Ini adalah 21 Tempat Menarik di Pahang yang anda tak pernah sangka. Pahang adalah negeri yang luas yang terletak di bahagian timur Malaysia. Kebanyakan orang suka ke Pahang kerana keunikan negeri tersebut yang mempunyai pelbagai tarikan dari segi flora dan fauna nya dan tempat-tempat pelancongannya.
Malah rata-rata pelancong suka ke tempat sedemikian untuk menenangkan fikiran , melancong mahupun berjalaan-jalan sambil memburu makanan.
1. Pantai Cherating
Pantai Cherating yang terkenal dengan kecantikan pantainya yang bersih dan air laut yang kebiruan membuatkan sesiapa yang melihatnya akan merasa untuk tinggal lebih lama disitu. Malah membuat rumah disana. Disini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai seperti mandi , berkelah , berkayak dan sebagainya. Disini juga terdapat chalet kepada anda yang merasa ingin menginap disini dan chalet-chalet disini juga banyak yang cantik dengan harga yang berpatutan.
Alamat: Pantai Cherating, 26080, Pahang
2. Mangrove Tour
Manakala ini pula untuk aktiviti yang lebih menarik apabila anda boleh melakukan mangrove di kawasan Sungai Cherating. Pada belah malam , anda boleh meihat cahaya keindahan kawasan bakau ini bersama cahaya kelip-kelip sekali. Malah , kehidupan liar dan pokok-pokok bakau disini pasti akan memberi anda pengalaman yang baru untuk dicuba.
Waktu Lawatan : Mangrove Cruise Pertama (9.00am) | Kedua (4.00pm) | Durasi 1 1/2 Jam
Bayaran (River Mangrove Cruise): Dewasa RM35 | Kanak-kanak Bawah 11 Tahun RM25
Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang
3. Pulau Ular
Di Pulau Ular ini pula mempunyai keunikan pulaunya yang sangat cantik dan membuatkan orang terpikat ketika melihat pulau ini. Namun jika berhasrat ingin kesini , anda disyorka untuk datang awal pagi kerana pada pukul 12 tengah hari keatas , ombak mulai gelora dan berbahaya kepada anda yang ingin melakukan aktivti snorkelling dan sebagainya. Perjalanan dengan menaiki bot mengambil masa selama 35 minit.
Alamat: Pulau Ular, Cherating, Kuantan
4. Gambang Water Park
Gambang Waterpark ini pula adalah taman tema yang paling terkenal di Pahang ini dengan kepelbagaian aktiviti yang disediakan disini. Kalau dahulunya hanya mempunyai taman tema air sahaja , namun sekarang telah ditambah penambahan zoo safari pula. Gambang Waterpark ini terletak 40 kilometer dari pusat bandar dan taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Bawa anak-anak anda untuk merasai keseronokannya sendiri.
Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.30am-6.30pm) | Jumaat – Ahad (9.30am – 6.30pm) | Selasa: Tutup
Bayaran Masuk: Dewasa (RM19.90) | Kanak-kanak (RM12.90)
Lokasi: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang
5. Pantai Teluk Cempedak
Sememangnya Pahang ini terkenal dengan Pantai Teluk Cempedak dengan keindahan pantainya memang akan membuatkan kita merasa nyaman. Tempat ini boleh dijadikan sebagai tempat pilihan untuk percutian anda. Disana terdapat sebuah hutan rekreasi yang membolehkan untuk melihat hutan yang kehijauan dan merasai kedamaiannya. Kemudahan awam yang disediakan akan membuatkan pengunjung selesa untuk singgah. Selain itu , terdapat tempat yang menjual kraftangan untuk anda bawa pulang.
Lokasi : Kuantan , Pahang
6. Petrosains Play Smart Kuantan
Sementara itu , anda juga boleh membawa anak-anak anda untuk menambah ilmu ke Petrosains di Kuantan ini. Pelbagai aktiviti yang boleh anak-anak anda lakukan disini seperti permainan trek kereta , pertandingan mewarna dan macam-macam lagi. Pusat sains mini ini memberi peluang kepada pengunjung cilik untuk menerokai dunia sains yang hebat melalui pembelajaran yang sangat menyeronokkan tanpa membuat mereka merasa terbeban atau bosan. Yang menariknya ialah masuk ke Petrosains Smart Kuantan ini adalah percuma dan tempat ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak. Jadi , anda tidak perlun terlalu risau dengan keselamatan anak anda.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Isnin dan Cuti Umum: Tutup
Lokasi: Petrosains Playsmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan
7. Bukit Panorama Sungai Lembing
Bukit Panorama ini yang terletak di Sungai Lembing , Kuantan ini berketinggian 271 meter adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Namun anda perlu mendaki untuk melihat matahari terbit. Dari atas puncak dapat dilihat betapa indahnya ciptaan Allah yang membuatkan anda rasa terpukau dengan keindahan suasananya. Bahkan anda tidak perlu risau kerana terdapat tangga simen yang akan memudahkan anda mendaki di Bukit Panorama ini.
