Mencari tempat menarik di Sabah? Kali ini kami ingin berkongsi 27 tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh anda lawati. Sabah adalah negeri yang besar yang terkenal dengan flora dan faunanya sangat mengangumkan bahkan bukan di kalangan rakyat Malaysia malah pelancong asing. Keindahan semula jadi disini dengan keindahan pulau-pulau disini pasti akan membuatkan anda merasa ingin datang lagi.
1. Marine Museum
Marine Museum menawarkan anda untuk lebih dekat dengan hidupan laut dimana mereka akan memasang pertunjukan video tentang hidupan laut pada hari Sabtu 9.00-12.30pm dan seterrusnya 2.00pm-4.00pm. Warn-warni hidupan laut yang menceriakan akan mengagumkan kepada sesiapa yang berkunjung didsini. Akuarium ini terltak diUMS dan dikataka n antara yang terbaik di kepualaun Borneo. Sesuai untuk anda membawa anak-anak ke sini kerana mereka boleh mengenal hidupan laut sambil belajar.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Sabtu (9.00am – 12.30pm, 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.30am, 2.00pm – 4.00pm) | Ahad & Cuti Umum (Tutup)
Harga: Dewasa MyKad: RM10, Biasa: RM20 | Kanak-kanak, Pelajar (4 -17 Tahun) & Warga Emas MyKad: RM5, Biasa: RM10 | Kamera MyKad: RM5, Biasa: RM10
Alamat: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, Sabah, 88400 Kota Kinabalu
2. Kota Kinabalu Wetland Centre
Disini tempat yangsesuai untuk anda menenangkan fikiran kerana kawasan ini dipenuhi dnegan tumbuhan hijau. Disini terdapat ketam bakaupenyu dan biawak. Disediakan tempat untuk berjalan kaki seanjang 1.5 km dan boleh lah diterokai dengan keluarga mahupun anak kecil. Lokasi ini dikatakan mempunyai lebih 80 spesis burung yang berterbanagn bebas di sekeliling hutan membuatkan anda menjadi damai mendengar kicauan burung-burung.
Harga: Dewasa MyKad: RM5, Biasa: RM15 | Kanak-kanak (7 Tahun & Keatas) MyKad: RM3, Biasa: RM10 | Kanak-kanak (6 Tahun & Kebawah) Percuma
Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
3. Tambunan Rafflesia Reserve
Tambunan Rafflesia Reserve adalah tempat yang sesuai kepada anda yang sukakan aktiviti lasak kerana disini ada menwarkan aktivit seperti jungle trekking untuk mencari bunga terbesar didunia. Terdapat banyak bunga Rafflesia yang kembang mekar disni. Namun bunga ini akan mengeluarkan bau yang pelik untuk menarik perhatian serangga disana untuk hinggap keatasnya kemudian memakan serangga tersebut. Tempat ini hanya berjarak 1 jam sahja dari Kota Kinabalu.
Waktu Operasi: 8.00am – 3.00pm
Harga: RM5
Alamat: Tambunan Raflesia Reserve, 500, 89650 Tambunan, Sabah
4. Pulau Sapi
Bulan Februari hingga bulan Mei adalah waktu yang sesuai untuk melwata pulau ini kerana musim ini Pulau sapi akan kelihatan lebih cantik dengan air lautnya yang jernih , pantai berpasir putih dan hutan yang kehijauan. Aktivit skuba dan snorkeling juga disediakan disini. Pasti tidak akan membuatkan anda rasa menyesal bila datang ke sini.
Bagi yang sukakan aktiviti lasak, di Pulau Sapi terletaknya Coral Flyer yang merupakan zipline yang terpanjang di dunia, tak main-main, serius, zipline yang terpanjang di dunia adalah di Sabah, dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya, nak berflying fox, inilah dia lokasi paling ekstrem untuk dicuba.
