fbpx

7 Resepi MIANG PLA PAO (Ikan Bakar Garam) Viral, Simple Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi MIANG PLA PAO, yang juga boleh difahami sebagai Ikan Bakar Garam. Sajian ikan yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau istimewa. Masakan miang pla pao juga dihidangkan dengan aneka makanan laut dibakar/panggang. Memandangkan ianya juga tidak digoreng, ianya amat sesuai untuk orang yang sedang diet, atau ingin mengurangkan berat badan. Juadah ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada pesakit diabetes. Jadi jom, kita mengamalkan pemakanan yang lebih sihat!

Resepi Miang Pla Pao Versi Ikan Siakap Yang Awesome!

Resepi Miang Pla Pao Versi Ikan Siakap Yang Awesome!

Resepi Miang Pla Pao Versi Ikan Siakap Yang Awesome!: Sumber suekeyrecipe

Bahan Sos Hijau Thailand

  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang akar  daun pakci@ketumbar*
  • 1 sudu kecil garam kasar*
  • 25 biji cili padi hijau*
  • 4 sudu gula (boleh guna gula kabung)
  • 5 asam limau

Cara-cara:

  1. Semua bahan bertanda * ditumbuk sehingga hancur.
  2. Masuk kan gula dan asam limau. 
  3. Gaul sehingga sebati 
  4. Last sekali masukkan daun ketumbar@pakci yang dihiris halus. 

Bahan Sos Merah:

  • 10 biji cili merah (cili besar)
  • 4 ulas bawang putih 
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka epal – (cuka biasa pon ok)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar pati sunquick
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus. 
  2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk or apa-apa alatan yang you all nak guna untuk memasak. 
  3. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air. 
  4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat.
  5. Perasa garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.

Penyediaan Ikan:

  1. Boleh guna ikan talapia. Kalau tak ada ikan lain pon boleh. Saya guna siakap. 
  2. Gaul garam kasar dan bakar. 
  3. Atau pon boleh goreng sahaja. Gaul garam kunyit, bawang putih tumbuk dan tepung jagung sikit.

Resipi Miang Pla Pao & Sos Hijau Thai

Resipi Miang Pla Pao & Sos Hijau Thai.

Resipi Miang Pla Pao & Sos Hijau Thai

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia – dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan Udang, Sotong, Kerang:

  • Udang secukupnya
  • Sotong secukupnya
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • Garam secukupnya
  • Kerang rebus

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, halia, garam dan kunyit.
  2. Lumurkan pada ikan tilapia yang sudah dibersihkan hingga rata.
  3. Panaskan minyak sdan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  4. Jika tidak suka tilapia, boleh juga guna ikan siakap.
  5. Untuk perapan sotong dan udang, tumbuk bawang putih, halia dan garam.
  6. Gaulkan pada sotong dan udang. Perap seketika.
  7. Kemudian bakar sotong dan udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  8. Untuk menikmati, susun ikan, sotong bakar, udang bakar, kerang rebus, bahan-bahan sampingan dan juga semua sos di dalam dulang atau bekas besar.
  9. Sedia untuk dinikmati.

Bahan Sos Hijau:

  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 5 biji limau nipis dan limau kasturi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan sos plam
  • 1 akar ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bersihkan semua bahan dan tumbuk hingga lumat.
  2. Rasa dan tambah garam serta gula untuk menyedapkan rasa. Boleh ubah suai bahan ikut cita rasa masing-masing.

Bahan Sos Thai: (boleh juga dimakan bersama daging bakar)

  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu sos plam
  • 1 sudu air suam
  • 1/2 cili flakes
  • (Kisar)

Bahan Sampingan:

  • Daun ketumbar dihiris
  • Mihun@Suhun
  • Salad

Resepi Miang Pla Poa Homemade

Miang Pla Poa Homemade

Miang Pla Poa Homemade: Sumber idadamia

Bahab Miang Pla Poa Homemade:

  • Ikan Talapia (Goreng garing ye tapi jangan sampai hangus)
  • Tepung bestari
  • Tepung jagung
  • Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. First, ikan dibasuh bersih-bersih dan kak mek lumur dengan tepung bestari, sedikit serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung. Kemudian goreng garing sampai masak. Ketepikan.

