Hari ini saya nak kongsi resepi sotong masak hitam. Yang tak pernah mencubanya, mesti tertanya-tanya apa rasa masakan istimewa ini kan? Masakan ini menggunakan bahan yang minima untuk mengekalkan rasa manis sotong. Rasanya pedas-pedas manis. Warna hitam kuahnya datangnya dari dakwat sotong. Beberapa resepi yang dikongsikan juga ada menggunakan dakwat sotong kerana ia mengandungi bahan perisa semulajadi yang akan menambahkan rasa masakan ini. Bergantung pada citarasa masing-masing, resepi tidak menggunakan dakwat sotong pun ada saya kongsikan. Anda boleh cuba resepi mengikut selera anda.
Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak Che Nom
Sotong Masak Hitam Ala Mamak: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 1/2 kg sotong
- 1 batang serai, ketuk
- 2 tangkai daun kari
- 1 helai daun pandan, potong pendek
- 2-3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 2 biji tomato, hiris nipis
- kicap manis secukupnya
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 biji bawang besar, blend kasar
- garam dan gula
Bahan-bahan untuk rempah tumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
Bahan-bahan untuk tumbuk atau kisar halus:
- 6 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 ketul kunyit hidup, jika suka
Cara-cara:
- Bersihkan sotong dan toskan. Sotong jangan dipotong sebab kita nak masak sotong seekor-seekor.
- Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar halus dan kacau sehingga kekuningan serta naik bau.
- Masukkan pula cili kisar dan masak seketika.
- Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sotong. Tuang kicap secukupnya.
- Masukkan bawang besar yang dikisar kasar tadi bersama sos tiram. Masak sehinga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tips:
- Sotong harus ditos airnya supaya nanti kuah masak hitam tidak terlalu berair. Ini adalah kerana sotong itu sendiri akan mengeluarkan air apabila dimasak.
- Kalau nak gantikan hirisan tomato dengan tomato puree pun boleh juga.
Resepi Sotong Masak Hitam Mat Gebu
Sotong Masak Hitam: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 600 gram sotong saiz sederhana
- 1/2 camca teh serbuk kunyit
- 1 camca teh garam
- 1/2 camca besar tepung jagung
- 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
- 2 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 inci halia, hiris halus
- 1 biji cili merah, hiris
- 1 biji cili hijau, hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Hirisan daun bawang untuk hiasan
- Hirisan cili merah untuk hiasan
Cara-cara:
- Sotong diasingkan kepala dan badannya, dibahagian kepala sotong, buang muncungnya dan berhati-hati bersihkan bahagian kantung sotong yang berisi dakwat hitam, ketepikan. Badan sotong dibersihkan bahagian dalamnya dan kerat 3 – 4 bahagian bergantung pada saiz sotong, cuci dan toskan.
- Kemudian masukkan ke dalam belas sotong dan kepalanya, tambah serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Gaul rata-rata dan ketepikan sebentar. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sotong dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
- Kacau dan masak sekejap (kurang lebih 2 minit). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar…Selamat mencuba!!
Resepi Sotong Masak Dakwat Azlita Aziz
Sotong Masak Dakwat: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 500 gm sotong disiang ,basuh bersih dan dipotong ikut suka
- 4 kantung dakwat sotong
- 1/2 cawan air asam
- garam dan gula secukup rasa
Bahan Dikisar:
- 10 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 inci belacan
Cara-cara:
- Tumis bahan yg dikisar hingga garing. masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan dakwat sotong dan kacau rata , biar kuah masak. Setelah masak masukkan sotong.
- Gaul mesra. Sotong tidak boleh dimasak lama sangat bila dah masak aje angkat, siap untuk dihidangkan.
Resepi Sotong Masak Hitam Siti Delima
Sotong Masak Hitam: Sumber Siti Delima
Bahan-bahan:
- 1 kg sotong yang sederhana besar
- Sedikit garam
- Sedikit kunyit serbuk
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 2 biji lada hijau – dihiris serong
- 15 batang kacang boncis – dipotong-potong
Bahan Ditumbuk Halus:
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi kg
- 2 cm halia
Cara-cara:
-
Sotong dibersihkan dan jangan dibuang dakwat hitamnya. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Toskan sebentar.
-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk dan bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan sedikit air jika perlu (bagi yang tak nak berkuah tak perlu masukkan air sebab sotong secara semulajadinya bila dimasak akan mengeluarkan air).
-
Kemudian masukkan sotong dan dakwatnya sekali. Masak atas api sederhana selama 20 minit. Kemudian masukkan kacang buncis, dan gaul sekejap. Perasakan, dan tambahkan sedikit lagi garam jika kurang masin. Gaul rata dan tutup api dan bolehlah dihidang.