Alamat: Pulau Sapi, Kota Kinabalu 88000, Sabah
5. Desa Cattle Dairy Farm
Disini tempat yang sitimewa di Sabah apabila ladang lembu dan pemandangan yang yang sangat cantik dengan kawasan bukit bukau dan kehijauan rumput disana. Desa Cattle Dairy Farm ini dikenali sebagai New Zealand Kecil kerana pemandangan yang cantik seakan di New Zealand. Anda juga boleh membeli produk-produk tenusu hasil dari ladang itu sendiri yang segar dan lazat. Boleh la bergambar untuk dibuat kenangan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM5 | Kanak-kanak MyKad: RM4
Alamat: Desa Cattle Dairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah
6. Ladang Teh Sabah
Ladang teh organik ini adalah satu-satunya di kepulauan Borneo apabila berkrtinggian 2272 kaki dari aras laut dan berkeluasan 6200 ekar. Anda boleh singgah ke kilang tehnya dimana kilang itu akan menunjukkan cara pemprosesan teh dari A ke Z. Dengan pemandangan yang sangat cantik , rugilah kalau tak singgah ke sini kan.
Waktu Operasi: 8.00am – 4.00pm
Alamat: Ladang Teh Sabah, KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah
7. Pulau Gulisan
Pulau Gulisan adalah pulau terkcil antara 3 tamana laut Pulau Penyu sementara yanga lain adalah Pulau Bakungan dan Pulau Selingan. Disini terdapat penyu-penyu yang menetaskan anak mereka di bahagian utara timur dan barat daya kawasan pulau ini. Jika anda ingin melawat pulau ini , boleh lah untuk menyewa bot dn ke sini.
Alamat: Pulau Gulisan, Sabah
8. Pulau Lankayan
Manakala di Pulau Lankayan pula terdapat aktiviti snorkeling dan skuba untuk melihat batu karang. Air disini snagat jernih dan warna-warni hidupan laut sangat cantik. Malah , ia mengambil masa sebanyak 15 minit sahaja untuk pusing ke Pulau Lankayan ini kerana pulaunya sangat kecil sahja.
Alamat: Pulau Lankayan, Sabah
9. Balung River Eco Park
Disini terdapat penginapanyang anda boleh duduk dimana chalet disini dibuat daripada kayu balak dan batuan sungai untuk memberi pengalaman baru kepad penginap. Disni boleh dibuat hari keluarg kerana anda boleh memancing , merentas hutan , berkelah dan macam-macam lagi.
Harga: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Alamat: Balung River Estate, Sabah
10. Pulau Tiga
Seperti pulau-pulau yang lain , anda boleh snorkeling dan skuba di pulau ini dan yang istimewanya di Pulau Tiga ini anda boleh untuk berendam di dlam gunung berapi lumpur kecil. Kata orang , berendam didalam lumpur akan mencantikkan kulit dan menyembuhkan daripada penyakit kulit. Lumpur gunung berapi ini tidaklah terlalu panas , hanya suam-suam kuku sahja.
Alamat: Pulau Tiga, Sabah.
11. Pulau Kapalai
Pulau Kapalai yang turut dikenali sebagai Maldives negara Malaysia ini terletak 15 km dari Sipadan. Aktiviti yang terkenal disini ialah muck diving ataupun menyelam ke dasar laut untuk mnerokaihidupan laut. Selain itu anda juga boleh menyewa kayak untuk berkayak di kawasan sekitar pulau.
Alamat: Pulau Kapalai, Tawau, Sabah.
12. Pulau Sipadan
Sememangnya Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik sama juga seperti Pulau Sipadan ini. Disini pula terdapat 3000 jenis spesis ikan dan juga terumbu karang yang ditemui. Disini juga terdapat tempat pembiakan penyu dan anda boleh lah datang kesini untuk merasai sendiri keseronokannya. Malah , Pulau Sipadan ini disenaraikan sebagai destinasi menyelam terbaik didunia didalam majalah Rodale's Scuba Diving.
Alamat: Pulau Sipadan 91307, Sabah
13. Pulau Manukan
Pulau manukan adalah pulau ke-2 terbesar di Taman marin Tunku Abdul Rahman dimana pulau ini selamat untuk kanak-kanak berenang. Rugilah jika pulau secantik ini tidak melakukan aktiviti snorkeling. Menikmati udara segar di Pulau Manukan pasti tidak akan mengecewakan anda.
Alamat: Manukan Island, Kota Kinabalu, Sabah.
