fbpx

How To Make Cheesecake Mango: 11 Resepi Cheesecake Mangga Leleh

Hari ini saya nak kongsi resepi cheesecake mangga leleh. Rupa-rupanya mudah sahaja nak buat kek ini dimana anda tidak memerlukan oven atau mixer! Combinasi masam manis mangga, dan manis lemak berkrim cream cheese akan membuatkan hidup anda lebih tersenyum dengan setiap suapan. Dare to try? Puri mangga yang ada dalam kek tu akan terasa dalam setiap kunyahan kita tau. Rasa macam makan isi mangga je pun ada. Malah "wangi" mangga tu pun kita boleh rasa sekali. Sedapnya dapat makan ni. Apalagi bila time sejuk. Sekali makan cheesecake mango ini, pasti buat anda craving pula nak makan lagi.

Resepi Mango Cheesecake Creamy Che Nom

Resepi Mango Cheesecake Creamy Che Nom

Resepi Mango Cheesecake Creamy: Sumber Che Nom

Bahan lapisan  bawah:

  • 12 keping /175 gram biskut digestive
  • 5 sudu besar /71 gram mentega

Bahan Adunan Cheese Mangga:

  • 500 gram krim keju atau cream cheese
  • 3 sudu besar / 43 gram gula kasto
  • 3 sudu besar / 58 gram susu pekat
  • 1½ – 2 sudu besar jus lemon (Che Nom masukkan 2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila (optional)
  • 250ml krim putar tenusu atau whipping cream
  • 1¾ cawan / 395 gram puri mangga
  • Bancuhan gelatin 1 (2 sudu besar serbuk gelatin + 60ml air panas)

Bahan lapisan jelly mangga:

  • 1 cawan / 225 gram puri mangga
  • 2 sudu besar / 30 gram gula kastor
  • 100 ml air
  • Bancuhan gelatin 2 (1 sudu besar serbuk gelatin +30ml air panas)

Cara Penyediaan:

  1. Potong kiub kecil cream cheese dan biarkan dekat luar supaya lembut dan mudah nak adun.
  2. Kupas kulit mangga dan potong kuib besar, kemudian masukkan dlm bander dan bland hingga halus.
  3. Bahagikan puree mangga kepada dua bahagian mengikut sukatan 1 3/4 cawan dan 1 cawan.
  4. Simpan manga puree di dalam peti sejuk.
  5. Gunakan loyang spring form 8 inci atau 9 inci.
  6. Jika tiada, boleh lapik kertas baking non stick atas loyang biasa, tapi pastikan tebal beberapa lapis jika tidak kertas boleh koyak atau based cheesecake patah.
  7. Cara-cara untuk lapisan bawah:
    1. Patahkan biskut digestive dan masukkan dalam food processer dan kisar halus.
    2. Cairkan mentega dan gaulkan dengan biskut.
    3. Tuang adunan masuk dalam loyang, ratakan dan tekan rapat (jangan kuat sangat nanti terlebih keras).
    4. Masukkan dalam peti sejuk.
  8. Cara-cara untuk adunan cheese mangga:
    1. Perahkan jus lemon dan ambil jusnya.
    2. Bancuh gelatin dengan air panas kemudian letakkan bekas tadi dalam mangkuk yang berisi air panas dan biarkan selama 5-10 minit (supaya gelatin cair sendiri).
    3. Hancurkan creamcheese.
    4. Masukkan gula kastor, susu pekat, jus lemon, esen vanila (optional).
    5. Kacau bahan sehingga sebati.
    6. Dalam bekas berasingan, pukul whipping cream sehingga kembang (pastikan whipping cream baru keluar dari peti sejuk dan masih sejuk).
    7. Masukkan whipping cream dan puree mangga kedalam creamcheese berselang-seli sehingga habis.
    8. Last sekali masukkan bancuhan gelatin dan kacau sekata.
    9. Keluarkan loyang dari peti sejuk, tuang adunan cheese, ratakan permukaan, tutup dengan plastic clean wrap dan masukkan kedalam tempat beku selama 10-15 minit.
  9. Cara-cara untuk lapisan gelatin:
    1. Bancuh gelatin dengan air panas seperti tadi.
    2. Dalam mangkuk yang berasingan, tuang puree mangga, gula kastor, bancuhan gelatin dan air.
    3. Kacau sekata.
    4. Keluarkan loyang.
    5. Tuang adunan jelly mangga.
    6. Masukkan balik dalam peti sejuk (chiller).
    7. Setelah disejukkan.
    8. Ambil sebiji lagi mangga.
    9. Kupas dan hiris nipis untuk hiasan (option).
    10. Susun mangga atas kek.
    11. Balut loyang dengan towel suam supaya mudah nak tanggalkan loyang.
    12. Setiap kali potong kek, lap dengan kain supaya dapat potongan kek yang kemas.

