fbpx

15 Homestay Terbaik Di Kuala Terengganu

Terengganu antara negeri di Malaysia yang mempunyai bilangan pelancong yang ramai oleh kerana kecantikan negeri dan makanan-makanan di situ. Hanya 1 jam penerbangan dari Kuala Lumpur anda akan sampai ke bandar pesisir pantai,  Terengganu.

Selain daya tarikan alam semula, Terengganu juga ada pulau-pulau eksotik yang menjadi destinasi menyelam skuba, air terjun yang tertinggi di Malaysia dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan digoda dengan makanan-makanan tradisionalnya. Sekali dicuba pasti terbawa-bawa ke dalam mimpi keenakannya.

Bagi membantu para pelancong untuk merancang dimana mahu tinggal, kami ada cadangan untuk anda menginap di sekitar Kuala Terengganu. Rasanya homestay ini lagi menyeronokan berbanding hotel kerana lebih luas dan selesa untuk didiami dengan kadar bilangan yang ramai.

1. Homestay d’Sofia

1
1.2

Sesiapa yang menginginkan percutian suasana kampung di Terengganu bolehlah menginap di Homestay d'Sofia yang dikelilingi dengan kehijauan dan aman permai ini. Homestay ini ada menyediakan kemudahan wifi untuk pengunjung disini.

Homestay ini meneyediakan enyediakan dua jenis penginapan iaitu Holiday Home dengan 2 buah katil single dan sebuah katil double yang boleh  memuatkan 4 orang, seterusnya adalah rumah dengan 2 bilik yang boleh memberikan keselesaan kepada 5 orang penginap. 

Lokasinya pula, berdekatan dengan pulau yang boleh diakses melalui Jambatan Sultan Mahmud. Dari pulau ini, anda sekeluarga dapat menyaksikan pemandangan sekitar Kuala Terengganu yang cukup memukau jiwa. Pantai di Terengganu sangat cantik dan bersih. 

Harga: Dari RM115+ Semalaman

Alamat: Lot 51, Jalan Tengku Mizan, Kampung Pulau Duyong Besar, 21300 Kuala Terengganu.

No Telefon : 013 9216000

2. JS&K Homestay

JS&K Homestay adalah homestay yang sesuai bagi penginapan untuk 2 orang ke 5 orang untuk didiami. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, Deluxe Family Suite menyediakan bilik dengan 2 katil single dan 1 katil double yang cukup selesa, ditambah pula dengan ruang bilik yang luas. Dengan keluasan bilik sebegitu sudah cukup untuk buatka anda sekeluarga merasa selesa. an risau, anda tidak akan terasa lemas.

Istimewanya homestay ini adalah ia akan menyediakan minuman air panas seperti milo dan kopi untuk diminum pada bila-bila masa secara percuma. Dengan suasana persekitaran yang bersih lagi memuaskan hati pelanggan yang mendiami homestay disini.  Anda boleh menikmati minum petang di sini sambil menghiburkan diri menggunakan wifi pantas yang disediakan.

Lokasinya, terletak tidak jauh dari jeti untuk meneroka lebih jauh ke pulau indah di Terengganu.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: 1167, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.

2

Sumber : https://www.booking.com

3. Danish Guest House

3
4

Penginapan yang selesa untuk 7 orang penginap di sekitar Kuala Terengganu iaah Danish Guest House adalah sebuah rumah banglo separa batu dengan 3 buah bilik yang menyediakan tempat tidur yang selesa. Dan pasti akan menjadi pilihan tepat bagi pengunjung yang menginap disini. 

Kelengkapan rumahnya pula amat memuaskan apabia semua disediakan seperti penyaman udara dan perkakas dapur untuk memasak. Homestay ini pula berdeekatan dengan pasaraya Giant dan Mydin lagi memudahkan anda untuk membeli barang disini. 

