fbpx

5 Idea Jana Side Income Musim Covid 19

Saya akan kongsikan 5 cara jana side income yang ramai dah cuba dan terbukti berkesan!

Nak tahu? Teruskan membaca.

Memandangkan wabak Covid-19 telah menular di seluruh negara, ramai di antara kita yang terkesan dengan keadaan ini.

Ada yang hilang sumber pendapatan utama & tidak mampu menampung komitmen bulanan. Pelajar universiti yang biasa berpart-time juga turut sama terkesan.  

Tapi, pada artikel ini, saya akan membawa anda untuk memandang keadaan ini dari sudut positif.

Ya betul, ramai yang terjejas .

Tetapi apabila kita lihat di sekeliling , berapa ramai di antara rakan-rakan kita telah mula melakukan tindakan luar biasa yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini.

Ada yang mula record video  untuk channel YouTube. Ada yang cuba tawarkan khidmat freelance. Dan ramai yang telah mula berbisnes sampai abang di courier pening kepala menerima beribu-ribu parcel dalam tempoh sehari! Fuh..

Bukan kah ini satu perkara positif yang kita harus dipuji?

Disini saya akan kongsikan 5 perkara yang boleh dilakukan untuk jana pendapatan

1. Menjadi dropship

Dropship merupakan bisnes yang kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Kalau bernasib baik, ada yang menawarkan tanpa sebarang modal permulaan. Paling penting anda mestilah rajin untuk mempromosikan barang. 

Apa yang best bila buat dropship ni, biasanya pihak HQ telah pun menyediakan bahan promosi . Cuma tinggal promote saja!

Tapi, pastikan anda betul-betul pilih untuk berada di bawah agent/stokis yang betul. Jika betul pilihan anda, silap hari bulan anda boleh buat sale yang banyak hasil dari bimbingan agent/stokis itu. Sale dapat, ilmu pun dapat.  Nak ke nak?

2. Menjadi freelancer

Haa yang ini bagi sesiapa yang mempunyai bakat terpendam seperti menulis copywritting, membuat website, membuat slide, mengedit video dan pandai ambil gambar dengan cantik.   

Ini kan zaman digital, semuanya dihujung jari. Iklan kan apa saja servis dan kemahiran anda di media sosial ataupun di https://www.freelancer.com/ dan  https://www.upwork.com/ .

Ada yang suka ambil gambar dan shoot video? Lepas tu, simpan je dalam fon sampai full storage? Daripada simpan saja , cuba submit gambar anda di https://submit.shutterstock.com/ . Mana tahu gambar yang kita rasa tak berharga sebenarnya berharga . Tiba-tiba “ting” duit masuk. Best kan?

3. Buat Produk Digital & Kelas Online

Dah tak boleh buat kelas secara bersemuka? Tak apa jangan risau, sebenarnya ini lah masa yang sesuai untuk anda mengumpul semula bahan-bahan pengajaran anda secara tersusun.

Sebelum ini , mungkin anda telah banyak berkongsi idea dengan audiens tanpa mempunyai modul yang jelas. Apa kata, kali ini ambil pen, brainstorm idea & susun konten mengikut modul.  

Rakam, kemudian selitkan juga bahan lain seperti, slideshow, audio dan gambar untuk memudahkan audiens faham apa yang ingin kita sampaikan.

Inilah yang dipanggil sebagai produk digital. Apa sahaja kemahiran anda seperti kemahiran FB ads, kemahiran mengajar tajwid, kemahiran membuat kek, kemahiran mendesign, kemahiran bahasa boleh dijadikan lubuk side income anda.  Yang penting, anda betul-betul mahu berkongsi!

4. Menjadi Runner/ Penghantar Barang

Bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan seperti kereta & motor , ini adalah peluang keemasan untuk anda. Anda boleh apply untuk jadi runner Grab, Foodpanda, Lalamove, Mycar dan OdaMakan (bagi warga Kelantan).

Anda juga boleh iklan kan perkhidmatan anda di media sosial seperti group facebook penduduk setempat atau whatsapp group perumahan anda.  

Saya percaya bermula dari tempoh PKP, ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan runner untuk membeli keperluan harian . Jadi, gunakan peluang ini dengan sebaiknya .

Kerja di atas jalan raya sebenarnya agak memenatkan mental & fizikal. Jadi, set dengan betul waktu bekerja , rehat secukupnya dan jadilah pemandu yang berhemah!

5.  Buat Paid Review

Business man counting dollar banknote - online business concept

Anda ada follower yang ramai di media sosial? Nah, memandangkan ramai yang mula berbisnes, inilah peluang untuk anda membuka slot review produk.

Anda boleh review dengan menggunakan gambar, video atau copywriting. Buat carta harga untuk setiap servis yang anda tawarkan. Paling penting, jangan lupa dapatkan feedback. Ini penting untuk dapatkan trust dari pelanggan . 

Jadi, itu sajalah perkongsian saya  tentang 5 cara jana side income.  Sebenarnya, banyak lagi cara lain untuk menjana income di internet tanpa menggunakan sebarang modal wang dan cuma menggunakan modal kepakaran.

Tapi ia bergantung kepada kemampuan diri masing-masing. Tepuk dada, tanya selera. Apakah minat dan kepakaran anda. 

Dapat sesuatu? Apa tunggu lagi. Mulakan sekarang atau 10 tahun lagi anda akan menyesal kerana sudah membaca artikel ini tetapi tidak mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.