fbpx

Cara Solat Taubat Nasuha

 

Setiap manusia pasti akan melakukan dosa dalam hidup mereka kerana tiada manusia yang sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW sahaja. Sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Namun sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang lebih-lebih lagi kepada hambaNya yang bersungguh-sungguh memohon keampunan. 

Dosa yang kita sengaja atau tidak , kita harus memohon keampunan kepada Allah kerana kita perlu merendah diri bila berhadapan dengan Allah SWT tidak kira besar manapun darjat kita atau banyak manapun harta kita didunia ini kerana apabila kita merendah diri , itu membuktikan bahawa kita bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah kepada kita. Solat sunat Taubat boleh dilakukan sebanyak 2 ,4 atau 6 rakaat. 

Jadi mari kita lihat cara untuk solat sunat Taubat. 

Iklan
Iklan


1. Niat Solat Sunat Taubat

niat taubat

Maksudnya :

"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala. "

Rakaat Pertama : Surah Al-fatihah & Surah Al-Kaafirun

alfatihah

Maksud : 
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

alkaafirun

Maksud :

1.Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2."Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah. 
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5."Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Rakaat Kedua : Alfatihah & Al-Ikhlas

alfatihah

Maksudnya :

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

alikhlas

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Sesudah solat dan memberi salam. Disarankan untuk berwirid.

Baca sehingga 11 kali :  

wiirid 1

Maksudnya :

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

Kemudian baca istighfar sebanyak 11 kali : 

wirid 2

Maksudnya :

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

Kemudian baca:

  • Al Fatihah
  • Surah Al-Ikhlas 
  • Surah Al-Falaq
  • Surah Annas
  • Ayat Qursi

Doa selepas Solat Sunat Taubat

doa taubat

Maksudnya : 

Daku memohon ampun kepada Allah, daku mohon ampun kepada Allah, daku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan melainkan dia yang maha hidup lagi maha mengurus!

Daku bertaubat kepada-nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di padang mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. daku mohon perlindungan-mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! sesungguhnya daku bertaubat kepada-mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! pengampunan-mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali dikau; maka berikanlah daku keampunan-mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, ya tuhanku! terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. sesungguhnya dikau maha pengampun lagi maha penyayang!

Penutup: Amalkan Solat Sunat Taubat

Memohon keampunan dengan bersungguh dan ingatkan dosa-dosa yang telah dilakukan dan menangis. Sesungguhnya airmata orang yang bertaubat itu akan menolong kita di akhirat kelak.

Berdoa dan jangan berputus asa dan berazam tidak lagi mahu melakukan kesalahan tersebut. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.