Hari ini saya nak kongsi tempat menarik di Kelantan yang wajib anda singgah jika bercuti ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Jom nikmati keindahan alam di Min House Camp, Kubang Kerian. Bagi anda yang sukakan 'nature', anda pastinya terpegun dengan keindahan alam semula jadi yang ada di Min House Camp ini. Keseluruhan tempat ini mesra alam semula jadi dengan kepelbagaian haiwan dan tumbuhan. Banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga dan rakan. Kemudahan yang disediakan juga selesa untuk pengunjung yang hadir.
#1 Destinasi Pelancongan Mesra Alam Semula Jadi
Min House Camp: Sumber Gambar rileklah.com
Sumber Gambar: Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan
Min House Camp: Sumber Gambar rileklah.com
Siapa kata Kelantan tak ada tempat menarik? Kali ini jom kita ke Min House Camp. Lokasinya di Kubang Kerian, Kelantan. Tempat ini sangat damai dan mengagumkan. Disyorkan untuk anda yang mencari percutian mesra alam semula jadi. Tempat peranginan tepi sungai ini juga mempunyai aktiviti air seperti berkayak dan memerhati kelip-kelip.
Rimba hijau yang menjadi tapak lokasi Min House Camp ini adalah habitat kepada lebih daripada 40 spesies burung, 20 spesies rama-rama dan banyak lagi spesies haiwan yang lain menjadikan ia antara destinasi yang menarik untuk anda luangkan waktu bagi meneroka kekayaan flora dan faunanya.
(Blog Mai Singgah, 2022)
Min house camp surprised me in so many ways. It is an incredibly beautiful place with many activities and hospitable people to meet. It is very near to the city but you feel so far from everything. I love that there is a small local village nearby that you can ride bikes to and see how the locals live. The projects going on at the camp are ongoing and its getting more interesting every year! It is fun to be surrounded by the several animals that live on the camp too! The people are great and the atmosphere is the finest.
(Jeff H, 2016)
#2 Keenakan Mee Celup Bangkok Min House Camp
Sumber Gambar: Luqman Zakaria
Sumber Gambar: Vocab Kelantan
Sumber Gambar: Luqman Zakaria
Menu yang menjadi tarikan di sana adalah Mee Celup Bangkok! Anda boleh dapatkan di Anjung Selera Min House Camp. Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM5 semangkuk dengan portion lauk pauk yang banyak! Mee Celup Bangkok ini juga diletakkan sawi, kubis, taugeh, daun sup, cili jeruk, lobak jeruk yang dimasak bersama kacang tanah tumbuk, bawang goreng, sup pekat dan minyak bawang yang pastinya membangkitkan rasa. Sedap dimakan panas-panas! Jadi pastikan anda cuba menu ini.
Tak menyesal saya datang sini untuk makan mee celup sebab memang sedap. Jadi, kalau korang nak makan mee celup dekat area Kubang Kerian bolehlah datang ke Anjung Selera Min House Camp ini.
(Luqman Zakaria, 2020)
#3 Tarikan Kelip-Kelip!


Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Lubok Durian sambil melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada pokok berembang sepanjang laluan sungai. Waktu terbaik melihat panorama indah cahaya kelip-kelip adalah sekitar pukul 8 hingga 10 malam terutamanya pada musim kemarau dari bulan Februari hingga Oktober.
(Min House Camp, 2019)
Kelip-kelip adalah serangga yang mengeluarkan cahaya kerana sejenis tindak balas kimia yang dipanggil bioluminescence yang terletak di bahagian bawah abdomen mereka.
Terdapat 3 pilihan untuk melihat kelip-kelip di Min House Camp, sama ada dengan bot tradisional, berkayak (self-pick-up) atau berjalan kaki, yang mana yang sesuai mengikut keselesaan dan pilihan pengunjung. Semua kaedah yang berbeza untuk melihat kelip-kelip ini akan disediakan dengan panduan (Min House Camp, 2019).