Tips:

  • Kalau mangga tu macam bnyk serat kasar bila potong, boleh TAPIS dengan fine strainer dulu sebelum masuk dalam adunan cheese. Lepas tapis baru sukat/timbang.
  • Untuk hiasan mangga, boleh gaul buah mangga dengan sedikit jus lemon untuk elakkan hirisan mangga hadi gelap bila simpan lama.

Resepi Chilled Mango Cheesecake Mat Gebu

CHILLED MANGO CHEESECAKE

Chilled Mango Cheesecake: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 200 gram biskut marie
  • 100 gram mentega, dicairkan
  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama “NUR”)
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

Cara-cara:

  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat-padat. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 – 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan.

Nota:

  • Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua.

Resepi Manggo Cheese Cake Yang Sangat Awesome!

Manggo Cheese Cake yang sangat awesome!

Manggo Cheese Cake: Sumber Azlita Aziz

Bahan Lapisan Base/Dasar:

  • 150 gram biskut Oreo + biskut Marie ( boleh guna semua biskut Oreo atau semua biskut Marie atau campurkan kedua-duanya 50/50 pun boleh)
  • 50 gram cornflakes  ~ ramas-ramas sikit
  • 90 gram butter ~ di cairkan

Cara-cara:

  1. Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
  2. Tuangkan butter cair dan gaul rata.
  3. Tuangkan dalam ring pan yang di lapik alas kek.
  4. Ratakan dan padatkan.
  5. Sejukkan di dalam peti ais hingga keras.
  6. Sekarang kita sediakan manggo puri terlebih dahulu sementara kita tunggu lapisan dasar mengeras.

Bahan Purri Mangga:

  • 3 biji mangga yang masak ranum ~ di buang kulit dan cuci bersih
  • 1 biji di hiris nipis
  • 1 biji di dadu
  • 1 biji di parut atau kisar ( bahagi kepada 2 )
  • 2 sudu besar gula
  • Paste mangga jika suka

Cara-cara:

  1. Satukan 1/2 daripada mangga yang di kisar bersama gula dalam periuk dan masak hingga menjadi puri.
  2. Tutup api dan masukkan hirisan mangga. Biarkan hirisan mangga lembut.
  3. Sejukkan.

Bahan Manggo Cheese:

  • 400 gram cream cheese
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 180 gram coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
  • 300 gram wipping cream ~ non dairy
  • 12 gram gelatin
  • 60 ml air
  • 3 sudu besar purri mangga ~ ( yang kita sediakan di atas )

Cara-cara:

  1. Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang.
  2. Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
  3. Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan.
  4. Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu. Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata.
  5. Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati.
  6. Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan, ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese.
  7. Kaup balik rata. Ulang proses hingga habis semua.
  8. Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
  9. Susun hirisan mangga tadi.
  10. Ulang proses yang sama. Tuangkan baki adunan dan ratakan.
  11. Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam.
  12. Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga.

Bahan Jelly Mangga:

  • Baki 1/2 mangga yang di kisar
  • Mangga yang di dadu kecil
  • 8 gram gelatin
  • 50 ml air
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara:

  1. Tuangkan gelatin atas air dan buarkan kembang.
  2. Panaskan secara kukusan hingga jelatin mencair.
  3. Satukan   mangga kisar dalam periuk kecil, gula , dan mangga dadu dan masak dengan api sederhana.
  4. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  5. Tuangkan jelly kita ni atas kek.
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras dan rasa kek yang dingin.
  7. Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
  8. Biasanya ita akan laserkan dulu tepi ring dengan pisau yang ita celupkan dalam air panas supaya mudah untuk keluarkan kek dari ring.
  9. Ada juga yang menggunakan hairdryer dan di panaaskan pada ring supaya mudah untuk keluarkan kek.
  10. Kek ni sangat enak di makan dingin.

