Bagaimana cara semak baki pinjaman PTPTN secara online dan SM? Pinjaman PTPTN sudah tidak asing lagi dalam kalangan warga pelajar terutamanya pelajar yang menuntut di universiti.
Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional atau lebih dikenali sebagai Pinjaman PTPTN ini merupakan kemudahan kewangan dalam bentuk pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar yang mengalami kesulitan untuk menyambung pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.
Secara umumnya, ianya merupakan kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Membayar hutang pinjaman ini adalah wajib hukumnya dari segi Syarak. Ini bagi memberi laluan kepada pelajar lain pula supaya dapat menikmati kemudahan yang sama pada masa akan datang.
Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh menyebabkan nama mereka disenarai hitam oleh Imigresen/PTPTN dan juga CCRIS (Central Credit Reference Information System).
Permohonan mereka untuk ke luar negara juga boleh disekat oleh pihak Imigresen. Jadi susahlah kalau nak melancong ke luar negara nanti.
Bayaran Balik Pinjaman
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya.
Bayaran ini termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman
Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.
Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.
Seiring dengan arus perkembangan teknologi dan maklumat, kini pelbagai kemudahan disediakan untuk urusan pembayaran PTPTN.
Kini, semakan baki PTPTN dapat dilakukan secara online dan SMSM. Jadi semakan PTPTN lebih lancar dan efisyen.
Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan pelajar untuk melangsaikan hutang mereka.
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara membuat semakan baki PTPTN untuk memudahkan pelajar dalam membuat pembayaran balik menurut jadual.
Hanya dengan menggunakan 3 langkah mudah dibawah, anda boleh mengetahui jumlah baki Pinjaman PTPTN yang perlu dilangsaikan.
Pembayaran boleh dibuat di kaunter atau melalui Direct Debit.
i) Cara Semak Baki PTPTN Secara Online
Langkah 1: Layari Laman Web PTPTN, sila layari https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Langkah 2: Masukkan No Kad Pengenalan anda
Langkah 3. Tekan Search
Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulan dan setiap transaksi bayaran balik anda.
Mengapa bersusah payah jika ada cara yang lebih mudah? Semuanya sudah tersedia di hujung jari!
ii) Cara Semak Baki PTPTN Melalui SMS
Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
Hantarkan SMS ke 15888
Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin atau no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455; atau
Hubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn
Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
1) Bantuan online:
2) Nombor talian Careline:
- 03-21933000
3) Fax:
- 03-21931263 / 03-21931267
4) Senarai Cawangan PTPTN:
Semoga perkongsian Semakan Baki PTPTN Secara Online Dan SMS ini dapat memberi manfaat kepada semua .
Selamat berjaya melangsaikan bayaran pinjaman anda dan semoga segala urusan anda dipermudahkan.