fbpx

11 Koleksi Resipi Noxxa Yang Sedap dan Lazat Untuk Surirumah

0

11 Resepi Noxxa khas untuk suri rumah. Resepi yang cepat, mudah dan lazat. Lengkap dengan VIDEO. Mari kita saksikan. Sebelum itu saya kongsikan video cara penggunaan periuk Noxxa.

Cara Guna Periuk Noxxa

Setiap butang di periuk itu mengkhususkan pelbagai jenis masakan yang hendak anda lakukan sama ada ia untuk bakar, kukus, rebus, goreng dan macam-macam lagi. Periuk Noxxa juga ada butang delay dimana anda boleh setkan masa untuk ia automatik masak pada 2 jam kemudian contohnya. Anda boleh lihat video dibawah untuk mudah difahami. 

Cara Guna Fungsi Delay Periuk Noxxa

Haa senang kan ?

Wanita bekerjaya tidak lagi setelah penat bekerja kemudian perlu memasak untuk anak-anak dan suami lagi kerana makanan sudah tersedia.

Sekarang saya nak kongsikan 11 Resipi Noxxa yang sedap dan lazat =)

11 Resepi Sedap dan Cepat Noxxa

Nasi Dagang Noxxa 

Bahan-Bahan :

  • Beras nasi dagang 3 cawan
  • Santan 500g
  • Garam
  • Halia (Dianyam halus)
  • halba 2 sudu
  • Bawang putih
  • bawang merah

Cara Penyediaan :

  • Basuh beras dan masukkan dalam periuk. 
  • masukkan air separas beras
  • Masukkan santan 50-100g 
  • set pressure 7 minit
  • Masa tamat , biarkan sekejap dan keluarkan wap tekanan
  • Masukkan santan yang dicampur dengan halia , bawang, halba sehingga sebati dan meresap dalam beras pulut. Siap

Ayam Panggang Noxxa 

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam yang telah dibersihkan
  • 1 biji buah lemon
  • 2 sudu mentega
  • Kertas Aluminium

Bahan Kisar : 

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • sedikit herba campuran
  • sedikit lada hitam
  • oregano
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu madu
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit sos tiram
  • lada putih
  • 3 sudu gula perang
  • sedikit garam.

Cara-cara:

  • Perap ayam dengan bahan  yang telah dikisar tadi dan perahkan lemon. 
  • Peram selama 3 jam untuk hasil yang memuaskan.
  • Masukkan mentega ke dalam periuk
  • On ‘stir=fry’ selama 4 minit
  • Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)
  • On ‘High Pressure’ selama 30 minit
  • Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak terlalu kering)
  • On ‘High Pressure ‘selama 1 jam.

Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa

Bahan-bahan Ayam : 

  • 1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
  • Garam
  • Sedikit warna kuning/saffron

Cara-cara P​​​​​​enyediaan Ayam :

  • Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
  • Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning. 

Bahan-bahan Nasi :

  • 4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
  • 3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
  • 4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing.
  • Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam.
  • Ambil air masak nasi.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
  • Sedikit kunyit/ pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Penyediaan Nasi :

  • Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
  • Masukkan beras dan kacau sedikit.
  • Masukkan air serta garam dan kunyit.
  • Akhirnya susun ayam diatas dan tutup.
  • Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
  • Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF.
  • Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
  • Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
  • Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

Bahan-bahan sos :

  • 1 biji tomato -hiris
  • 5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
  • 1 tangkai ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon

Cara-cara penyediaan sos :

  • (Semua bahan ini dimesin halus)

Udang Masak Lemak Kacang Buncis Noxxa

udang masak lemak

Bahan-bahan :

  • Udang
  • Kacang buncis
  • 1 mangkuk santan
  • 2 batang serai
  • 2 biji bawang merah
  • 15 biji cili padi
  • 1 sudu besar serbuk kunyit / kunyit hidup

Cara-caranya :

  • Blender bawang merah, cili padi & serbuk kunyit.
  • Masukkan ke dalam inner noxxa dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik..
  • stir fry sekejap. dan masukkan udang & kacang panjang.
  • Tutup periuk noxxa tekan HP 2 minit. udang tak perlu masak lama2 yer
  • Setelah 2 minit, releasekan wap & tekan stir fry, boleh la masukkan santan serta garam or pak aji.
  • gaul seketika hingga mendidih.
  • Siap udang masak lemak kacang buncis noxxa. HP 2 minit jer..

Kari Kambing Dengan Terung Noxxa

Bahan A:

  • 1 daging kambing
  • 2 cawan pati santan
  • 4 - 5 biji kentang
  • 2 biji tomato - dibelah 2
  • 2 biji cili hijau
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Terung

Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)

  • 4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Air secukupnya

Bahan C: Menumis

  • 3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang serai dititik
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak secukupnya

Cara Penyediaan : 

  • Perap daging kambing dengan Bahan B selama 1 jam.
  • Letakkan 1 sudu teh gula. 

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:

  • Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk.
  • Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.
  • Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.
  • Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.
  • Tumis sehingga bawang kekuningan.
  • Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.
  • Masak sehingga pecah minyak.
  • Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Off  fungsi stir fry.
  • Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.
  • Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.
  • Selepas 30 minit berlalu,  release steam.  
  • Alihkan cap ke STEAM.  Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.  
  • Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
  • Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau.
  • Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
  • Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan  senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.  

