Tak mungkin anda tidak kenal dengan 10 Tempat Menarik Di Port Dickson ini. Seperti yang kita ketahui, Port Dickson dikenali dengan pantai yang cantik dan tarikan yang terdapat disitu. Nak tahu apa dan dimana ? Mari kita lihat.
Rumah Terbalik Port Dickson
Port Dickson Sunset Cruise
Taman Tema Wild West Cowboy
Kali ini kita ke Taman Tema Wild West Cowboy pula. Disini terdapat beberapa bahagian seperti pawagam menceritakan kisah koboi, tempat makan dan tempat pameran baju-baju dan alatan koboi. Jadi siapa anak anda yang sukakan koboi malah anda sendiri, boleh singgah ke sini untuk melihat sendiri keunikannya.
Pantai Saujana
Selain Pantai Port Dickson , disini juga mempunyai Pantai Saujana yang cantik dan air yang biru kehijauan namun tidak sesak seperti di Port Dickson. Disini sesuai bagi anda yang mahu melihat ketenangan dan jauh daripada orang ramai. Namun saya tidak pasti jika selepas anda membaca artikel ini, Pantai Saujana akan dipenuhi pengunjung seperti Pantai Port Dickson.
Pantai Blue Lagoon
Selain itu, terdapat juga Pantai Blue Lagoon. Patutlah dinamakan sedemikian kerana kawasan pantai ini membiru dan sangat indah. Sudah pasti menjadi tumpuan pengunjung lebih lebih lagi jika pada hujung minggu. Anda boleh bersantai disini sambil menikmati air kelapa yang dijual gerai berhampiran.
Extreme Park PD
Sudah bosan di pantai, ingin cuba melakukan aktiviti mencabar ? Anda boleh bermain go kart di Extreme Park PD dimana selain go kart, disini juga menyediakan aktiviti ekstrem seperti menaiki ATV, Flying Fox, Paintball dan memanah. Bunyi macam best kan ! Dengan harga yang berbeza untuk setiap pakej anda boleh bermain sepuasnya bersama rakan. Bahkan ada harga yang istimewa buat pelajar.
Muzium Tentera Port Dickson
Rasa nak tambah ilmu dan lebih patrioktik ? Anda boleh datang ke Muzium Tentera Port Dickson dimana disini terdapat pelbagai jenis kenderaan yang telah digunakan tentera ketika berperang dengan Komunis dahulu. Bukan sahaja kenderaan darat, malah kenderaan laut dan udara juga. Anda boleh melihat kereta kebal, jeep, helikopter dan pesawat pejuang yang laju. Menarik juga kan !
King’s Char Kuey Teow
Sudah penat melihat kawasan sekeliling Port Dikcson dan terasa lapar ? Saya cadangkan anda makan di Kings Char Kuey Teow dimana restoran ini sering dipenuhi orang lebih lebih lagi ketika petang dan malam. Menjadi tempat lepak orang muda. Menu yang istimewa disini adalah char kuey teow ayam, kerang, udang dan ketam.
Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
Bagi penggemar hidupan laut, anda harus datang ke Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang dimana disini pelbagai ikan hiasan seperti ikan Nemo, kuda laut, dan macam macam lagi yang sukar dijumpai. Disini ikan dijaga rapi dan anda tidak dibenarkan membelinya walaupun ia ikan hiasan. Tidak semua yang kita suka kita boleh miliki.
Pantai Teluk Kemang
Akhir sekali adalah Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang tersohor di Port Dickson dan menjadi tumpuan pelancong. Ini kerana terdapat pelbagai tarikan disini seperti bermain layang-layang, banana boat, jetski dan macam macam lagi. Bahkan makanan juga banyak dijual dsini. Memang serobok betul la sampai di Port Dickson ni.
Saya harap anda manfaatkan 10 Tempat Menari di Port Dickson ini kerana semua tempat sangat cantik dan menarik. Rugi rasa nya jika anda tidak singgah disini.