Bahan Sos:

  • Cili padi 
  • Lada merah/hijau
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Gula Melaka/nise
  • Akar daun ketumbar
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Caranya, blend kan semua dan sesuaikan rasa dengan tekak masing-masing. Boleh kurangkan cili padi jika tak nak pedas sangat ye.
  2. Kemudian, hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos.
  3. Boleh juga tabur bijan sebagai hiasan pada sos. Sangai la dulu kejap bijan tu.

Bahan ulam-ulaman:

  • Daun salad
  • Timun batang
  • Tomato

Resepi Miang Pla ( Wrapped fish)

Miang Pla ( Wrapped fish)

Miang Pla ( Wrapped fish): Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan Seafood:

  • Ikan Siakap (pla)
  • Udang
  • Kerang
  • Sotong

Cara-cara:

  1. Ikan siakap dibersihkan, kelar dan gaul dengan garam dan lada sulah.
  2. Taburkan/gaulkan dengan tepung jagung sebelum digoreng dengan minyak yang banyak.
  3. Udang, sotong dan kerang boleh direbus atau dikukus hingga masak.

Bahan-bahan Sos Thai:

  • 2-5 biji cili padi- boleh tambah/kurang
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai ketumbar-hiris
  • 2 sudu besar sos ikan- boleh guna garam
  • 2 biji limau nipis- ambil airnya
  • 2 sudu gula Thai- boleh guna gula pasir 

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi, bawang putih dan ketumbar hingga lumat.
  2. Bancuh/gaulkan dengan sos ikan, limau nipis dan gula.
  3. Masukkan hirisan daun ketumbar. Siap.
  4. Hidangkan dengan sayur-sayuran yang sesuai dan suhun/mihun.

Resepi Miang Pla Pao

Miang Pla Pao

Miang Pla Pao: Sumber Dapur Kim

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap / tilapia merah, cuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam serbuk kunyit dan tepung jagung, saya gorengkan ikan. Ikan boleh dipanggang / digoreng / dikukus. 

Bahan Sos:

  • 15 biji cili padi hijau, guna 8 biji
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ~ 4 akar ketumbar 
  • 2 sudu besar gula palm
  • Air masak anggaran
  • Daun ketumbar, racik atau ditumbuk/kisar sekali
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan
  • Seasonings 
  • 3 sudu besar jus limau nipis, guna 3 biji

Bahan Sampingan:

  • Timun
  • Laksa siam, mee hoon, suhun dicelur
  • Daun selasih
  • Daun pudina

Cara Membuat Sos:

  1. Tumbuk lumat atau kisar dengan blender. Saya guna pengisar. 
  2. Letak semua bahan sos kecuali daun ketumbar dan tumbuk/kisar. Saya kisar sekali daun ketumbar, kecuali jus limau. 
  3. Air masak saya guna dalam 2 sudu besar. 
  4. Rasa dulu, sos harus ada rasa pedas dan manis. 
  5. Kacau sebati, masukkan daun ketumbar yang diracik jika tidak diblend, sebelum dibubuh dalam mangkuk hidangan. 
  6. Hidangkan Miang Pla Pao bersama daun salad, timun, daun pudina, daun selasih.  Laksa siam, mee hoon atau suhun yang dicelur.

Nota:

  • Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam sahaja. 
  • Ikan boleh diganti dengan sotong atau udang Bakar. 

Resepi Siakap Miang Pla Yang Mudah Dan Sedap!!

Resepi Siakap Miang Pla yang mudah dan sedap!!

Resepi Siakap Miang Pla Yang Mudah Dan Sedap!!: Sumber Mama Tisya

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap di goreng garing
  • salad
  • timun

Nota:

  • **yang kat kedai viral ada bahan-bahan lain lagi macam daun pudina, meehoon tapi saya just guna salad & timun je dan sos cicah tu cili hijau tapi tak ada.. So saya buat sos thai je ..yummyyyy!
  • ** selain ikan siakap, boleh juga guna ikan talapia.

Bahan Sos Pencicah:

  • cili padi 8 tangkai – ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 3 sudu gula
  • 2-3 biji limau nipis
  • daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Saya buat tak letak daun ketumbar sebab tak ada.
  2. Ganti dengan daun sup. Sos tu bila dah kacau-kacau semua bahan, balance kan rasa pedas, manis, masam, masin.

