fbpx

10 Tempat Menarik di Petaling Jaya

Kali ini kita lihat 10 Tempat Menarik di Petaling Jaya pula. Kebanyakan anda yang hujung minggu tapi buntu mahu lepak di mana ketika cuti boleh la singgah ke tempat ini. 

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon
Siapa yang tak kenal Sunway Lagoon ? Sudah pasti menjadi tempat yang paling best untuk melakukan aktiviti air dan ekstrem. Dengan harga yang berpatutan anda boleh mencuba pelbagai permainnan yang disediakan. Indoor, outdoor, rumah hantu, roller coaster, flyingfox dan macam-macam lagi. Senang cerita sehari pun tk cukup untuk terokai semua tarikan disini. 

Muzium Petaling Jaya

Muzium Petaling Jaya

Jika anda mahu menambah ilmu dan tempat yang tenang, sudah pasti saya cadangkan ke Muzium Petaling Jaya ini kerana disini anda boleh mengetahui pelbagai oeralatan sejarah yang digunakan pada zaman dahulu kala yang mempunyai cerita nya tersndiri. Jika anda sudah mempunyai anak, sesekali bawaklah mereka ke muzium untuk menarik minat mereka tentang sejarah yang berlaku di Malaysia. Sudah pasti mereka akan merasa seronok dan ini akan menjana perkembangan otak mereka untuk berfikir. 

Sunway Piramid

Sunway Piramid

Berdekatan dengan Sunway Lagoon, anda pasti perasan akan patung kepala singa yang megah disitu. Dan disebelah nya terdapat bangunan berbentuk piramid. Sunway piramid merupakan salah satu tempat membeli belah di Petaling Jaya. Sudah pasti apa yang anda mahu terdpaat disini. Struktur bangunan disini sangat unik dan cantik. Sesiapa sahaja yang lalu pasti akan terpegun.

Kidzania

Kidzania

Disini pula adalah syurga buat kanak-kanak kerana disini membenarkan anak-anak anda menjadi apa sahaja yang mereka mahukan seperti juruterbang, bomba ,polis, askar, doktor dan sebagainya. Saya kira ini sangat bagus untuk anak anda kerana mereka boleh mengetahui lebih mendalam tentang minat atau cita cita mereka. Seragam dan gaji  juga diberikan seperti anda betul-betul bekerja. Jadi anak anda boleh membeli didalam tempat ini juga. 

T&T Kidz park Pelating Jaya

1

Kebiasaannya ini adalah salah satu tarikan untuk anda yang sudah berkeluarga. Sudah pasti waktu hujung minggu ingin diluangkan bersama mereka, jadi di Petaling Jaya ini terdapat taman kanak di T&T Kidspark. Dengan pantauan dan keselamatan yang diberikan, anak anda pasti akan menikmati permainan disini. Byaran juga sangat berpatutan. 

Ice Shating Sunway Piramid

5

Bagi yang sudah bosan jogging sahaja di taman, anda boleh mencuba untuk melakukan aktiviti skating di Sunway Piramid. Jika anda sudah biasa bermain dengan aktiviti anda, sudah pasti akan memberi keseronokan namun jika baru hendak mencuba, saya sarankan anda untuk berhati² kerana pasti akan sentiasa jatuh. Tanpa kestabilan yang betul membuatkan anda susah untuk bergerak. Kalau dan expert, boleh la menunjuk-nunjuk skill anda untuk dilihat orang sekitar sana. Heheh. 

Muzium Cokelat Kota Damansara

Muzium Cokelat Kota Damansara

Ini adalah salah satu tempat kegemaran saya. Yelah siapa saja yang tak sukakan coklat kan. Disini anda boleh melihat pelbagai coklat yang dihasilkan, bahan bahan yang digunakan dan asal usul coklat itu tercipta. Pasti menarik kan sambil sambil shopping coklat.

One utama Shopping Centre

One utama Shopping Centre

Jika anda seorang yanv tidak sukakan aktiviti outdoor, lebih suka lepak di mall sambil minum air Starbuck, anda boleh singgah ke pusat membeli belah One Utama kerana disini terdpaat pelbagai barangan branded, makanan dan macam macam lagi. Yang pasti bawa duit banyak sikit baru seronok membeli belah. 

Sunway Lagoon Extreme Park

Sunway Lagoon Extreme Park

Sunway Lagoon Extreme Park terletak di dalam kawasan Sunway Lagoon. Disini kebanyakan nya adalah untuk aktiviti ekstrem dan outdoor seperti bungee jump, roller coaster, vortex, giant swing dan macam macam lagi. Anda yang sukakan cabaran pasti akan teruja jika ke sini. 

Camp5 Climbing Gym

Camp5 Climbing Gym

Anda suka memanjat ? Maksud saya seperti memanjat dinding gua atau dinding. Camp5 adalah tempat yang sesuai untuk anda lakukan semua aktiviti ini jika gua terlalu jauh untuk anda. Dengab bayaran yang berpatutan dan alat keselamatab yang disediakan, anda pasti akan merasa teruja dan seronok melakukan aktiviti seperti ini. 

Dengan 10 Tempat Menarik di Petaling Jaya ini akan memberikan idea untuk hujung minggu anda. Selamat bercuti dan jaga jarak anda. Jangan lupa hand sanitizer !

Leave A Reply

Your email address will not be published.