fbpx

7 Resepi Baked Spaghetti Sedap (Creamy dan Cheesy)

Hari ini saya nak kongsi resepi baked spaghetti yang sedap. Rasanya yang cukup creamy dan cheesy pasti menyelerakan. Penggemar makanan western patut cuba resepi ini. Resepi Baked Spaghetti ini adalah resepi halal dan dibuat mengunakan resepi citarasa Malaysia. Bahan-bahan pun mudah nak disediakan untuk makan malam. Anak-anak pasti suka dan berselera nak makan baked spaghetti ini. Rasanya sama macam lagsana, cuma tukar kepada pasta. Sesuai untuk kanak-kanak kerana kurang pedas dan lebih creamy. lebih-lebih lagi dengan rasa cheesy berkeju!

Resepi Baked Meatball Spaghetti Pie Azie Kitchen

Baked Meatball Spaghetti Pie Azie Kitchen

Baked Meatball Spaghetti Pie:Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Meat ball
  • 1 botol sos spagheti
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin tomato cincang
  • Bawang besar cincang kecil
  • Mushroom potong kecil
  • Zucchini potong kecil
  • Bawang putih
  • Cili kisar (jika suka pedas)

Cara-cara:

  1. Meatball boleh  guna ramly beef burger yang dibulat-bulatkan. Saute sekejap hingga masak. Tumiskan sedikit bawang putih cincang dalam minyak/butter sehingga wangi. Masukkan beberapa sudu cili blender.
  2. Masukkan sos spaghetti, tomato cincang dan tomato puree. Tambahkan air jika perlu. Biarkan sos mendidih sambil dikacau. Tambahkah garam, gula, lada putih dan perisa. Jika suka boleh masukkan bawang besar cincang, button mushroom, zucchini, carrot dan sebagainya (semua dicincang kecil). Akhir sekali masukkan sedikit dry herbs jika suka.
  3. Rebus spagheti macam biasa dan letakkan dalam deep glass baking dish yang di spray dengan minyak zaitun.
  4. Tuangkan sauce ke atas spagheti, kemudian letak meatball atas pasta sauce.
  5. Taburkan herbs kering (oregano, italian herbs dll) dan cheese sehingga rata.
  6. Bakar dalam oven hingga cheese cair dan hidangkan panas panas.

Resepi Baked Pasta Mat Gebu

Baked Pasta Mat Gebu

Baked Pasta: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan pasta yang belum direbus (boleh guna sebarang bentuk pasta kegemaran anda kecuali spaghetti)
  • 1 1/2 cawan sos spaghetti bolognese, resipi di sini
  • 1 cawan parutan keju mozarella
  • 1 camca besar daun parsley yang dicincang halus
  • 1 camca teh lada hitam kisar
  • Sedikit mentega

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser acuan kaca tahan panas berukuran 6 inci  4 inci dengan mentega. Masak air hingga mendidih, tambah 1/2 camca teh garam dan masukkan pasta, rebus hingga lembut (pada pendapat che mat untuk bikin baked pasta, kena rebus pasta hingga lembut sedikit), toskan airnya dan masukkan ke dalam acuan tadi. Ratakan.
  2. Ratakan sos bolognese atas pasta tadi, kemudian tabur 1/2 bahagian cincangan daun parsley dan 1/2 bahagian lada hitam kisar. Taruk pula parutan keju dan ratakan. Tabur baki parsley dan lada hitam hingga rata.
  3. Bakar selama 40 minit pada rak bawah, hingga keju cair dan keperangan. Keluarkan dari oven dan hidangkan. Sedap dimakan panas.

Resepi Baked Spaghetti Cik Siti Gebu

Baked Spaghetti Cik Siti Gebu

Baked Spaghetti: Sumber Cik Siti Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 paket spaghetti
  • 1 Labu bawang putih – dicincang
  • 1 Biji bawang holand – didadu
  • 1 botol kecil sos prego (apa-apa flavour pun..tapi aku lebih suka mushroom)
  • 1 tin cendawan butang
  • 400 gram daging cincang
  • 100 gram mozarella cheese
  • 100 gram cheddar cheese
  • Sedikit minyak (nak guna olive oil pun boleh)
  • garam
  • perasa

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan secubit garam sehingga speghetti kelihatan ala dente.
  2. Panaskan kuali dengan 3 sudu minyak dan gorengkan daging cincang sehingga keperang-perangan dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan kuali yang sama tumiskan bawang putih sehingga perang tapi bukan hangus. Kemudian masukkan bawang holand tunggu sehingga bawang layu.
  4. Masukkan cendawan dan daging cincang yang dah digoreng tadi masak sampai cendawan sedikit layu.
  5. Masukkan sos prego,garam,perasa dan kacau rata..dan masukan speghetti. Kacau sampai rata (sos speghetti akan kelihatan lebih sedikit dari spaghetti).
  6. Masukkan semua spaghetti ke dalam loyang atau bekas kaca tahan panas. Ratakan.
  7. Taburkan semua cheese menutupi spaghetti dan bakar dengan kepanasan 160 darjah celsius selama 10 minit.

Nota:

  • Jangan bakar terlampau lama..nanti cheese mudah hangus..memandangkan spaghetti telah dimasak, bakar sekadar cairkan cheese. Sedap dimakan ketika panas-panas.

Resepi Baked Pasta DayangJack

Baked Pasta DayangJack

Baked Pasta: Sumber DayangJack

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega

Sos Putih:

  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

Nota:

  • * al dente : cooked enough to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sangat.
  • **Cara merebus pasta : Didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. Masa memasak lebih kurang 7-9 minit ikut instruction pada bungkusannya.

