viral INI sangat mudah disediakan. Kita boleh hadiahkan untuk diri yang penat lelah mencari rezeki setiap hari. Boleh jadikan hadiah yang tersayang. Beli jiwa beli hati. Kek coklat moist ini dimasak lembut dan dilapisi "cream cheese" yang sedap. Ianya tidak muak dan tidak manis. Dilimpahi dengan coklat ganache yang pekat dan padu. Lelehan coklat dan cheese... yang yummy!
Selain daripada design yang lebih elegen dan kemas, kek tornado yang sangat moist dan kaya dengan coklat sesuai untuk dinikmati bersama kawan-kawan dan keluarga!
Nikmati setiap suapan yang penuh makna.
Resepi Kek Tornado Viral Puan Fatimah Saari
Kek Tornado Viral: Sumber Oh Bulan
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan minyak
- 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sudu kecil soda bikarbonat (guna 1 cawan tepung je untuk kek lagi moist) (kalau tak ada boleh pakai tepung gandum + 1sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder kemudian ayak)
- 1/2 cawan serbuk koko atau boleh ganti dengan milo kalau tak ada serbuk koko/coklat
- 1/4 cawan air panas
Cara-cara:
- Pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata).
- Masukkan minyak masak (kacau biar sebati).
- Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
- Masukkan serbuk koko/coklat/milo.
- Last sekali masukkan air panas kacau rata.
- Bakar api atas bawah suhu 180/50minit bergantung kepada tahap kepanasan oven anda. Kalau nak kukus boleh kukus 40-45minit.
Tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer. Cuma kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies.
Bahan Cream Cheese
- 250 gram cream cheese
- 60 ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
- 3-4 sudu besar susu pekat (nak manis atau kurang manis boleh lebih atau kurangkan)
Cara-cara:
- Mixer cream cheese sampai lembut.
- Tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka).
- Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.
Bahan Coklat Ganache:
- 100 ml whipping cream
- 250 gram milk compound
- 2 sudu besar mentega/majerin
Cara-cara:
- Double boiler sampai sebati last sekali masukkan marjerin.
Penyediaan:
- Selepas kek siap dibakar, keluarkan kek dan potong kepada dua bahagian, letak lapisan kek pertama kemudian cream cheese.
- Letak lapisan kek kedua, letak cream cheese lagi lepas itu baru letak ganache coklat. Selamat mencuba!
Resepi Tornado Chocolate Cheese Cake ily♥
Tornado Chocolate Cheese Cake: Sumber ily♥
Bahan Kek Coklat:
- 1 cawan susu pekat*
- 1 cawan susu cair*
- 1 cawan butter cair / minyak jagung / minyak masak *
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 cawan gula*
- 1/2 sudu kecil garam*
- 4 biji telur saiz sederhana
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
- Campurkan bahan-bahan bertanda * dalam periuk, kacau sebati.
- Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih).
- Tutup api, rehatkan sebentar.
- Dalam bekas lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran bahan * tadi, kacau sebati.
- Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam campuran adunan, kacau sebati.
- Guna loyang bersaiz lebar (sebab nak dapatkan kek yang nipis), alas loyang dengan baking paper, tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar pada suhu 180’C (my oven guna 160’C) selama 23-30 minit atau sehingga masak. Kukus pun boleh.
Bahan Cream Cheese:
- 250 gram cream cheese (suhu bilik)
- 200 ml dairy whipping cream (sejuk)
- 2 sudu besar susu pekat
Cara-cara:
- Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang.
- Masukkan whipping cream, pukul hingga gebu.
Bahan Coklat Ganache:
- 250 gram Beryls dark choc (aku campur dengan calebaut dark callets ?)
- 250ml dairy whipping cream
- 2 sudu besar mentega
Cara-cara:
- Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih).
- Tuang whipping cream pada dark choc dan mentega, biarkan sebentar dan kacau rata.
Cara Susun:
- Susun lapisan kek dan cream cheese seperti berikut, kek coklat – cream cheese – kek coklat – cream cheese.
- Tuang coklat ganache diatas lapisan paling atas dan ratakan.
- Tabur choc flakes/choc nibs/choc rice/choc chip.
- Sejukkan.
Resepi Chocolate Cheese Lava Berhantu
Chocolate Cheese Lava Berhantu: Sumber Azlita Aziz
Bahan Kek Chocolate Moist Anis:
- 1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
- 1 cawan minyak jagung / minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula halus / gula castor
- 2 biji telur Gred A (telur di pukul dengan wisk, ketepikan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak. Ketepikan.
Cara-cara:
- * Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab. * Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.
- Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
- Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje.
- Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak. Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje, tutup api.
- Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar.
- Susun bekal aluminium dalam kukus. Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas. Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak.
- Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna. Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese.
Bahan Krim Cheese:
- 250 gram Cheese
- 500 ml UHT Whipping Cream
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu teh pes lemon ~ jika suka
Cara-cara:
- Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati.
- Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental. * Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul.
Bahan Coklat Leleh:
- 250 gram coklat masakkan gelap
- 250 ml UHT Whipping Cream
- 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
- 1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Cara-cara:
- Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk.
- Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
- Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan.
- Biarkan coklat mencair. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata. Biarkan sejuk.
- Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya. Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah ).
- Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
- Kek yang telah di potong di letakkan cheese. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese. Ratakan cheese di atasnya.
- Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit. Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh. Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
- Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit. Sedia di nikmati.
Resepi Kek Bukan Tornado Viral Che Nom
Resepi Kek Bukan Tornado Viral: Sumber Che Nom
Bahan-bahan untuk Kek Coklat:
- 4 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ cawan susu pekat
- 1 ¼ cawan tepung gandum**
- 1 cawan serbuk koko**
- 1 sudu kecil baking soda**
- 1 sudu kecil baking powder**
- ¼ sudu kecil garam halus**
- 1 cawan susu full cream
- 1 cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair
- ¾ sudu kecil serbuk instant espresso
- 1 sudu besar air panas
- Nota: Ayak bahan bertanda **
Bahan untuk Cream Cheese filling:
- 250g krim keju/cream cheese
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar jus lemon
- 300ml krim putar tenusu/dairy whipping cream
Bahan untuk Coklat Ganache:
- 300 gram dark chocolate atau milk chocolate
- 300 ml krim putar tenusu/dairy whipping cream
- 3 sudu besar mentega (bergaram/tak bergaram)
- 3 sudu besar susu full cream
- **Hias dengan taburan parutan coklat/Chocolate flakes/chocolate rice
Cara-cara Kek Coklat Moist:
- Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam halus.
- Pecahkan telur dan tambah gula kastor.
- Kemudian pukul telur dan gula sehingga larut.
- Tambahkan esen vanila dan susu pekat.
- Kacau sehingga agak-agak sebati dan kembang sikit, tak perlu terlalu kembang.
- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (3 kali sehingga habis).
- Masukkan susu full cream dan minyak jagung.
- Bancuh espresso segera dengan air panas dan tuang dalam adunan tadi dan kacau sebati.
- Susun bekas dan tuang adunan kek coklat 1/3 penuh ke dalam bekas.
- Kukus selama 15 minit atau sehingga kek masak.
- Keluarkan kek coklat moist dan bahagikan dua bahagian.
Cara-cara Cream Cheese filling:
- Perah jus lemon.
- Potong cream cheese blok dan tekan-tekan supaya hancur
- Masukkan susu pekat dan jus lemon.
- Kacau sampai semua bahan sekata dan ketepikan
- Whipping cream, keluarkan yang sejuk dari peti sejuk, sukat dan putar sampai kental.
- Campur whipping cream tadi dengan adunan cheese.
- Gaul sekata dan masukkan dalam peti sejuk sekejap.
- Keluarkan cream cheese filling dan masukkan dalam piping beg.
- Bahagikan 2 adunan cheese (lebihkan untuk bahagian atas).
- Paip adunan cream cheese dan ratakan lapisan tengah.
- Tutup dengan kek bahagian atas.
- Paip cream cheese di bahagian atas.
- Paip kesemua kek sampai habis.
- Simpan dalam peti sejuk.
Cara-cara Coklat Ganache:
- Potong coklat gelap.
- Panaskan whipping cream sampai berbuih kat bahagian tepi dan sampai suam-suam sahaja.
- Bila dah suam, tuang atas kepingan coklat.
- Tambah butter.
- Tambah susu full cream.
- Kacau sebati.
- Tuang sekata coklat garnach atas kek sehingga tertutup permukaan kek tornado.
- Bila dah siap, boleh hias dengan coklat flakes, coklat rice atau parutan coklat.
Resepi Kek Coklat ‘Viral’ Yang Bikin Ketagih!
Resepi Kek Coklat ‘Viral’ Yang Bikin Ketagih!: Sumber Dailymakan
Bahan A:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak atau marjerin cair
Bahan B:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- Sedikit garam halus
Bahan C:
- 1/2 cawan air panas
Cara-cara:
- Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
- Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
- Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
- Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
- Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Bahan Untuk Coklat Ganache:
- 500g milk chocolate
- 1 cawan dairy whipping cream
- 1 sudu besar marjerin
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
- Kacau sehingga likat dan smooth.
- Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.
Bahan Topping Cheese:
- 250 gram cheese tatura
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan non-dairy whiping cream
- 1/4 cawan susu segar
Cara-cara Topping Cheese:
- Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
- Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
- Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
- Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
- Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.
Penutup
Nikmatnya! Niat nak berdiet pun terbatal apabila anda menikmati kek ini. Tengok saja pun dah kecur air liur. Asasnya kek tornado mempunyai tiga lapisan, iaitu kek coklat, lapisan cheese dan cukup lengkap dengan coklat ganache yang mewah. Bukan sahaja kek tornado ini lembap malah kek ini moist dan cair dalam mulut. Jika anda ikut betul-betul resepi yang kami kongsikan ini konfirm kek tornado anda akan menjadi, teruja tengok coklat ganache yang cair dan melimpah itu.
Jom Cuba Resepi Kek dibawah:
Enter your text here...
Suka betul makan kek tornado ni. Tornado coklat melanda