fbpx

17 Tempat Menarik di Genting Highland

Dari sebuah gunung hutan kepada tempat pelancongan! Genting Highland. Kali ini saya mahu kongsikan 17 Tempat Menarik di Genting Highland yang tak ramai orang tahu. Boleh bawa keluarga dan sanak saudara datang bercuti di sini. Puas hati!

1. Indoor Theme Park

indoor park

sumber :https://www.bigkl.com

Di sini anda boleh membawa anak-anak untuk merasai keseronokan bermain di taman tema di mana ia mempunyai 4 tingkat yang terletak didalam kompleks membeli belah First World Complex. 

Tarikan ini dibahagikan kepada 6 tema berbeza iaitu Malaysia (Genting Walk), Switzerland (Swiss Alps), Itali (Venice), England, Perancis (Champs Elysees) dan Amerika (Times Square & Universal Walk). Bukan sahaja dapat berseronok dengan pelbagai jenis permainan, tapi anda  juga dapat ‘melancong’ ke pelbagai negara dalam satu bangunan yang sama.

IklanIklan
Iklan

Bunyi macam seronok kan ? Sediakan duit je.

2. Genting Highlands Premium Outlets

premium outlet

sumber : http://www.femagonline.com

Ini merupakan Premium Outlet untuk pengunjung datang membeli belah barangan berjenama dari luar negara dengan murah kerana mereka sering membuat promosi. Contohnya jenama Calvin Klein , Polo , Coach , Loius Vuitton dan macam-macam lagi. Di kawasan tanah tinggi sebegini pun wujud ye premium outle sebegini. Memang style habis lah. Kawasan sekitar mall ini juga sangat cantik dan menyeronokkan. Sesuai untuk mencuci mata dengan melihat pemandangan sekeliling.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Alamat: KM13, Genting Highlands Resort, Genting Highlands

3. Strawberry Leisure Farm

strawberi leisure farm

Buah yang berwarna merah yang mempunyai rasa yang masam manis ini semestinya menjadi kegemaran semua orang lagi-lagi jika dicicah dengan coklat cair. Memang best-lah. Bukan setakat di Cameron sahaja yang ada ladang strawberi ini , Genting juga ada. Sama konsep dengan ladang strawberi di Cameron Highland , disini juga anda boleh memetik buah strawberi di ladang mereka. Benih strawberi disini diambil dripada California. Disini juga ada menanam tanaman seperti sayur-sayuran , bunga-bunga dan cendawan kerana kawasan tanah tinggi ini merupakan tanah yang subur untuk melakukan aktiviti tanaman.   

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.30pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5

Alamat:  No.6, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands

4. Snow World

snow world

sumber :https://www.borakkita.com

Kini anda boleh merasai kesejukan yang berganda apabila di Genting Highland terdapat Snow World yang mempunyai kesejukan dan bersuhu -6 darjah celsius. Antara tarikan didalam Snow World ini pula adalah animasi cahaya LED dari waktu siang hingga lah malam. Bawa anak-anak anda bermain disini dan nimmati kenangan bersama. 

Bayaran Masuk (MyKad): Dewasa (12 – 59 Tahun) RM40 | Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) RM30 | Warga Emas (60 Tahun & Keatas) RM30

Alamat: Level T2A, First World Plaza, 69000 Genting Highland Resort

5. Awana Skyway

awana skyway

sumber : https://www.tripadvisor.com.sg

Untuk melihat kecantikan keseluruhan Genting Highland ini , anda disarankan untuk menaiki kereta kabel yang menghubungkan tanah rendah ke puncak Genting Highland. Pemandangan tak usah cerita lah memang menakjubkan. 

Dengan kelajuan 6 meter/saat, kereta kabel ini mampu membawa 3,000 penumpang untuk pergerakan sehala dalam masa satu jam. Menyediakan 99 buah gondola standard dan 10 buah yang berlantai kaca. Kepada yang gayat tu dicadangkan jangan mencuba. 

Selain itu, anda juga dapat menikmati udara yang menyegarkan melalui tingkap khas pada gondola ini. Belum sampai ke puncak lagi, dah dapat merasakan aura kesegaran Genting. Sejuk, cantik dan memukau.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 12.00am)

Bayaran Masuk: Standard Gondola RM8 | Glass Floor Gondola RM50

Alamat: Level 2, Awana SkyWay building, Genting Highlands

6. Sky Avenue

sky avenue

sumber : http://www.kuala-lumpur.ws

Sama seperti pusat membeli-belah yang lain , di Sky Avenue ini menawarkan pelbagai barangan kecantikan , gajet , pakaian , tempat makan dan macam-macam lagi yang anda boleh perolehi disini. Bezanya adalah pusat membeli belah ini berada pada ketinggian 6000 kaki dari paras laut. Itu yang unik dan istimewanya. Hajatkan saja apa yang kamu mahu , pasti akan ada disini. Cuma sediakan duit aje lah. 