Resepi Baked Chicken Meatball Spaghetti Bolognese

Baked Chicken Meatball Spaghetti Bolognese

Baked Chicken Meatball Spaghetti Bolognese: Sumber Qaseh Honey

Bahan Sos Bolognese:

  • 3-4 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 botol sos bolognese / cendawan
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 helai daun bay
  • 1 kuib ayam
  • 6-7 biji tomato ceri
  • 1 batang lobak merah
  • 20-30 biji bebola ayam
  • 2 cawan air
  • 1/3 biji capsicum hijau
  • 1/3 biji capsicum kuning
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumis minyak zaitun secukupnya dan mentega. Biarkan hingga mentega cair. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan sos bolognese, sos tomato dan sos cili. kacau sekali sekali hingga kuah mendidih.
  3. Masukkan daun bay, kuib ayam, tomato ceri dan lobak merah. kacau sekali sekali hingga lobak lembut.
  4. Masukkan bebola ayam dan air secukupnya. kacau rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.
  5. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa serta capsicum. Kacau rata.
  6. Perasakan rasanya, jika sempurna matikan api dan ketepikan. 

Bahan B

  • air rebusan secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun secukupnya
  • 400 gm spaghetti

Bahan C:

  • Mozzarella cheese
  • Capsicum merah, hijau dan kuning

Cara-cara:

  1. Rebus air secukupnya hingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan minyak zaitun secukupnya.
  2. Masukkan spaghetti secukupnya dan rebus hingga lembut seperti arahan pada bungkusan.
  3. Tapiskan spaghetti dan lalukan di air mengalir.
  4. Masukkan sedikit minyak zaitun dan kacau rata.
  5. Sediakan bekas yang sesuai dan boleh di bakar.
  6. Masukkan spaghetti ke dalamnya.
  7. Tuang sos bolognese yang dimasak tadi secukupnya.
  8. Taburkan keju mozarella dan hirisan capsicum.
  9. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan awal.
  10. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180C.
  11. Setelah siap, keluarkan dari oven dan terus hidang ketika masih panas.

Resepi Pasta Bakar Berkeju Hafizah Yahya

Pasta Bakar Berkeju

Pasta Bakar Berkeju: Sumber Hafizah Yahya

Bahan A: (dikisar)

  • 1 labu bawang holland – dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang 
  • 1 tin tomato sup – saya guna jenama kimball (boleh gantikan dengan sos spaghetti segera)
  • 2 biji tomato masak –  dicincang
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging 
  • ½  sudu teh oregano
  • 2 keping keju cheddar – dicincang 
  • garam dan gula secukup rasa.

Bahan B:

  • 400gm isi daging ayam cincang – boleh gantikan dengan daging lembu
  • 1 tin cendawan butang – toskan dan hiris
  • 1 cawan keju cheddar yang telah disagat
  • 2 cawan pasta – rebus hingga lembut dan toskan
  • (Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan)
  • sedikit daun sup untuk taburan

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali, tumis bahan A dan masukkan semua bahan-bahan mengikut urutan. Masak sehingga agak pekat. Perasakan dengan garam dan gula. Seterusnya masukkan isi ayam kedalam bahan sos dan kacau. 
  2. Masukkan pula cendawan butang dan kacau lagi.
  3. Masukkan pasta pula yang telah siap di rebus. Ketika pasta bersalut dengan bahan kuah dan kelihatan pekat, pindahkan kedalam loyang.
  4. Seterusnya tabur keju cheddar yang telah disagat memenuhi pasta dan akhiri dengan sedikit taburan daun sup cincang. 
  5. Bakar didalam oven pada suhu 180’c sehingga masak. Saya masak dalam 45minit sehingga keju agak garing di bahagian atas. Setiap oven mempunyai kapasiti yang berbeza dan suaikan masa membakar mengikut oven anda.

Resepi Cheesy Beef Baked Pasta

cheesy beef baked pasta

Cheesy Beef Baked Pasta: Sumber Eny Abdullah 

Bahan-bahan:

  • 100 gram pasta penne, direbus – Boleh guna sebarang pasta jenis pendek
  • 300 gram daging cincang
  • ½ cawan parutan keju cheddar
  • ½ cawan parutan keju mozarella
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 1 ulas bawang besar dicincang dadu
  • ¼ cawan minyak zaitun untuk menumis
  • 1 sudu besar oregano kering
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang. Masak seketika sehingga daging garing.
  2. Masukkan tomato puri, tomato cincang, dan oregano kering. Masak sehingga pekat dan kering airnya. Tutup api.
  3. Dalam mangkuk pembakar, sapukan gris mentega. Masukkan sos daging, lapiskan dengan penne dan kemudian tabur keju. Buat selapis demi selapis sehingga penuh mangkuk. Tabur lebihan keju mozzarella diatasnya
  4. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Sedia dihidangkan

Nota:

  • Cheesy Beef  Baked Pasta ni sedap dimakan panas panas sejurus selepas dibakar. Nyums!

Penutup

Sekali sekala tukar selera apa salahnya. Makan spaghetti bakar dengan cheese pilihan anda. Sedap lemak berkrim dengan lelehan cheese yang melimpah! Keluarga pasti suka, lagi bersemangat nak masak bila dipuji. Boleh dikatakan satu nikmat bahagia bila orang menghargai masakan kita.

Jika anda penggemar makanan western, anda wajib cuba:

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.