Resepi Kek Mangga Azlina Ina

KEK MANGGA AZLINA INA

Kek Mangga: Sumber Azlina Ina

Bahan A:

  • 3  biji  telur gred A/B
  • 1  sudu besar  ovallette
  • 3/4  cawan  gula halus/kastor
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara: 

  1. Mix sampai kembang dan gebu.
  2.  Sementara itu ayakkan Bahan B.

Bahan B:

  • 1 1/4  cawan  tepung gandum
  • 1  sudu teh  baking powder
  • 1  sudu teh  soda bikarbonate
  •  1  sudu teh  cream of tartar

Cara-cara:

  1. Masukkan ke dalam bahan mix pes mangga sunquick 1 sudu besar dan puri mangga 2 sudu besar (jika suka).
  2. Mix sebati baru masukkan bahan tepung dan mix dalam 3 minit hingga sebati.
  3. Matikan mixer dan masukkan 5 sudu besar minyak masak/jagung dan kacau rata menggunakan senduk/spatula.
  4. Panaskan kukusan dan kukus dalam bekas aluminium foil 8inci x 4 inci selama 20 minit menggunakan api besar.  Kalau loyang bersaiz 6 inci kukus selama 30 minit sehingga masak.
  5. Bila kek telah sejuk tuangkan cream cheese.

Bahan-bahan Cream Cheese:

  • 250  gram cream cheese
  •  1/2  cawan  susu pekat
  •  1/4  cawan  whipping cream (UHT Anchor Dairy)
  •  1/4  cawan  susu cair
  •  1  biji  mangga
  • 1  sudu besar  serbuk gelatin halal
  • 1/4  cawan  air suam

Cara-cara:

  1. Pukul semua bahan cream cheese sehingga sebati dan tiada berbintil kemudian tuangkan di atas kek dan sejukkan di dalam freezer selama 10 minit.  Sementara itu sediakan pudingnya.
  2. Mangga dikisar dengan sedikit air. Larutkan serbuk gelatin di dalam 1/4 cawan air suam, gaul sebati.  Masukkan di dalam puri mangga yang dikisar tadi dan kacau rata.
  3. Tuangkan di atas cream cheese tadi, kalau nak tambah mangga kiub pun boleh atau hias ikut citarasa
  4. Sejukkan selama 4 jam atau lebih.

Resepi Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap

Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap

Mango Cheese Cake Tanpa Bakar Mudah Dan Sedap: Sumber Fuzy Hamid

Bahan-bahan:

  • 15 keping Biskut Marie, dihancurkan
  • 80 gram mentega Emborg
  • 2 biji mangga masak, kalau dapat harummanis lagi seda
  • Jus oren Sunquick
  • 250 gram Cream Cheese Tatura
  • Powdered Sugar
  • 250 ml Whipping Cream Emborg
  • Gelatin powder
  • Susu segar
  • Gula biasa

Cara-cara:

Langkah 1 – bahagian bawah
Hancurkan biskut marie sehingga nampak seperti serbuk roti, campurkan dengan 80 gram mentega yang telah dicairkan dan digaul hingga bersatu dan sebati. Masukkan ke dalam loyang, mampatkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
 
