fbpx

31 Tempat Menarik di Sarawak – YANG KELAPAN Anda MESTI PERGI

1

Mahu melancong ke Sarawak? Berikut telah disenaraikan 31 tempat menarik yang mesti dilawati di Sarawak. Negeri yang terbesar di Malaysia. Negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.

Masyarakat di sini terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya kaum Iban, Dayak, Kadazan dan lain-lain. 

Selain itu, flora dan fauna di Sarawak juga sangat mengagumkan. Keindahan bukit bukau, air sungai mengalir tenang, semuanya menjadikan Sarawak sebagai destinasi percutian pilihan.


1. Sarawak Cultural Village

1


4
2

Jika datang ke Sarawak ni rugilah kalau tidak melawat ke Sarawak Cultural Village yang mempamerkan pelbagai sejarah, tradisi, gaya hidup, budaya, senibina dan teater yang mencipta perpaduan budaya yang unik.

Tujuh rumah tradisional yang unik, yang tersebar di atas kawasan seluas 17 ekar, memberi anda pengenalan yang sempurna kepada Sarawak, penduduknya dan budaya, sama ada anda mencari wawasan tentang gaya hidup rumah panjang atau rasa keramahan Sarawak yang sungguh-sungguh.

Sarawak Cultural Village adalah satu keharusan melawat pengunjung ke Kuching dan Damai.

Disini anda boleh melihat terdapat Rumah Panjang Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Rumah Melayu, Chinese Farmhouse dan Melanau TallHouse. 


2. Batang Ai Iban Longhouse 

5

sumber : https://www.easybook.com

6

sumber :https://www.easybook.com

Rumah panjang Iban dari ibu Kota Ai yang terletak 150 km dari timur Kuching sangat menarik untuk dilawati. Ini kerana anda boleh melihat gaya hidup orang Iban di rumah panjang mereka. 

Rumah yang sangat unik dan sudah pastinya meriah bila semua ahli keluarga tinggal berdekatan. Rumah yang dikategorikan sebagai rumah tradisonal yang terletak terpencil daripada kota  dan sekitar rumah panjang ini terdapat taman negara dan tempat perlindungan hidupan liar.

Selain itu, empangan Ai yang dibuka kepada pelancong untuk menikmati pemandangan sekitar yang menenangkan fikiran dengan menaiki bot ke Ai Longhouse atau Hilton Batang Ai.


3. Sibu Central Market

8

Pasar Sibu adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana disitu ada menjual buah-buahan eksotik, hasil hutan dan kraf tangan yang dibuat oleh orang tempatan dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain.

Pasar ini adalah pasar yang terbesar di Sarawak dan keadaan persekitaran di pasar Sibu ini juga sangat bersih kerana peniaga dan pengunjung saling menjaga kebersihan masing-masing. 

Lokasi : Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak


4. Fuzhou Food Heritage

9

Sesiapa yang teringin makan laksa sarawak boleh singgah ke Fuzhou Food Heritage ini. Malah jika anda juga menyukai makanan-makanan Cina, disini pelbagai masakan Cina disediakan dan jangan risau kerana restoran ini adalah restoran yang halal yang diiktiraf bagi kaum muslim. 


5. Lamin Dana 

Lamin Dana

sumber :https://gowhere.my

Lamin Dana 2

sumber : http://www.azhariahkamin.com

Lamin Dana pada dasarnya adalah sebuah pondok butik budaya di kawasan Melanau Mukah, Sarawak. Kaum Melanau adalah 7% daripada penduduk Sarawak dimana mereka adalah kumpulan etnik tertua yang terdapat di Sarawak Tengah.

Lamin Dana, yang terletak di kampung berair Kampung Tellian, adalah gabungan rumah tamu dan muzium. Para tetamu boleh merasai sendiri budaya dan gaya hidup Melanau contohnya mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti tempatan, terutamanya di sepanjang Sungai Tellian.

Malahan kita boleh melihat kehidupan seharian mereka yang sederhana tetapi kelihatan sangat bahagia. Urut tradisional dan mandian wap juga ditawarkan di sini.