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: 1193B Jln Bukit, Lorong Kemunting, 21100 Kuala Terengganu

4. Akelinee Guesthouse Apartment (Seaview)

Jika anda pula jenis kalangan yang sukakan suasana moden ,(Seaview) Akelinee Guesthouse Apartment adalah sebuah apartment yang tempat untuk dtempah keranam aura yang super duper urban dan moden. Hiasan dalamannya juga kelihatan agak simple membuatkan apartmen ini kelihatan lebih luas dan selesa untuk didiami walaupu ramai. 

Apartment ini menyediakan 3 buah bilik tidur untuk 6 orang penginap. Lokasinya, hanyalah 10 minit berjalan kaki untuk ke kawasan Pantai Batu Buruk. Tarikan lain seperti Chinatown terletak kurang 2 km dari apartment. Pusat Budaya Kraf Terengganu pula hanyalah 3.1 km.

Harga: Dari RM239+ Semalaman

Alamat: No.8, level 20, Apartment Ladang Tok Pelam, 20400 Kuala Terengganu

5

Sumber : https://www.booking.com

5. Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu

Disamping itu , jika anda pula inginkan suasana kampung untuk menghirup udara yang segar ,  terletak di Chendering, Kuala Terengganu, Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu adalah pilihan penginapan yang cukup menarik sekiranya bercuti ke sini. Homestay nya yang kelihatan sangat cantik dan fasiliti juga lengkap untuk didiami satu keluarga. Tambahan pula , wifi percuma juga disediakan. 

Yang menariknya lagi apabila anda hanya perlu berjalan kaki selama 12 minit saja untuk ke persisiran pantai.

Tarikan lain yang terletak tidak jauh adalah Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu yang semuanya kurang 10 km dari homestay yang mendamaikan ini. Jadi bolehlah singgah di  Pusat Budaya Kraf Terengganu yang hanyalah 5 km dari sini untuk melihat hasil kraf tangan yang asli dari Terengganu dan buah tangan untuk dibawa pulang.

Harga: Dari RM120+ Semalaman

Alamat: 1407 Kg Kubang Ikan, Chendering, 21080 Kuala Terengganu

No Telefon : 016-9341444

6

Sumber : http://homestaykubangikan.blogspot.com/

7

6. Rareheart Guesthouse

8

Rareheart Guesthouse ini memang sebuah penginapan yang rare! Sesuai dengan nama homestay nya apabila dekorasi dan fasiliti nya agak unik. Gaya kampung telah diketengahkan  seperti lantai dan dinding kayu dalam masa yang sama dihidupkan dengan artwork-artwork berwarna-warni. Aura hipster di Rareheart Guesthouse ini terasa cukup solid ditambah lagi dengan kehadiran kafe berkonsep sama di tingkat bawah penginapan ini.

Selain itu , guesthouse ini  juga menyediakan wifi secara percuma jadi senanglah untuk anda update di instagram atau facebook tentang kecantikan negeri Terengganu.

Lokasinya cukup strategik, terletak berdekatan dengan Muzium Terengganu, Masjid Kristal dan banyak lagi. Bagi anda yang mengidamkan keropok lekor, gerainya hanyalah beberapa tapak dari Rareheart Guesthouse. Kalau anda beli yang mentah, anda boleh memasak sendiri di ruang dapur kongsi yang disediakan pihak guesthouse. Harga untuk guesthouse ini bermula dari RM60 sahaja untuk keunkan dan kelengkapan yang menakjubkan ini.  

Harga: Dari RM60+ Semalaman

Alamat: 9 Jalan Losong Feri, 21000 Kuala Terengganu

No Telefon : 0196699888

7.  Mangga Guest House

Manakala Mangga Homestay yang terletak di Jalan Gong Badak adalah penginapan yang sesuai untuk anda yang melancong ke Terengganu untuk mencari makanan. Ini kerana homestay ini terletak dekat dengan tempat-tempat makan hebat di Kuala Terengganu seperti warung dengan hidangan sotong celup tepung, dapo pata iaitu kedai-kedai makan kontena yang hipster dan banyak lagi. Untuk ke kawasan bandar dari rumah ini juga tidak mengambil masa yang lama.