Langkah 2 – Puri Mangga
  • Kupas 2 biji mangga masak dan potong dadu. 
  • Masukkan  3 sudu kordial oren Sunquick dicampur dengan secawan air putih.
  • Keluarkan ½ cawan jus tadi dan masukkan ke dalam pengisar bersama 1 ½ biji mangga yang telah dipotong dadu tadi.  Dikisar hingga halus.
  • Letak tepi ½ biji mangga yang di dadu tadi untuk kegunaan lain (langkah 3)
Langkah 3 – Lapisan kedua
Dalam mangkuk pertama, masukkan cream cheese dan ⅓ cawan gula biasa, digaul sehingga sebati. Gunakan ¼  cawan jus oren (lebihan jus dari langkah 2) dan digaul hingga sebati. Bila dah sebati, masukkan ½ cawan puri mangga dan kacau dengan spatula.
  • Dalam mangkuk berasingan, masukkan 1 cawan whipping cream dan 2 tbs powdered sugar di pukul menggunakan hand whisk hingga kembang. Kemudian masukkan bahan tersebut ke dalam mangkuk pertama dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan ⅓ cawan susu segar dari peti sejuk ke dalam pan, 1 tbs serbuk gelatin dan kacau dengan api sederhana hingga gelatin mencair dan dicampurkan ke dalam mangkuk pertama dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan lebihan isi mangga yang dipotong dadu tadi hingga rata.
  • Keluarkan loyang yang berisi biskut dari peti sejuk tadi dan masukkan bahan lapisan kedua dan pastikan ianya rata.  Akhir sekali, sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. 
Langkah ke 4 – lapisan atas
  • Campurkan lebihan puri mangga bersama 2 tbs gula di dalam mangkuk dan kacau hingga gula sebati bersama puri.
  • Masukkan ⅓ cawan air sejuk bersama 2 tbs gelatin di dalam pan dengan api sederhana. Masak hingga gelatin mencair.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi puri dan kacau hingga sebati.
  • Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan dengan cermat bahan sebagai lapisan atas kek.  Masukkan kembali ke dalam peti sejuk untuk semalaman atau sekurang-kurangnya 5 ke 6 jam.

Resepi Rare Mango Cheese Cake

Rare Mango Cheese Cake

Rare Mango Cheese Cake: Sumber Hana’s Memories\

Bahan Untuk Base:

  • 100 gram biskut merie or etc – hana gune ritz
  • 50 gram butter – cairkan

Bahan Untuk Cheesecake:

  • 250 gram cream cheese
  • 200 gram whipping cream
  • 150 gram yogurt plain – tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt
  • 90 gram gula – leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
  • 15 gram gelatin + 60ml air panas
  • sedikit potongan mangga

Bahan Untuk Topping:

  • 1 tin buah mangga – ambil sedikit utk hiasan. Baki blend jadikan puree
  • 50 ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin – optional (jika tak nak, curahkan puree mangga shj)
  • 1 sb madu @ syrup gula – optional jika nak tambah manis
  • sedikit potongan mangga
  • daun pudina untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnyanya 30min-sejam.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jangan biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1 min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut – hana guna microvawe.
  5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3 jam.
  7. Untuk topping – Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree. Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  8. Sejukkan lagi. potong dan hidangkan.

Resepi Harum Manis Mango Cheesecake

Resepi Harum Manis Mango Cheesecake

Harum Manis Mango Cheesecake: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan: (Kisar Halus dan Cairkan)

  • 160 gram biskut marie (kisar)
  • 90 gram butter (dicairkan)

Bahan B: Kisar Halus

  • 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
  • 1 sudu besar air jus lemon

Bahan C: Mix

  • 500 gram cream cheese
  • 200 gram whipping cream
  • 1sk esen vanila
  • 110 gram gula castor (nak manis buh 130gm)
  • 100 gram puri mangga
  • 2 1/2 sudu besar air jus lemon
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gelatin + 80ml air panas – kacau sebati

Bahan D: Topping Atas

  • 20 gram Gula (optional)
  • 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas
  • 200 gram puri manga (kaksue tak add gula sebab guna mangga harum manis yang dah manis)

Cara-cara:

  1.  Sediakan Loyang size 8 yang boleh dibuka dari bawah. Cairkan butter dan kisar halus biskut, campurkan kedua bahan ni untuk dijadikan base. Padatkan dalam Loyang, simpan sekejap dalam peti ais.
  2. Masukkan cream cheese yang telah dibiarkan dalam suhu bilik, mix dengan hand mixer jer, kemudian masukkan gula, esen vanilla dan pukul sebati. Seterusnya masukkan whipping cream, susu pekat, jus lemon dan puri manga. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
  3. Tuang bancuhan ni ke dalam Loyang tadi, sejukkan semalaman atau selama 4 jam.

  4. Akhir sekali, sediakan topping atas kek pula, campurkan puri manga dan bancuhan gelatine. Kemudian tuangkan atas kek yang telah disejukkan tadi. Seterusnya masukkan semula ke dalam peti ais dan sejukkan. Jangan lupa tutup kek dengan plastic clean wrap.

  5. Apabila nak keluarkan kek, ambik sehelai kain bersih dan celup dalam air panas. Kain ni kita nak tekap di sekeliling Loyang kek supaya senang dibuka dan licin bila kek dikeluarkan. Selamat mencuba!.