8. Zoo Kemaman & Taman Rekreasi
Zoo Kemaman ini pula terletak 15km dari Pantai Cherating yang berkeluasan 35 ekar dimana pelbagai haiwan yang boleh dilihat disini seperti singa orang utan , gajah dan macam-macam lagi. Bahkan tempat ini menggabungkan taman , kebun buah-buahan , taman herba , taman tema air dan zoo mini. Bolehlah bawa anak-anak ke sini ketika musim cuti sekolah.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Bayaran: Zoo Kemaman: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 5-12 Tahun RM7 | Kolam Renang: RM5
Alamat: Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu
9. Mini Zoo Teruntum
Manakala Zoo Teruntum pula adalah zoo mini yang tidak mengenakan bayaran untuk anda masuk ke dalam dan melihat haiwan-haiwan disana. Pelbagai haiwan ynag ditempatkan disini seperti kancil , kura-kura gergasi , burung merak , landak seladang , ular dan macam-macam lagi. Rugilah kalau tak pergi kan ? Dahlah masuk tu percuma. Disini juga ada menyediakan kemudahan awam untuk pengunjung.
Lokasi: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan
10. East Coast Mall Kuantan
Kompleks membeli belah yang terkenal di Pahang ini menjdai tumpuan pengunjung lebih-lebih lagi ketika hjung minggu untuk keluar membeli-belah. Disini terdapat pelbagai hiburan yang anda cari seperti karaoke , bowling , cafe , pawagam dan macam-macam lagi. Sesuai lah jika anda kaki shopping atau window shopping..
Lokasi: East Coast Mall, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan
11. Air Terjun Sungai Pandan
Air Terjun Sungai Pandan ini berjarak 25 km dari bnadar Kuantan dan air terjun ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk berseronok dan mandi manda disini. Disekeliling air terjun ini pula terdapat pelbagai pokok-pokok yang besar dan kehijauan menambah lagi kesegaran hutan ini. Malah disini juga terdapat kemudahan awam yang lain seperti tandas , surau, tempat berehat kola mandi kanak-kanak dan gerai-gerai makanan. Jadi tidak perlu risau untuk solat atau lapar.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm)
12. Muzium Sungai Lembing
Pahang juga dikenali dengan Muzium Sungai Lembing yang menyimpan pelbagai sejarah dan muzium ini dahulunya dalah bekas tapak perlombongan bijih timah yang paling dalam dan terbesar didunia pada waktu tersebut. Temapt ini telah diuruskan oleh Jabatan Muzium. Disini juga mnempatkan baju pelombongan dan alat-alat ynag digunakan untuk perlombongan.
Di samping itu, reka bentuk muzium berserta perabot dan hiasan dalamannya dibina berilhamkan zaman kolonial atau era penjajahan Inggeris dahulu. Dengan keluasan 5.51 hektar, muzium ini turut mempunyai terowong atau lombong bawah tanah akan tetapi ia tidak dibuka kepada pengunjung biasa disebabkan faktor keselamatan.
Waktu operasi: Jumaat – Ahad (9.00am – 5.00pm)
Lokasi: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing
13. Cameron Highland
Pahang juga terkenal dengan kawasan Tanah Tinggi Cameron yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Sudah semestinya banyak tempat yang menarik disini lebih-lebih lagi ladang teh, strawberi dan pelbagai sayuran yang besar dan segar. Kata orang , jika hendak makan strawberi , haruslah makan disini juga supaya kekal manis kerana suhu disini yang sejuk. Anda juga berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberi anda di Big Red Strawberry Farm. Ia dbuka dari 8.30 pagi ke 4.30 petang.
Selain itu and boleh menikmati teh dan kek di Tea House sambil menikmati keindahan dan keluasan ladang teh ini. Sangat mendamaikan bukan. Bahkan terdapat juga taman lavender , Taman Rama-Rama, Ladang Lebah , Cactus Valley dan macam-macam lagi. Jadi , datang dan lihat sendiri bagaimana suasana dan keseronokannya.
14. Genting Highland
Manakala di Genting Highland pula mempunyai hiburan yang berbeza sedikit daripada Cameron Highland iaitu lebih kepada hiburan keduniaan. Disini terdapat pelbagai aktiviti dan tempat yang anda boleh kunjungi seperti 20th Century Fox World , Genting Skyway yang akan membuatkan anda terpesona dengan keindahan kawasan Genting ini. Selain itu terdapat Strawberry Farm , Bee Farm , Butterfly Wonderland dan macam-macam lagi. Cuma and kena sediakan duit je untuk ke sini kerana disini barang dan agak maha tapi bukan kesemuanya.
15. Bukit Fraser
Bukit Fraser atau Fraser Hill, sudah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan pengalaman percutian dingin tanpa perlu meninggalkan Negara. Terletak hanya 2 jam lebih sahaja masa memandu dari Ibu Kota, Bukit Fraser menampilkan pelbagai tarikan popular dan aktiviti menarik yang bakal menghibur anda sekeluarga. Jika anda tertarik untuk melihat keindahan yang menanti mereka yang sudi mengunjung bukit ini, kami telah senaraikan 12 tempat menarik di Bukit Fraser untuk tatapan anda.
Tempat menarik yang anda boleh kunjungi jika kesini ialah , The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Sky Avenue, Twin Peak Pine Tree Hill dan Menara Jam Bukit Fraser.
16. Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam yang terkenal kerana batu-batuan disini yang melatari pasir putih menjadikan pantai ini sangat unik dan sering menjadi tumpuan lensa kamera bagi penggemar seni fotografi. Pantai ini terletak berjarak 10km sahaja dari bandar Kuantan Pahang. Malah ,terdapat juga pelbagai kemudahan asas yang disediakan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti seperti mandi laut dan berkelah. Selain itu, pengunjung juga tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan kerana terdapat banyak gerai makanan di Pantai Batu Hitam yang menyediakan beraneka juadah setempat.Memang seronok dpat lepak tepi pantai sambil menghirup udara pantai.
17. Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan
Pahang yang mempunyai masjid yang cantik iaitu Masjid Sultan Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar cantik lebih-lebih lagi apabila terkena pantulan cahaya matahari dan pasti akan memukau pandangan mata uang melihatnya. Masjid ini dikatakan mampu memuatkan seramai 10,000 orang jemaah dalam satu masa.
Diketahui bahawa, nama masjid ini diambil bersempena nama pemerintah Pahang yang pertama iaitu Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah. Reka bentuk dalaman dan hiasan masjid yang bercirikan seni bina zaman Uthmaniah ini menjadikannya sebuah masjid yang sangat indah dan menarik dengan seni ukiran khat di sekitar dinding masjid telah menambahkan lagi keistimewaannya. Pada bulan Ramadan pula, masjid ini bertambah meriah kerana padang MPK bersebelahan dengannya akan menjadi tumpuan seluruh pengunjung untuk berbuka puasa secara beramai-ramai.
Lokasi: Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan
18. Pulau Tioman
Menginginkan percutian yang menyeronokkan ? Pulau Tioman mempunyai keseronokan yang anda cari. Pulau Tioman yang terletak di Rompin , Pahang mempunyai air laut yang sangat cantik dan kebiruan. Malah , seperti Pulau ynag lain anda boleh melakukan pelbagai aktiviti laut seperti snorkelling dan scuba untuk melihat hidupan laut dan terumbu karang. Jika anda pandai mencari agen ynag sesuai dan harga yang berpatutan untuk menginap disini jadi untunglah.
19. Bukit Tinggi
Bukit Tinggi yang meliputi kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, Bukit Tinggi merupakan sebuah destinasi percutian dingin yang terletak hanya 60 minit sahaja masa memandu dari Kuala Lumpur. Senibina yang seakan luar negara membuatkan anda rasa teruja kerana bangunan seperti itu wujud di Malaysia ditambah pula dengan cuaca yang sejuk menguatkan lagi rasa bahawa anda merasa seperti di Perancis.
Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang adalah suatu yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar. Tempat yang harus anda lawati disini ialah Colmar Tropicale , Adventure Park , Japanese Village , Botanical Garden , Tatami Spa and Botanical Garden.
20. Tasik Chini
Tasik Chini salah satu destinasi pelancongan menarik di Pahang, terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan, ia boleh diakses melalui jalan raya melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.
Lokasi Tasik Chini agak jauh ke dalam. Namun boleh menaiki kenderaan sebesar bas dan kelihatan juga lori-lori keluar masuk dari kawasan tersebut. Tasik Chini boleh dikatakan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong kerana anda boleh melihat beberapa pelancong asing dari eropah dan China mengunjungi Tasik Chini ini. Tasik Chini yang mempunyai kisah misterinya sendiri namun jika anda kesini. Boleh lah anda pergi memancing ikan toman dan ikan yang lain disini.
21. Janda Baik
Janda Baik bukanlah tempat yang seringkali kita dengar namun tempat dini sering dikunjungi pengunjung kerana disini terdapat air terjun yang boleh dimandi-manda bersama ahli keluarga bahkan disini juga terdapat chalet yang menarik dan cantik untuk didiami bersama yang tersayang. Air sungai yang jernih dan sejuk membuatkan anda seronok untuk mandi. Jarang orang walk-in sahaja ke Janda Baik ini kerana terdapat pelbagi macam aktiviti yang boleh anda lakukan disini seperti memancing. Dan kebiasaannya resort atau chalet disini selalu penuh jika and tidak menempah dari awal lagi.
Pahang adalah tempat yang menarik untuk dilawati dan makanan yang terkenal di Pahang ini adalah Ikan Patin Masak Tempoyak. Lebih-lebih lagi ikan itu ditangkap dari sungai bukannya ikan ynag dipelihara. Memang sedap. Rugi siapa yang datang ke Pahang tapi tidak mencuba masakan ikan patin ini. Jadi , rancang percutian anda sebaik mungkin dan jaga juga keselamatan diri sambil berseronok.