Kambing Bakar Noxxa

kambing bakar noxxa
​Bahan Perapan Kambing : ​​​​​​​
  • 6 potong daging kambing
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu madu 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan : 

  • Masukkan kesemua daging kambing ke dalam piuk Noxxa dan tutup rapat.
  • Setkan tombol pada Pressure dan tekan button High Pressure pada piuk tu.
  • Masukkan masa selama 7 minit sahajer.
  • Tunggu .  haa dah masak le tu maknanye. Korang lepaskan tombol pressure untuk kuarkan tekanan dan bolehlah hidang.

Kek Coklat Noxxa 

Bahan A : 

  •  1 1/4 cup tepung naik sendiri
  •  3 biji telur dipukul kembang

Bahan B : 

  • 1 1/2 cup gula perang
  • 1 cup serbuk koko
  • 1 cup susu pekat
  • 1 cup susu coklat
  • 1 cup minyak jagung

Cara Penyediaan : 

  • Semua bahan B dimasukkan ke dalam periuk dan masak sebentar, tidak perlu sampai mendidih.
  • Bahan B kita masak & kacau sebentar.. tak perlu mendidih yer...
  • Pukul telur hingga kembang & masukkan tepung dan gaul sebentar.
  • Selepas itu masukkan bahan B yang dimasak tadi & gaul hingga sebati
  • Masukkan dalam periuk noxxa steam kan 18 minit..

Puding Karamel Noxxa

Bahan-bahan : 

  • 7 Biji telur
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar gula

Cara-caranya :

  • Blend semua bahan kecuali gula..Dalam loyang masukkan gula dan panaskan diatas api yang sederhana
  • Masak sehingga gula cair atau golden colour. ratakan dan biarkan mengeras
  • Tapiskan bahan blender dan masukkan ke dalam loyang tadi.
  • Steamkan dengan menggunakan pressure cooker selama 30 minit. Setelah masak, biarkan sedikit sejuk baru terbalikkan puding tadi.
  • Boleh simpan didalam peti sejuk.

Makaroni Bakar Noxxa

Bahan-Bahan :

  • 2 mangkuk macaroni
  • 1 bawang besar dipotong dadu
  • 1 batang carrot dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping daging hancur
  • 1/2 botol sos prego traditional
  • 1 biji telur
  • sedikit blackpaper
  • garam
  • cheese mozarella

Cara Penyediaan : 

  • Rebus macaroni dalam noxxa selama HP 3 minit.
  • Air paras macaroni sahaja. Tapiskan dan ketepikan
  • Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan serta naik bau.
  • Setelah itu masukkan daging masak sehingga daging betul-betul masak.
  • Masukkan blackpaper dan sos prego.. Kacau seketika..
  • Perasakan kuah dengan garam
  • Masukkan macaroni tadi, gaul hingga sekata. Pecahkan telur dan gaul lagi.
  • Setelah itu, tekankan macaroni biar padat dan taburkan cheeze mozarella
  • Tutup penutup Noxxa, steam kan selama 8 minit.
  • Taburkan cheese mozarella diatas macaroni
  • Setelah 8 minit. Sejukkan baru lah keluarkan dari periuk..

Apam Balik Noxxa 

Bahan-Bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air atau susu segar (aku gunakan susu segar)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning

Untuk Inti : 

  • kacang tanah kisar
  • jagung dalam tin
  • gula
  • mentega

Cara Penyediaan : 

  • Kisar semua bahan di atas (kecuali yang inti tu).
  • Kemudian tuangkan ke dalam periuk Noxxa dan setkan mod stim selama 2 / 3 minit.
  • Jangan tuang banyak sangat sebab nanti tebal sangat.
  • Bila dah berbunyi tu angkat tutup dan masukkan jagung, gula, kacang tanah dan mentega.
  • Kalau masih belum masak sambung stim lagi. Bila dah puas hati baru lipatkan dan angkat.

Homade Popcorn Noxxa

Bahan-Bahan :

  • Marjerin
  • Biji Jagung pop corn
  • Madu manuka

Cara Penyediaan : 

  • Panaskan pressure cooker dgn menekan button ‘stir fry’ (ingat periuk jgn ditutup)
  • Cairkan 2 sudu besar marjerin.
  • Marjerin dah betul cair masukkan biji jagung pop corn. Banyaknya bergantung pada marjerin yg dicairkan tu. Biar semua biji jagung tu di seliputi marjerin.
  • Offkan pressure cooker (langkah ini kena buat tak boleh tinggal)
  • Tutup periuk. (Kena keluarkan angin panas baru blh tutup periuk)
  • Tekan button High Pressure dgn bacaan 1 minit dan on.
  • Akan dengar bunyi “pop” dlm periuk menandakan biji jagung telah pecah. Kalau bunyi “pop” dah tak ada walaupun masa belum tamat off kan sahaja, utk mengelakkan biji jagung dari hangus.
  • Proses biasa sebelum buka penutup pressure cooker kena keluarkan angin panas dulu.
  • Tuang pop corn dlm bekas lain.
  • Panaskan semula periuk dgn button stir fry.(INGAT! jangan tutup periuk bila guna function stir fry)
  • Cairkan satu sudu besar marjerin.
  • Masukkan 3 sudu besar madu manuka.
  • Masukkan pop corn semula kedalam periuk dan kacau rata. Masa ni boleh offkan pressure cooker tp masih gaulkan pop corn supaya gulanya melekat pada pop corn.
  • Dah siap.

Mudah bukan memasak dengan menggunakan Noxxa?

Kebanyakannya masakan anda memang akan sempurna namun bergantung juga atas bahan yang anda guna. Jadi resepi di atas bolehlah anda guna bila anda sudah membeli periuk Noxxa ataupun kepada yang sudah ada selamat mencuba. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.