Apabila pusat penginapan disediakan , mereka juga melatih orang tempatan untuk membuat kraftangan tradisional dimana ia akan menambah pendapatan penduduk. Banyak lagi aktiviti yang ditawarkan seperti melawat bakau dengan menaiki bot dan penyewaan basikal.  


6. Kampung Medong 

Kampung Medong
Kampung Medong 2

sumber : http://masinahparis.my

Kampung Medong terkenal dengan pembuatan sagu.Kampung ini telah menari minat para pelancong untuk datang sendiri melihat cara ianya dibuat.
Sagu yang dibuat daripada pokok rumbia ini telah diusahakan oleh Puan Masinah Paris menggunakan nama Sagu Medong. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk, Puan Masinah telah menghadiri beberapa kursus disamping mendapat galakan dan dorongan.
Menarik lagi apabaila Sagu Medong Puan Masinah ini satu-satunya sagu yang mendapat pengiktirafan daripada Sarawak Best. Datang dan lihat sendiri cara-cara ia dihasilkan.

7. Mulu Natinal Park

mulu national park

sumber :http://vagabondway.net

Taman Nasional Gunung Mulu adalah taman negara di bahagian Miri Sarawak. Ianya merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang merangkumi pembentukan gua di persekitaran hutan hujan di khatulistiwa.

Taman ini terkenal dengan gua-gua dan ekspedisi yang telah dipasang untuk diterokai dan hutan hujan sekitarnya, terutamanya Ekspedisi Masyarakat Geografi Diraja dari 1977-1978, yang melibatkan lebih dari 100 saintis dalam bidang selama 15 bulan. Taman nasional ini dinamakan sempena Gunung Mulu, gunung kedua tertinggi di Sarawak.

Taman Negara Gunung Mulu terkenal dengan pembentukan batu kapurnya. Ciri-ciri termasuk gua-gua besar, rangkaian gua yang luas, puncak batu, tebing dan gaung. Gunung Mulu adalah gunung batu pasir yang meningkat kepada 2,376 m (7,795 kaki).

Taman Negara Gunung Mulu mempunyai ruang atau ruang semulajadi yang paling terkenal aiatu Chamber Sarawak, yang terdapat di Gua Nasib Bagus. Ia adalah 700 m (2,300 kaki) panjang, 396 m (1,299 kaki) dan paling tinggi 70 m (230 kaki). Telah dikatakan bahawa ruang itu begitu besar sehingga dapat menampung sekitar 40 Boeing 747s, tanpa mengatasi sayap mereka. Gua Rusa yang berhampiran adalah salah satu laluan gua tunggal terbesar di dunia.


8. Sibuti Coral Reef National Park in Miri 

Sibuti Coral Reef National Park in Miri 2
Sibuti Coral Reef National Park in Miri

Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti merupakan kawasan perlindungan terumbu karang di Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia.

Taman ini adalah destinasi menyelam yang popular. Miri-Sibuti Coral Reefs Taman Negara, yang terletak pada kedalaman antara 7 hingga 50 meter (23-164 kaki) di pinggir arah laut, mempunyai jarak penglihatan yang sederhana 10 hingga 30 meter (33-98 kaki). 

Masa terbaik untuk menyelam adalah dari akhir Mac hingga November setiap tahun kerana bulan 12 bermulanya musim tengkujuh dan ombak menjadi besar. Tempat-tempat menyelam yang popular termasuk Kawasan Luconia, Taman Anemone, Terumbu Karang Padi, Atago Maru Wreck dan Seafan Garden. 

Sangat cantik untuk dijadikan temapt pelancongan kerana terdapat pelbagai makhluk laut seperti batu karang lembut, Staghorn, Bubble ,kuda laut,  cambuk laut dan batu karang kulit. Malah pelbagai lagi makhluk laut yang lain yang jarang kita lihat yang terdpata disini. Namun anda harus berhati-hati ketika berenang kerana takut merosakkan batu karang didalam air. 


9. Taman Negara Gunung Gading

Taman Negara Gunung Gading

sumber : https://borneoadventure.com

Di Sarawak ada temapat yang dinamakan sebagai Taman Negara Gunung Gading iaitu merupakan tempat pemuliharaan Rafflesia yang pada mulanya dijalankan secara tertutup. Tetapi Jabatan Taman Negara mula membukanya kepada orang ramai supaya dapat melihat khazanah alam ini dengan lebih dekat lagi. Rafflesia adalah bung ayang terbesar didunia yang kemampuannya untuk membesar melebihi satu diameter.

Kebiasaannya kita lihat di kaca televisyen sahaja bunga ini , namun disini anda boleh melihat betapa besarnya bunga ini didepan mata anda sendiri. Bunga ini akan mengeluarkan bau yang pelik untuk menarik perhatian seranggan supaya pergi kepadanya. 2 jam masa yang diambil dari bandar Kuching untuk ke taman negara ini. 

Bayaran Masuk: RM20

Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm

Lokasi: Lundu, Kuching


10. Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah1
Taman Negara Kubah 2

Terdapat banyak taman negara di Sarawak ini. Salah satunya adalah Taman Negara Kubah. Taman negara ini pula mempunyai pelbagai tarikan seperti pemandangan gunung, paya bakau dan pelbagai jenis haiwan liar. Malah haiwan terancam juga terdapat disini seperti orang utan, beruang dan juga burung yang terkenal di Sarawak iaitu burung Kenyalang dan helang laut. 

Kepada sesiapa yang sukakan aktiviti lasak , taman negara ini juga ada menyediakan aktiviti jungle trekking dan mendaki Gunung Sapi. Mandi manda juga sesuai kerana terdapat air terjun di Taman Negara Kubah ini selepas melalui hari yang memenatkan. Pasti menyeronokkan.

Taman Negara Kubah ini pernah dijadikan lokasi penggambaran bagi dua filem Hollywood iaitu Farewell to the King yang dilakonkan oleh Nick Norte dan The Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba. Ia juga merupakan Taman Negara yang terkenal di dunia kerana seorang ahli botani yang terkenal, Odoardo Beccari mendokumentasikan di dalam bukunya, The Great Forest of Borneo bahawa spesies tumbuhan palma yang tumbuh di sini adalah antara yang terbaik di dunia. Pelancong asing cukup gemar untuk menerokai flora dan fauna seperti ini.

Lokasi: Taman Negara Kubah Jalan Lundu-Sampadi, 93050 Kuching


11. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

sumber : http://bestwaykuchingtour.blogspot.com

Pada asal tujuan rumah ini dibina pada tahun 1818 kerana untuk mengelakkan daripada ancaman penyamun.

Masyarakat Bidayuh disini sudah terbiasa dengan kedatangan pengunjung ke rumah mereka untuk melihat cara dan budaya hidup mereka. Rumah panjang ini memegang rekod sebagai rumah panjang yang terpanjang sekali di Sarawak. Selain itu, terdapat kolam air panas yang berdekatan dengan rumah panjang ini dan jaraknya sekitar 90 km dari bandar Kuching. 

Lokasi: Padawan, Siburan, 94700 Sarawak


12. Borneo Highland Resort

Borneo Highland Resort

sumber : https://sarawaktourism.com

Borneo Highland Resort ini terletak sekitar 80 km daripada bandar Kuching. Terdapat acara tahunan yang diadakan disini seperti Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung di kawasan tanah tinggi ini.

Menariknya di kaki bukit Borneo Highland ini terdapat kaum Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais. Disamping itu , disini juga terdapat aktiviti untuk bermain golf dengan cuaca yang agak sejuk. Ketinggian Borneo Highland ini sekitar 600-1000 meter. 

Lokasi: Lorong Kota Padawan 10a, 94200 Kuching


13. Kuching Wetlands National Park

Kuching Wetlands National Park
Kuching Wetlands National Park 2

Taman negara adalah taman negara yang dikelilingi pelbagai jenis haiwan liar di kawasan yang berpaya bukau seperti buaya , helang laut , monyet berhidung besar, proboscis monkey dan haiwan-haiwan lain.

Taman negara ini terdiri daripada pantai , laut dan ekosistem air tawar yang berjarak hanya 15 km daripada Kuching dan berdekatan juga dengan Laut Sibu dan Sungai Salah. Untuk melihat kawasan sekitar taman negara ini , anda boleh menaiki bot dan menerokai kawasan sekitar. 


14. Fairy Cave & Wind Cave

Fairy Cave & Wind Cave

sumber : http://www.visit-malaysia.com

Anda boleh merasai kesejukan Fairy Cave atau Gua Pari-Pari apabila masuk kedalam gua tersebut dengan bayaran serendah RM3 seorang. Gua ini dinamakan sebegitu kerana sempena bentuk batu stalagmite yang berada di bahagian pintu masuk gua yang strukturnya berbentuk seperti dewa bagi masyarakat Cina.  

Terdapat tangga yang disediakan untuk menaiki gua tersebut. Di dalam gua ini terdapat beberapa batu yang berbentuk menyerupai manusia yang boleh anda jumpa dan setiap satunya mempunyai ceritanya yang tersendiri. 

Manakala, Wind Cave adalah sebuah gua yang diberikan nama sedemikian kerana terowong di dalam gua ini adalah tempat laluan angin yang masuk dari satu ruang dan keluar ke ruang gua yang lain. Anda boleh melihat pemandangan air yang mengalir di dalam gua ini. Namun didalam gua ini tidak terdapat lampu yang disediakan untuk pengunjung. Jadi anda dinasihatkan untuk membawa lampu suluh sendiri.  

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1.50

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am – 4.30pm)

Lokasi: 94000 Bau, Sarawak


15. Pasar Serikin

pasar serikin

Pasar Serikin mengambil waktu perjalanan selama satu jam dari bandar Kuching. Pelbagai barangan kraftangan yang dijual disini seperti kain batik, tikar, bubu dan makanan tradisi disini.

Bagi penggemar kek batik Sarawak bolehlah kesini kerana kek batik di sini sedap dan murah. Namun, Pasar Serikin ini hanya beroperasi sehingga jam 12 tengah hari sahaja. Jadi datang awal pagi. Jika pandai tawar-menawar dapat harga lagi murah. 

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad

Lokasi: Serikin, 94000 Bau


16. Taman Negara Niah

Taman Negara Niah

Di Taman Negara Niah inilah terletaknya Gua Niah yang kita belajar dalam silibus sejarah dulu. Gua Niah ini terkenal kerana pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia dijumpai disini sekitar 40,000 tahun lalu. Pakar arkeologi menemui seperti lukisan batu, fosil manusia dan kayak kecil seperti kerana yang djadikan sebagi tempat letak mayat. Itu bermaksud disini pernah dijadikan tempat perkuburan. 

Selain daripada menerokai Gua Niah, terdapat banyak lagi aktiviti lain yang boleh dijalankan sebagai contoh jungle trekking melalui Madu Trail, jungle trekking melalui Bukit Kasut Trail, melawat Traders Cave, Kuala Gankira dan Rumah Chang. Bagi anda yang berminat untuk meneroka Taman Negara Niah, anda boleh menginap di hostel ataupun chalet dengan membuat tempahan melalui Jabatan Perhutanan Sarawak, namun, tiada peralatan memasak yang disediakan di tempat penginapan ini. Terdapat juga hotel bajet yang menyediakan kemudahan makanan di Batu Niah. 

Bayaran: Park Conservation Fee RM10 | Harga bot sehala ke Taman Negara RM1

Telefon: +6085 737450, +6085 736648, +6085 737454, +6085 737918

Lokasi: Taman Negara Niah, 98200 Miri


17. Hutan Simpan Semenggoh

Hutan Simpan Semenggoh

Akhir sekali kepada sesiapa yang teringin melihat orang utan bolehlah melawat ke Hutan Simpan Semenggoh. Di sini terdapat orang utan yang diberikan latihan oleh renjer hutan disini sebelum dilepaskan ke hutan.

Orang utan telah dilatih untuk pulang makan selepas dilepaskan ke hutan sebanyak dua kali iaitu pada 9-10 pagi dan 3-3.30 petang. Anak- anak anda pasti akan menyukai telah orang utan yang bijak ini. 

Bayaran : RM10

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 4.45pm)

Lokasi: Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching


18. Taman Negara Bako

sumber : http://www.visit-malaysia.com

Taman Negara Bako terletak kira-kira 37km dari bandar Kuching. Ianya merupakan taman negara yang paling kecil yang terdapat di Asia Tenggara. Meskipun begitu, ia mempunyai pelbagai tarikan menarik yang tak boleh diendahkan begitu sahaja.  Ini kerana ianya merupakan taman negara tertua yang terdapat di Sarawak. Jadi, di sini mempunyai hampir semua spesis tumbuhan yang tumbuh di Borneo.

Di sini juga terdapat pelbagai hidupan liar seperti monyet belanda   ataupun monyet proboscis yang hanya terdapat di Borneo. Di samping itu, di taman negara ini juga mempunyai pantai, laut, paya bukau dan kawasan air terjun dalam hanya satu taman negara untuk anda melakukan pelbagai aktiviti riadah. Menarik bukan?

Bayaran Masuk: Tiket Taman-RM10, Bayaran Bot-RM 30

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 5.00pm)

Alamat: Forest Department Sarawak, Bangunan Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium, Petra Jaya 93660, Kuching


19. Masjid Jamek Kuching

Sumber: https://www.flickr.com

Masjid Jamek terletak di Petra Jaya, Kuching. Ianya juga dikenali sebagai  Masjid Lama Negeri Sarawak dan ia berada di kawasan kota lama berdekatan dengan sungai Kuching. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Sarawak.

Pada masa dahulu, pembinaan masjid ini dibuat menggunakan kayu manakala dindingnya dibina daripada papan. Atapnya pula diperbuat daripada kayu bulian. Pada tahun 1968,  masjid ini telah diubah suai dan diberi nafas baharu. Dindingnya telah diubah menjadi warna merah jambu dan kubahnya berwarna keemasan.Ia dilengkapi dengan sebuah kubah utama dan empat puluh buah kubah kecil.

Kubah utamanya dihiasi dengan mozek dan jubin manakala di sebelah dalamnya pula diletakkan kerawang bermotifkan geometri. Tiang-tiang yang menyokong kubah-kubah kecil kelihatan seperti kedudukan tangan sewaktu berdoa. Cermin kaca berwarna-warni merupakan hiasan menarik yang mampu menyerlahkan keindahan masjid ini. Keseluruhan lantai masjid ini menggunakan kemasan daripada marmar yang dapat menyejukkan ruang suasana ketika berada di dalam.

Keindahannya terserlah terutama pada waktu senja. Masjid ini berkeluasan kira-kira 100 ekar. Kini masjid ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan kepada penduduk Negeri Sarawak. Ia dikategorikan sebagai masjid gred khas dan boleh menampung 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Pelbagai kemudahan lain disediakan untuk para jemaah termasuklah dewan persidangan, perpustakaan dan ruang pejabat untuk kakitangan masjid.

Alamat: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching


20.  Coco Cabana

sumber: http://blog.malaysia-asia.my

Seandainya anda merupakan pencinta alam semulajadi, dan sering menantikan masa terbaik untuk melihat  keindahan detik matahari terbenam, anda bolehlah berkunjung ke Coco Cabana yang terletak berdekatan dengan Bandar Miri.

Lokasi kawasan ini sangat strategik.Ianya terletak di sebuah kawasan bertanjung di tepi laut dan mempunyai landskap yang sangat menarik untuk anda mengambil gambar sambil menikmati keindahan alam sekeliling. Banyak bangku dan meja makan disediakan di sekitar kawasan tepi pantai yang boleh digunakan untuk anda bersantai bersama keluarga sementara menunggu untuk merakam detik istimewa matahari terbenam.

Coco Cabana juga terletak bersebelahan sahaja dengan Miri Marina iaitu sebuah pelabuhan bot dan kapal layar yang merupakan tarikan lain yang terdapat di Miri, Sarawak. Kawasan jeti ini mempunyai suasana yang tidak ubah seperti jeti popular di luar negara. Jadi, tidak hairanlah jika lokasi ini menjadi salah satu lokasi yang wajib dikunjungi jika datang ke Sarawak.


21. Fort Margherita


sumber: https://www.thestar.com.my

Fort Margherita merupakan sebuah kubu yang terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman keluarga Brooks. Kubu ini dinamakan ‘Fort Margherita’ bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Kubu yang berbentuk bangunan segi empat ini dibina dari batu-bata berplaster. Rekabentuk bangunan yang unik ini adalah mendapat ilham daripada rekabentuk kubu dan istana Inggeris Renaissance.

Bangunan ini mula dibina pada  tahun 1879. Semenjak pembinaanya, fungsi bangunan ini adalah sebagai kawasan penempatan pasukan tentera pertahanan kota, gedung senjata, penjara, menara kawalan dan pusat mengawal di bawah pemerintahan Rajah Kedua. Walaubagaimanapun, pada tahun 1971, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Polis dan kini diubahsuai semula menjadi sebagai kubu dan dibuka menjadi salah satu pusat tumpuan pelancong yang terkenal di Sarawak.

Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi – 4.00 petang) Sabtu-Ahad (10.00 pagi – 4.00 petang) 

Bayaran: Percuma 


22. Kampung Melayu


sumber: https://www.vitdaily.com/

Di Sarawak, terdapat banyak kampung Melayu asli (kampung tradisional Melayu) di sepanjang tebing utara Sungai Sarawak, bersebelahan dengan Fort Margherita. Kampung utama yang terdapat di sini termasuklah Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya.

Untuk berkunjung ke daerah ini, anda boleh menaiki teksi melalui jalan darat ataupun menaiki bot penambang. Di sini juga terdapat banyak kedai kek lapis yang sememangnya menjadi tarikan popular bagi pengunjung di Sarawak. Antaranya adalah seperti Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House dan Kek Lapis Zaharah. Selain daripada kek lapis, terubuk ikan masin juga adalah makanan wajib yang dibeli di sini dan boleh dibawa balik oleh pelancong yang berkunjung ke sini.

Alamat: Kampung Boyan, 93050 Kuching


23.Muzium Islam Sarawak

sumber: https://www.tripadvisor.com.my

Bangunan ini pada asalnya merupakan berfungsi sebagai institusi pengajian dan dinamakan sebagai James Brooke Malay College. Pada tahun 1930 bangunan ini ditukar nama dan dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih para guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu yang bergiat aktif memajukan bangsa Melayu. Kemudiannya, bangunan ini diubahsuai menjadi muzium dan masih bertahan sehingga hari ini. Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri yang mana setiap satunya mempunyai unsur tersendiri seperti seni hiasan, persenjataan  dan sejarah Islam di Sarawak.

Lokasi: Jalan P.Ramlee 93400 Kuching, Sarawak 

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi – 4.00 petang) Sabtu-Ahad (10.00 pagi – 4.00 petang)

Bayaran: Percuma


24.Luak Esplande 

sumber: https://gowhere.my

Jika anda ringukan suasana bayu pantai yang nyaman,  destinasi paling ideal untuk diterokai adalah Luak Esplande. Lokasinya  yang terletak hanya 4 km dari Airport Miri & kira-kira 10 km dari Bandar Miri adalah merupakan lokasi yang sangat strategik buat para pelancong. Kawasan tepi pantainya yang sangat panjang dan lapang, sesuai untuk aktiviti seperti berpiknik, main layang-layang, santai-santai, beriadah, bersenam dan sebagainya. Selain Coco Cabana di Bandar Miri, Luak Esplande adalah satu lagi tempat menarik di Miri yang ideal untuk anda melihat keindahan panorama matahari terbenam.

Biasanya, pantai  ini menjadi kunjungan ramai pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah. Di sini terdapat banayak penjaja jalanan yang menjual pelbagai makanan santai untuk pengunjung. Tidak kurang juga seniman jalanan yang tak kalah beradu bakat masing-masing pada hujung minggu yang menghidupkan lagi suasana di Luak Esplande. Jika anda menginap di hotel berdekatan Airport Miri seperti Jinhold Hotel Miri, Pari Inn & Merdeka Suite Hotel, anda bolehlah membawa anak-anak beriadah bersama pada waktu petang di Luak Esplande ini. Pantai ini juga tidak terlalu padat memandangkan kawasannya yang luas.


25.Medan Niaga Satok

sumber: http://www.themalaysiantimes.com.my

Medan Niaga Satok terletak merupakan pasar tani yang terbesar di Malaysia. Pasar tani yang diuruskan oleh FAMA ini terletak di tebing Sungai Sarawak, kira-kira 6km dari Bandar Kuching. Mempunyai kapasiti sebanyak 1,444 ruang niaga tetap, pasar ini tentunya mempunyai segala jenis benda yang anda inginkan yang mungkin tidak akan dijumpai di tempat lain. Keutamaan ruang niaga diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Lokasi ini merupakan medan wajib yang mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kuching, Sarawak.

Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 10.00 pagi (Sabtu) 7.00 pagi – 12.00 tgh hari (Ahad)


26.Kuching Civic Center

sumber: https://sarawaktourism.com

Satu lagi lokasi menarik yang wajib dikunjungi apabila datang ke Sarawak adalah Kuching Civi Center, yang juga terdapat di Kuching. Seni reka bangunan yang unik ini sudah tentu menarik perhatian sesiapa sahaja. Bukan sahaja menarik, malah fungsinya juga sangatlah berguna. Dari atas bangunan yang futuristik ini anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekeliling sepuas-puasnya. Bangunan ini menempatkan planetarium yang pertama di Malaysia iaitu Planetarium Sultan Iskandar yang mempunyai reka bentuk kubah berwarna putih. 

Di sini, anda dapat melihat pemandangan yang menyegarkan mata seperti Gunung Serapi, Santubung dan gunung-gunung lain yang wujud di Kalimantan.

Planetarium pertama di Malaysia ini mula dibuka pada 19 January 1989. 

Lokasi: Jalan Taman Budaya, Kuching 93400

Bayaran: RM 2

27.Mukah-Perkampungan Melanau

sumber: https://sarawaktourism.com

Perkampungan Melanau ini merupakan destinasi yang paling asing bagi pengunjung yang datang ke Sarawak. Perjalanan ini menjanjikan pengalaman mencabar dan memberi satu sudut pandang berbeza mengenai kebudayaan dan pengunjung juga dapat mengenali pelbagai jenis makanan yang tidak dijumpai di daerah lain.Untuk sampai ke kawasan ini, anda boleh mengambil kapal terbang melalui Sibu. Jika melalui jalan darat, anda boleh sampai ke kawasan ini dari Kuching melalui Aiman Batang Ai Resort.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di sini adalah anda boleh melihat bagaimana cara 'kuih sepit' diproses dan dihasilkan. Anda juga berpeluang menginap dan merasai pengalaman sebenar berada di dalam rumah yang dibina terapung di atas air. 

Anda juga boleh merentasi Sungai Telian untuk melihat bagaimana caranya batang pokok sagu diproses dan anda tentunya akan berasa teruja untuk melihat cara ulat sagu dipungut.  Sebelum balik, anda tentunya ingin membawa pulang ole-ole ataupun buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai bukan? Anda bolehlah berkunjung ke pasar tani tempatan di Mukah. Di sini terdapat pelbagai kraftangan unik hasil karya penduduk Melanau yang boleh anda pilih dan dapatkan dengan harga yang berpatutan. 

28.Muzium Tekstil

sumber: http://asianitinerary.com/

Muzium Tekstil yang terletak di Kuching, Sarawak ini diwujudkan di bangunan Pavilion. Senibina bangunan yang menarik ini adalah campuran Renaissance Inggeris dan mempunyai unsur Barat yang dibawa oleh Penjajah British. Ia telah dibina pada tahun 1907, yang pada awalnya  berfungsi sebagai Pusat Perubatan. Kemudian, bangunan ini   dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan, sebelum dijadikan sebagai muzium tekstil dan mula dibuka kepada umum pada tahun 2000. Di sini, terdapat pelbagai jenis tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak disimpan dan dipamerkan. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.

