fbpx

11 Taman Tema Awesome di Malaysia

Anda sukakan keseronokan? Jom ke Taman Tema ! Tak payah pergi jauh, kat Malaysia pun dah cukup seronok. Setanding dengan taman tema Disney di Hong Kong. Bawa anak anak anda atau kawan kawan untuk berseronok bersama. Yela jarang orang ke taman tema sorang sorang. Hehe. 

1. Lost World Of Tambun, Perak

Lost World Of Tambun, Perak

Bertemakan taman tema jungle yang kawasan nya sangat menyamankan, dikelilingi batu kapur dan kehijauan flora dan fauna sangat menyamankan. Disini terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh cuba seperti taman tema, aktiviti ekstrem (flying fox, berkayak dan macam-macam lagi) dan permainan air. Jangan taktahu disini ada mini zoo dan kolam air panas. Menarik nya. Macam macam yang ada. Pada malam hujung minggu pula terdapat persembahan api di stage Lost World of Tambun. Seronok bukan  beriadah bersama keluarga. 

Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm) | Selasa Tutup

Bayaran: Dewasa RM95 | Kanak-kanak, Warga Emas RM88

2. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Rugi rasa nya jika anda tidak pernah jejak ke Sunway Lagoon jika anda suka bermain air dan melakukan aktiviti lasak. Dengan permainan gelongsor yang mencabar dan menyeronokkan membuatkan anda ingin selalu ke sini. 

Antara tarikan yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah Wave Pool, Zambezi River & Victoria Falls, Vuvuzela, Congo Challenge, Giant Tipping Bucket, Kalahari Kids, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Tapi yang paling menarik di sini adalah gelongsor Vuvuzelanya yang merupakan gelongsor air tertinggi, terbesar aka tergempak di dunia. Berani?

Info Tiket: Tiket Membolehkan Akses Ke Nickelodeon Lost Lagoon, Sunway Lagoon Water Park, Sunway Lagoon Wildlife Park, Sunway Lagoon Amusement Park, Sunway Lagoon Extreme Park, Sunway, Lagoon Scream Park (Kecuali: Bungy Jump, G-Force X and Go Kart)

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Bayaran: Dewasa RM120 | Kanak-kanak & Warga Emas RM96

3. LEGOLAND Malaysia Water Park Johor

LEGOLAND Malaysia Water Park Johor

Legoland Malaysia adalah salah satu taman tema yang menarik di Malaysia dimana terdapat pelbagai aktiviti menarik disini. 

Secara keseluruhannya, taman tema yang berkeluasan 76 ekar ini juga memuatkan hotel-hotel dan restoran-restoran. Di bahagian water parknya, terdapat hampir 40 tarikan permainan air.

Antara tarikan yang ada di sini adalah Splash ‘N’ Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di taman tema air ini, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi!

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Bayaran : 

  • Online: Dewasa RM104 | Kanak-kanak RM88
  • Walk-in: Dewasa RM129 | Kanak-kanak RM109

4. Desaru Coast

Desaru Coast
Desaru Coast yang terletak di Pantai Desaru merupakan taman tema yang baru dibuka. Menjanjikan anda keseronokan yang membuatkan anda ingin kesini lagi. Lagi ramai lagi best kan. Terdapat pelbagai permainan yang agak ekstrem dan mendebarkan seperti Roller Coaster  dan macam macam lagi. 

5. Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam

Bagi anda yang datang bersama keluarga dengan anak-anak kecil, taman tema air ini adalah antara yang boleh memberikan anda ketenangan jiwa kerana kesemua paras air kolamnya tidak melebihi 1 meter.

Tapi bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk memacu adrenalin boleh terus menuju ke Monsoon Buster untuk menaiki gelongsor berkepanjangan 225 meter yang akan menolak anda ke atas menggunakan jet air yang berkuasa tinggi.

Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Treasure Island, Pirate Cove dan Bermuda Triangle yang kesemuanya sesuai untuk bukan sahaja dewasa, malahan juga kanak-kanak.

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Hari Rabu (10.00am – 6.00pm)

Bayaran: Dewasa 130 cm & Keatas RM30 | Kanak-kanak 90 – 130 cm RM25 | Kanak-kanak Bawah 90 cm Percuma

6. Waterworld @ I-City Selangor

Waterworld @ I-City Selangor

Anda sekeluarga dapat menikmati satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia, gelongsor Spiral, Giant Jacuzzi, gelongsor Rainbow, Children’s Aladdin Adventure Pool, River Adventure yang dicahayai lampu LED dan Wave Pool dengan skrin LED. Bukan sahaja ada Ice World dan tarikan lampu LED sahaja taw di I-City Shah Alam ini. 

Jika kepuasan dijatuhkan daripada Tornado Ride yang berketinggian 160 kaki masih tidak puas dirasai, apa kata jika anda menginap di hotel yang terletak di dalam i-City, Best Western i-City Shah Alam, bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati dari bilik hotel yang dikelilingi taman tema ini.

Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (11.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum (10.00am – 7.00pm) | Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup

Bayaran: RM25

7. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland ini terletak berhadapan dengan Zoo Melaka dan dikelilingi oleh hutan semula jadi yang bekeluasan 360 hektar. Dapatlah anda menghirup udara segar sambil berseronok dengan pelbagai tarikan yang ada di sini.

Antara keseronokan yang ditawarkan di dalam taman tema air yang menggunakan 2 juta liter air ini adalah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia, Adventure Island, Kamikaze Racer dan  1 Big Wave Pool. Selain water park, taman tema lain yang terdapat di sini adalah Taman Ekstrem, Taman Dinasour dan banyak lagi. Aktiviti lain yang boleh dirancang untuk dilakukan juga agak banyak seperti paintball, go-kart dan memancing ikan.

Alamat: Taman Tema Melaka Wonderland Resort, Lot 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm)

Bayaran:
  • Selasa – Jumaat: Dewasa RM37.90 | Kanak-kanak RM30.80 | Warga Emas, OKU RM23.70
  • Hujung Minggu: Dewasa RM42.65 | Kanak-kanak RM36.75 | Warga Emas, OKU RM23.70

8. Carnivall Water Park Kedah

Carnivall Water Park Kedah

Carnivall Water Park yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini sebenarnya sebahagian daripada Cinta Sayang Resort yang menjadi pilihan penginapan ramai yang bercuti di Kedah. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Tornado Twist, Tsunami Wave, Mushroom Fall, Boomerang Fall, Splash Mansion dan banyak lagi. Dah puas bermandi-manda, jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda yang juga terletak di dalam kawasan water park ini.

Alamat: Persiaran Cinta Sayang | Cinta Sayang Resort, Sungai Petani 08000

Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat (11.00am – 6.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 7.00pm)

Bayaran:
  • Isnin – Jumaat: Dewasa RM20 | Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM18
  • Sabtu & Ahad: Dewasa RM28 | Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM20

9. TS Wonderland Indoor Water Theme Park | Johor

TS Wonderland Indoor Water Theme Park | Johor

Anda ingin bawa anak-anak ke taman tema yang berbumbung tapi keseronokan yang sama dengan taman tema lain ? Datanglah ke TS Wonderland Indoor Water di Kota Masai ini dimana terdapat pelbagai gelongsor dan timba air gergasi disini. Selain itu terdapat juga taman tema kering yang dinamakan Space Adventure. Dipenuhi gelongsor dan permainan bola warna-warni pasti akan membuatkan anak anda terlebih teruja. 

Alamat: Lot 6015-C Jalan Ciku Utama 2 Taman Kota Masai 81700 Johor Bahru, Masai, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)

Bayaran Indoor Waterpark & Space Adventure: RM25 | Kanak-kanak Bawah 75 cm, OKU, Warga Emas Percuma

10. Bangi Wonderland Theme Park & Resort | Selangor

Bangi Wonderland Theme Park & Resort | Selangor

Dikelilingi oleh hutan rekreasi yang berhektar keluasannya, Bangi Wonderland Theme Park ini adalah sebuah taman tema yang begitu padat dengan permainan air yang mampu menggegarkan dunia anda sekeluarga seperti Body Slide, Spiralax, The Fall, Insane Racer, Anaconda Tail, Wonderloop, Boomeriang, Magic Funnel dan bermacam lagi.

Alamat: No. 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (10.00am – 6.30pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 6.00pm) | Selasa Tutup

Bayaran: Dewasa RM58 | Kanak-kanak RM48 | Warga Emas Diskaun 50%

11. Bukit Merah Waterpark, Perak

Bukit Merah Waterpark, Perak

Bukit Merah Water park ini tidak sebesar taman tema yang lain namun setiap kawasan nya padat dengan permainan seperti Water Speed Slides, Boomerang, Sandy Beachfront Wave Pool, Body Slides, Giant Tube Rides, Water Pillar, Kids Adventure River, dan macam-macam lagi. Bahkan disini juga terdapat resort yang anda boleh menginap, yang istimewa nya adalah resort mereka terlatak di atas air. Jadi anda boleh merasai kedamaian dan ketenangan itu sendiri. Nak lagi murah anda boleh beli tiket masuk ke waterpark ini dengan pakej penginapan. 

Alamat: Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Khamis Kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm) | Jumaat – Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm) | Selasa Tutup

Bayaran Tiket Kombo:
  • Dewasa RM54 | Kanak-kanak RM40 | Kanak-kanak Bawah 90 cm Percuma | OKU, Warga Emas RM10
  • Info Tiket Kombo: Tiket Membolehkan Akses Ke Waterpark, Ecopark, Skycycle & Paddle Boat/Kayak/Canoe
Macam mana dengan 11 Taman Tema Awesome di Malaysia itu ? Haa tak sangka sebenarnya taman teman di Malaysia juga setanding dengan taman tema di luar negara seperti Disneyland. Tak payah pergi jauh la kalau macam tu ! Enjoy your holiday with beloved ones. 
Leave A Reply

Your email address will not be published.