fbpx

Panduan Mengisi Borang UPU Online

Ini adalah Panduan Mengisi Borang UPU Online. Langkah demi langkah. Panduan ini adalah lengkap dan terperinci. Semoga Panduan Mengisi Borang UPU secara atas talian ini dapat membantu para pelajar yang kali pertama ingin mengisi borang maka bolehlah merujuk panduan ini ketika mengisi pilihan IPT masing-masing. 

Permohonan Untuk Lepasan SPM/Setaraf

Permohonan Untuk Lepasan SPM/Setaraf

Apabila sistem permohonan dibuka pada 5 Februari nanti, anda boleh membuat pendaftaran kali pertama, selepas itu bolehlah pergi beli no unik ID BSN dan buatlah permohonan lengkap

Permohonan Daftar UPU Kali Pertama

Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPU Online untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama apabila sistem permohonan UPU dibuka pada 5 Februari 2019 nanti:

  • No Kad Pengenalan 
  • Alamat E-mel 
  • Nama Ibu 
  • Kata Laluan (pastikan kata laluan senang diingati)
  • Kod Keselamatan 
  • Soalan Keselamatan Profil Akaun

Jika mahu memohon, pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama. Pastikan anda telah membeli no unik ID BSN sebelum membuat permohonan :

  • No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan 
  • No. Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
  • Jenis Permohonan 
  • Program Pengajian (buat pilihan mengikut susunan)
  • Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan, rujuk gambar kategori dibawah)

Kategori SPM/Setaraf

permohonan upu kategori spm

Jika anda lepasan SPM 2018, maka klik pada kategori A. Dan jika sebaliknya klik pada Kategori B. 

Kategori Lepasan STPM/Setaraf

59
58
60

PERHATIAN : Untuk lepasan STPM (bukan tahun semasa), STAM (2015 dan ke bawah), Matrikulasi KPM/ASASI (bukan tahun semasa), permohonan adalah dibawah LEPASAN DIPLOMA/SETARAF, KELAYAKAN SETARAF, KATEGORI F.

Jadi anda boleh memohon dan tekan ada link ini : Panduan Mengisi Borang PTPTN

Sekiranya anda telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. Berikut kami kongsikan carta aliran permohonan mengikut setiap lulusan.

permohonan upu online

Carta Aliran Permohonan SPM/SETARAF, STPM/SETARAF, MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

61

Carta Aliran Permohonan Diploma/Setaraf

62
  1.  Apabila keputusan SPM sudah diumumkan , dinasihatkan untuk mengemaskini semula pilihan program pengajian bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperolehi. Ini bagi memastikan permohonan anda tidak ditolak kerana gagal memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pengajian yang dipilih. 

  2. Manakala bagi lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi pula, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan kali pertama tetapi pemilihan program pengajian hanya boleh dibuat mulai 8 Februari 2019. Hanya program pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik yang dimasukkan sahaja yang akan terpapar dalam senarai pilihan. Sekiranya, program pengajian yang ingin dipohon tiada dalam senarai, bermakna anda tidak layak memohon.

Lepasan Matrikulasi KPM/Pasum/Asasi UiTM

Fasa Permohonan Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

Bagi lepasan matrikulasi/asasi, terdapat 2 fasa permohonan. Fasa 1 bermula sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang terpapar adalah berdasarkan kepada markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan. 

Selepas keputusan peperiksaan akhir keseluruhan yang sebenar diumumkan, pemohon wajib mengemaskini permohonan di Fasa 2 yang akan dibuka pada 28 Jun 2008 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 02 Julai 2018, jam 11.59 malam. Mana-mana pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke UA. 

Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :

  • Pilihan Program (bukan program bertemu duga) 
  • Alamat yang boleh dihubungi 
  • Alamat emel 
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi

Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat am dan khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan semester akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.

Untuk lepasan STPM / Diploma yang membezakan dengan SPM adalah kena hantar dokumen sokongan. Semua dokumen ini perlukan pengesahan / cop :

  • Salinan Sijil SPM (bukan slip keputusan)
    Sijil yang sekolah bagi itu. (Walaupun dah berdiploma / ambil STPM, UPU masih mahukan angka giliran dan keputusan SPM kita tau).
  • Salinan sijil MUET
    Jika belum ambil, isi "belum ambil." (MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM akan update automatik bila dapat keputusan.)
  • Salinan transkrip penuh / transkrip semester
    (Untuk yang nak mohon transcript secara online, dia nak salinan IC yang telah disahkan. Nanti upload dalam website itu, ok? Bayaran pun boleh dibuat secara online banking. Dia boleh hantar terus ke alamat rumah kita. Jika perlukan pertanyaan lanjut, boleh hubungi tempat kita belajar / pihak UPU.)
  • Salinan Diploma / Pengesahan tamat
    Jika belum dapat, guna pengesahan tamat. (Untuk surat tamat belajar, hubungi sekolah tinggi masing-masing, tanya tentang surat pengesahan tamat belajar itu).
  • Untuk yang ambil Julai Paper, dia ada minta salinan keputusan untuk beberapa subjek tertentu.
  • Untuk lepasan Diploma, perlu ada salinan akreditasi MQA [cari di laman web itu bahagian institusi, untuk tempat kita pernah belajar Jika tiada cawangan kita belajar, mungkin ikut pusat utama pengajian kita.  Simpan dan print.

Jadi, moga Panduan Mengisi Borang UPU ini dapat membantu anda untuk mengisi kelak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.