fbpx

5 Resepi Air Katira Paling Sedap Dan Best 2022! Original vs Express

Hari ini saya nak kongsi resepi air katira paling sedap dan best! Air Katira sering dihidangkan semasa Ramadhan kerana sifatnya yang menyejukkan. Air Katira bukan sahaja popular di Johor, malahan air katira adalah minuman popular pada bulan ramadhan. Katira sebenarnya getah anggur. Ia perlu direndam semalaman sampai kembang, cuci bersih dan tapis dulu ya. Minuman ini kalau pergi mana-mana bazar juadah Ramadhan wajib ada. Memang sedap dan nikmat kalau dapat minum. Jadi saya kongsikan beberapa resepi air katira yang anda boleh cuba buat dan sediakan di rumah.

Resepi Air Katira Balang Johorean Mesti Cuba!!

Air Katira Balang Johorean Mesti Cuba!! Qaseh Honey

Air Katira Balang Johorean Mesti Cuba!! : Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 3 biji kembang semangkuk (rendam semalaman)
  • 3 biji katira/getah anggur (rendam semalaman)

Bahan Sirap Pandan:

  • 15 helai daun pandan + 3 cawan air (kisar)
  • 2 cawan gula

Bahan susu badam:

  • 12 biji badam + 1 cawan air (kisar)
  • 2 cawan air

Bahan-bahan lain:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan cincau
  • 1 cawan cendol
  • 7 biji kurma
  • biji selasih
  • kacang tanah (bakar)
  • kismis
  • ais batu

Cara-cara:

  1. Rendam kembang semangkuk dan katira atau getah anggur semalaman (letak dalam peti sejuk).
  2. Kisar daun pandan dan tapiskan. kemudian jadikan air pandan tadi 3 cawan
    tuang air pandan tadi ke dalam periuk dan masukkan gula. Masak di atas api, kacau sehingga gula larut dan mendidih. Ketepikan.
  3. Kisar badam (kalau boleh buang kulit) bersama air hingga hancur tuang ke dalam periuk dan tambahkan air. Masak sehingga mendidih. Ketepikan.
  4. Sediakan mangkuk yang besar, tuang air pandan, susu badam, susu cair, cincau, cendol, kurma, katira, kembang semangkuk, kacang tanah, kismis dan biji selasih (rendam hingga kembang). Kacau rata.
  5. Akhir sekali tambahkan ais batu dan boleh dihidang terus.

Resepi Air Katira Asli Johor, Beraroma & Menyegarkan

Air Katira Asli Johor, Beraroma & Menyegarkan

Air Katira Asli Johor, Beraroma & Menyegarkan: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar katira

  • 1 sudu besar biji selasih

  • 3 biji kurma

  • 3 biji kembang semangkuk

  • 4 biji badam

  • 4 helai daun pandan

  • 4 sudu besar gula

  • 1 liter susu segar

  • *untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml

Cara-cara:

  1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
  2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira Sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.

  3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.

  4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
  5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

  6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
  7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

Resepi Air Katira Pandan Sedap

Resepi Air Katira Pandan Sedap

Air Katira Pandan Sedap: Sumber Buat Wanita

Bahan-bahan:

  • 1 Tin Susu Isian Sejat
  • 10 Biji Buah Kembang Semangkuk (Direndam & Dibuang Biji)
  • 5 Biji Kurma (Dibuang Biji)
  • 1 Sudu Besar Kismis (Membukit)
  • 1 Sudu Besar Katira (Direndam Semalam & Dibersihkan)
  • 1 Sudu Besar Selasih (Direndam)
  • 5 Biji Badam (Disangai & Ditumbuk)
  • 10 Helai Daun Pandan (Diblend & Tapis)
  • 10 Sudu Besar Gula (Membukit)

Cara-cara:

  1. Air pandan dimasak hingga mendidih supaya tidak rasa pahit.
  2. Semua bahan kecuali selasih dan gula, blend semuanya jadi separa halus.
  3. Masukkan bahan blend dan air pandan kedalam jug.
  4. Tuangkan susu isian sejat dan masukkan selasih.
  5. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan ais dan hidang.

Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat

Resepi Air Katira Versi Ekspres

Air Katira Versi Ekspres & Jimat: Sumber Sirap Limau

Bahan-bahan:

  • Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
    *Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.
  • Susu pekat manis
  • Chia seed / biji selasih
  • Cincau

*Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.

Cara-cara:

  1. Mula-mula, masukkan perasa ikut banyak mana bancuhan kita.

  2. Seterusnya masukkan cincau. Sebenarnya saya cari cincau asli di kedai tapi tak ada stok, semuanya habis. Jadi, saya guna cincau dalam tin saja. Saya tapiskan cincaunya.
  3. Seterusnya saya tambahkan chia seed. Kalau ada biji selasih, bolehlah gunakan biji selasih.
  4. Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.
  5. Kemudian, masukkanlah air kosong dan ais buat penyejuk tekak. Siap!

Resepi Air Katira Sedap dan Terbaik!

Air Katira Sedap dan Terbaik!

Air Katira Sedap dan Terbaik!: Sumber Sinaran Wanita

Bahan-bahan:

  • Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
  • Susu pekat manis
  • Biji selasih (rendam dulu) 
  • Cincau (potong ikut suka) 
  • Sirap ros/ pewarna merah 

Cara-cara:

  1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
  2. Masukkan air kosong.
  3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
  4. Masukkan ais.

Nota:

  • Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. 

Penutup

Air katira begitu istimewa, ianya cukup popular pada bulan Ramadan. Menjadi pilihan sebagai minuman ketika berbuka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.