Di muzium ini juga, anda boleh melihat sendiri bagaimana tekstil-tekstil Sarawak dihasilkan, dari awal penyediaan sehinggalah ditenun menjadi sehelai kain.

Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi sehingga  4.45 petang, Sabtu dan Ahad, 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Bayaran: Percuma


29. Sarakraf Sarawak

sumber: https://22.com.my

Sarawak Pavilion merupakan sebuah  bangunan rumah agam yang mempunyai rekabentuk zaman jajahan Cina (Chinese-colonial). Di dalamnya terdapat pelbagai jenis kraftangan serta bengkel. Anda juga berpeluang untuk  melihat demo ataupun tutorial cara kraftangan asli Sarawak dihasilkan. Terdapat lebih daripada 10 jenis demo kraftangan asli yang ditunjukkan. Selain itu, anda juga boleh melihat persembahan tarian tradisional masyarakat Sarawak.

Di sini juga, anda juga boleh menyertai kelas-kelas membuat kraftangan dan kelas tarian tradisional yang ditawarkan. Menarik bukan?

Alamat: Sarakraf Sdn Bhd (133055-W) No 78, Jalan Tabuan, 93100 Kuching
Waktu Operasi: Setiap Hari, Jam 10.30pagi -10.00 malam


30. Rumah Panjang Bawang Assan (Iban), Sibu

Bawang Assan merupakan sebuah kawasan perumahan kaum Iban yang merangkumi 9 buah rumah panjang.  Rumah ini dibina sejak kurun ke 18 lagi. Lokasinya terletak kira-kira 40 minit dari Sibu menaiki bot ataupun jalan darat. Ianya menjadi tarikan pelancongan popular kerana dua sebab utama.

Sebab pertama ialah kepelbagaian rumah panjang dibina dan disusun dari design paling tradisional sehinggalah rumah panjang yang mempunyai design moden dan terkini. Jadi pengunjung yang datang ke sini akan mendapat gambaran bagaimana rumah panajng telah berevolusi sejak sekian lamanya. Sebab kedua adalah kerana kebanyakan penduduk di sini mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris, dan dapat menjelaskan tentang budaya mereka kepada pelancong yang datang dengan lebih tepat.

 Rumah panjang ini juga menawarkan khidmat penginapan bermalam, di mana pengunjung yang menginap akan ditemani oleh penduduk tempatan melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan di sana, seperti menanam dan menuai padi, dan juga memancing.  


31. Ulu Baram

sumber: https://www.miricitysharing.com

Jika anda merupakan seorang pencinta alam semulajadi dan sukakan aktiviti mencabar , anda tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Selaan-Linau, Ulu Baram. Tempat ini mempunyai semua elemen penting kepada pengalaman pelancongan eko yang menakjubkan; termasuklah flora, fauna, monumen semulajadi, juga komuniti tempatan.

Nilai keaslian, sejarah dan warisan budayanya sangat unik dan berbeza daripada kawasan Selatan Sarawak. Di sini, anda akan berpeluang bertemu dengan kumpulan etnik Penan dan Kenyah. Anda juga boleh melihat dan merasai pengalaman bersama mereka melakukan aktiviti harian mereka di sini. Pengalaman anda tidak akan lengkap tanpa meluangkan masa di air terjun Sela'an Linau yang mengagumkan. 


Banyakkan tempat menarik di Sarawak ini? Kalau 3 hari 2 malam tu memang tak cukup untuk merantau ke semua tempat di Sarawak

Ini baru 31 tempat percutian menarik. Kalau nak cerita semua memang takkan habis. Anda kenalah datang sendiri ke sini.

Memandangkan negeri Sarawak ini besar jadi seeloknya anda merancang dengan baik perjalanan. Supaya masa tidak terbuang dek jauhnya perjalanan.


5/5 - (1 vote)
1 Comment
  1. iris says

    ??

Leave A Reply

Your email address will not be published.