Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah solat sunat muakkad yang dilakukan oleh semua orang Islam pada pagi 10 Zulhijjah. Bagaimana solat sunat Aidiladha?
Sebelum menerangkan cara solat sunat Aidiladha, apakata kita ketahui Adab di Hari Raya Aidiladha dan perkara-perkara sunat di hari raya korban ini.
Adab Solat Sunat Hari Raya
1. Kita disunatkan agar tidak makan sebelum selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha.
2. Dibenarkan untuk berkumandangkan takbir raya sejak dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga hari terakhir (13 Zulhijjah ) pada hari raya Aidiladha.
3. Contohnya terlepas daripada jemaah solat sunat hari raya , maka kerjakanlah sendiri sebanyak 2 rakaat. Kemudian ikuti mendengar khutbah dengan khusyuk dan teliti tentang apa yang khatib hendak disampaikan.
4. Jangan meninggalkan masjid sehingga habis khutbah. Bersalaman dengan para jemaah yang lain.
5. Para wanita yang dalam keadaan uzur/haid juga dibolehkan mendengar khutbah hari raya Aidiladha dan duduk di bahagian pinggir masjid.
Amalan Sunat Dilakukan Sebelum Solat Sunat AidilAdha
Perkara-perkara yang disunatkan sebelum mengerjakan sembahyang hari raya ialah:
Menghidupkan Malam Hari Raya
Kita diseru untuk menghidupkan malam hari raya dengan mengerjakan solat sunat tasbih , berzikir dan bersedekah. Paling kurang dengan menunaikan sembahyang isya' berjemaah dan berniat untuk sembahyang Subuh juga berjemaah.
Melaungkan Takbir Hari Raya
Disunatkan untuk melaungkan takbir raya pada malam hari raya aidiladha iaitu selepas terbenamnnya matahari sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya Aidiladha. Tidak kira dimana anda berada.
Takbir ini dinamakan mursal dan mutlaq (takbir yang tidak terikat selepas sembahyang dan dilaungkan bila-bila sahaja).
Sementara takbir muqayyad (takbir yang terikat dan dilaungkan sebaik sahaja selesai sembahyang fardhu, sunat, tunai atau qadha), takbir muqayyad ini khusus bagi hari raya adha dan bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bermula takbir tersebut pada subuh hari arafah sehinggalah asar di akhir hari tasyriq.
Makan Sebelum Solat Hari Raya
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar (mengerjakan sembahyang hari raya) pada hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan dan tidak makan pada hari raya adha sehinggalah Baginda sembahyang (hari raya adha).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Jadi kita disunatkan mengikut amalan Rasulullah SAW dimana Baginda makan sebelum sebelum Solat Sunat Aidilfitri manakala tidak makan sebelum Solat Sunat Aidiladha sehingga sehingga selesai Solat Sunat Aidiladha tersebut.
Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha
Disunatkan bagi orang islam untuk mandi sebelum mengerjakan solat sunat aidiladha kemudian memakai baju yang bersih dan sopan.
Pakaian bukan berwarna putih itu lebih afdhal dan disunatkan memakai serban bagi kaum lelaki. Disunatkan juga untuk memakai wangi-wangian , menghilangkan bulu-buluan dan memotong kuku. Namun bagi yang hendak melakukan ibadah korban , tidak disunatkan untuk memotong kuku dan menghilangkan bulu-buluan kecuali selepas menyembelih binatang korban.
Makmum Lebih Awal Datang Daripada Imam
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu keluar pada hari raya adha dan hari raya fitri, lalu Baginda terus memulakan dengan sembahyang (hari raya).” (Hadis muttafaq ‘alaihi)
Disunatkan bagi makmum datang awal sebelum imam dan mengambil tempat dalam jemaah untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha.
Berjalan Kaki Ke Tempat Mengerjakan Sembahyang
Mengikut amalan Rasulullah SAW yang berjalan kaki untuk menunaikan sembahyang sunat Aidiladha. Lebih afdhal berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan melainkan ada keuzuran ataupun sakit.
Menyeru Dengan Seruan
Seperti yang kita ketahui, tiada seruan azan dan iqamah dalam sembahyang hari raya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas :
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan sembahyang hari raya tanpa azan dan iqamah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Jadi kita disunatkan untuk menyeru kepada seruan untuk mendirikan sembahyang hari raya.
Menunaikan Ibadah Korban
Aidiladha adalah hari yang diseru kepada kita untuk melakukan ibadah korban. Perkataan `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. haiwan yang dkorbankan adalah seperti biri-biri , kambing , unta , jerbau taupun lembu.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” ( Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim. )
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Membaca Doa Nabi Yunus
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)
Cara Melakukan Solat Sunat Aidiladha
A. Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
2. Pada rakaat pertama:
a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
3. Rakaat kedua:
a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
Aidiladha adalah peringatan Allah kepada kita umat manusia untuk selalu bersyukr dengan kurniaan atau nikmat yang Allah telah berikan dengan melakukan kebaikan seperti melakukan ibadah korban dan mengagihkan daging tersebut kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan.
Selain itu , Aidiladha juga perintah Allah yang melarang kita untuk melakukan maksiat yang mendatangkan kemurkaan Allah. Malah, kita diseru untuk sering membuat baik kepada sesama makhluk.