fbpx

25 Makanan Untuk Ibu Mengandung

Ini adalah senarai terkini 25 MAKANAN UNTUK IBU MENGANDUNG. Makanan-makanan ini dikongsi bagi menjaga diet pemakanan ibu hamil. Supaya ibu dan kandungan semakin sihat.

Berdasarkan kajian, ibu mengandung perlu 350 hingga ke 500 kalori tambahan setiap hari semasa trimester ke-2 dan ke-3. Badan mereka memerlukan vitamin , mineral dan nutrien tambahan yang mencukupi. Jika nutrien tidak mencukupi, tumbesaran bayi didalam perut boleh terbantut. 

Si bu harus bijak dalam memilih dan menjaga pemakanan. Makan mengikut kuantiti yang betul. Makan secara berlebiham tidak elok kerana akan meningkatkan risiko diabetes kehamilan dan komplikasi kelahiran.

1. Ubi Keledek

1

Ubi keledek atau kentang manis sangat kaya dengan beta-karotin dan vitamin A dimana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat. Kebiasaannya wanita hamil harus mengambil 10-40% vitamin tambahan namun jangan berlebihan dalam pengambilan vitamin A kerana akan mengakibatkan ketoksikan apabila pengambilan yang berlebihan. 

2. Sayuran Hijau

2

Ibu mengandung harus mengambil sayuran hijau yang lebih kerana ia sarat dengan vitamin dan nutrisi termasuk vitamin A,C dan K. Sayuran hijau juga membantu pencernaan manusia itu sendiri agar toksik dalam badan dapat disingkirkan. Bahkan akan membantu menyihatkan dan tumbesaran bayi itu sendiri.

3. Pisang

3

Disamping itu , ibu mengandung juga memerlukan untuk makan buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan potassium dan menawarkan tenaga cepat untuk melawan keletihan kehamilan. Malah, pisang akan menambahkan lagi kekenyangan anda untuk terus bertenaga. 

4. Oat

4

Oat adalah makanan yang sering dimakan oleh orang yang menjaga diet mereka namun ia juga sesuai untuk ibu mengandung kerana oat adalah makanan yang sihat. Makanan yang tinggi serat dan membuatkan ibu mengandung tidak merasa mudah kelaparan. Karbohidrat kompleks dapat membantu menurunkan kolestrol anda. Oat sesuai untuk diambil sebagai sarapan kerana ibu hamil harus bersarapan untuk memberi tenaga kepada dirinya sendiri dan bayi. 

5. Buah-buahan Kering

5

Jika ibu mengandung mengidam dan ingin merasai sesuatu yang manis, buah-buahan kering seperti aprikot, ceri dan cranberi adalah buah yang sesuai untuk dimakan oleh ibu yang sedang hamil. Buah-buahan kering ini juga akan membantu mencegah jangkita saluran kencing. Namun, tidak semua buah-buahan kering itu bagus untuk kesihatan kita. 

6. Bijirin

6

Pada trimester pertama, folate adalah penting untuk tumbesaran janin namun keperluan vitamin B juga harus tinggi. Pakar menasihatkan ibu yang hamil memerlukan 400 mikrogram sehari melalui tambahan vitamin atau makanan yang diperkaya. Jadi, bijiran sarapan adalah cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini. 

7. Buah-Buahan Beraneka Warna

7

Pengambilan buah-buahan yang beraneka warna  juga adalah penting untuk wanita hamil seperti warna hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih kerana ia akan membekalkan nutrisi dalam setiap kelompok waarna yang berbeza akan memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh ibu dan bayi.

8. Susu / Makanan Tinggi Kalsium

8

Kebiasaannya memang menjadi amalan untuk ibu mengandung mengambil susu kerana sudah sedia maklum tentang khasiat itu sendiri. Susu bagus untuk ibu hamil kerana susu mengandungi kalsium yang tinggi dan wanita yang hamil memrlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa.  Namun ada yang alahan dengan susu ketika hamil. Jadi ambillah jenis makanan yang lain yang mempunyai sumber kalsium seperti ikan, tauhu keju dan yogurt. Namun, jangan pula berlebihan kerana ada kesan buruk jika berlebihan. 

9. Telur

9

Seperti yang kita ketahui, telur mempunyai nutrien yang tinggi dimana ia adalah sumber protein dan kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina. Jadi ia sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung kerana zat kolina itu sendiri adalah nutrien penting dalam perkembangan otak janin disamping mengurangkan risiko kecacatan risiko kecacatan tiub otak seperti spina bifida. 

10. Bayam

10

Bayam dikenali sebagai sayuran yang sihat dimana ia kaya dengan antioksidan dan nutrien. Makanan seperti ini adalah penting untuk ibu-ibu mengandung dan janin yang sedang membesar. Malah selain daripada antioksidan sayuran hijau juga kaya dengan kalsium, potasium, serat dan folat serta vitamin A. Vitamin A adalah vitamin yang diperlukan untuk perkembangan penglihatan bayi disamping pertumbuhan kulit dan tulang bayi. 

11. Yogurt

11

Seperti kita ketahui, yogurt juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi berbanding susu disamping vitamin B, zink dan protein untuk pembinaan tulang. Yogurt akan membantu pertumbuhan gigi dan tulang janin dan ibu. Kekurangan kalsium akan merisikokan bayi kelahiran kurang berat dan kelahiran pramatang. 

12. Kismis 

12

Kismis atau anggur kering mempunyai banyak khasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis ini adalah bagus untuk memori , meningkatkan fokus dan melancarkan peredaran darah , menambah darah merah dan kesihatan jantung untuk para ibu yang hamil. Kismis juga kaya dengan mineral boron yang membantu koordinasi tangan dan mata. 