Tips:

  • Kalau mangga tu macam banyak serat kasar bila potong, boleh tapis dengan fine strainer dulu sebelum masuk dalam adunan cheese. Lepas tapis baru sukat/timbang. Kaksue pakai manga harum manis, jadi takda serat kasar.
  • Untuk hiasan mangga, boleh gaul buah mangga dengan sedikit jus lemon untuk elakkan hirisan mangga hadi gelap bila simpan lama.

Resepi Kek Manggo Cheese Leleh

Resepi Kek Manggo Cheese leleh

Resepi Kek Manggo Cheese Leleh: Sumber Pakcu

Bahan-bahan:

  • (Sedikan 1 loyang bulat)
  • 1 cawan gula halus (mak pakai 3/4 cawan je)
  • 3 bji telur gred A
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 penutup Pewarna kuning
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

  1. Mixer gula,telur,ovelatte sampai kembang gebu &bewarna putih.
  2. Masukkan minyak,susu cair,pewarna kuning & vanilla.
  3. Mixer sampai sebati.
  4. Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
  5. Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.
  6. Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup atas loyang dengan aluminium foil

Bahan Cream Cheese Leleh:

  • Cream cheese Tatura 250 gram.
  • Susu cair/susu segar suku cawan
  • 1 cawan Wipping cream(Wipping cream dah sedia manis)

Cara-cara:

  1. Mixer cream cheese n susu hingga kembang.
  2. Masukan Wipping cream putar hingga gebu

Bahan Mangga Leleh (Puri):

  • Manggo 1 biji
  • Gula 2 sudu besar
  • Bland sampai halus hingga jadi puri

Cara-cara:

  1. Jangan lupa manggo 1 biji potong siap-siap untuk hias atas kek.
  2. Selepas kek masak, tunggu kek betul-betul sejuk, potong kek buat 2 layer , lapiskan kek dengan cheese.
  3. Parut cheddar cheese atas kek, letak manggo yang siap di potong kecik-kecik.
  4. Letak mangga leleh atas kek. Boleh letak banyak ikut suka.
  5. Selamat mencuba…?

Resepi Kek Keju Mangga Hazura Hashim

Kek Keju Mangga Hazura Hashim

Kek Keju Mangga: Sumber Hazura Hashim

Bahan Dasar Biskut:

  • 150 gram biskut digestive – dihancurkan
  • 70 gram mentega cair

Bahan Adunan Keju:

  • 250 gram cream cheese – suhu bilik
  • 60 gram gula kaster
  • 1 sudu besar lemon jus
  • 1 biji mangga (kisar, jadikan puri mangga), ketepikan 4 sudu besar utk glaze**
  • 140 ml yogurt (1 pack kecil)
  • 150 ml UHT whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
  • 50ml air
  • 1/2 biji mangga – potong dadu

Bahan Glaze:

  • 1/2 sudu besar gelatin
  • 50ml air
  • 4 sudu besar puri mangga ** + 1 sudu besar gula pasir (gaul rata)

Bahan Hiasan:

  • 3 biji mangga gold waterlily (di hiris nipis)
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 100 ml air

Loyang 7″ Loose Base Tin

Cara-cara:

  1. Dasar Biskut : Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

  2. Adunan Keju : Pukul whipping cream hingga pekat. Ketepikan.

  3. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan.

  4. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan puri mangga, lemon jus dan yogurt, putar hingga bergaul rata.

  5. Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaupbalik hingga sebati.

  6. Atur kiub mangga di atas dasar biskut. Kemudian tuang adunan keju dan ratakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

  7. Glaze : Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sebentar. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Gaul bersama puri mangga hingga rata, biarkan suam baru di tuang ke atas adunan keju. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga beku.

  8. Hiasan : Susun hirisan mangga membentuk bunga ros atau yang di sukai.

  9. Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih. Kacau hingga wapnya hilang dan suam baru di tuang ke atas hirisan mangga. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.

  10. *** untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.

