fbpx

Persiapan Balik Kampung: 5 Perkara Anda Wajib Lakukan Sebelum Balik Beraya

Hari ini saya nak kongsi persiapan balik kampung. Alhamdulillah, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri (Berita Harian, 16 April 2022). Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya dinantikan oleh kita semua, setelah penantian 2 tahun kita tidak dapat merayakan sambutan Aidilfitri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19. Jom kita semak bersama persiapan balik kampung yang wajib anda lakukan sebelum balik beraya tahun ini.

1# Lakukan Ujian Kendiri

Kita pasti teruja apabila kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik yang telah mula berkuat kuasa pada 1 April 2022 (Majlis Keselamatan Negara, 2022).

Perkara pertama yang wajib anda lakukan sebelum balik beraya ialah ujian kendiri. Sebaiknya lakukan ujian kendiri sebelum aktiviti berkumpul dan berkunjung pada perayaan Aidilfitri kali ini. Pastinya saat-saat bersama keluarga ini yang kita tunggu untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

endemik

Maksud endemik: Sumber Gambar Majlis Keselamatan Negara

Kita harus belajar hidup bersama dengan virus ini seiring dengan pembukaan semula sektor ekonomi.

(Majlis Keselamatan Negara, 2022)

Dinasihatkan supaya membuat ujian kendiri iaitu RTK Ag saliva secara berkala untuk menjaga keselamatan orang yang tersayang dan keluarga.

(Sinar Harian, 2021)

Sikap JUJUR sangat penting, sekiranya kita mengalami gejala Covid-19 sebelum memulakan sebarang perjalanan, sebaiknya lakukanlah ujian kendiri. Janganlah kita bersikap pentingkan diri. Oleh itu, jangan lupa lakukan ujian kendiri untuk melindungi keluarga  dan golongan yang berisiko daripada jangkitan Covid-19.  

Sekiranya keputusan ujian positif:

  1. Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
  2. Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya. Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:

  1. Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
  2. Sekiranya individu berkenaan merupakan seorang kontak kepada kes COVID 19, individu tersebut perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.

2# Pastikan Rumah Dikunci & Maklum Pada Jiran

Keselamatan Pulang Berhari Raya

Sumber gambar: Portal Pejabat Perdana Menteri Malaysia

maksud jiran dalam islam

Maksud Jiran Menurut Islam: Sumber gambar Laman web Ustaz Iqbal

Hidup bagai aur dengan tebing bertepatan dengan jalinan yang baik antara jiran. Jiran menurut Islam ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada sebelah kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas, di tingkat bawah sehingga 40 buah rumah dari setiap sudut.

Langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah semasa musim perayaan

Sumber gambar: Twitter BERNAMA

Pastikan jiran anda dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

Kita hidup di dunia ini saling memerlukan di antara satu sama lain dan tiada siapa boleh hidup bersendirian. Islam sangat mementingkan hubungan persaudaraan dan sentiasa menganjurkan umatnya untuk sentiasa hidup bersatu-padu bagi mengelakkan perselisihan. Dalam hidup berjiran juga, amat penting untuk anda maklumkan pada jiran jika balik kampung untuk memudahkan komunikasi jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebaiknya, maklumkan dengan jiran terdekat korang akan pulang ke kampung selama beberapa hari dan minta tolong tengok kan rumah. 

Anda juga boleh gunakan apps VSP:

vsp

aplikasi VSP

Apps VSP: Sumber Honda Al Hafiz 

Kini, melalui hujung jari sahaja anda boleh maklumkan kepada pihak polis yang rumah anda tidak berpenghuni untuk tempoh tertentu. Anda boleh masukkan maklumat yang diperlukan dalam aplikasi VSP seperti gambar diatas. Penting untuk anda masukkan maklumat yang tepat untuk untuk memudahkan pihak polis membuat patrol di kawasan anda, ketika anda pulang beraya.

3# Senaraikan Barang Penting

Sudah pasti hari raya kali ini adalah hari yang ditungu-tunggu untuk andai raikan bersama keluarga di kampung. Oleh itu, pastikan jangan lupa double-check barang penting yang anda wajib bawa. Jangan tertinggal pula ya!

  • Pakaian raya & aksesori fashion (Pastikan juga pakaian harian anda cukup ya. Jangan lupa bawa keronsang, jarum peniti, butang baju melayu, jam tangan dan barangan kemas yang anda ingin gayakan di hari raya nanti).
  • Toiletries/Barangan make up (Berus gigi, sabun mandi, perfume dan barangan mekap). 
  • Charger/Powerbank/Power extension/Seterika.
  • Personal Care/Medical kit (Cermin mata, contact lens, ubat-ubatan, minyak angin).
  • Toto, bantal dan selimut.
  • Laundry bag/Plastik Besar (Untuk masukkan baju kotor).
  • Penyangkut Baju.
  • Camera/GoPro/DSLR/Handphone (nak guna camera handphone pun tiada masalah, yang penting waktu istimewa di pagi raya bersama keluarga dirakam ya!).
  • Makanan dan minuman! Bagi anda yang mempunyai anak kecil sebaiknya sediakan makanan dan minuman seperti biskut, air kotak dan air kosong. Jauh perjalanan, pasti rasa nak makan dan mengunyah kan. Apalagi anda yang memandu, pasti nak kemam gula-gula ketika memandu setelah berbuka puasa.
  • Buah tangan! (Pasti bertambah ceria keluarga di kampung bila ada buah tangan seperti biskut raya/makanan. Boleh makan sama-sama pagi raya nanti. Nak buat homemade sendiri pun boleh, nak beli pun boleh. Yang penting tanda ingatan ikhlas dari hati untuk keluarga di kampung).
  • Duit Raya! (Pastikan anda dah tukar siap-siap di bank yang berdekatan dan masukkan siap-siap ke dalam sampul).
  • Baki Touch N Go Dan Smart Tag Mencukupi.

senarai barang keperluan

Senarai Keperluan Untuk Dibawa: Sumber Vanilla Kismis

Anda juga boleh gunakan checklist seperti dalam gambar diatas. Seminggu sebelum raya, pasti orang rumah dah siap-siap berkemas barangan untuk dibawa pulang ke kampung. Tak salah kalau kita double check sebelum dimasukkan ke dalam kereta.

Pastikan barang keperluan anda dibawa semuanya! Terutamanya, keperluan si kecil yang perlukan extra care supaya cukup semuanya. Tak ada la mak ayah menggelabah di pagi raya kan.

Antara keperluan si kecil (edisiviral, 2017):

  • Pakaian yang cukup
  •  Lampin pakai buang
  • Susu (bagi yang minum susu formula)
  • Peralatan mandian
  • Bekalan ubat
  • Termometer
  • Mainan kegemaran
  • Makanan anak
  • Blanket
  • Bantal
  • Cawan anak (sippy cup)
  • Berus gigi & ubat gigi
  • Bekalan ubatan

4# Peralatan Elektrik Dimatikan

Pastikan anda tutup dan cabut semua plug dari soket barangan elektrik sebelum balik kampung untuk menjimatkan elektrik, anda juga dapat mengelakkan litar pintas sekiranya berlaku ‘overload’ yang berpunca daripada kilat.

Antaranya perkara penting yang anda kena pastikan periksa sebelum meninggalkan rumah (Ummu Aimy, 2014), ialah:

  • Gas ditutup
  • Meter air ditutup
  • Suis-suis elektrik ditutup.
  • Pinggan mangkuk dicuci dan seeloknya disimpan di dalam almari atau tempat simpanan di rumah masing-masing.
  • Sampah dibuang terus ke tempat sampah.
  • Bawa ubat-ubatan seperti ubat demam, selsema, panadol.
  • Bawa charger handphone/kamera. Kalau lupa benda ni memang nangis.

Tetapi korang jangan tutup suis penggera keselamatan, tak pasal-pasal pencuri bermaharajalela dalam rumah korang.

(Ummu Aimy , 2014)

EZVIZ C2C 720P HP Indoor Wifi Camera, boleh beli DI SINI

Anda juga boleh dapatkan  IP camera di website MONALIZA, anda boleh klik link INI. IP Camera ialah singkatan kepada Internet Protocol Camera yang dapat membolehkan anda memantau rumah atau perniagaan anda menggunakan perisian yang menghubungkannya terus ke internet. Anda boleh link kan secara terus IP Camera/camera cctv secara live ke dalam telefon pintar anda walaupun anda di kampung.

instant motion detect

Menariknya IP Camera ini, untuk model EZVIZ C2C 720P HP Indoor Wifi Camera, antara ciri keselamatannya adalah Instant Motion Alerts, di mana model C2C INI berfungsi memantau pergerakan. Ia akan mengambil gambar dan menghantar amaran kepada telefon pintar anda apabila gerakan dikesan. Diingatkan, untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu mengaktifkan secara manual.

5# Periksa Kenderaan

Servis kereta anda. Sebelum balik kampung penting untuk servis kereta bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

periksa kenderaan ketika pulang beraya

Sumber Infografik: Twitter Bernama

Pakar menyarankan orang ramai melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan terlebih dahulu terutama pada bahagian tayar jika ingin pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pakar Keselamatan Jalan Raya, Profesor Dr Law Teik Hua

(Sinar Harian, 2022)

Penutup

Rancang perjalanan anda, boleh sebaiknya semak lalu lintas sebelum bergerak, contohnya waze dan google map. Anda juga boleh memanfaatkan laman Jalanow yang pastinya memudahkan anda mengetahui info trafik terkini. Jangan lupa baca doa sebelum anda memulakan perjalanan pulang ke kampung, semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju. Jika anda berasa letih dan mengantuk semasa memandu, berehatlah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan. Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan kembali perjalanan anda. Hati-hati di jalan raya!

Antara tips untuk ramadhan:

Leave A Reply

Your email address will not be published.