Solat sunat Tahajud ini tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Bagaimana cara solat Tahajud? Panduan ini akan menerangkan cara solat sunat Tahajud. Teruskan membaca.
Solat Tahajud adalah solat sunat dua rakaat. Solat ini dilakukan selepas bangun dari tidur pada dua per tiga malam. Allah Berfirman:
Maksudnya :
Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
(Surah Isra’; ayat 79)
Kita disunatkan untuk istiqamah melakukan solat sunat Tahajud. Solat ini bertujuan untuk mengingatkan bahawa kita adalah hamba kepada Allah SWT.
Maka tidak kira walau sekaya manapun kita didunia ini, kita wajib patuh kepada perintah Allah. Selain itu, ia bertujuan menguatkan jiwa dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Serta mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Disamping itu , tahajud itu sebagai tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT malah mendekatkan lagi seorang hamba dengan Allah.
Doa Sebelum Tahajud
Maksudnya :
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
Lafaz Niat Solat Tahajud
Maksudnya : Sahaja aku bersolat Sunat Tahajud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
Bacaan Rakaat Pertama
Membaca Surah Al-Fatihah
Maksudnya :
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Membaca Surah A-Kafirun
Maksud :
1.Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2."Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5."Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Membaca ayat Qursi
Maksudnya :
Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Bacaan Rakaat Kedua
Membaca Al Fatihah
Maksudnya :
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Membaca Surah Al-Ikhlas
Maksudnya :
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Doa Sujud Akhir
Membaca selawat , istighfar dan zikir
Maksudnya :
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
Maksudnya :
Maha Suci Allah Segala Puji Bagi Allah Tiada Tuhan Melainkan Allah Allah Maha Besar , Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Pertolongan Allah.
Maksudnya :
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
Doa Selepas Solat Sunat Tahajud
Maksudnya :
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Fadhilat Solat Sunat Tahajud
i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
ii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin.
iii. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
iv. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
v. Dimudahkan hisab ke atasnya.
vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
vii. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
viii. Jauh daripada kebinasaan.
Jika anda ikhlas untuk melakukan kebaikan sudah pasti Allah akan permudahkan kerja kita. Semiga bermanfaat.