Yuran:
- Bot tradisional: RM70 / perjalanan (5 dewasa – dengan pemandu)
- Berkayak: RM10 / pax (dengan panduan)
- Berjalan: RM5 / pax (dengan panduan)
#4 Harga Penginapan Yang Murah & Berpatutan
Terletak di tengah-tengah kehijauan tropika yang subur, Min House Camp menawarkan penginapan yang damai dan selesa dengan akses Wi-Fi percuma. Mengendalikan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, ia mempunyai tempat letak kenderaan percuma dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk team building!
Malay Traditional Camp with reasonable price! Is a suitable place for a person to take a rest! Not only for that, we also may purchase natural and original honey from here!! A good experience and enjoyable trip for me!
(Vincent, 2014
The rooms are simply furnished, we had aircond and attached bathroom (some dorms don’t), chair, tv, small fridge. Outside there are places to walk, sit, read, watch the river. This is a place to slow down, breath deeply and enjoy the setting and if that is what you are looking for you will love it.
(JillMM_NZ, 2018)
#5 Menariknya Ada Floating Market!
Sumber Gambar: FB Min House Camp
Sumber Gambar: FB Min House Camp
Sumber Gambar: FB Min House Camp
Sumber Gambar: FB Min House Camp
#6 Luangkan Masa Berkualiti dengan Keluarga Dan Rakan!
Sumber Gambar: Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan
Min House Camp: Sumber Gambar rileklah.com
Sumber Gambar: FB Min House Cam
Sumber Gambar: Luqman Zakaria
Min House Camp menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga dan rakan, contohnya aktiviti seperti berkayak, memanah, mencari lokan, lebah kelulut, dan melihat kelip-kelip di waktu malam. Anda juga boleh usha aktiviti-aktiviti menarik di Min House Camp di website INI.
We enjoyed The Camp’s animal residents (most notably monkeys, snakes, rabbits, turtles, turkeys, chickens, and ‘stingless’ bees), joined a guided nighttime firefly tour by boat, kayaked the river alongside fish and monitor lizards, and took an archery lesson.
(Willpommier, 2016)
Sumber Gambar: FB Min House Camp
Sumber Gambar: FB Min House Camp
Sumber Gambar: FB Min House Camp
They also offer kayaking, archery and firefly tours. My guests have taken part in both kayaking and firefly tour, both received thumbs up. This is one of the few places where the fireflies (kelip kelip) light in unison, not randomly. It’s best to go around the new moon, less light pollution. Also, not advised to go right after it rains.
(Abujalan, 2016)
#7 Lampu Warna Warni, Jom OOTD di Min House Camp!
Sumber gambar: Triphackerz
Pesta lampu warna warni pastinya menarik daya penarik pengunjung untuk ber-OOTD di Min House Camp. Tarikan lampu ini dibuka setiap hari bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.
Sumber gambar: Triphackerz
Sumber gambar: Triphackerz
Sumber gambar: Triphackerz
Sumber gambar: Triphackerz
Sumber gambar: Triphackerz
Sumber gambar: Triphackerz
Sumber Gambar: FB Min House Camp
Antara lampu-lampu yang menarik perhatian ialah Gerbang Biru, Lampu Avatar, Lampu Bulan, Lampu Air, Lampu Love, Lampu Rama-Rama, Lampu Wau Bulan, Lampu Buaian, Love Lock Fence, Jeti Viral dan banyak lagi!
(Triphackerz, 2021)
Penutup
Banyak lagi aktiviti yang dijalankan di Min House Camp dari masa ke semasa. Anda boleh singgah ke website Min House Camp untuk dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti yang dijalankan.
Alamat: Lot 1287, Kampung Pulau 16150 Kubang Kerian, Kelantan
Facebook: Min House Camp
Instagram: Min House Camp
Website: Min House Camp
Tempat Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi: