fbpx

30 Tempat Makan Best di Kuala Lumpur (WAJIB PERGI)

Selain syurga beli belah, Kuala Lumpur juga terkenal kerana ada banyak tempat makan menarik! Kesemua tempat makan di KL ini best-tah!

Kali ini saya nak berkongsi 30 tempat makan yang mesti dikunjungi terutamanya bagi anda yang kali pertama menjejakkan kaki ke ibu negara Malaysia ini.


1. Restoran Satay Zaini

satay zaini

sumber : http://www.zainisatay.com/

Bagi penggemar satay anda boleh cuba Restoran Sate Zaini yang terletak di alamat Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Kuala Lumpur.

Satay Zaini bukan sahaja pernah muncul di dalam rancangan Jalan – Jalan Cari Makan malah turut mendapat pujian dari selebriti terkemuka seperti Dato’ AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Daging sataynya sangat lembut dan sedap. Boleh cuba nanti di jalan Kolam Ayer Lama. 


2. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

mee tarik

sumber : https://www.segamatpeople.my/blog/2017/01/31/mee-tarik-warisan-asli/

Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini pula terletak di Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Restoran ini menyediakan masakan cina Muslim dan mula beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 10 malam.

Pengasas restoran ini, Encik Hassan yang berasal dari negara China telah memulakan perniagaan sejak 3 tahun lalu dan telah mempunyai 7 cawangan di Malaysia. Mee Soup With Braised Beef merupakan menu utama restoran ini dan China Ba Bao Tea merupakan minuman istimewa di restoran ini. Tapi jangan risau, banyak lagi menu lain yang disediakan. 


3. Restoran Sambal Hijau

sambal hijau

sumber : http://ibusyurga.blogspot.com/2018/04/makan-sedap-di-kl-aduh-laparnya-ini-10.html

Restoran Sambal Hijau merupakan restoran yang terletak di Lot 2990, Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara,  60000 Kuala Lumpur. Restoran ini mula beroperasi  dari jam 7 pagi hingga 2 pagi .

Restoran ini menjadi pilihan ramai kerana kepelbagaian pilihan di mana hampir 80 jenis lauk–pauk, sayur– sayuran, ulam–ulaman, pencuci mulut dan kuih – muih. Pilih saja nak makan apa, semua ada. Malah, kemudahan ruang parking yang disediakan juga dapat memudahkan pelanggan  untuk menjamu selera di restoran ini.


4. Restoran Dapur Sarawak

dapur sarawak

sumber : https://www.havehalalwilltravel.com/blog/10-must-try-halal-eateries-in-kl-for-your-dinner-fix-under-rm30/16-restoran-dapur-sarawak-flatlay/

Bagi penggemar masakan Sarawak pula, bolehlah mengunjungi  Restoran Dapur Sarawak yang terletak di No.19 Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Shah Alam Seksyen 7, 53000 Kuala Lumpur. Bagi penduduk Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur tidak perlu risau jika merindui hidangan asli mereka kerana restoran ini menyediakan masakan orang Sarawak.

Restoran ini dimiliki oleh pelakon Mahmud Ali Basha. Mula beroperasi pada penghujung 2008. Antara menu yang menjadi tarikan pengunjung sebagai tempat makan best di KL adalah laksa Sarawak di mana laksa nipis atau bihun di dalam kuah laksa yang berlemak dilapisi dengan udang, ayam dan telur pasti menggamit rasa yang enak. Baca saja sudah terliur apatah lagi jika pergi cuba sendiri. 


5. Muhibbah Seafood

muhibah

sumber : http://www.foodadvisor.my/kuala-lumpur/muhibbah-seafood-restaurant-taman-tun-dr-ismail/menu

Muhibah Seafood Restaurant merupakan restoran yang menyediakan pelbagai menu Thailand yang popular yang diambil segar dari laut. Antara masakan yang popular sudah semestinya Tomyam Thailand yang menjadi igauan peminat masakan Thailand. Tomyam sudah sebati dengan perut orang Malaysia walaupun pada asalnya makanan itu berasal dari Thailand.

Selain itu, tauhu masak San Kong juga menjadi salah satu tarikan utama di restoran ini. Restoran ini mula beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.


6. Restoran Raso Omak Den

omak den

sumber : http://kamkammakan.blogspot.com/2015/02/restoran-raso-omak-den-at-pv-128-setapak.html

Selain itu, Restoran Raso Omak Den yang terletak di Taman Melawati , 53100 Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan ramai kerana keenakan masakan Melayu Asli. Restoran ini menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelanggan yang menggemari masakan pedas yang terdiri daripada masakan orang Negeri  Sembilan. 

Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan layanan yang diberikan berjaya menarik ramai pelanggan untuk menjamu selera di sini. Antara masakan yang disajikan ialah Daging Salai Masak Lemak, Sambal Tempoyak Daun Kayu dan Ikan Bakar.


7. Restoran Kaw’d

kaw d

Bagi penggemar masakan barat, Restoran Kaw’d merupakan tempat makan yang paling sesuai untuk dikunjungi kerana menyediakan burger bakar yang enak. Daging burgernya yang dibuat sendiri sudah pasti mempunyai bahan rahsia. 

Burger yang disediakan mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu dari segi saiz nya yang besar di samping mempunyai pelbagai pilihan menu barat yang lain seperti meat ball, aneka pasta dan sebagainya.


8. Asam Pedas Sejati Melaka

asam pedas

Seterusnya tempat makan menarik yang boleh dikunjungi  ialah Asam Pedas Sejati Melaka yang terletak di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Restoran ini menjadi tarikan utama kerana menyediakan masakan asam pedas yang  sangat sedap.

Pelanggan juga perlu memilih ikan yang hendak dimakan dan seterusnya pekerja restoran akan masakkan pada masa itu juga. Set asam pedas itu juga disertakan dengan ulam, nasi dan telur asin. Memang favourite lah. 


9. The Khan Mongolian Restaurant

the khan

sumber : https://my.openrice.com/en/klangvalley/r-the-khan-mongolian-restaurant-setapak-chinese-steamboat-r459063

Restoran ini terletak di Waterfront Ampang dan dibuka dari jam 5 petang sehingga 2 pagi. The Khan Mongolian Restaurant juga merupakan salah satu tempat makan yang menjadi tarikan pengunjung yang meminati makanan seafood/BBQ.

Selain itu, ada macam–macam hidangan ala–ala Mongolia seperti sup Tomyam dan sup pedas yang turut menjadi tumpuan ramai. Ajak kawan-kawan lepak makan  di sini.


10. Restoran  Ewa Chinese Cuisine

ewa

sumber : www.friedchillies.com

Restoran  Ewa Chinese Cuisine yang terletak di Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 6000 Kuala Lumpur juga merupakan salah satu tempat makan menarik di KL yang wajib dicuba. Restoran ini terkenal dengan masakan Cina halal.

Antara menu popular yang disajikan ialah ikan siakap hitam masak steam, kari kepala ikan, butter prawn,  cantonese mee, kum heong dan ketam bunga cili padi.


11. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

wanjo

Nasi lemak memang hidangan kegemaran orang Malaysia. Sedap di makan setiap masa. Sampai naik jerawat sebab banyak makanan berlemak.

Apabila tiba di Kuala Lumpur, datanglah ke kedai Nasi Lemak Wanjo yang berada di Kampung Baru. Kedai ini di buka 2 waktu. Awal pagi dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sesuai untuk mereka yang nak sarapan. Waktu terbaik untuk singgah makan adalah selepas subuh!


12. Restoran Rosdet Tomyam

rosdet

sumber : http://www.vkeong.com/eat/restoran-rosdet-tomyam-kampung-baru-kl/

Restoran ini terkenal dengan menu tomyam. Hidangan wajib! Restoran ini terletak di 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 2.30 petang sehingga lewat pagi 1.30 pagi.  Kalau nak booking, telefon: 016-908 2454.


13. RSMY Best Cheese Naan

naan cheese

sumber : http://www.jelajahmaya.com/rsmy-best-cheese-naan-tarik-tak-putus/

Tiap hari siang malam makan nasi pun bosan juga. Sesekali nak juga makan roti canai. Satu tempat best untuk "comfort food" ialah RSMY CheeseNaan di KL.

Memang sedap roti nan cheese di sini. Kuantiti keju yang ada dalam roti ni memang banyak. Cicah pula dengan kuah kari yang pekat. Memang sedap.

Kedai ini di buka dari jam 11 pagi. Tapi biasanya ramai orang akan lepak makan dan sembang-sembang disini selepas balik kerja.


14. Nasi Lemak Saleha

nasi lemak

sumber: https://www.tripadvisor.com.my/LocationPhotoDirectLink-g298570-d9609623-i255504658-Nasi_Lemak_Saleha-Kuala_Lumpur_Wilayah_Persekutuan.html

Satu lagi destinasi pilihan warga kota untuk makan sedap di Kuala Lumpur, terutama bagi peminat nasi lemak. Nasi lemak sotong sini sangat sedap. Roti canai pun boleh tahan. Banyak pilihan juadah lagi. Di waktu petang siap ada jual pisang goreng.

Pekerja di restoran ini ramah dan mesra pelangan. Restoran ini letaknya di No. 8, Jalan Seri Rejang 5, Pusat Perindustrian Sri Rampai, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Waktu perniagaan di buka setiap hari daripada jam 7 pagi sehingga 1 pagi.


15. Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai

gobang

Buat peminat ikan patin masak tempoyak, tak perlu pergi jauh jauh ke Pahang untuk menikmati rasa isi ikan yang putih lembut. Ada tempat makan best di KL untuk peminat hidangan ini. Kuahnya pekat dan melekat. Macam biasa, bila sedap ramai pelanggan, lauk cepat habis. Mujur parking senang cari. 

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari 11.30 pagi hingga malam. Telefon: 017-379 6555


16. Sup Tulang Janda Baik

sup tulang

sumber : http://mamihakim.blogspot.com/2012/05/sup-tulang-janda-baik.html

Di Kuala Lumpur ini, banyak tempat menjual sup tulang, tapi tak banyak yang sedap macam Restoran Sup Tulang Janda Baik. Sup tulang ini adalah hasil resipi turun temurun. Sekali makan pasti nak lagi.

Restoran ini berada di Pudu. Cuma lokasi kedai ini agak tersorok. Jadi boleh hubungi terus 017-306 8475.


17. Restoran Rebung Dato Chef Ismail

rebung

sumber : http://supermengmalaya.blogspot.com/2016/09/jom-makan-restoran-rebung-dato-chef.html

Restoran makan yang di usahakan oleh chef celebriti terkenal di negara kita ini. Respon pengunjung memang berpuas hati dengan makanan di sini. Memang layaklah untuk masakan dari Chef dan stafnya. Waktu terbaik untuk kunjungan: Siang malam boleh. (Malam ramai).

Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Telefon: 03-2276 2525


18. Fiske Steakhouse

steak

Siapa yang minat makan makanan barat seperti stik, chicken chop dan sebagainya, maka wajib singgah di sini. Makanannya terbaik. Di tambah servis pantas walaupun ramai orang.

Restoran ini dibuka jam 2 petang dan terletak di Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor. Waktu perniagaan: Di buka setiap hari kecuali hari isnin. Telefon: 017-212 1649


19. Restoran Murni

murni

Selain dari SS2 Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery juga mempunyai 6 outlet lain, antaranya di Aman Suria, USJ, Sunway Mentari, Kepong, Bukit Jalil, Bandar Sri Permaisuri Cheras dan Shah Alam.

Restoran Murni ini pernah viral satu ketika dahulu. Kenapa? Haa, kalau mahu dapatkan jawapannya, mesti kunjungi dan rasa sendiri makanan di restoran ini.


20. Restoran Mee Kari Udang Galah

mee kari 3

Restoran Mee Kari Udang Galah Resipi Haji Saharudin (RHS) ini terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras. Lokasinya di bawah pejabat Koperasi Pengusaha Melayu Kuala Lumpur Berhad (KPMKLB) kerana ia merupakan restoran yang di kendalikan oleh Yang DiPertua KPMKLB iaitu Tuan Haji Saharudin Mohd Noh.

Berdasarkan review yang pernah kami baca sebelum ini, rata-rata mengatakan makanan di sini sememangnya mempunyai kelas tersendiri. Sedap, kata mereka.Tarikan utama restoran ini ialah hidangan mee kari udang galah yang mempunyai saiz dari sederhana hingga XL.


21. Warung Satay Mak Long & Cafe

warung

sumber : http://janesfoodsteps.blogspot.com/2012/05/warung-satay-cafe-mak-long.html

Kata pelanggan yang pernah datang ke sini, Satay Mak Long ini sangat sedap. Tiada tandingan. Lebih-lebih lagi makan bersama kuah kacangnya.

Jadi, rugilah kalau siapa yang lalu tapi tidak singgah untuk merasa. Warung Satay Mak Long ini terletak di Jalan Puchong. Nombor Telefon : 014-967 4507.


22. Restoran ZK

zk 2

sumber : https://www.hungrygowhere.my/kuala-lumpur/restoran-zk-at-jalan-kampung-attap/photo/5a110000

Restoran ZK ni terkenal dengan Kari Kepala Ikan. Pelanggan memang sentiasa ramai lebih-lebih lagi waktu tengah hari.

Selain Kari Kepala Ikan yang kaw, restoran ini juga terkenal dengan menu ayam madu. Rasanya sedap dan lazat. Boleh cuba nikmati. Di No 76 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.


23. Mash Nasi Ayam

mash

sumber : https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-kl-jjcm/

Nasi Ayam Mash ini istimewa berbanding nasi ayam yang biasa kita beli sebab nasi dia lebih berlemak dan ayamnya sangat lembut. Satu bungkus nasi Ayam ini hanya RM4.00. Murahkan? Mana nak dapat nasi murah dan sedap macam ini di KL. 

Nasi Ayam Mash ni bertempat depan Masjid Al-Akram Datuk Keramat yang berdekatan dengan Sekolah Rendah Datuk Keramat.


24. Moon's Kitchen

moon

sumber : http://eatdrinkkl.blogspot.com/2015/03/moons-kitchen-putra-heights.html

Moon's Kitchen ini pula terkenal dengan Udang Galah. Menu kebanggaan Moon's Kitchen ini adalah Udang Boston(RM22.90 setiap 100 gram). Apabila tengok saja juadah di sini , memang terliur habislah. Kebanyakan makanan di sini lebih kepada makanan barat.

Bertempat di No 10 Medan Selera Pandan Indah , Pandan Indah KL. Telefon : 03 5887081.


25. The Canteen By Chef Adu

adu

sumber : http://www.butterkicap.com/food-journeys/7-tempat-makan-dataran-merdeka

Bagi mereka yang inginkan suasana nostalgia Malaysia, The Canteen by Chef Adu merupakan salah satu tempat yang harus di lawat. Lokasi strategik The Canteen hanya perlukan anda berjalan 5 minit sahaja dari Dataran Merdeka.

Mereka yang gemar atau mencari makanan Johor pasti akan menghargai restoran yang unik ini kerana menghidangkan menu-menu yang berpaksikan kepada makanan Johor asli seperti mee bandung muar, laksa johor serta soto Johor.


26. Santa Chapati House KL

santa

Jika anda mahukan sesuatu sebelum sambutan kemerdekaan dan inginkan chapati serta kuah kari yang beraroma, Santa Chapati house ialah gerai untuk anda.

Terletak di Jalan Tun HS Lee (berhadapan dengan LOKL Coffee Co), gerai chapati ini pasti akan dipenuhi dengan pelbagai orang apabila tengah hari menjelang.

Gerai yang sudah dibuka lebih kurang 25 tahun yang lalu, bukan sahaja menjual chapati tetapi mereka turut menghidangkan roti canai dan kuah dhal yang penuh nikmat. Kami turut mengeyorkan anda untuk merasai kari kambing mereka.


27. Ngopi Ngopi Cafe

ngopi

sumber : http://feldaredong.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/249-ngopi-cafe

Senarai yang berikutnya ialah Ngopi Ngopi Cafe. Mereka yang gemarkan suasana yang tenang dan tidak jauh dari Dataran Merdeka, Ngopi Ngopi Cafe antara tempat yang boleh anda terokai.

Ngopi Ngopi Cafe menjual aneka ragam makanan dari nasi beriyani ayam ke laksa sarawak. Mereka yang mahu makan sarapan pagi atau mungkin makanan tengah hari, tempat ini adalah untuk anda.

Selain itu, mereka turut menghidangankan itik pangang kepada mereka yang mengemari daging itik. Mereka yang mahukan sesuatu yang pantas dan sedap, Ngopi Ngopi Cafe untuk anda. Lokasi spesifiknya adalah di 1, Jalan Kuching, Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.


28. Nasi Ayam Ipoh

sumber : http://www.aziekitchen.com/2011/12/nasi-ayam-ipoh-yang-sedap.html

Nasi Ayam Ipoh merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan hari ramai apabila mengunjungi gerai ini. Rasa nasi ayamnya luar biasa lazat dan sedap. Memang memikat. Orang kata sepinggan tak cukup!

Restoran ini hanya 6 minit dari Dataran merdeka. Dibuka dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.


29. Medan Selera, Jalan Masjid India

medan

sumber : http://zuldean08.blogspot.com/2014/01/makan-tengahari-di-jalan-masjid-isdia.html

Medan Selera di Jalan Masjid Jamekini merupakan tempat yang wajib dicuba! Ada banyak gerai dan pilihan. Orangnya memang ramai.

Ada ikan bakar, ayam goreng bakar, nasi campur dan macam-macam lagi. Medan selera ini beroperasi sewal jam 9 pagi sehingga 6 petang.


30. Mansion Tea Stall

mansion

sumber : http://www.butterkicap.com/food-journeys/7-tempat-makan-dataran-merdeka

Restoran pilihan terakhir sekali adalah Mansion Tea Stall. Restoran ini cukup terkenal dengan roti canai banjirnya. Kebiasaannya Mansion Tea Stall menjadi pilihan pelanggan untuk singgap bersarapan. Restoran ini letaknya berhampiran Masjid India.

Saya cadangkan makan roti canai banjir ini bersama teh tarik kaw!


Kesimpulan

Kuala Lumpur ini memang syurga makanan! Selepas makan, pergi pula jalan-jalan dan beli belah. Satu tip penting dalam mencari makanan di Kuala Lumpur ini adalah pastikan anda memilih restoran yang bersih.

Elakkan makan di tempat yang kotor dan tidak terjaga kebersihannya. Selamat menjamu selera =)

Leave A Reply

Your email address will not be published.