14. Pulau Mabul
Manakala Pulau Mabul ini adalah pulau yang terletak hanya 15 km daripada Pulau Sipadan. Pulau ini berkeluasan 20 hektar yang ditumbuhi oleh pokok palma dan memiliki kawasan-kawasan pantai kecil. Antara aktivit yang boleh dilakukan disana ialah menyelam skuba , snorkeling untuk meliaht hidupan laut dengan air pantai ynag sangat jernih.
Alamat: Pulau Mabul, Sabah.
15. Pulau Layang-Layang
Pulau Layang-Layang ini terkenal dengan air yang sangat jernih dan ia agak jauh dari pesisiran pantai sekitar 300km. Namun , anda harus berhati-hati untuk menyelam disini kerana terdapat jerung yang berkeliaran. Selain itu , anda boleh menikmati pemandangan yang sangat mempesonakan dengan bermacam spesis hidupan yang berwarna-warni.
Alamat: Pulau Layang-Layang, Sabah
16. Hutan Simpan Bukit Gemok
Disamping itu , Hutan Simpan Gemok ini mempunyai pelbagai hidupan hutan yang dapat dilihat dan memiliki ruang jalan berkanopi yang terpanjang di Sabah dan mengambi masa selama 1 jam pendakian. Dimusim hujan , anda harus lebih berhati-hati kerana jalan pendakian licin dan lebih mencabar.
Harga: RM1
Alamat: Hutan Simpan Bukit Gemok, Tawau, Sabah.
17. Bornean Sun Bear Conservation Centre
Tempat ini menarik untuk membawa keluarga sekali untuk melihat beruang matahari yang dijaga disini. Beruang tidak sekadar tinggal di kawasan beriklim sejuk sahja , namun di Sabah juga ada. Justeru itu , terdapat lebih 40 ekor beruang spesis yang paling kecil didunia ini untuk dilihat. Jangan riasu kerana terdapat dek pemerhatian , pusat pelawat dan ruang jalan berpapan disini untuk anda merasa lebih selamat untuk melihat beruang matahari ini secara lebih dekat lagi.
Harga: Dewasa MyKad: RM15, Biasa: RM30 | 12 – 17 Tahun MyKad: RM2, Biasa: RM5 | Bawah 12 Tahun Percuma.
Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah.
18. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Keunikan disini pula anda boleh melihat sendiri depan mata sejenis monyet yang mempunyai saiz hidung yang agak panjang dan peutnya yang besar dan kepala yang berbulu kemerahan. Labuk Bay ini terletaka di hutan bakau Semawang. Disini ada menyediakan chalet untuk anda menginap dan tinggal lebih lama disini untuk menikmati pemandangan di Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary.
Harga: Dewasa MyKad: RM15, Biasa: RM60 | Kanak-kanak (Bawah 12 Tahun) MyKad: RM5, Biasa: RM30
Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Off Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah.
19. Sepilok Orang Utan Centre
Jika tadi anda dapat melihat monyet berhidung panjang , disini pula tempat untuk melihat orang utan. Orang utan adalah hidupam yang terancam dan banyak karenah. Datang dan lihat sendiri kecomelan perangai orang utan disini. Namun, untuk keselamatan orang utan dan manusia sendiri , pelawat hanya dibenarkan untuk melihat orang utan di ruang pejalan kaki sahaja. Bukan senang nak jumpa orang utan ni kann..
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.45am – 4.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM5, Biasa: RM30 | Kanak-kanak (17 Tahun & Kebawah) MyKad: RM2, Biasa: RM15 | Kamera: RM10
Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
20. Pekan Kundasang & Pekan Nabalu
Manakala Kundasang pula tempat yang sangat cantik dan disini ibarat seperti Cameron Highland di Pahang. Tempat disini sejuk,buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat segar. Bunga-bunga disini kelihatan mekar dan cantik berkembang elok kerana cuaca disini yang membuatkan tumbuhan semakin subur. Di Pekan Nabalu pula terdapat pelbagai kraftangan yang dijual dan dibuat sendiri oleh kaum Dusun disana. Kawasan ini dikelilingi dengan gunung-ganang yang sangat tinggi dan membuatkan pemandangan lebih menarik.
Alamat: Pekan Nabalu, 89150 Ranau, Sabah | Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.
