fbpx

10 Tempat Menarik di Puchong

 Enerz Extreme Park

 Enerz Extreme Park
Bagi anda inginkan kelainan dalam aktiviti beriadah, anda boleh datang ke Nerz Extreme Park dimana ini adalah salah satu tempat yang sesuai jika anda sukakan aktiviti melompat atau parkour. Disediakan juga kawasan untuk kanak-kanak. Dengan bayaran yang berpatutan, anda boleh mencuba pelbagai jenis aktiviti yang disediakan. Boleh la keluarkan oeluh sedikit kan.

Min Nature

Min Nature

Mini Nature adalah salah satu tempat galeri dimana disini kawasan mini bandar dibina dengan menggunakan lego. Nampak seperti betul kan. Anda juga berpeluang untuk mencipta bandar imaginasi anda disini. Pasti seronok dapat merealisasikan imaginasi anda bukan. 

Galactic Laser Tag

Galactic Laser Tag

Galactic Laser Tag pula adalah satu galeri yang bertemakan lampu laser dimana kreativiti yang dikaryakan disini sangat unik dan menarik. Anda boleh menjelajahi kesemua galeri ini dan yang pasti akan membuatkan mata anda tidak lekang untuk melihat tarikan disini. 

Taman Saujana Hijau

Taman Saujana Hijau

Ingin beriadah di waktu petang bersama keluarga mahupun rakan-rakan ? Di Puchong terdapat satu taman yang dinamakan Taman Saujana Puchong dimana sesuai untuk melakukan aktiviti jogging, berbasikal dan berjalan-jalan melihat kawasan sekitar. Pasti seronok dapat mrlihat tumbuhan hijau selain bangunan pencakar langit.

Bukit Puchong

Bukit Puchong

Anda suka hiking ? Bukit Puchong boleh menjadi salah satu dalam senarai anda kerana disni terdapat trek untuk mendaki ke puncak. Jalan yang sederhana ekstrem pasti akan membuatkan anda sedikit teruja untuk mendaki. Kebanyakan nya, jika mahu elak bersesak di Bukit Broga, anda boleh menukar selera ke Bukit Puchong pula. 

Blue Lagoon Puchong

Blue Lagoon Puchong
Ya sudah penat mendaki, sambung pula picnic di Blue Lagoon Puchong. Air disini sangat jernih dan cantik. Sangat sesuai untuk anda bermandi-manda. Bbq atau camping bersama rakan juga menyeronokkan. 

Hutan Simpan Ayer Hitam

Hutan Simpan Ayer Hitam
Anda gemar menerokai hutan ?  Hutan simpan Ayer Hitam ini sering menjadi tumpuan oelancibg asibg kerana mereka lebih suka melihat hutan hutan kita. Unik malah anda juga boleh mrlihat berbagai spesis burung yang ada disini. 

Muzium Warisan Melayu

Muzium Warisan Melayu

Credit to : www.malaysian-traveller.com

Bagi saya, anak mudah zaman sekarang perlu mengambil tahu tentang sejarah Malaysia. Apa yang menarik di muzium warisan melayu ini adalah disini terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti permainan tradisional yang dimainkan orang zaman zaman dahulu. Pasti akan mengimbau kenangan manis zaman dahulu. Aktiviti nya adalah seperti lari dalam guni,congkak, pertunjukan silat dan macam macam lagi. Bunyi macam seronok bukan. 

Farm In The City

Farm In The City

Credit : Youtube

Farm in The City ini pula menawarkan anda melihat binatang yang jinak dan comel speerti arnab,musang, ikan peliharaan, parrot dan macam macam lagi. Bawa anak anda kesini dan beri pelajaran kepada mereka dengan sebenar. Mungkin sebelum ini hanya melihat dari skrin telefon sahaja. Saya jamin mereka pasti akan teruja. 

Sunway City

Sunway Piramid

Kebanyakan anda sudah mengenali dengan Sunway City yang mempunyai pelbagai jenis tempat seperti taman tema, pusat membeli belah, zoo dan macam macam lagi. Jadi luangkan masa anda bersama anak anda melakukan aktiviti yang seronok di Sunway City. 

Semoga 10 Tempat Menarik di Puchong itu dapat memberi inspirasi tentang destinasi yang anda mahu kunjungi. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.