Guesthouse ini cukup selesa untuk didiami 5-6 orang penginap dimana kebersihan nya juga memuaskan hati. dapur yang mempunyai segala perkakasan yang lengkap dengan harga yang berpatutan.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: PT13483K, Taman Permint Makmur, Jalan Gong Badak, Terengganu, 21300 Kuala Terengganu.

No telefon : 012-9475971

9

8. Homestay D’Manir Kuala Terengganu

10

Sumber : https://www.booking.com/hotel

11

Sumber : https://www.booking.com

Homestay D’Manir Kuala Terengganu menyediakan ruag yang selesa untuk didiami 4-6 orang untuk tidur.Homestay D’Manir Kuala Terengganu menyediakan dua buah bilik dengan keselesaan tempat tidur bagi 2 orang penginap. Kawasan sekitar juga sangat mempesonakan menambah lagi keseronokan pelancong disini. 

 Anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan pada bila-bila masa. Lokasinya juga tidak mengecewakan dengan tarikan-tarikan seperti Muzium Negeri Terengganu dan Masjid Kristal yang kurang 5 km dari homestay.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: 2891 F, Jalan Kampung Kota, Kampung Banggol Manir, 21200 Kuala Terengganu

No Telefon : 014-9640771

9. AmniDina Apartment

Penginapan yang luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga, AmniDina Apartment adalah homestay jenis rumah banglo yang menawarkan penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 6 orang dan penginapan dengan 3 buah bilik untuk 8 orang. Homestay ini cukup selesa, dilengkapi dengan ruang dapur yang lengkap dengan segala kemudahan penting.

Homestay ini terletak tidak jauh dari kawasan pantai, menjadikan suasana sekitar homestay terasa cukup nyaman dengan udara yang sentiasa bertiup lembut.  Tarikan lain pula seperti Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah dalam sekitar 7 km dari homestay. Boleh dikatakan berbaloi untuk tinggal disini kerana suasana yang menyamankan.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat:  Lot 31558 Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu

 

15

Sumber : http://www.mnymalaysiahomestay.com

10.  Jen Homestay

Sesiapa yang menyukai menginap di kawasan yang meriah dengan warna-warna cerah, Jen Homestay adalah lokasi yang tepat kerana Homestay ini mendekorasikan rumah ini dengan dekoasi  yang cerah dan cantik. Berdekatan dengan Chinatown yang hanyalah 1 minit berjalan kaki dari homestay, kawasan di sekitarnya juga menjadikan ia selamat sebagai pilihan penginapan bersama keluarga. Hampir kesemua bilik disediakan penyaman udara untuk pengunjung yang menyegarkan badan setelah kepanasan berjalan di sekitar Terengganu.

Homestay ini juga ada menyediakan mesin basuh bagi penginap disana dimana penginap tidak perlu bersusah payah untuk ke dobi mencuci pakaian. Kemudahan penggunaan wifi secara percuma juga disediakan bagi mengakses internet sewaktu masa lapang sambil bersantai di ruang balkoni yang menyajikan pemandangan indah dan penuh dengan kemeriahan.

Peggemar keropok lekor sangat bertuah kerana homestay ini terletak berdekatan dengan kawasan menjual keropok lekor dan lokasinya tidak jauh dari stesen bas dan juga jeti untuk ke pulau.

Harga: Dari RM105+ Semalaman

Alamat: Kompleks Kampung Tiong, Jalan Kampung Tiong, 20100 Kuala Terengganu

No telefon : 019-9578368

13

11. Come Inn Greenvilla

14

Come Inn Greenvilla adalah temapt yang sesuai untuk traveler kerana menawarkan penginapan yang luas yang terdiri daripada bilik-bilik untuk solo traveler hinggalah kepada yang datang bersama keluarga yang ramai dalam sekitar 5 orang. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara dan wifi percuma bagi penginap disini. 

Keselamatan disini lebih terjamin apabila di ruang parking yang diletakkan kamera pengawasan. Homestay ini pula terletak tidak jauh dari Pantai Batu Buruk dan kawasan bandar. Homestay ini dikategorikan homestay yang sesuai dengan bajet yang murah dan selesa. 

