Hari ini saya nak kongsi keistimewaan pendermaan darah. Manfaat ini mungkin menyelamatkan nyawa anda sendiri suatu hari nanti. Setiap darah yang didermakan, sumbangan anda akan menyelamatkan nyawa! Boleh dikatakan anda adalah wira, kerana jika anda telah menderma darah, walaupun SEKALI, anda adalah insan yang istimewa dan sumbangan anda tidak ternilai!!
Jenis Pendermaan Darah
Terdapat 4 jenis darah iaitu (A, B, AB dan O). Darah jenis O dikenali sebagai kumpulan darah universal. Maksudnya, jenis darah O boleh menjadi penderma untuk jenis darah A, AB, atau O. Walaupun begitu, transfusi mesti melihat faktor persamaan Rh (rhesus). Rh ialah sistem kumpulan darah yang positif atau negatif.
Blood compatibility
Sumber: Quora
Jadi golongan darah O dengan Rh positif hanya boleh memindahkan darah kepada kumpulan A, AB, dan O yang positif juga.
Anda mungkin tertanya? Berapa jumlah seunit darah yang didermakan?
Jumlah “seunit” darah yang biasa didermakan adalah sekitar setengah liter, atau satu pint. Kebiasaannya, darah yang didermakan akan diambil lebih kurang 450 ml namun ia boleh kurang atau lebih bergantung kepada kiraan berat badan anda.
Terdapat dua jenis pendermaan darah yang anda wajib tahu, iaitu:
- Penderma ‘Whole blood’
- Pendermaan secara Aferesis
Untuk penderma ‘whole blood“/ pendermaan darah penuh; ialah pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah anda yang didermakan akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti plasma, platelet, dan sel darah merah (packed cell).
Manakala, untuk pendermaan secara aferesis / apheresis donation, ialah pendermaan komponen darah, iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, di mana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.
Komponen darah
Sumber: Hello doktor
Keistimewaan Pendermaan Darah
Penderma – penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain – lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
Keistimewaan menderma darah
Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia
*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan. Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.
(Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020)
(Website Pusat Darah Negara, 2018)
Soalan Lazim (Q & A): Derma Darah
Ini ada beberapa soalan lazim yang dikongsikan dalam Web Rasmi HUSM, dibawah Unit Perubatan Transfusi yang mendapat view sebanyak 3792 Anda mungkin akan boleh dapatkan maklumat berkaitan Derma Darah, terutamanya bagi anda yang pertama kali berniat untuk menderma darah.
Sumber: Web Rasmi HUSM, Unit Perubatan Transfusi, 2018
Anda boleh lihat beberapa soalan lazim yang lain dalam Web Rasmi HUSM, Unit Perubatan Transfusi.
Penutup
Jom! derma darah.