Resepi Chilled Mango Cheesecake AIMZF

Chilled Mango Cheesecake AIMZF

Chilled Mango Cheesecake: Sumber AIMZF

Bahan A:

  • 150 gram biskut marie
  • 70 gram butter dicairkan

Bahan B:

  • 250 gram  cream cheese pada suhu bilik
  • 250 gram UHT whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gelatin halagel
  • 50 ml air suam
  • 60 gram gula castor
  • 1 biji mangga masak ranum

Bahan C:

  • 2 biji mangga dihiris setebal 2-3 mm
  • 1 biji mangga dijadikan puree
  • 1 sudu besar gula castor
  • 1/2 sudu besar gelatin halagel
  • 50 ml air suam

Cara-cara:

  1. Kisar biskut marie sehingga halus. Satukan biskut dengan butter cair. Gaul sebati.
  2. Padatkan serbuk biskut itu di dalam loyang springfoam 8″. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. 
  3. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  4. Untuk filling, pukul whipping cream hingga gebu, jangan overbeat, nanti berketul-ketul. Ketepikan.
  5. Campurkan gelatin dan air suam. Kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.
  6. Ambil isi mangga dan jadikan puree. Ketepikan.
  7. Satukan cream cheese dan gula castor. Pukul hingga cream cheese kembang dan sebati.
  8. Setelah cream cheese kembang, masukkan gelatin dan puree mangga. Pukul dengan kelajuan sederhana.
  9. Seterusnya, tambahkan whipping cream dan kaup balikkan hingga adunan sebati.
  10. Tuangkan adunan creamcheese ini ke dalam loyang yang telah diisi dengan serbuk biskut.
  11. Masukkan loyang ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  12. Untuk glaze dan hiasan, jadikan puree dari sebiji mangga. Tambahkan gula. Gaul rata. Ketepikan.
  13. Larutkan gelatin dengan air suam. Kacau hingga gelatin larut.
  14. Masukkan gelatin ke dalam puree mangga. Gaul rata.
  15. Curahkan glaze mangga ini ke atas kek dan susun hirisan mangga menjadi kelopak rose.
  16. impan cheesecake di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  17. Sedia utk dinikmati.

Resepi Mango Cheesecake

Mango Cheesecake

Mango Cheesecake: Sumber Hazila

Bahan A: ( Base )

  • 70 gram butter – cairkan
  • 20 keping biskut Digestive – hancurkan

Cara cara:

  1. Campurkan kedua dua bahan kemudian bahagikan sama rata untuk 4 bekas seperti di dalam gambar.
  2. Tekan hingga mampat. Kalau suka boleh masukkan ke dalam peti sejuk sementara menunggu proses selanjutnya.

Bahan B: ( Cheese Filling )

  • 250 gram TATURA Cream cheese atau yang sesuai
  • 80 gram gula pasir
  • 100 ml cream – Saya guna Nestle cream dalam tin
  • 1 biji mangga – ambil isinya dan potong dadu
  • 15 gram gelatin dicampurkan dengan 50 ml air panas sehingga sebati.

Cara cara:

  1. Masukkan cream cheese dan gula pasir ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan pula gelatin yang telah dilarutkan tadi. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan kiub mangga. Gaul sebati.
  4. Tuang adunan cheese ke dalam bekas yang berisi base tadi. Ratakan.

Bahan C: ( Puree Mangga )

  • 1 biji mangga
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu besar gula pasir – jika mangga kurang manis, lebihkan kuantiti gula.

Cara cara:

  1. Kisar isi mangga bersama sama gula dan masukkan air hanya sekdar untuk membolehkan isi mangga dikisar sehingga halus.
  2. Tuang puree mangga ke atas adunan cheese tadi.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya 4 jam. 

Untuk hiasan mangga seperti bunga ros:

  1. Kupas buah mangga dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. Ambil sebelah/ sebahagian dan hiris nipis.
  3. Ambil hirisan yang paling kecil dan letak dibahagian tengah.
  4. Kemudian ambil satu hirisan dan susun seperti kelopak bunga ros.
  5. Buat sehingga kelihatan seperti bunga ros.

Penutup

Kek merupakan salah satu pemanis mulut yang digemari ramai. Nak buat Cheesecake Manga Leleh ini susah ke? Senang je nak membuatnya. Cuma jangan ada tersalah langkah ya. Silap-silap kek nye boleh jadi lembik, berair, dan tak cantik. Tapi kalau follow betul-betul step by step insha Allah, sure cantik cheesecake mangga leleh ini.

 

Jom Cuba Resepi Kek dibawah:

Leave A Reply

Your email address will not be published.