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Alamat: Genting Highlands Resort, Genting Highlands, 69000

7. Fox World Studio Store

foxworld

Disini pula merupakan tempat koleksi bagi sesiapa yang sukakan cerita Hollywood dimana disini ada mempunyai hampir 700 koleks barangan filem-filem gempak produksi 20th Century Fox seperti Ice Age, Rio , Life of Pie , Night at the Museum dan macam-macam lagi. Anda juga boleh membeli barangan yang dijual disitu yang antaranya adalah gelas , keychain baju yang bertemakan filem-filem mereka. 

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Alamat: Level T2A-03, SkyAvenue, Genting Highland

8. Happy Bee Farm

bee farm

sumber : http://www.kuala-lumpur.ws

happy Bee Farm ada menawarkan tempat penghasilan madu dimana seperti yang kita tahu , madu itu mempunyai banyak khasiat dan ia adalah salah satu makanan sunnah. Disini anda boleh menerokai pelbagai resepi dengan menggunakan madu dan cara-cara penghasilan madu dibuat. 

Selain ladang lebah, Happy Bee Farm turut memiliki tarikan lain yang dipanggil Insect World dimana anda dapat melihat pelbagai spesimen kumbang yang datang dalam pelbagai saiz dan warna yang sememangnya suatu pengalaman yang penuh ilmiah. Menarik bukan ? 

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 9.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak/ Warga Emas RM12

Alamat: 6452, Genting View Resorts, KM 11-3, Genting Highlands

9. Genting Skyway

genting skyway

sumber : https://blog.rwgenting.com

Sama seperti Awana Skyway tadi , namun syarikat yang berbeza dimana kereta kabel ini yang menghubungkan kawasan tanah rendah dan puncak Genting Highlands. Perjalanan kereta kabel ini bermula dari Gohtong Jaya dan berhenti separuh jalan untuk lawatan ke Chin Swee Temple. Jadi anda boleh menikmati keindahan kawasan genting ini dan aura kesegaran udara disini.  Jangka masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah dalam sekitar 15 ke 20 minit. Namun kereta kabel ini tidak akan berjalan jika cuaca tidak mengizinkan demi keselamatan. Jadi check dahulu ramalan cuaca sebelum berhasrat untuk menaiki kereta kabel ye. Kang nanti sia-sia je pulang dengan kekecewaan. 

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 12.00am)

Bayaran Masuk: RM8

Alamat: Gohtong Jaya, Genting Highlands Resort, Genting Highlands 69000

10. 20th Century Fox World

fox movie

sumber : https://blog.malaysia-asia.my

Jika anda merancang mahu ke Genting dalam masa terdekat ini , tagguh dahulu rancangan anda kerana terdapat tarikan baru yang akan dibuka pada hujung tahun 2018 ini iaitu 20th Century Fox World. Disini mereka ada menyediakan sekitar 25 aktiviti yang penuh dengan thrill yang diinspirasikan daripada filem-filem yang memecah panggung wayang seperti Titanic, Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes.Selain itu, 20th Century Fox World turut bersambung dengan pelbagai tarikan lain di Genting seperti  SkyAvenue Mall dan Arena of Stars Theatre. Bunyi macam seronok kan ? Haa jadi bolehlah mula menabung dari sekarang. 

Notis: Dijangka Akan Dibuka Hujung Tahun 2018

11. Sky Symphony Genting

 SkySymphony Genting

sumber : https://blog.rwgenting.com

Sky Avenue tadi bukan sekadar tempat membeli-belah semata kerana disini juga terdapat persembahan yang menggunakan 1001 bola yang bercahaya dalam pelbagai jenis warna yang menyala seiring dengan alunan muzik yang dimainkan. Persembahan yang unik dan mengusik jiwa ini pasti akan menghiburkan dan menenangkan perasaan anda. Sky Symphony di Genting ini merupakan terbesar di Asia. Dasyat sungguh. 

Waktu Operasi: 10.00am – 12.00am

Alamat: Level 1, SkyAvenue

12. Vision City Video Games Park

 Vision City Video Games Park

sumber : https://blog.rwgenting.com

Manakala Vision City Video Park ini pula menawarkan lebih daripada 400 buah permainan. Disinilah tempat untuk anda mneguji kemahiran bermain games anda. Contohnya seperti permainan memanah, laser tag, wheel-of-fortune, whack-a-mole, basketball hoops dan sebagainya yang dapat mengisi seharian waktu anda di Genting. Ganjaran juga disediakan kepada yang mennag dalam permainan. 

Bagi anda yang datang bersama anak kecil pula, permainan yang bersesuaian turut disediakan seperti kereta api, carousel dan kereta mainan bertemakan haiwan. Tak kisahlah berapa pun usia anda dan keluarga, semuanya dapat merasai keseronokan yang luar biasa. 

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 12.00am) | Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuit Umum & Cuti Sekolah (9.00am – 1.00am)

Alamat: Vision City Video Games Park, Genting Grand

13. SeniKome Péng Hēng East Coast Arts & Cultural Centre

SeniKome Péng Hēng East Coast Arts & Cultural Centre

Manakala SeniKome Péng Hēng East Coast Arts & Cultural Centre ini pula merupakan tempat atau pusat kesenian dan budaya yang mendedahkan anda dengan keindahan seni budaya warisan turun-temurun di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan . Pahang dan Terengganu. ‘SeniKome’ bermaksud seni kita dan  Péng Hēng ini juga adalah bahasa klasik yang digunakan untuk merujuk kepada negeri di bahagian pantai timur semenanjung.

Terdapat pelbagai alat yang dipamerkan yang digunakan orang zaman dahulu dan masih lagi digunakan sampai sekarang seperti gong, wayang kulit , pembuatan batik , congkak wau , pakaian-pakaian zaman dahulu dan macam-macam lagi. Jika anda generasi X dan Y , maka sempatlah anda melalui zaman ini mengembalikan nostalgia lama. Unik. 

Waktu Operasi: 9.00am – 9.30pm

Alamat: Level 4, First World Plaza

14. World of Phalaenopsis (Orchid Farm)

World of Phalaenopsis (Orchid Farm)

sumber : http://www.greenhousegrower.com

World of Phalaenopsis adalah sebuah ladang orkid yang berkeluasan sekitar 6500 meter persegi. Ia merupakan ladang orkid Phalaenopsis atau orkid rama-rama yang terbesar di Malaysia. Warna orkid yang berwarna warni menceriakan lagi suasana ladang ini dengan kedinginan suhu membuatkan sesiapa saja yang menjejakkan kaki ke sini pasti akan terpukau. 

Terdpat 390 jenis orkid yang terdapat disini dan ia agak terkenal  di negara ini kerana kemampuannya untuk tahan lama dan mudah untuk dijaga. Disini juga akan anda pelajari tentang tips penjagaan orkid agar dapat tumbuh dengan mekar. Dapat pengetahuan baru kan , tak sia-sia pergi. 

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am -5.00pm)

Alamat: 100, Gohtong Jaya, Genting Highlands

15. Fashion Forest

 Fashion Forest

sumber : http://www.wljack.com

Fashion Forest ini dinamakan demikian kerana pihak pengurusan Fashion Forest mengesyorkan para pelawat untuk memakai pakaian yang cun walaupun untuk masuk ke dalam hutan bagi menggalakkan semua pelawat berkongsi pengalaman di media sosial. Sangat moden pihak pengurusan ni ye sebab mereka pun tahu sekarang zaman selfie , wefie dan macam-macam lagilah. Flora dan fauna disini pasti akan menjanjikan anda satu tarikan dan membuatkan anda ingin mengetahui dengan lebih banyak lagi. 

Bayaran Masuk: RM75 – RM130+

Alamat: Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands

16. Bona Cinemas

Bona Cinemas

sumber : http://www.shenzhenparty.com

Pawagam ini bukan pawagam yang biasa kita lihat di pusat membeli belah yang lain apabila mereka memberi kelainan dari segi teknologi moden. Buat masa ini, pawagam yang terletak di SkyAvenue ini memiliki 4 buah dewan panggung. Dewan panggung di sini dijangka akan ditambah lagi pada bulan Ogos 2018 dengan dewan VIP yang lengkap dengan 48 buah tempat duduk dan dewan teater IMAX dengan 250 buah tempat duduk.

Tiket wayang disini sedikit mahal kerana mereka memberi kualiti yang bagus untuk tontonan anda bersama teknologi kesan bunyi khas yang terbaru, Dolby Atmos. Macam seronok je. Jomlah cuba. Lagi-lagi jika tengok cerita Avengers , macam kita pula yang turut melawan penjahat. Hee

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 3.00)

Bayaran Masuk: Premium Seats RM22 | Executive Seats RM17 | Standard Seats RM16

Alamat: Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands

17. The Arena of Stars

The Arena of Stars

sumber : https://www.bigkl.com

Maka disini pula adalah tempat yang sering diadakan anugerah atau konsert yang berprestij di Malaysia dengan menyediakan sebanyak 5,000 tempat duduk. Contohnya konsert Sir Elton John, Black Eyed Peas, Michael Bolton, Il Divo, Cliff Richard, Michael Learns to Rock dan banyak lagi. Di sini juga pernah dijalankan majlis anugerah MTV Asia Awards 2008.

Amphitheater yang berkeluasan 45,000 kaki persegi ini memiliki sistem bunyi dan pencahayaan yang berteknologi tinggi. Nak rasa ? Tunggulah jika ada konsert ataupun anugerah yang akan diadakan disini lepastu cepat-cepat beli tiket. Kalau mereka itu artis kesayangan anda , memang lajulah korang beli tiket kan ? 

Alamat: Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands Resorts

Genting Highland memang tempat yang akan menjadi tumpuan ramai orang. Jadi tips paling penting adalah rancang perjalanan anda.

Kalau pergi musim cuti sekolah, sah memang penuh.
Kalau pergi hujung minggu pun penuh.

Leave A Reply

Your email address will not be published.