Resepi Sotong Masak Hitam Johor Nasser Kitchen
Sotong Masak Hitam Johor: Sumber Nasser Kitchen
Bahan-bahan:
- 500 gram sotong diasingkan kantung dakwat
- 40 gram ( 2 sudu besar) cili kisar
- 1 batang serai dititik
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- 1/2 sudu kecil pes asam jawa
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa
Untuk Dikisar:
- 1 cm halia
- 75 gram (5 biji) bawang merah kecil
- 10 gram belacan
- 1 cm kunyit hidup / 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 50 gram (5 ulas) bawang putih
Cara-cara:
- Kisarkan bahan tumisan yang perlu dikisar.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan campuran bahan kisar dan cili kisar.
- Gaulkan rata dan tambah serai yang telah dititik.
- Bila bahan tumisan sudah garing dan kering, masukkan sotong dan kantung dakwat sotong. Gaulkan supaya rata.
- Tambahkan 2 sudu besar air supaya warna dakwat sotong diratakan didalam kuah. Gaulkan dan tambah sedikit lagi air tetapi jangan terlalu banyak kerana kuah perlu pekat.
- Tambah garam, gula secukup rasa dan 1/2 sudu kecil pes asam Jawa. Jangan tambah asam Jawa terlalu awal kerana asid dalam asam Jawa akan membuatkan sotong menjadi liat.
- Boleh juga tambah sedikit serbuk perasa jika anda suka.
- Jangan masak sotong terlalu lama, padamkan api sebelum sotong masak sepenuhnya kerana sotong akan terus masak walaupun api telah dipadamkan.
- Masakan ini seeloknya dihidangkan dengan segera selepas dimasak.
- Hidangkan dengan hiasan cili potong dan daun sup.
Resepi Sotong Masak Sambal Hitam Patyskitchen
Sotong Masak Sambal Hitam: Sumber Patyskitchen
Bahan-bahan:
- 1 kg sotong ~ dibersihkan, jangan dibuang pundi dakwat
- 5 ulas bawang putih ~ kisar
- 1 biji bawang besar ~ kisar
- 11 biji cili kering – kisar
- 7 biji cili padi ~ kisar
- 1 inci halia ~ kisar
- 1 sudu besar air asam jawa
- minyak, garam & gula
- 2 batang serai dititik
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1 biji bawang besar dihiris bulat
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Masukkan serai.
- Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak & naik bau.
- Masukkan air asam jawa & kacau mesra.
- Masukkan sotong & kacau. Masuk gula & garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar Kacau sebati sehingga masak.
- Hidangkan.
Resepi Sotong Masak Hitam Menyengat
Sotong Masak Hitam Menyengat: Sumber Cikza
Bahan A:
- 1/2 kilo sotong ( cuci dan toskan air )
- Bawang Besar ( Hiris )
- Cili Merah ( Hiris )
- kunyit
- garam
- Air Asam Jawa ( Kalau pekat lagi bagus )
- Minyak
Bahan B (Kisar Lumat):
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 4 tangkai cili hijau
Cara-cara:
- Sotong di cuci terlebih dahulu, dan di toskan airnya. Dibiarkan air tersebut di toskan sehabis mungkin, Kalau boleh, sotong tersebut di buang tulang sahaja, jangan buang dakwat hitam tu.
- Bahan kisar tadi disatukan bersama, kunyit, garam dan digaul rata, biar perap selama 15 minit, supaya rempah tersebut dapat meresap dalam sotong tu nanti.
- Panaskan minyak, tumis sotong tadi, dan dibiarkan seketika, di gaul rata, ( Dalam masa sama dakwat hitam tersebut akan pecah).
- Masukkan air perahan asam jawa, dan biarkan selama 5 minit, dan di tutup api, tabur bawang besar dan cili dihiris tadi, dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidang.
Nota:
- Dakwat Sotong | Dakwat sotong memang sangat diperlukan untuk resepi ni, cuma bila dah cuci sotong tu, buang tulang belakang sahaja, lagi pekat lagi sedap kuah tu.
- Hanyir Sotong | Mudah sangat, cuma perlu ambil, 2 biji limau nipis, belah dan perah dalam sotong biarkan seketika. kemudian baru cuci sotong tersebut.
Penutup
Cara masak sotong hitam ini, anda boleh gunakan bahas asas biasa sahaja yang ditumiskan pada awal masakan. Bahan-bahannya digunakan mudah nak dapat. Cara masakan pun simple je. Senang nak masak untuk seisi keluarga. Penggemar makanan laut seperti sotong boleh la cuba resepi sotong masak hitam ini. Sedap..confirm tambah nasi! Lagi fresh sotong, lagi sedap rasanya!
Jom cuba resepi berasaskan sotong INI: