Ini adalah 15 tempat menarik di Kedah. Negeri Kedah yang memang terkenal dengan aktiviti pertaniannya dimana jika anda ke Kedah , anda boleh melihat sawah padinya yang kehijauan di tepi lebuh raya. Sangat cantik. Jadi kepada anda yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mencari kedamaian bolehlah singgah ke Kedah untuk menghilangkan kekusutan di kepala. Jadi mari kita lihat apa tempat yang menarik untuk dilawati di Kedah.
1. Air Terjun Seri Perigi
Air terjun ini terkenal di kalangan orang suka berkhemah kerana disini menyajikan anda keindahan air terjun yang bersih dan juga pemandangan sawah padi yang hijau. AIr terjun yang berketinggian 100 meter ini agak jelas kelihatan daro Pekan Yan membuat ia ramai dikunjungi. Sesuai untuk aktviti bergambar kerana disini sangat cantik pemandangannya.
Alamat: Air Terjun Seri Perigi, Hutan Simpan Gunung Jerai
2. Pantai Merdeka
Pantai Merdeka merupakan pantai yang tersohor dimana i terletak bertentangan dengan Gunung Jerai dan Tanjung Dawai. Sambil menikmati makanan yang dijual di kedai-kedai ditepi pantai dan menikmati angin laut yang segar. Anda tidak perlu risau kerana disini terdapat pelbagai kemudahan awam seperti surau , tandas , taman permainan dan macam-macam lagi.
Alamat: Pantai Merdeka, Jalan Merbok, Sungai Petani 08000
3. Pulau Bunting
Pulau Bunting ini disediakan jambatan yang agak besar untuk ke sana namun Pulau Bunting ini tidak berpenghuni tetapi sering dikunjungi orang yang ingin bersantai melihat keindahan laut dan kaki pancing yang sering datang untuk mengail disini. Banyak juga jenis ikan yang ditangkap seperti ikan pari , ika tenggiri , ikan senangin dan lain-lain. Lepas tangkap ikan , terus bakar. Memang sedap kerana segar smabil menikmati keindahan pantai.
Alamat: Pulau Bunting, Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
4. Pantai Murni
Pantai yang cantik ini juga sering menjadi tumpuan pengunjung yang datang kerana pantai yang bersih dan tempat untuk melepak bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Disini terdapat pelbagai macam gerai makanan dan jangan lepaskan peluang menikmati mee udang yang agak terkenal di kawasan ini. Bahkan disini juga terdapat kemudahan awam yang lain supaya pengunjung boleh duduk disini dengan lebih lama untuk tenangkan fikiran.
Alamat: Pantai Murni, Yan, Kedah
5. Pendang Waterfront
Selain itu , Kolam Renang yang terletak di Pendang ini pula menjadi tarikan buat kanak-kanak yang suka kan bermandi manda. Namun disini juga ada turut disediakan di sini adalah bot kayuh, basikal dan motosikal elektronik serta permainan buih. Terdapat juga kemudahan awam yang lain seperti gerai makanan taman permainan , surau dan tandas.
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (3.00pm – 10.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (10.00am – 10.00pm) | Isnin (Tutup)
Bayaran Tiket: RM3 (Hanya Untuk Kanak-kanak)
Alamat: Pendang Waterfront, Pekan Pendang.
6. Tree Top Walk Sungai Sedim
Taman Rekreasi Sungai Sedim adalah Tree Top Walk Sungai Sedim yang merupakan laluan titian gantung yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 1.5km. Kepada anda yang gayat dan takut kepada ketinggian , disyorkan untuk tidak mencuba kerana laluannya yang panjang. Dari sini anda boleh melihat pemandangan flora dan fauna dan burung yang berterbangan dihutan. Sungguh mendamaikan bila kita melihat pokok-pokok dan alam semulajadi.
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat & Sabtu (Tutup)
Bayaran Tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak (7 -17 Tahun) RM6
Alamat: The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kampung Sedim Karangan, Kedah, 09000, Kulim, Kedah
7. Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara. Anda boleh membawa anak-anak anda untuk menambah ilmu disini keran terdapat pelbagai pameran yang berilmiah yang boleh anda pelajari. Lebih baik ke tempat begini daripada memberi anak anda gajet supaya otak mereka bergerak untuk berfikir.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00am – 5.00pm)
Bayaran Tiket: Percuma
Alamat: Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah
8. Pekan Rabu
Pekan Rabu ini seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan yang mana ia terletak hanya 100 meter sahaja dari Menara Alor Setar. Di tingkat bawah ada menjual barangan runcit , makanan kering dan basah manakala di tingkat 1 ada menjual pakaian , beg dan macam-macam lagi. Kena cuba makanan yang dijual oleh orang tempatan Kedah ni. Pandai tawar-menawar lagi dapat harga ynag murah.
Alamat: Ukir Mall (Pekan Rabu), Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah
9. Menara Alor Setar
Manakala Menara Alor Setar yang berketinggian 165.5 meter ini menempatkan Restoran Berputar Seri Angkasa di aras yang berketinggian 94 meter, dan dek pemerhatian pada ketinggian 88 meter ataupun 289 kaki. Jika anda nak tahu , Meanara Alor Setar ini merupakan menara telekomunikasi yang ke-2 tertinggi di Malaysia. Di sinilah juga salah satu lokasi yang digunakan untuk melihat anak bulan Islam. Tarikan lain yang terdapat di menara ini adalah panggung yang menjadi tempat pementasan pelbagai jenis pertunjukan kesenian, forum dan lain-lain. Memang seronok menikmati keindahan malam diatas Menara Alor Setar ini.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 10.30pm)
Bayaran Tiket: Dewasa MyKad: RM9, Biasa: RM16 | Kanak-kanak MyKad: RM5, Biasa: RM9 | Warga Emas & OKU MyKad: RM5, Biasa: RM16
Alamat: Menara Alor Setar. Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman
10. Aman Central
Aman Central adalah tempat pusat membeli belah yang mempamerkan pelbagai kedai barangan berjenama dari dalam dan luar negara. Aman Central ini terletak betul-betul berhadapan dengan Menara Alor Setar jadi jika anda sudah puas meihat pemandangan Alor Setar , maka bolehlah singgah ke sini untuk bersantai dan menonton wayang.
Lokasi : Alor Setar , Kedah.
11. Pine 2
Pine 2 merupakan tempat seslera makan yang terletak di Alor Setar dan berjarak kira-kira 3km dari Menara Alor Setar. Pine 2 sering menjadi perhatian pengunjung kerana disini terdapat pelbagai makanan yang disediakan dari masakan panas , makanan barat dan yang istimewanya adalah shell out disini yang sangat sedap. Harga tidak terlalu mahal dan berbaloi dengan portion nya. Namun , anda harus meletak kereta jauh sedikit jika orang ramai kerana tempat meletak kereta adalah terhad disitu.
12. Kolam Air Panas Ulu Lenggong
Taman Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Lenggong ini merupakan tempat tumpuan para pendaki dan pengunjung. Ini kerana pengunjung suka datang ke sini sambil mencelup kaki di kolam air panas ini. Para pendaki juga yang sudah keletihan mendaki Gunung Baling yang berdekatan akan singgah ke sini untuk relaks. Tiket untuk masuk ke Taman ini ialah RM3 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk orang dewasa.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi. Anda juga boleh menyewa chalet yang disediakan dan terdapat banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang turut berbeza.
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
TEL : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
13. Masjid Zahir
Masjid Zahir ini merupakan antar yang tertua di Malaysia dimana masjid ini juga merupakan antara salah satu daripada 10 masjid yang tercantik didunia. Dibina pada tahun 1912 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II yang tertarik dengan rekabentuk Masjid Azizi yang terletak di Utara Sumatera. Masjid yang indah ini memiliki 5 kubah utama yang melambangkan 5 Rukun Islam. Jika anda kesini jangan lupa untuk singgah solat di masjid yang cantik ini.
Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
14. Taman Tema air The Carnival
Di Kedah juga mempunyai taman tema air yang bolehkan kita berseronok bersama rakan-rakan dan keluarga. Lokasinya berdekatan dengan Cinta Sayang Resort dan pusat bandar Sungai Petani. Antara aktiviti air yang ditawarkan di Taman Tema Air The Carnivall adalah kolam berombak, menaiki pelampung sepanjang Lazy River, gelongsor di dalam tiub yang curam dan bengkang-bengkok, serta gelongsor berkelajuan tinggi atau high speed slides yang merupakan yang paling mencabar di sini. Anda kena datang dan cuba sendiri. Taman tema air ini taklah popular seperti Sunway Lagoon , LostWorld dan Legoland tapi masih seronok untuk bermain.
Bahkan The Carnivall bukan sekadar menawarkan aktiviti air, malahan ia juga menyediakan kemudahan untuk anda melakukan aktiviti lasak yang lain seperti menunggang kuda, bermain golf mini, climbing dan banyak lagi. Sesuai untuk mengisi masa cuti anda bersama keluarga.
Waktu Operasi: Isnin, Selasa & Khamis (11.00am – 6.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 7.00pm) | Rabu Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)
Bayaran Tiket: Dewasa RM28| Kanak-kanak RM26| Khas RM26 (Harga Tiket Lebih Murah Pada Hari Bekerja)
Alamat: The Carnivall Waterpark, Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
15. Muzium Padi, Alor Setar
Muzium Padi ini pula terletak di Gunung Keriang dan berjarak hanya 8.84 km dari Menara Alor Setar. Muzium ini merupakan muzium padi yang ke-4 yang dibuka di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Disini ada mempamerkan cara memproses padi dengan car tradisional dimana orang dulu-dlu memproses padi dan dijual. Seperti yang kita ketahui , nasi adalah makanan penting buat kita. Kalau anda menuju ke tingkat paling atas muzium ini anda dapat melihat galeri lukisan yang mana anda boleh duduk di kerusi yang terletak di tengah, kerusi ini akan membuat putaran 360 darjah secara perlahan untuk anda menikmati lukisan pemandangan sawah padi dan kawasan perkampungan yang terdapat di sekeliling sawah ini yang kelihatan agak realistik. Menarik bukan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada Pukul 12.30pm – 2.30pm)
Bayaran Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) RM1 | Kamera RM2
Alamat: Muzium Padi, Lot 798 Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Kedah merupakan negeri yang cantik kerana suasana dan rakyatnya yang lembut dan peramah. Jadi ini membuatkan pelancong luar selesa untuk datang ke negeri ini menambah pengalaman berjalan ke negeri orang. Jadi , jika ke Kedah jangan lupa untuk singgah ke tempat-tempat tersebut ye.