Anda tercari dan tertanya bagaimana cara untuk membuat semakan penyata gaji online ? Disini kami ada tunjukkan caranya. Mari kita lihat
Mula-mula masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan melalui laman Web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “Sistem e-Penyata Gaji & Laporan” yang tertera di laman web utama seperti berikut:
Cara Daftar Akaun e-Penyata Gaji
Bagi sesiapa yang belum mendaftar dan baru ingin berdaftar akaun sila tekan akaun baru dan isikan maklumat yang berkenaan. Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.
Terlupa Kata Laluan e-Penyata Gaji
Pautan ini membolehkan pengguna yang terlupa kata laluan memasuki sistem untuk mendapatkan kata laluan sementara. Klik pada “Lupa Kata Laluan” dan skrin dibawah akan dipaparkan.
Sila isikan maklumat mandatori yang diminta iaitu No. KP/ No. Pasport dan No. Gaji anda dan tekan “Seterusnya”. Sekiranya anda telah berdaftar dengan sistem, maklumat pengenalan diri serta nombor gaji anda akan dipaparkan seperti berikut:
Sila pilih soalan keselamatan dan jawapan yang anda telah nyatakan semasa proses ”Pertama Kali Mendaftar” sebelum ini. Jika soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti yang dinyatakan semasa proses ”Pertama Kali Mendaftar”, skrin akan memaparkan kata laluan anda.
Daftar Masuk Sistem e-Penyata Gaji
Dengan klik butang “Daftar Masuk”, anda akan dapati skrin berikut dibawah dipaparkan. Sila masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.
Sila beri ambil perhatian kepada peringatan bertulisan merah. Seterusnya, klik Kemaskini untuk mengemaskini profil. Sila masukkan No H/P, Telco dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan. Sekiranya kedua-dua ruangan No H/P dan Alamat e-mel tidak diisi, anda akan mendapat mesej berikut
Dan sekiranya No H/P dan Alamat e-mel telah diisi tetapi ada tidak memilih mana-mana kotak notifikasi, anda akan mendapat kotak mesej berikut:
Kemudian tekan OK.
Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda. Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda. Kemudian klik " Keluar" jika ingin keluar dari sistem.
Cara Reset Kata Laluan e-Penyata Gaji
Sekiranya anda masih tidak dapat mengingati soalan keselamatan anda atau jawapan bagi soalan keselamatan, sila klik ”Reset Kata Laluan”. Skrin pengesahan untuk Reset akan dipaparkan.
Sila klik butang “Ya” untuk membenarkan sistem reset kata laluan anda dan menghantar kata laluan sementara melalui sms/e-mel kepada nombor telefon/alamat e-mel yang didaftarkan didalam sistem. Jika klik butang “Tidak”, proses Reset Kata Laluan tidak akan diteruskan. Skrin berikut ini yang memaparkan mesej “Kata laluan sementara sudah hantar. Sila semak email/SMS anda” sekiranya anda memilih butang “Ya”.
“Kembali ke Daftar Masuk” Setelah menerima kata laluan sementara. Anda dikehendaki mendaftar masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan dalam tempoh tiga (3) hari.
Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Paspot dan kata laluan sementara dan pilih “Daftar Masuk”. Kemudian akan keluar notifikasi " Menukar Kata Laluan" Kemudian tekan pada OK.
Sila masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baru dan Sahkan kata laluan baru seterusnya klik butang “OK”. Pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah betul.
Skrin akan memaparkan mesej “kata laluan berjaya ditukar”. Anda dapat membuat carian penyata gaji/penyata pendapatan seperti biasa.
Senang saja caranya. Jadi sebarkan juga artikel ini kepada kawan-kawan anda yang belum tahu cara untuk menyemak Penyata Gaji Secara Online. Selamat Mencuba.