Resipi Miang Pla Pao Padu! Mudah Sangat Cara Buat Rupanya

Resipi Miang Pla Pao Padu! Mudah Sangat Cara Buat Rupanya

Resipi Miang Pla Pao Padu!: Sumber Sinar Harian

Bahan-bahan:

  • Suhun atau bihun
  • Ulam-ulaman (salad, timun, tomato)
  • Ikan talapia

Bahan Sos Hijau:

  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili padi. Guna yang hijau 30 biji baru padu
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar dan akarnya

Cara-cara:

  1. Suhun atau bihun direbus.

  2. Kelar sikit ikan tilapia di kedua-dua sisi. Lumur garam sikit. Goreng atau bakar. Terpulang nak garing ke tidak. *Jika dibakar, tidak perlu dibuang sisiknya

  3. Blender semua bahan sos. Masukkan sedikit air. Blender agak-agak lumat. Masukkan dalam mangkuk. Tambah garam dan gula ikut selera masing-masing. Hiris daun ketumbar tabur dalam mangkuk.

  4. Susun semuanya ulam, suhun atau bihun dan ikan dalam pinggan.

Resepi Miang Pla Pao (Ikan Bakar Thailand)

Resepi Miang Pla Pao (Ikan Bakar Thailand)

Resepi Miang Pla Pao (Ikan Bakar Thailand): Sumber Eila Rostam

Bahan-bahan untuk ikan bakar:

  • 1 ekor ikan (siakap/talapia/haruan/keli/merah/jenahak/bawal atau apa – apa ikan yang sesuai, daging bakar pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan garam halus 
  • Sedikit air untuk bancuh bahan lumur – lumur
  • 3 batang serai dititik
  • 4-5 helai daun limau purut dicarik – carik
  • 1 helai daun pandan dicarik – carik

Bahan-bahan untuk sos:

  • 7 biji cili hijau
  • 7 biji cili padi (optional)
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja, kalau suka masam boleh tambah lagi)
  • Batang daun ketumbar (ikut kuat bau dan rasa yang kita nak, ada org tak suka boleh kurangkan)
  • 3 sudu sos ikan (atau ikut sesuai rasa masin masing – masing)
  • 3-4 sudu gula melaka (ikut sesuai rasa manis masing – masing)
  • Air sedikit utk dikisar halus

Bahan hidangan:

  • Suhun yang dicelur
  • Salad
  • Timun
  • Daun selasih (jika ada)
  • Daun ketumbar
  • Carrot dll yang sesuai

Cara-cara memasak ikan bakar:

  1. Selepas ikan dibersihkan, sumbat semua bahan rampai ke dalam perut ikan dan mampatkan.
  2. Kemudian satukan garam, tepung dan sedikit air dan sebatikan. Jangan bancuh ye, jadikan mcm bread crumbs.
  3. Lumur badan ikan dengan adunan garam depan dan belakang. Sisik ikan jangan dibuang masa disiang, biarkan sahaja.
  4. Apabila sudah lumur sekata, boleh bakar dlm air fryer (sekiranya tiada air fryer, pakai ketuhar pun boleh, bakar atas dapur pun boleh, pakai arang pun boleh. Lagi sedap) Tidak perlu spray minyak ke apa, bakar macam tu je. Jangan risau pasal ikan tu masin ke apa, memang tak masin pun isi ikan tu. Sebab kita tak pakai kulit ikan tu. Hanya gunakan isinya sahaja.
  5. Sebelum nak bakar, pre heat dulu air fryer/ketuhar dalam 5 minit pada suhu 200°C.
  6. Apabila sudah panas, boleh masukkan ikan dan bakar dalam masa 15-20 minit atau sampai bahan lumur ikan tu perang.
  7. Kemudian, boleh keluarkan dan ketepikan dulu.

Cara-cara memasak sos:

  1. Campurkan semua bahan – bahan itu dan kisar sampai halus dan sebati, rasa sos tu nanti akan kuat rasa bawang putih, ketumbar, limau nipis, masin dan manis.

Penutup

 Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah masakan thai ini. Keistimewaan dan keunikan rasanya mampu membangkitkan selera. Anda juga boleh cuba Resepi Kerabu Bayam Brazil.

Leave A Reply

Your email address will not be published.