Apakah 11 makanan yang ibu mengandung PERLU ELAK? Ibu mengandung perlu menjaga pemakanannya kerana setiap apa yang dimakan akan memberi kesan kepada bayi didalam rahim. Ibu seharusnya mengambil makanan-makanan yang banyak zat dan khasiat. Makanan-makanan yang mempunyai perasa tambahan harus dielakkan.
"Jadi apakah makanan yang ibu hamil perlu elak?"
Jom kita baca.
1. Minuman Berkafein (Caffeine)
Pengambilan minuman berkafein adalah tidak bagus untuk manusia lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung. Kafein ini boleh didapati dalam minuman sperti kopi, nescafe, teh, koko dan minuman ringan.
Pengambilan kafein yang berlebihan akan menyebabkan perkembangan bayi tidak normal kerana kafein akan mudah menyerap ke dalam plasenta.
Malahan, bayi yang dilahirkan juga akan mengalami kurang berat dan merisikokan bayi kepada kematian ketika lahir. Selain itu, kafein juga akan membantutkan tumbesaran tulang bayi.
Maka, wanita hamil dinasihatkan untuk hanya mengambil kafein dalam 200 mg per hari sahaja. Gambar diatas menunjukkan kandungan kafein didalam setiap minuman.
2. Daging Proses atau Tidak Cukup Masak
Ibu mengandung harus mengelakkan untuk mengambil pemakanan yang diproses seperti daging proses kerana ia lebih berisiko untuk terdedah kepada bakteria ketika proses pembuatannya.
Daging yang mentah atau separuh masak juga berpotensi tinggi terkena jangkitan parasit dan bakteria seperti E.Coli , Listeria, Salmonella dan Toxoplasma dimana bakteria-bakteria ini akan menjangkiti bayi dan membantutkan tumbesaran bayi itu.
3. Gula
Pengambilan gula yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan kerana akan menyebabkan penyakit kencing manis malah untuk ibu mengandung pula akan menyebabkan diabetes ketika mengandung dan menyebabkan bayi besar berbanding bayi normal. Komplikasi dan risiko akan semakin tinggi apabila melahirkan bayi yang besar. Kencing manis juga boleh dijangkiti kepada bayi ketika besar kelak.
4. Telur Mentah
Produk yang mempunyai telur mentah seperti mayonis buatan sendiri, aising kek, telur hancur, telur rebus kebiasaannya mempunyai bakteria Salmonella yang akan boleh menyebabkan demam tifoid kepada si ibu. Simptom yang akan dihadapi oleh ibu sperti demam , cirit-birit , kekejangan perut , diarrhea dan muntah-muntah.
Jadi , pilih dan lihat dulu isi kandungan makanan itu sebelum membelinya dan pastikan ia selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung.
5. Jus Buah-Buahan, Cheese dan Susu Yang Tidak Dipastur
Seperti telur mentah tadi, susu segar yang belum diproses dan keju lembut juga mempunyai bakteria yang disebut sebagai Listeria, Salmonella, E. coli dan Campylobacter.
Bakteria Listeria ini mampu menggugurkan kandungan wanita hamil. Selain itu , jus buahan yang tidak dipastur juga terdedah untuk mempunyai bakteria ini.
Jadi para ibu perlu memilih dengan baik makanan yang dibeli dan pastikan makanan itu dipastur terlebih dahulu.
6. Alkohol
Alkohol adalah minuman yang dilarang keras dalam agama Islam kerana keburukan kandungan minuman tersebut. Usahkan wanita mengandung, orang biasa juga dilarang untuk mengambil minuman beralkohol.
Jadi wanita mengandung dilarang sama sekali untuk mengambil alkohol, terutama dalam jangka yang panjang. Bagi yang bukan agama Islam elakkan mengambil alkohol ketika mengandung kerana akan mengakibatkan anak mengalami down sindrom , kecacatan wajah , mental dan jantung. Selain itu berisiko tinggi yang mengakibatkan bayi mati dalam kandungan. Jadi elakkan alkohol ketika mengandung.
7. Makanan Ringan
Seterusnya wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makanan ringan kerana makanan ringan itu mempunyai rendah nutrien. Selain itu makanan ringan mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Makanan ringan yang diambil berlebihan bagi ibu mengandung akan meningkatkan risiko komplikasi ketika mengandungdan diabetes semasa mengandung.
8. Organ Dalaman
Ibu hamil juga perlu mengelakkan mengambil makanan daripada organ dalaman secara berlebihan. Ini kerana organ dalaman itu mempunyai vitamin A dan satu sumber nutrien Verschillende yang tidak boleh dimakan oleh ibu hamil dengan kerap kerana akan menyebabkan kecacatan bayi ketika kelahiran dan toksik hati. Contohnya hati ayam ataupun hati lembu. Seandainya mengidam, disarankan pengambilan organ dalaman hanya disarankan untuk mengambil sekali seminggu sahaja.
9. Merkuri
Makanan yang bermerkuri bermaksud makanan yang memunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan hui, ikan todak, king mackerel dan tilefish. Makan ini akan mengakibatkan tumbesaran bayi terbantut dan kerosakan saraf bayi. Makanan bermerkuri hanya disarankan sekitar 1 atau 2 kali sebulan sahaja dengan kadar yang sedikit.
10. Makanan Yang Tidak Dibasuh
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibasuh akan mempunyai bakteria sperti Listeria, Salmonella, E.Coli dan Toxoplasma sama seperti telur mentah. Bakteria ini didapati apabila ketika proses pembuatnya. Bakteria Listeria akan mengakibatkan keguguran kehamilan.
11. Ikan Mentah Separuh Masak
Sama seperti daging dan telur mentah tadi, ikan mentah juga boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan seperti norovirus, Vibrio, Salmonella, Listeria, dan parasite.
Jangkitan bakteria ini akan menyebabkan ibu mengandung menadi letih dan terhidrasi. Jangkitan Listeria akan mudah dijangkiti kepada ibu mengandung.
Kesimpulan
Kini anda sudah tahu 11 makanan yang berbahaya untuk ibu hamil. Terutamanya kesan makanan ini kepada ibu mengandung. Tinggal lagi adakah membuat pilihan yang betul.
Ingat, fokus pada khasiat. Bukan semata-mata nak yang lazat.