Mahu bercuti ke Cameron Highland? Tapi tak pasti apa tempat menarik di Cameron Highland? Kami kongsikan 15 tempat menarik di tanah tinggi Cameron Highland. Terus dan segar dari ladang =)
1. Big Red Strawberry Farm
Tempat ini sebagai Big Red Strawberry Farm sesuai dengan nama tempatnya. Ia adalah tempat penanaman strawberi dan anda berpeluang untuk memetik strawberi ini dan terus makan segar dari ladang.
Disini anda boleh melihat proses menjaga pokok strawberi ini bahkan anda juga boleh melihat kedai cenederamata , cafe dan kedai sayuran organik yang terdapat disini. Harga strawberi ini akan ditimbang dengan berat buah yang anda ambil. Jangan risau ia pasti berpatutan.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 6.00pm)
Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.
2. Ladang Teh Boh
Di Cameron Highland ini memang terkenal dengan laang teh yang luas di kaki bukit dan disinilah teh yang anda minum di rumah terhasil. Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.
Ladang ini berkeluasan 8 ribu ekar dan ia adalah ladang teh terluas di Asia Tenggara. Wow-kan ? Pemandangan yang sangat cantik ini memang sesuai untuk pengunjung lari dari kesibukan kota untuk menenangkan fikiran. Ini merupakan tempat wajib yang harus anda kunjungi.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
3. Cactus Valley
Cactus bukan sahaja boleh hidup di padang pasir dengan matahari yang terik, bahkna boleh juga hidup di kawasan bersuhu sejuk. Cactus Valley merupakan taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok kaktus. Kaktus juga mempunyai peminatnya sendiri. Kebanyakannya ramai orang yang suka menanam kaktus ini kerana ia senang dijaga berbanding pokok yang lain. Taman ini bahkan menjual pokok kaktus yang mana saja anda suka. Jadi rugi lah kalau tak beli satu kan ? Buat kenang kenangan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)
Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.
4. Taman Rama-Rama Kea Farm
Ini pula bagi penggemar rama-rama. Taman Rama-Rama Kea Farm ini terletak di Brinchang dimana tempat ini adalah tepat wajib apabila berkunjung ke Cameron Highland. Disini anda dan ahli keluarga boleh belajar tentang kehidupan rama-rama dan spesis-spesisnya. Selama ini kita tahu ia rama-rama je kan. Inilah masa untuk mengenali jennis spesis mereka ini. Selain itu, terdapat juga gelagat haiwan liar yang lain seperti biawak , serangga dan ular. Bunyi macam seronok je..
Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland
5. 5D Art Muzium
Biasa kita dengar adalah 4D sahajakan? Kali ini di Cameron ada menawarkan 5D Museum dimana lukisan 5D yang berlainan corak. Kepada kaki selfie tu bolehlah datang kesini. Pandai ambil gambar , mungkin akan nampak seperti di alam nyata. Haa jom lah apa tunggu lagi. Bawa anak-anak sekali. Mereka pasti akan teruja.
Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am-10pm)
Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland
6. Mossy Forest
Mossy Forest adalah hutan berlumut yang terletak di puncak Gunung Brinchang. Kecantikannya memang tidak terkata. Anda akan merasa seperti bukan berada di Malaysia. Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid.
Namun Mossy Forest ini tak dikenali sangat oleh pengunjung kerana laluannya yang sangat mencabar dan licin. Namun jika anda pendaki tegar, bolehlah datang ke sini dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni.
Lokasi: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland
7. Lavender Garden
Cameron Highland adalah yang pertama yang menawarkan pengunjung untuk melihat dan menikmati sendiri kecantikan bunga lavender. Kawasan ini tidak besar mana namun lumayan untuk sesiapa yang sukakan tanaman dan bunga-bunga. Cantik untuk mengambil gambar. Tak perlu lah ke luar negara untuk melihat bunga kan. Disamping itu, terdapat juga jenis bunga yang lain selain daripada lavender.
Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am) | Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.
8. Rose Centre
Jika tadi adalah ladang bunga Lavender , ini pula bunga ros pula. Memang bunga sejenis ini akan mekar dan subr hidup jika kawasan yang bersuhu rendah sebegini. Cuba bawa balik ke Kuala Lumpur , tak sempat seminggu bunga dah layu. Rose Centre Kea Farm ini terletak 3.5 km dari pekan Brinchang. Penggemar bunga ros bolehlah siap-siap datang ke sini.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00am)
Lokasi: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland
9. Pasar Malam Pekan Brinchang
Pasar Malam ini merupaka pasar malam paling popular di Cameron Highland. Disitu anda boleh menikmati dan memilih apa sahaja yang anda mahu dengan harga lebih murah. Pandai tawar-menawar lagi murah anda dapat. Kebiasaannya saya suka membeli jagung dan ubi keledek disitu kerana lebih manis untuk dimasak di rumah. Buat bubur jagung sedap juga kan? Buah-buahan segar, sayur-sayuran, cenderahati, makanan-makanan dan macam-macam lagi yang boleh buat anda tidak keruan melihatnya.
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
10. KHM Strawberry & Jam
Istimewanya tempat ini kerana ia adalah kebun strawberi yang pertama yang diusahakan oleh orang Melayu di Cameron Highland ini. Selain memberi tawaran untuk makan strawberi dengan segar, ia juga ada menjual jam strawberi, waffle bersama aiskrim starwberi dan yang istimewanya adalah aiskrim yang mereka buat sndiri. Cuba dulu baru anda tahu kelazatannya macam mana.
Masa : 8.30 am - 6 pm ( Rabu Cuti )
Lokasi : Kampung Taman Sedia, Tanah Rata , 39000 Cameron Highland Pahang.
11. Ladang Anggur Bertam Valley
Selain Strawberi , disini juga terdapat ladang anggur. Namun jika hendak ke sini pastikan anda memeriksa musim buah dahulu kerana kebiasaannya buah anggur akan berbuah sekitar bulan Mac dan September sahaja. Sama konsep seperti ladang strawberi tadi , anda boleh memetik buah anggur anda sendiri dan timbang untuk dibayar. Harga sekitar RM20-RM25 sekilo. Seronok kan boleh tengok buah anggur yang masak ranum sebegini.
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi : Jalan Sungai Royang , Ringlet (6KM dari shell di Simpang Ringlet) Cameron Highland
12. Avant Chocolate
Ramai yang belum tahu kewujudan Avant Chocolate ini dimana tempat ini adalah syurga bagi penggemar coklat. Disini ada menyediakan kek, dessert, aiskrim dan bermacam-macam jenis coklat. Ia adalah tempat wajib yang patut anda singgah dan lihat apa yang mereka tawarkan disini. Pasti menyesal jika tak singgah. Kata orang , kek strawberi nya sedap. Haa bolehlah cuba kan.
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm
13. Nasi Lemak Sambal Strawberry
Ini mungkin bunyi pelik sedikit kerana di sini ada menawarkan sambal strawberi bersama nasi lemak. Kena ke tak dengan selera kita belum tahu lagi selagi tak cuba. Mana tahu lepas cuba sekali sangkut nak lagi kan. Ini dikatakan viral dengan keunikannya itu. Tapi jangan risau disini juga ada menyediakan makanan yang lain seperti makanan ala thai dan makanan barat.
Waktu Operasi : 8.00 am – 8.00 pm
14. Pasar Kea Farm
Pasar Kea Farm ini juga ada menawarkan pelbagai ole-ole yang menarik untuk dibawa pulang. Dapat lagi murah jika anda pandai tawar menawar. Barangan kraftangan orang tempatan, bantal strawberi, gula-gula dan macam macam lagi yang dapat diperolehi disini. Bolehlah beli buah tangan untuk dibagi kepada kawan-kawan sekerja dan keluarga.
Waktu Operasi : 8.30 am – 6.00 pm
15. Taman Agro Teknologi MARDI
Taman Agro Teknologi MARDI merupakan tempat tumpuan yang sering menjadi tarian pengunjung kerana disini terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan. Yang menariknya adalah tepat ini merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis. Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata. Lenguh juga kaki kalau nak pusing semua tempat.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm) | Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm) | Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.
Menarikkan Cameron Highland ini? Andai sesiapa yang bercadang untuk bercuti tahun ini namun tidak tahu lagi harus kemana, kami harapkan panduan ini berguna untuk anda.
Secara mudahnya, Cameron ini tempat yang berbaloi untuk dilawati kerana suhunya yang sejuk dan pemandangan yang indah.