Harga: Dari RM55+ Semalaman

Alamat: 1526-E, Jalan Ibrahim Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu

No telefon : 016-6671220

12. Bougainvillea Guest House

Beralih pula kepada  homestay Bougainvillea Guest House yang elegen   dengan dekorasi dalaman yang selesa dipandang mata. Kelihatan sangat mewah seperti tinggal di hotel 5 bintang dimana warna lembut dan natural, dipercantikkan lagi dengan cahaya lampu chandelier yang indah, membuatkan penginapan anda di sini terasa eksklusif.

Bougainvillea Guest House menyediakan 3 buah bilik yang mampu memuatkan 7 orang penginap, dapurnya sudah pasti dilengkapi perkakas yang lengkap untuk memasak. Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah TV bersiaran Astro. 

Mengenai lokasinya pula, cukup strategik kerana berdekatan dengan tarikan-tarikan seperti Pusat Budaya Kraf Terengganu dan Pantai Batu Buruk yang kurang 5 km dari homestay.

Harga: Dari RM199+ Semalaman

Alamat:  Jalan Tok Adis Lot 1904 Taman Adis Indah Fasa 2, 20400 Kuala Terengganu


16

13.  Villa D’Doa Maju

17

Villa D’Doa Maju ini pula terletak di  Kampung Losong Haji Su. Keropok lekor Kampung Losong sangat  terkenal dengan keenakannya dan juga beraneka pilihan. Gerai-gerai jualan juga banyak terdapat dikawasan tersebut. Selain itu terdapat gym yang terletak tidak jauh dari villa. Boleh lah bakar balik lemak setelah seharian memburu makanan di sekitar kawasan Kuala Terengganu.

Selain itu, ia juga terletak dekat dengan tarikan lain di sekitar Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Chinatown, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi yang kesemuanya kurang 5 km dari penginapan. Cuma sediakan duit je..

Mengenai penginapan ini pula, semua bilik lengkap dengan segala fasiliti penting termasuklah sejadah dan kemudahan menyeterika. Dengan harga yang murah , tempat yang strategik rasanya tidak rugi untuk menginap di homestay ini. 

Harga: Dari RM59+ Semalaman

Alamat: LOT1735,Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

 No telefon : 013-9304242

14. Dania Homestay Kuala Terengganu

Homestay Dania Kuala Terengganu ini terletak di  Kubang Rengas dengan harga beruma dari RM190 untuk penginapan yang luas dan lengkap dengan kawasan halaman. Rumah ini sesuai untuk 8 orang penginap. Jadi jika anda berniat untuk datang dengan ahli keluarga , maka homestay ini sangat sesuai kerana ia mempunyai 4 buah bilik dan ruang tamu yang selesa dilengkapi dengan penyaman udara yang menyegarkan lagi badan setelah letih bersiar-siar.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu dan Pusat Budaya Kraf Terengganu yang kurang 6 km dari Homestay.

Harga: Dari RM190+ Semalaman

Alamat: PT1252, Kubang Rengas, Gelugur Kedai, 20050 Kuala Terengganu

 

18

Sumber : https://www.booking.com

19

15.  Homestay Faidaville Bungalow

20

Penginapan Homestay Faidaville Bungalow menawarkan 2 bilik yang boleh memuatkan 7 orang penginap manakala ruang dapur dilengkapi dengan perkakas yang engkap untuk memasak. Ruang tamu juga selesa untuk anda sekeluarga menonton televisyen bersama ahli keluarga.

Mengenai lokasinya pula, terletak hanyalah beberapa minit pemanduan dari bandar Terengganu dengan tarikan-tarikan seperti Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu kurang 4 km dari homestay.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: 749 Jalan Sek Men Bukit Besar, Off Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu

No telefon : 019-6003440

Kami harapkan semoga perkongsian ini membantu anda yang mencari tempat penginapan di untuk bercuti ke Kuala Terengganu. Sambil-sambil itu baca juga artikel 15 Tempat Makan Best di Kuala Terengganu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.