Anda sukakan kawasan eko ? Mari kita lihat 7 Gua Menarik Yang Diterokai di Malaysia. Gua terjadi akibat struktur bumi yang terdiri daripada pelbagai elemen. Kebanyakan gua yang menarik di Malaysia terdiri daripada gua batu kapur.
1. Gua Hantu Menari (Merapoh)
Nama nya sahaja sudah seram namun disini terdapat 12 lagu gua yang selamat diterokai. Walaupun terdapat banyak gua yang lain namun ia dibiarkan kerana struktuu yang tidak selamat untuk manusia. Disini terdapat pelbagai cerita seperti tubuh misteri yang kelihatan dalam gua ini namun mungkin itu sekadar cerita untuk menakut-nakutkan orang. Struktur yang unik membuatkan gua ini sangat cantik dengan alam semulajadi yang asli. Terletak di Merapoh, Kuala Lipis Pahang.
2. Gua Kelam ( Perlis)
Menjadi salah satu tarikan di Perlis dimana Gua Kelam dibuka untuk dilawati melaluinya dengan bayaran RM1 sahaja. Jika anda sudah masuk ke dalam gua ini, sangat sejuk didalam kerana terdapat air sungai yang mengalir melaluinya. Terdapat jambatan dan lampu yang sudah tersedia bagi pengunjung disini. Malah disini juga terdapat pusat rekreasi bagi kanak-kanak yang ingin mandi manda. Rugi rasanya jika ke Perlis tapi tidak singgah ke gua ini.
3. Gua Tempurung (Perak)
Gua Tempurung yang terletak di Perak ini juga salah satu gua yang dibuka bagi pengunjung untuk melihat sendiri keindahan gua ini. Malah terdapat juga pejalan kaki yang memudahkan pengunjung ke sini. Gua ini agak besar dan unik dengan sejarahnya tersendiri. Jika ke Perak dan berkesempatan, bolehlah singgah kesini.
4. Gua Rusa ( Sarawak)
Gua Rusa merupakan antara gua yang terbesar di dunia. Gua ini dikatakan mendapat namanya  apanila terdapat peneroka/pemburu yang ternampak seekor rusa sedang menjilat garam galian yang terdapat di dalam gua ini. Gua ini menawarkan pemandangan gua yang luas eksotik. terdapat puluhan ribu kelawar yang menghuni gua ini yang termampu mengelapkan kawasan yang di duduki oleh pengunjung.
5. Gua Niah (Miri Sarawak)
Gua Niah dikenali sebagai penempatan manusia purba 45 000 tahun yang lalu dimana mereka mula berteduh di dalam gua sebagai penempatan mereka. Hal ini kerana perjumpaan rangka manusia pada sekitar tahun 1958 yang berusia 35 000 tahun. Malahan terdapat juga rangka binatang gergasi seperti lembu dan rusa. Yang menarik lagi di gua ini juga terdapat cengkerang yang membawa maksud orang dahulu makan makanan laut. Gua ini dibuka bagi peneokaan manusia untuk melihat cara kehidupan orang zaman dahulu.
6. Gua Nasib Bagus ( Taman Negara Mulu)
Gua ini jga dikenali sebagai Gua Lubang Nasib Bagus. Gua ini terletak di Taman Negara Gunung Mulu Sarawak dan juga merupakan gua yang terbesar yang diketahui dunia. Keluasannya dikatakan mampu meletakan 10 jumbo jet ke dalam gua ini. Di dalamnya terdapat pelbagai arca semulajadi yang berbentuk jutaan tahun dahulu. Gua ini juga merupakan tapak warisan UNESCO.
7. Gua Ikan
Terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Bandar Kuala Krai dan 7 km dari Pekan Dabong. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 dan akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri. Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai. Terdapat gua-gua yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.
Anda boleh menerokai 7 Gua Menarik Yang Diterokai Manusia di Malaysia yang akan memberi kepada anda gambaran yang berbeza bagi setiap tempat. Kebanyakan gua di Malaysia selamat untuk diterokai. Nak dekat anda boleh boleh terokai Batu Caves.