21. Ranau Paragliding Park
Kawasan Ranau yang memiliki bentuk muka bumi yang bergunung-ganang ini sesuai untuk sesiapa yang menggemari aktiviti lasak dan ekstrem. Tapi jika anda jenis gayat dan takut kepada ketinggian , janganlah mencuba takut-takut demam pulak. Paragliding adalah aktiviti yang sangat menarik kerana anda boleh menikmati pemandangan kawasan sekitar yang sangat cantik di sekitar Ranau.
Alamat: Ranau Paragliding Park, Jalan Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah.
22. Taman Kinabalu
Taman ini mempunyai ketinggian 1585 meter dari paras laut dimana disini terdapat 100 jenis mamalia , 110 jenis siput darat dan 326 jenis burung. Di taman inilah permulaan untuk pendaki mendaki ke Gunung Kinabalu. Malahan , erdapat juga monumen Gempa Bumi Kinabalu di taman ini.
Alamat: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah.
23. Sabah Indoor Climbing Centre
Jangan kata di Kinabalu ini tiada tempat yang moden dan hanya dipenuhi dengan hutan-hutan sahaja. Disini anda boleh mengasah kemahiran untuk melakukan aktiviti lasak seperti wall climbing. Bagi pendaki yang baru ingin mencuba anda tidak perlu risau kerana segala kelengkapan untuk memanjat ada disediakan. Pasti menyeronokkan.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (4.00pm – 10.00pm) | Hujung Minggu & Musim Cuti (10.00am – 10.00pm)
Harga: Dewasa RM12 |Kanak-kanak (Bawah 18 Tahun) RM9
Alamat: Sabah Indoor Climbing Centre, 24, Jalan Burung Puin, Taman Yakim Jaya, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
24. Kokol Hill
Kokol Hill ini pula mengambil masa 1 jam erjalanan dari Kota Kinabalu untuk ke Bukit Kokol yang terletak di Banjaran Crocker. Bukit Kokol ini dikelilingi oleh pelbagai hidupan semula jadi yang snagat menyegarkan mata. Jika ingin bertenang dari hidupan kota , bolehlah kesini untuk menenangkan fikiran anda kerana disini terdapat juga resort untuk didiami.
Alamat: Kota Kinabalu, Sabah.
25. Pasar Filipina
Pasar Filipina ini pula syurga bagi pencinta makanan, di sini anda dapat menemui pelbagai jenis makanan laut, maklumlah Sabah kan kaya dengan hasil laut. Jangan lupa untuk mencuba BBQ ayam madu disini. Memang sedap. Namun and juga harus berhati-hati dalm memilih tempat makan dan perhatikan juga kebersihan.
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30pm – 11.00pm)
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
26.Masjid Kota Kinabalu
Masjid yang cantik ini digelar masjid terapung kerana dikelilingi lagun buatan manusia. Masjid ini adalah masjid kedua terpenting selepas Masjid Sembulan dan kos pembinaan masjid ini adalah 34 juta ringgit. Jangan lupa untuk singgah solat disini kerana pelbagai kemudahan disediakan seperti mesin ATM , klinik dan lain-lain. Waktu malam sesuai untuk mengambil gambar kerana masjid ini kelihatan sangat cantik dengan lampu berwarna itu.
Alamat: Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
27.Rumah Terbalik Tamparuli
Percaya atau tidak bahawa di Sabah juga terdapat rumah terbalik. Ini tempat jika anda inginkan keseronokan bersama keluarga. Rumah terbalik Tamparuli ini terdapat 3D Wonder Museum yang mempamerkan hasil karya seni 3D. Jadi , bolehlah datang bersama kawan atau keluarga kesini.
Waktu Operasi Rumah Terbalik Tamparuli: Setiap Hari (7.00am – 7.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM10.60, Biasa: RM19.10 | Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) RM5.30 | Kanak-kanak (Bawah 3 Tahun) Percuma
Alamat: Rumah Terbalik Tamparuli, Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250.
Pilih saja tempat untuk anda lawati di Sabah ni. Semua menarik bukan. Sabah ini merupakan salah satu destinasi yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.
Jadi saya cadangkan rancang waktu percutian anda supaya lancar dan selesa. Satu perkara lagi, Sabah ini besar jadi perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi boleh memakan masa yang panjang. Pastikan anda tahu apakah pengangkutan yang sesuai untuk sampai ke destinasi yang dituju.