fbpx

Petua Mudah Hamil

Saya ingin berkongsi 13 petua mudah hamil. Petua-petua ini saya ambil dari macam-macam sumber dan saya kumpulkan di sini. Petua-petua ini adalah satu ikhtiar bagi setiap pasangan yang mahu mendapatkan zuriat. InsyaAllah semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

1.  Makanan Berpucuk

makanan berpucuk

Bagi kaum suami, banyakkan ambil sayur yang berpucuk seperti taugeh kerana ia sejenis sayuran penyubur sperma. Kualiti sperma akan akan menjadi lebih sihat dan tidak lemah. Malah kesihatan diri juga lebih terjamin kerana sayuran itu sendiri bagus. Boleh dijadikan ulam dalam makanan anda namun jika anda seorang yang susah untuk makan sayur secara mentah , gorengkan supaya rasa yang lebih menarik.

2. Buah-Buahan

buah-buahan

Salah satu buah penyubur sperma yang berkualiti adalah buah naga.  Buah naga adalah sejenis buah yang mengandungi flavanoid dan nutrisi-nutrisi lain untuk memberikan kesihatan yang baik untuk para lelaki. Tidak kira buah naga merah ataupun putih, sama sahaja khasiatnya namun jika ingin dibandingkan buah naga warna merah lagi enak dan manis. 

3. Tenusu Penuh Lemak

tenusu

Kepada sesiapa yang menginginkan anak dengan lebih cepat, ambil produk tenusu yang akan memudahkan anda untuk mengandung. Tambahan lagi susu diperkaya dengan vitamin D dimana nutriennya sukar diperoleh untuk pengeluaran hormon seks. 

4. Kacang dan biji

kekacang

Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah antioksidan yang akan memainkan peranan dalam pengeluaran tenaga dalam setiap sel dalam badan termasuk telur. Contohnya kacang biji wijen, kacang tanah dan pistachios yang akan membantu anda hamil. Menurut kajian, antioksidan dapat meningkatkan pembiakan pergerakan sperma dan kualiti telur. Selain itu, kacang juga diperkaya dengan zink, mineral penting untuk pengeluaran sperma dan ovulasi.

5. Kulit Kayu Manis

Berdasarkan penyelidikan, kulit kayu manis dapat menyeimbangkan gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin pada wanita dengan sindrom ovarium polisistik jadi anda boleh campurkan dengan makan oat anda. Selain itu , karbohidrat serat tinggi akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna , maka ia dapat meningkatkan kesuburan.

6.  Sayur -Sayuran

sayur

Sayur-sayuran sangat bagus untuk kesihatan begitu juga untuk kesuburan sperma. Disarankan untuk makan sayur lobak merah dan tomato. Selain mata yang cantik dan kulit yang  sihat, sayuran ini juga mampu meningkat metabolisme badan dan membolehkan mempunyai sperma yang subur. Untuk dipelbagaikan , anda boleh mengisar tomato dan lobak tersebut untuk dijadikan sebagai jus.

7. Keju

Keju juga salah satu makanan yang menyuburkan sperma anda kerana ia mempunyai nutrisi berupa kaliu dan juga kalsium.  Keju ini sesuai diambil ketika waktu pagi hari. Masukkan dalam sarapan pagi anda. Namun jangan diambil secara berlebihan takut akan memudaratkan kesihatan. 

8. Waktu Subur

waktu ovulasi

sumber : https://cikguspecialeducation.wordpress.com

Untuk petua mudah hamil, suami isteri perlu mengira waktu kesuburan si isterinya untuk bersama kerana di waktu subur itulah sperma akan mudah melekat pada telur.

Waktu subur adalah waktu sebelum ovulasi. Ovulasi adalah waktu di mana ovari anda akan melepaskan telur matang untuk persenyawaan. Maka jika dilakukan sebelum ovulasi, sperma akan mampu bertahan untuk beberapa hari manakala telur hanya mampu bertahan 24 jam paling lama.

Jadi, sebelum ovulasi adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim agar isteri mudah untuk hamil.  Jangan mudah berputus asa dan teruskan berusaha untuk mendapatkan anak. 

9. Berat Badan Ideal

berat badan ideal

Percaya atau tidak faktor berat badan juga menjadi sebab seseorang itu susah untuk hamil. Namun, ada juga orang yang berat badannya berlebihan tetapi mampu untuk hamil banyak kali. Cuma orang yang berat badan berlebihan akan lebih berisiko overweight dan terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis.

Apabila terlalu gemuk, telur yang dihasilkan tidak sihat, lemah dan tidak sempurna untuk disenyawakan. Jadi , lakukan senaman untuk mendapatkan badan yang ideal dan selalu periksa BMI anda.

Jika tidak tahu bagaimana untuk memeriksa BMI anda, gambar diatas boleh dijadikan sebagai panduan.

10. Elakkan Tekanan Emosi

9

sumber : http://successunderpressure.com

Disamping itu , stress yang melampau juga menjadi salah satu punca keguguran anak dalam rahim. Apabila anda mengandung atau pun belum, kurangkan rasa stress dalam diri dan cuba untuk lebih bertenang. Apabila melakukan hubungan intim antara suami isteri juga anda harus lebih bertenang. Tumpukan lebih kepada keluarga apabila anda ada dirumah. 

11. Larangan Kepada Suami

Ini adalah petua untuk suami dimana suami haruslah berhati-hati dalam pemilihan pakaian dalam mereka. Seluar dalam atau seluar yang ketat akan menyebabkan penekanan kepada testis yang memungkinkan proses pembentukan sperma terganggu.

Pakai pakaian dalam yang longgar dan selesa lebih-lebih lagi semasa tidur. Malah , mandi air panas dengan kerap juga harus dielakkan. Keadaan panas di kawasan testis juga akan membantutkan penghasilan sperma. 

12. Jauhi Rokok

10

sumber : http://s1keperawatan.stikesdhb.ac.id/rokok/

Elakkan daripada merokok tidak kira suami ataupun isteri sendiri kerana apabila isteri yang menghidu asap rokok si suami setiap hari, akan melahirkan bayi pramatang.

Ada juga kesan buruk sehingga menyebabkan keguguran bayi. Ini juga menyumbang kepada ketidaksuburan sperma. Dinasihatkan untuk berhenti daripada merokok kerana bukan sahaja susah untuk hamil, namun membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain juga. 

13. Berdoa Pada Allah

11

Disamping kita berusaha, kita juga harus berdoa agar apa yang dihajati akan dimakbulkan. Sesungguhnya Allah yang Maha Perancang dan menentukan rezeki kita. Jangan berputus asa dengan Allah kerana Allah akan memberi yang lebih baik kepada hambaNya yang berusaha dan selalu berdoa. Doa yang boleh diamalkan untuk isteri hamil. 

Berikut adalah doa Nabi Zakaria ketika memohon zuriat:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).

رَبِّ لاَتَذَرْنِىْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ

Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi (Al-Anbiya : 89)

Amalkan setiap kali selepas solat.
InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan. 

Petua Mudah Hamil

Alangkah gembiranya ibubapa yang akan menerima cahaya mata yang akan menceriakan hari-hari mereka selepas ini. Petua ini boleh diikuti untuk mudahkan isteri anda hamil. Malah perlu juga usaha dari suami sendiri. Jika ada yang tidak kena, segera berjumpa dengan dokor untuk tanya tentang permasalahan yang anda hadapi. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.