13. Susu Kambing 

13

Susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu. Susu kambing bagus untuk iu hamil kerana kaya dengan khasiat untuk perkembangan otak dan sistem saraf. Malahan , susu kambing membekalkan vitamin, mineral protein dan lemak penting untuk ibu dan bayi dalam rahim. Nutrisinya adalahb 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Susu kaming ini juga bagus untuk diambil oleh ibu kerana dipercayai mempunyai tahap imunisasi yang lebih kuat terhadap penyakit. 

14. Pati Minyak Ikan

14

Selain itu , pati minyak ikan ini selalunya diambil daripada hati ikan haruan dan minya ini diperkaya dengan asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini bagus untuk perkembangan mata dan otak janin. Tambahan lagi ia mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi. Kebiasaannya ia diambil dalam satu sudu besar minyak ikan sehari kerana apabila pengurangan vitamin D akan mengakibatkan peningkatan risiko penyakit preeklampsia.  

15. Jus Oren

15

Jangan terkejut jika jus oren juga tergolong daripada makanan yang disarankan kerana seperti yang kita tahu , jus oren ini kaya dengan vitamin C , potasium dan folat. Folat dan asid folik ini penting untuk mengelakkan kecacatan kandungan. Maka, ibu hamil disarankan untuk mendapatkan 600 mikrogram sehari malah kandungan potasium dalam jus oren itu  akan membantu mengekalkan fungsi otot, metabolisme dan kesihatan ibu sendiri. Vitamin C itu sendiri akan membantu melawan selesema dan bayi lebih mudah menyerap zat besi serta menyihatka gigi dan tulang bayi. 

16. Kurma

16

Kurma adalah makanan sunnah yang popular lebih-lebih lagi diwaktu bulan Ramadhan. Ia terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil dan membantu mengendaalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawati sembelit. Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot, atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung.

17. Kekacang

17

Percaya atau tidak bahawa kekacang dan bijian seperti kuaci , kacang badam , almond, pistachio , walnut adalah satu makanan yang bernutrisi yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi lebih baik seperti folate, kalsium, serat dan besi. Namun , haruslah memilih yang tidak bergaram atau berperisa. Minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping dipercayai membantu menangani stres ketika hamil. Jadi bolehlah dijadikan snek sambil bosan tidak mahu makan apa di rumah mahupun pejabat. 

18. Delima / Ar Rumman

18

Buah delima adalah buah yang bagus kerana buah delima ini kaya dengan zat besi , kalsium , protein, serat dan beberapa vitamin dan mineral lain. Bahkan delima adalah salah satu buah yang yang disebut dalam al-quran sendiri. Ibu yang mengalami hb rendah dan kencing manis seeloknya amalkan makan buah delima ini. 

19. Tembikai Merah

19

Malahan, tembikai merah juga bagus untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan serat yang membantu detoks badan manusia. Selain itu , ia kaya dengan zat besi dan vitamin C yang baik , jadi ibu hamil sesuai mengambilnya diwaktu panas untuk menyejukkan badan. Vitamin C dan zat besi yang baik ini akan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

20. Strawberi

20

Ibu mengandung juga perlu makan makanan yang sedap dan mempunyai vitamin C dan zat besi yang tinggi seperti buah strawberi kerana ia kaya dengan serat untuk detoks badan dan pelawasan. Buah ini juga kaya dengan antioksidan dan mencegah kanser. Bahkan ia bagus untuk mencegah kencing manis ketika hamil. 

21. Daging Ayam

21

Ibu mengandung memerlukan sumber protein yang tinggi seperti daging ayam terutamanya bahgian dada kerana disitu kurang lemak. Kurangkan pengambilan bahagian ayam yang mempunyai banyak lemak. Protein dan zat besi adalah pentng untuk ibu hamil.

22. Ikan Salmon

21

Ikan salmon adalah ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA yang dapat meningkatkan IQ bayi Dan merendahkan masalah neurologi anda. Sehubungan dengan itu  otak anak anda juga akan berkembang dengan sangat baik. Omega 3 ini dikatakan sangat baik untuk pembentukan mata bayi. 

23. Air Kosong

22

Air kosong amat digalakkan lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung kerana ia memliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan seluruh sistem tubuh badan. Malah , ia juga akan mengembalikan kesegaran tubuh dan menahan rasa lapar ketika hamil. Jadi , iu hamil disarankan untuk mengambil sebanyak 2 liter sehari sekurang-kurangnya. 

24.  Brokoli

23


Seterusnya adalah brokoli. Brokoli adalah sejenis sayur krusifer yang banyak khasiat dan kaya dengan nutrien penting seperti magnesium, vitamin A dan C. Bahkan vitamin dan mineral dalam brokoli sangat baik untuk imunisasi ibu mengandung. Jika kurang zat dalam badan akan mengakibatkan keputihan dan kencing kotor.

25. Madu Lebah

24

Madu adalah makanan yang terkenal dengan khasiatnya yang bagus yang diperlukan oleh badan manusia seprti air, enzim, mineral , vitamin dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Ibu mengandung juga harus pandai membezakan madu asli dan tiruan yang ditambah gula. 

Kesimpulan

Tuntasnya, ibu mengandung ada pilihan yang banyak untuk menikmati makanan yang sedap malah berkhasiat. Amalkan selalu makanan-makanan diatas untuk melahirkan bayi yang sihat sempurna tubuh badan. Elakkan makan makanan segera seperti maggi, burger dan sebagainya. 


Leave A Reply

Your email address will not be published.